Pemberian Ipad oleh Perdana Menteri kepada anak salah seorang pramugari pesawat malang MH17 mungkin dapat mengurangkan kesedihan ramaja perempuan tersebut yang kehilangan ibu di hari lebaran selepas pesawat berkenaan di tembak jatuh baru baru ni.
Walaupun Ipad tersebut tidak seberapa nilainya bagi seorang Perdana Menteri, tapi sifat keprihatinan beliau serta isteri bagi mengubat pilu remaja tersebut perlu dicontohi.
Bukan macam yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang sentiasa menyalahkan kerajaan dan MAS atas insiden yang meragut nyawa kesemua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.
Kita seharusnya mencontohi apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang cuba untuk mengubati kedukaan remaja berkenaan.
Maksud Sangkakala disini bukanlah dengan pemberian seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak tetapi rasanya cukuo dengan sokongan moral kepada keluarga mangsa.
Kita juga kecewa apabila ada dikalangan pihak pembangkang yang dilihat cuba memberikan persepsi negatif kepada rakyat dalam nahas tersebut dan perkara ini sepatutnua tidak berlaku kerana kita sebagai rakyat juga seharusnya bersedih dengan nasib malang pesawat yang membawa penumpang dan anak kapal tersebut.
Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Perdana Menteri yang dilihat begitu prihatin dan tabah dalam menangani insiden berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan