Sabtu, 22 November 2014

SIDANG DUN SELANGOR DIJANGKA HANGAT #dunselangor

Hari Isnin nanti bermulalah sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang pertama selepas kejayaan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar oleh PKR dan digantikan dengan Azmin Ali.


Hentaman demi hentaman dilakukan terhadap Khalid selepas beliau melepaskan jawatan dan digantikan dengan Azmin Ali dan lebih menyedihkan lagi, Khalid Ibrahim dilihat seperti tidak langsung berbuat jasa terhadap Pakatan Rakyat di Selangor.

Tambahan pula Azmin yang menjadikan Jokowi sebagai ikon untuk menjalankan tanggungjawab dilihat asyik menyalahkan Khalid Ibrahim seolah olah Khalid tidak tahu bagaimana untuk mentadbir kerajaan Selangor.

Persoalannya disini, adakah Khalid yang selama ini dilihat mendiamkan diri dengan pelbagai tohmahan dan kritikan negatif oleh kepimpinan PR Selangor akan bangkit bersuara dalam sidang DUN nanti?

Adakah Khalid akan menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam dewan untuk memberikan tekanan kepada Azmin yang dilihat hanya mencari populariti dalam politik demi untuk kesinambungan karier politik beliau dengan cara terus menerus mengatakan bahawa Khalid seorang Menteri Besar yang gagal?

Kita tunggu hari Isnin nanti dimana Azmin akan membentangkan bajet kerajaan negeri untuk tahun 2015 dan adakah ianya nanti akan menjadi titik tolak dimana segala kepincangan dalam PR di Selangor akan didedahkan.



Tiada ulasan: