Sabtu, 14 November 2015

TANAH KERAMAT !! KENAPA DBKL TOLAK GLC DAN LEBIHKAN SWASTA ?? @NajibRazak @tengkuadnanreal #batulesung

Nampaknya pihak DBKL telah memberikan respon tentang apa yang berlaku di kawasan Keramat yang mana sebidang tanah telah dijual oleh DBKL kepada sebuah syarikat swasta yang berumur tak sampai setahun semasa urusan dijalankan.


Datuk Bandar Kuala Lumpur mengatakan bahawa separuh kawasan tersebut akan dibina dengan rumah mampu milik dibawah harga RM 200 ribu dan separuh lagi dijual dengan harga RM 500 ribu kononnya untuk menampung pebelanjaan bagi pembinaan rumah mampu milik.

Lihat DISINI..

Persoalan yang tidak dijawab oleh DBKL ialah, kenapa tanah ini tidak diberikan atau dijual kepada anak syarikat kerajaan seperti SPNB, PR1MA, UDA dan lain lain anak syarikat kerajaan yang mampu membina atau membangunkan kawasan berkenaan?

Bukan nak menuduh, tapi sekadar bertanya. Adakah Datuk Bandar juga mempunyai sedikit keuntungan dengan apa yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan dan jika ini berlaku ianya sudah boleh dianggap sebagai satu penyalahgunaan kuasa.

Kita lupakan cerita itu dan berbalik kepada penjualan tanah seluas 1.82 ekar tersebut. Sebelum penjualan dilakukan oleh pihak DBKL kepada syarikat pemaju perumahan yang ada sekarang ini, kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan tadahan dan kawasan hijau.

Namun setelah beberapa tahun, status tanah ini telah ditukar dan seterusnya dijual untuk dinaikkan bangunan kediaman yang mana menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, harga bagi separuh kediaman tersebut berada dibawah RM 200 ribu dan separuh lagi RM 500 ribu.

Adakah apa yang diperkatakan oleh Datuk Bandar ini benar? Adakah apa apa bukti yang menyatakan bahawa pemaju menuruti syarat yang ditetapkan oleh DBKL atau kesudahannya nanti akan ada permohonan lain dari pemaju untuk menaikkan harga dengan alasan peningkatan kos pembinaan dan sebagainya.

Dan setahu Sangkakala, ada bukti yang menunjukkan bahawa kediaman ini dibina hingga mencecah RM 2 juta seunit dan bagaimana pula Datuk Bandar menafikan perkara ini dan jika terbukti ianya benar bahawa kediaman ini akan mencecah harga RM 2 juta, apa pula tindakan yang aoan diambil oleh Datuk Bandar?

Itu satu persoalan, yang kedua, adakah tanah ini pernah ditawarkan kepada mana mana anak syarikat kerajaan untuk dimajukan atau adalah tanah ini pernah ditender untuk jualan? Dan jika tidak pernah, mengapa ianya tidak berlaku begitu?

Seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel sebelum ini bahawa UDA Holding ada membuat permohonan bagi membolehkan kesemua 548 unit rumah berkenaan dijual dengan harga RM 199 ribu tetapi ditolak oleh pihak DBKL dengan alasan tanah tersebut telah dijual kepada pemaju lain sedangkan syarikat berkenaan baru membayar sebanyak 10% dari nilai jualan.

Sampai bila tanah tanah milik kerajaan seperti ini hendak diberikan kepada syarikat yang tidak memikirkan kedudukan orang Melayu khususnya anak muda untuk memiliki rumah sedangkan ada tawaran untuk membina kediaman yang mampu dimiliki oleh orang muda namun ditolak.

Fikir fikirkanlah, jika keadaan ini berterusan maka anak muda Melayu akan terus dihimpit dengan ketiadaan kediaman dalam bandar.



Tiada ulasan: