Selasa, 9 Disember 2014

#haramjadah AZMIN ALI MENTERI BESAR TAK TAU MALU

Agaknya Menteri Besar Selangor ni memang muka tembok tak tau malu sejak dari azali lagi.

Mana tidaknya, kalau Azmin tau malu sudah pasti dia takkan pergi untuk menyaksikan sebuah gereja di Kajang memberikan bantuan kepada orang Melayu beragama Islam sedangkan dia sendiri seorang Melayu dan menjawat jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.


Bukan saja Azmin, malah Anwar Ibrahim pun sama menyaksikan perkara tersebut.

Sangkakala tak mau cerita pasal Anwar sebab semua orang dah tau siapa Anwar yang sanggup meletakkan agama ke tepi demi kelangsungan politik.

Azmin pula sepatutnya malu apabila pihak gereja memberikan bantuan kepada orang Melayu sedangkan di Selangor mempunyai majlis agama Islam dan Azmin selaku Menteri Besar mampu untuk mengarahkan agar bantuan diberikan kepada orang Melayu seperti dalam gambar diatas untuk menerima bantuan.

Apa guna ada Menteri Besar Melayu sekiranya kebajikan Melayu itu sendiri tidak diambil berat hinggakan terpaksa menerima bantuan dari pihak gereja?

Apakah Azmin sudah lupa bahawa dia sepatutnya menjaga kebajikan serta kepentingan orang Melayu dan tidak sepatutnya orang Melayu menerima bantuan daripada pihak gereja yang melihatkan bahawa orang Melayu itu sendiri tidak mendapat perhatian dari kerajaan negeri dan majlis agama.

Nampak gayanya orang Melayu di Selangor tidak lagi boleh bergantung harap kepada PKR dan PAS yang jelas tidak mampu untuk menjaga kebajikan Melayu dan Oslam walaupun itu yang sepatutnya dilakukan serta dititik beratkan.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malu??awat plk nk malu??pusat zakat la yg patutnya malu...

Tanpa Nama berkata...

Pusat zakat tu agaknya bapa tiri lu punya kot..seban tu le Azmin tak payah rasa malu..biar bapa lu tannggung malu tu ek?

Tanpa Nama berkata...

MB la yg patut malu... Pzs kot malu pun, diorg dah mmg tak datang ke majlis tu.