Rabu, 10 Disember 2014

HENTIKAN BERI PUBLISITI KEPADA SAMPAH MASYARAKAT DAN IKON BIADAP


Saya menyambut baik tindakan pihak Imigresen Malaysia yg bertindak berdasarkan lunas undang undang sediaada serta Perlembagaan Persekutuan dengan membatalkan passport Alvin Tan dan Ali Bin Abd Jalil, namun saya bersetuju dengan pendapat Menteri Dalam Negeri bahawa kita tidak perlu "over react" sehingga menarik balik kewarganegaraan mereka berdua.

Tindakan tegas sememangnya perlu diambil kepada sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan ketegangan kaum dan memperlekeh institusi Di Raja.

Oleh yang demikian, saya mengesa semua pihak yang berhadapan dengan spesis manusia seperti mereka berdua ini agar segera melaporkan kenyataan menghasut mereka kepada pihak Polis dan biarkan tindakan diambil oleh pihak Polis.

Namun kita tidak seharusnya terperangkap dengan strategi Alvin Tan dan Ali Jalil untuk mencari publisiti murahan serta meraih simpati bagi menghalalkan tindakan mereka di media maya.

Namun, adalah lebih baik kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan tidak kita viralkan kerana ianya akan memberikan publisiti murahan kepada mereka.

Kebelakangan ini, kita sudah terlalu banyak mempromosi sampah masyarakat dan ikon biadap seperti Alvin Tan dan Ali Jalil.

Spesis seperti mereka berdua ini tidak harus kita berikan liputan media atau kita bicarakan langsung.  Sebaik tindakan tegas diambil ke atas mereka, berita tentang mereka perlu kita hentikan supaya harapan mereka untuk menjadi hero pihak pembangkang tidak kesampaian.

Lokman Noor bin Adam
Panel Pemikir
Jabatan Hal Ehwal Khas

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patut pun....Jabatan hal ehwal khas....tempat pembodek