Isnin, 9 September 2013

UKUR DIRI SEBELUM BERTANDING !!! ITU NASIHAT ZAMBRY KADIR !!!

Sangkakala setuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir tentang mereka yang nak bertanding di peringkat Majlis Tertinggi.

Dibawah adalah petikan temubual diantara beliau dengan wartawan BERNAMA.

IPOH, 9 Sept (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata anggota parti yang ingin bertanding pada pemilihan Umno, harus memikirkan sama ada mereka boleh diterima untuk menjadi barisan pemimpin dalam parti, atau sebaliknya.

"Mereka yang mahu bertanding itu eloklah ukur diri," kata Menteri Besar Perak itu merujuk kepada anggota Umno yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

"Yang mana yang sudah tak boleh, tak usahlah bertanding...kadang-kadang rakyat cemuih (bosan). Orang muda memerhati perangai yang tak sudah-sudah ni.

"Cukuplah, zaman kita (mereka) dah cukup. Tak usah kita berebut-rebutlah," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di sini.

Zambry berkata peluang perlu diberikan kepada ramai lagi anggota parti yang mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai barisan pimpinan Umno.

Zambry tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding jawatan anggota MT walau pun ada pihak yang menyatakan beliau patut bertanding bagi menguji sejauh mana pengaruhnya dalam parti.

"Ini bukan soal pengaruh. Bagi saya yang paling penting adalah untuk melakarkan satu bentuk politik dan amalan politik baharu dalam Umno.

"Biarlah orang seperti saya...kami yang terdiri daripada pengerusi perhubungan Umno negeri, yang sudah tentu menjadi anggota MT tidak bertanding," katanya.

BERNAMA

Kan betul tu, bagi pulak pada golongan muda untuk menerajui kepimpinan dan seharusnya 4 orang yang mewakili pemuda UMNO Malaysia diberi peluang untuk. Bertanding di peringkat Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Jadi tidaklah UMNO dilihat hanya didominasi oleh golongan yang sudah veteran.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: