Sabtu, 10 Disember 2016

@Zahid_Hamidi JADI MANGSA FITNAH PUAK HILANG ARAH !! @NajibRazak

Medan media sosial kini sudah makin menjadi jadi sebagai medium untuk menyebarkan fitnah dikalanga masyarakat.

Tidak terlepas juga para pemimpin kerajaan yang senantiasa menjadi perhatian para pemfitnah yang mencari peluang dan ruang untuk melakukan perkara tidak bermoral tersebut.

Kali ini mangsanya adalah YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan memberi tekanan kepada YAB Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan.


Surat yang bertebaran kononnya dihantar oleh YAB Datuk Seri Zahid kepada semua ahli parlimen Barisan Nasional jelas menunjukkan bahawa ianya adalah palsu semata mata kerana, semua ahli parlimen akan di gelar sebagai Yang Berhormat dan bukannya Yang Berbahagia.


Mungkin yang buat surat ni tak tau akan gelaran ahli parlimen tapi apa yang jelas ialah, YAB Datuk Seri Zahid kini menjadi mangsa kepada kerakusan sesetengah pihak untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Dengan memberikan alasan bahawa YAB Datuk Seri Zahid memberikan tekanan tersebut disebabkan kononnya reputasi kerajaan Barisan Nasional jatuh kerana skandal yang digembar gemburkan.

Datuk Seri Zahid telah memberikan akujanji taat dan setia terhadap kepimpinan Presiden parti dalam Perhimpunan Agung baru baru ini dan jelas kita dapat melihat bahawa perkara tersebut tidak disenangi oleh segelintir orang.

Walau bagaimana pun, Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa YAB Datuk Seri Najib bukanlah jenis manusia yang mudah ditipu dengan bahan murahan seperti itu dan kekuatan diantara kedua dua pemimpin tertinggi ini sudah pasti akan membuatkan musuh politik UMNO merasa panas miang.




Tiada ulasan: