Sabtu, 21 Jun 2014

IBU CELAKA YANG MENDERA ANAK !!! ELOK DIREJAM SAMPAI MAMPOS

Mungkin ramai yang akan marah apabila membaca tajuk yang Sangkakala masukkan untuk artikel pada kali ni, tapi itulah hakikat dan gelaran yang Sangkakala rasa patut Sangkakala berikan kepada ibu seorang OKU yang dibiarkan menderita dalam sebuah bilik dirumahnya.


Remaja berusia 15 tahun ini dibiarkan menderita sehingga kurus kering umpama mayat dalam bilik yang dipenuhi dengan najis dan tanah di kediaman beliau oleh ibunya.

Pasukan JKM bersama dengan beberapa agensI lain dikatakan telah memecah pintu rumah mangsa dan mendapati mangsa dalam keadaan amat menyayat hati.

Dibiarkan dalam keadaan kotor dan kemungkinan tidak diberi makan hingga mengakibatkan remaja ini kurus serta baju yang dipakai olehnya mereput kerana terlalu lama dipakai dan bergelumang dengan air kencing serta najis.

Layak ke ibunya yang ditahan untuk sisatan digelar sebagai ibu? Atau gelaran yang Sangkakala berikan tadi tu amat sesuai untuk ibu kejam seperti ibu mangsa?

Walaupun remaja ini seorang OKU, sebagai ibu sepatutnya ibu beliau memberikan kasih sayang dan perhatian bukannya menyiksa ramaja tersebut semacam itu.

Dimana sifat keibuan atau hanya tahu melahirkan tapi tak tau apa itu kasih sayang.

Kalau tak mampu bela sekalipun, rasanya kerajaan Malaysia dah beri macam macam kemudahan termasuk untuk menghantar remaja tersebut ke pusat jagaan dan jangan lah disiksa seperti itu.

Sangkakala rasa kecewa kerana masih ada yang tidak tahu menghargai anugerah pemberian Allah, ramai yang tidak mempunyai zuriat melakukan pelbagai cara untuk mendapat anak, sedangkan mereka yang sudah mempunyai anak seperti ibu mangsa tidak mahu bersyukur dan menjaga zuriat dengan sempurna.



2 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Kita begitu mudah menghukum..

faisal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.