Sabtu, 12 Disember 2015

@syedhamidalbar HENTAM @IsmailSabri60 PULAK !! NAK BERLAGAK SUCI KE ???

Hairan pulak Sangkakala apabila melihat dilaman media sosial, Tan Sri Syed Hamid Albar yang merupakan Pengerusi SPAD dan juga bekas menteri tiba tiba mengatakan bahawa YB Dato Sri Ismail Sabri Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seorang Menteri yang sombong.


Tapi yang menghairankan Sangkakala, Tan Sri Syed Hamid tak pula mengatakan sombong yang bagai mana. Sama ada ditegur tak menyahut atau langsung tidak mahu bertegur sapa.

Setelah diselidiki rupanya kisah lain yang timbul. Perselisihan ini berlaku apabila YB Dato Sri Ismail Sabri menanyakan akan hal kenaikan tambang dan meminta Tan Sri Syed Hamid khususnya SPAD mengkaji semula kadar kenaikan tambang pengangkutan awam ynag dinaikkan baru baru ini.

Dan sebagai seorang menteri rasanya tak salah kalau Dato Sri Ismail Sabri meminta perkara tersebut dikaji semula sebab ianya adalah keperluan rakyat dan apabila SPAD menaikkan tambang pengangkutan awam maka yang dipersalahkan adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Jangan la sampai nak kata orang sombong, angkuh segala bagai Tan Sri.

Setahu Sangkakala, semenjak Tan Sri pegang SPAD, tak nampak ada pembaharuan pun melainkan kenaikan tambang pengangkutan awam sedangkan orang yang Tan Sri kata sombong dan angkuh tu pula dah bawa beberapa pembaharuan sejak menjadi Menteri.

Sebagai contoh, pusat jualan gajet di bangunan MARA. Itu adalah kejayaan bagaimana untuk membantu anak muda khususnya orang Melayu dalam memajukan diri dalam bidang perniagaan.

Yang dikutuk (Ismail Sabri) sedang berusaha memberi kebaikan dan yang mengutuk (Syed Hamid) pula sedang mencipta api kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Jadi rasanya Tan Sri, jangan angkat kain tinggi sangat, takut nanti banyak yang kelihatan.




Tiada ulasan: