Nampak sangat sekarang DAP menguasai keseluruhan kerajaan negeri Selangor apabila MBSA hari ini meminta kakitangan penguatkuasa yang dikasari dan viral di laman media sosial supaya menarik balik laporan polis.
Mungkin sebab si pelaku adalah orang cina dan dikatakan salah seorang pengikut tegar BERSIH, maka seorang exco kerajaan negeri dari DAP mula campur tangan dalam insiden berkenaan.
YB Ean Yong Hian Wah memberikan alasan paling bodoh dalam sejarah apabila mengatakan dua orang suspek tidak kenal dengan uniform yang dipakai oleh kakitangan berkenaan.
Persoalannya sekarang, duduk di Selangor takkan sampai tak kenal uniform penjawat awam dengan uniform sekolah?
Sangkakala ingat lagi kisah yang berlaku di Pulau Pinang tak berapa lama dahulu apabila kakitangan penguatkuasa diberikan RM 500 sebagai wang saguhati untuk menarik semula laporan polis juga akibat dikasari.
Inilah akibat apabila puak DAP mula menunjukkan kuasa mereka walaupun jelas dalam video yang tersebar menunjukkan bahawa kakitangan berkenaan dikasari dengan sengaja dan bukan untuk gurauan seperti yang didakwa oleh YB Ean.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan