Tapi agak malang apabila kehadiran pemimpin Barisan Nasional (Yang Berhormat) telah disalah ertikan dan apa yang diharapkan oleh beliau tidak dapat dibaca oleh mereka mereka yang pada Sangkakala ada sedikit kekurangan dalam kecerdikan minda.
YB Halimaton (ADUN KOTA DAMANSARA) dikatakan menghantar beberapa pesanan ringkas melalui applikasi telefon pintar kepada kepimpinan peringkat cawangan dan ini diakui sendiri oleh beliau kepada Sangkakala.
Tapi ianya telah disalah ertikan hingga ada satu blogger yang selama ni memang agak marah dengan UMNO Selangor mensensasikan cerita tersebut.
Baca DISINI...
Niat YB Halimaton menjemput kepimpinan UMNO cawangan adalah dengan niat supaya mereka dapat meluahkan apa juga yang terbuku dihati tentang permasaalahan di kawasan masing masing, takkan itu pun tak boleh nak baca.
Nak harapkan pemimpin pemimpin ni pergi ke pejabat Menteri Besar rasanya tangga pun susah nak lepas jadi peluang sebegini seharusnya diambil sebaik mungkin untuk memberitahu apa juga permasaalahan dikawasan kerana kebanyakan daripada kepimpinan di peringkat cawangan adalah pemimpin masyarakat dan NGO.
Jadi sudah pastilah mereka lebih tahu permasaalahan dikawasan masing masing dan salah satu sebab ialah, mereka ini kerap kali mengadu kepada YB Halimaton tentang permasaalahan kawasan dan dengan kehadiran Menteri Besar semalam sepatutnya mereka ini meluahkan semua permasaalahan tersebut dan bukannya merungut kononnya takut dengan pergerakan yang dilakukan oleh YB Halimaton.
Kerap kali permasalahan dikawasan kampung dan taman perumahan termasuk flat PPR dibawa oleh YB Halimaton di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri tapi almaklum sajalah apabila menjadi pembangkang, permasaalahan di kawasan DUN yang dimenangi oleh BN tidak diambil peduli.
Jadi tak salah rasanya kalau pemimpin pemimpin ini dijemput sama untuk hadir.
Cuma kadang kadang pemimpin bawahan ni mungkin cetek akalnya dan tidak tahu mengambil kesempatan tapi cuma pandai ambil mana yang sempat.
Kepada YB Halimaton, Sangkakala berikan nasihat agar terus berkhidmat, persetan dengan blogger yang membuat kenyataan tanpa pertanyaan.
5 ulasan:
Berapa banyak masalah yang YB berkenaan telah utarakan dalam majlis berkenaan? Berapa banyak pula masalah yang telah selesai,
Baca artikel..niat beliau supaya pemimpin peringkat cawangan mengutarakan sendiri permasaalahan kepada MB..dan dengan itu kita boleh nilaikan sendiri apa tindakan lanjut daru kerajaan PR
SENSASI! Kah kah kah kah.. Lahanat punya bloger! Kah kah kah kah..
Itu menteri besar pr ke atau menteri besar selangor, ketepikan politik, dia tengah ghairah buat kerja, ambillah peluang ni, dun kota damansara kan ada rakyat selangor, mb jumpa rakyat, bukan jumpa ahli pr
Pnah bekerjasama rapat dgn beliau sms prk kajang tempohari. Sangat berdesikasi. Sy pasti niat beliau baik.
Catat Ulasan