Pertubuhan bukan kerajaan atau NGO Kesatria Muda Keselamatan yang bernaung dibawah Biro Keselamatan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada hari Jumaat lepas telah meneroka ke Tasik Banding untuk membincangkan pergerakan yang telah dan bakal dilakukan oleh NGO berkenaan.Dalam masa yang sama, Kesatria Muda Keselamatan yang di Pengerusikan oleh EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YBhg Tuan Haji Mua'amar Ghadafi Jamal bersama rombongan juga berkesempatan melawat perkampungan orang asli di tasik berkenaan disamping menyampaikan bantuan bahan makanan kering kepada hampir 40 buah keluarga yang tinggal di sebuah pulau buatan di tengah tengah tasik.Lawatan itu juga turut disertai oleh YBhg Encik Khairul Azwan Harun atau lebih biasa dikenali dengan nama Wan Bro yang merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan juga penasihat KMK.Ikuti gambar gambar sepanjang aktiviti KMK di Tasik Banding Perak.
Ahad, 23 Oktober 2016
Re: OPERASI KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN DI TASIK BANDING @NajibRazak @Zahid_Hamidi #KMK #YOUACT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan