Perkara ini terjadi apabila Anwar mencalonkan Dr Mad Nor Manuti sebagai calon parlimen Bagan Serai yang mana semua ahli ahli PAS sebelum ini meminta agar calon dari parti mereka diletakkan.
Nampak sangat Dr Manuti tidak digemari oleh rakyat di sekitar Bagan Serai kerana apa yang Sangkakala dengar, beliau ini terlalu angkuh dan sombong dengan jawatan dan pangkat yang disandang hingga melihat orang lain tidak setanding dengannya.
Apakah rakyat di Bagab Serai masih memerlukan seorang pemimpin seperti ini? Dengan lagaknya dan keangkuhannya pasti akan membuatkan rakyat di Bagan Serai akan lebih menderita jika kawasan parlimen ini jatuh sekali lagi ke tangan pembangkang.
Sepertimana yang diketahui oleh orang ramai serta rakyat jelata, Anwar tidak akan mengendahkan permintaan daripada akar umbi apatah lagi jika mereka bukanlah dari kalangan ahli ahli PKR.
Ini jelas terbukti dan telah pun dinyatakan oleh Anwar dalam meletakkan calon di Bagan Serai yang mana kehendak para penyokong PAS adalah berlainan.
Persoalannya di sini, adakah PAS begitu bacul dalam mempertahankan maruah akar umbi mereka yang selama ini begitu taat dan setia terhadap parti?
Anwar juga dilihat sebagai pemerintah kuku besi yang mana hanya keputusan beliau yang layak diguna pakai oleh kepimpinan setiap parti pakatan mereka.
Dengan menidakkan apa yang dikehendaki oleh akar umbi juga membuktikan bahawa Anwar hanya akan menggunakan kuasa beliau sendiri tnpa mengambil kira kuasa pengundi serta pengikut mereka.
Sudah sudahlah tu, tidak ada gunanya bermati matian demi untuk mempertahankan seorang yang begitu angkuh seperti Dr Manuti dan Anwar Ibrahim.