Jumaat, 24 Oktober 2014

MENTERI TAK TAHU PASAL #switchoff14 @jureyrosli @shaberyc

Sebelum ni Sangkakala dengar kempen switch off 14 yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit akan dihadiri oleh Menteri komunikasi dan multimedia.


Agak pelik juga rasanya bila sorang menteri nak hadir ke satu kempen yang menjalankan aktiviti himpunan dan menghantar memorandom sebab selama ni menjadi kebiasaan kerajaan akan menghalang segala bentuk himpunan yang kurang sihat.

Rupa rupanya Menteri sendiri tidak tahu menahu tentang kempen tersebut dan apa yang diwar warkan adalah untuk menarik perhatian sahaja kononnya.

Datuk Seri Shabery Cheek mengesahkan sendiri bahawa beliau tidak mengetahui tentang 'switch off' atau 'switch on'.

Hahahahaha...kelakar pulak bila dengar statement Menteri tentang kempen yang dicadangkan oleh Jurey Rosli yang selama ini dikatakan memperolehi waktu siaran television yang bernilai jutaan ringgit bahawa mereka yang mencari jalan penyelesaian tanpa melalui dialog akan dihukum industri itu sendiri.

Baca selanjutnya DISINI....

Shabery Cheek juga mengatakan bahawa ada dialog industri kreatif dan segala ketidakpuasan hati boleh disampaikan, kenapa Jurey tak gunakan saluran ni? Kenapa perlu heret penggiat seni yang lain untuk mengikuti beliau? Takkan selaku presiden serta seorang penerbit, Jurey tak tau bahawa ada dialog yang dijalankan?

Apa apa pun kita tengok nanti, adakah Jurey akan mengikuti saluran diplomasi atau beliau memang sengaja untuk mendapat perhatian Menteri demi kepentingan pribadi dengan menggunakan rakan rakan yang lain.




Tiada ulasan: