Khamis, 18 Disember 2014

KERAJAAN MALAYSIA JANGAN TERLALU RAKUS @NajibRazak

Sangkakala dapat berita ni melalui whatsapp yang dihantar oleh seorang rakan kepada Sangkakala.

Berita yang agak mengejutkam juga bila Menteri mengatakan bahawa berniaga melalui laman facebook diharamkan.


Kerajaan jangan le terlalu rakus hendak mengutip cukai perniagaan kerana mereka yang berniaga secara online ini biasanya hanyalah separuh masa untuk menambah pendapatan sedia ada.

Ada beberapa komen yang Sangkakala perolehi daripada beberapa orang rakan dan majoriti daripada mereka mengatakan bahawa adalah tidak adil jika kerajaan mengharamkan perniagaan secara sambilan seperti ini.

Bagi Sangkakala mungkin ada alasan mengapa ianya diharamkan dan yang pertama mungkin kerajaan merasa rugi kerana mereka ini tidak berdaftar.dengan SSM atau pendaftaran perniagaan.

Tapi alasan tersebut sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan kerana mereka ini berniaga secara kecil kecilan dan majoriti daripada peniaga ini adalah dikalangan orang Melayu.

Yang kedua mungkin juga untuk menjaga kepentingan para pengguna supaya tidak ditipu oleh peniaga online.

Itu juga alasan yang Sangkakala rasa tidak boleh diterima, jika ada laporan berkenaan perkara tersebut, pihak polis boleh mengambil tindakan dibawah akta penipuan dan ianya juga merupakan risiko kepada mereka yang membeli barangan secara online.

Sangkakala sendirj biasa membeli barangan melalui internet seperti facebook dan nampaknya tidak ada masalah sama sekali.

Kerajaan seharusnya lebih giat membanteras penipuan yang dilakukan oleh individu yang kerap kali dilaporkan dan ada diantaranya kerugian hingga puluhan ribu ringgit.

Bagi Sangkakala perniagaan melalui internet tidak harus di halang atau diharamkan, berilah peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan ekoran dari peningkatan kos sara hidup yang makin meningkat.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kali nie aku stuju dgn sangkakala....