Heboh apabila akhbar dalam talian atau portal Malaysiakini mengatakan bahawa Timbalan Menteri Kewangan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia melarikan diri dengan melompat parit apabila terserempak dengan wartawan portal terbabit.
Bagi Sangkakala ianya bukanlah satu isu besar sekiranya Malaysiakini faham tentang isyarat yang diberikan oleh seorang Menteri sama ada beliau suka menerima kehadiran wartawan mereka ataupun tidak.
Bagi Sangkakala tindakan Datuk Ahmad Maslan adalah tepat apabila tidak mahu berjumpa dengan wartawan portal tersebut yang mana kita semua tahu bahawa Malaysiakini senantiasa akan memutarbelitkan kenyataan yang diberikan oleh Menteri.
Perkara ini pernah juga hangat diperkatakan apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pernah memberi amaran kepada wartawan portal tersebut yang kerap kali tidak mengeluarkan fakta dengan tepat malah akan mengubah fakta tersebut demi kepentingan pembangkang.
Malaysiakini mengatakan bahawa wartawan mereka ingin bertanyakan soalan kepada Datuk Ahmad Maslan tentang peristiwa pelik dimana ada ahli DAP kononnya tidak tahu menahu bahawa mereka dibawa untuk keluar dari DAP dalam pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan baru baru ini.
Ini satu perkara yang pelik tetapi apa yang lebih pelik lagi ialah, kenapa nak tanya pada Datuk Ahmad Maslan? Kenapa tak pergi bertanya kepada individu yang membawa kumpulan tersebut berjumpa dengan Datuk Ahmad Maslan?
Disini nampak bahawa wartawan Malaysiakini bukanlah dikalangan mereka yang cerdik dan Sangkalala yakin jika jawapan paling tepat diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan sekalipun, jawapan tersebut tetap akan dimanipulasi untuk kepentingan pembangkang.
Jadi disini Sangkalala nasihatkan kepada Malaysiakini, apabila seorang menteri atau timbalan menteri mengelak dari berjumpa atau bertembung dengan wartawan portal kamu, itu adalah isyarat bahawa Menteri tersebut tidak selesa dengan pendekatan kamu dalam bidang penulisan dan penerbitan.
4 ulasan:
Kalau menteri kabinet kita cerdik dia tak akan mengelak waima jumpa wartawan setan sekali pun.
Tapi malangnya ramai yg tak cerdik seperti Ahmad Maslan, Hassan Malik dll.
Mana ada menteri Malaysia yg cerdik sekarang ni. Dahlah goblok, argan pulak tu.
Sangkakaljari9 jangan gusar, bermati matian kita membela pak menteri akhir pak menteri ni juga yang berpeluk-pelukan dengan wartawan contoh Zahid dengan Steven Gan (Malaysiakini), Tian Chua dimaafkan oleh UMNO begitulah seterusnya!
Ni sumer poyo...haktuihhh
Catat Ulasan