Bukankah mereka juga yang mengatakan bahawa kerajaan telah memberikan hak kerakyatan kepada warga asing sebelum ini? Tapi kenapa kini Surendran pula cuba untuk menjadi 'hero' masyarakat india yang tidak memiliki kad pengenalan yang mana kemungkinan mereka juga adalah warga asing?
PKR bukan sahaja memutarbelitkan keadaan bahkan kini sudah jelas bahawa parti itu cuba menggunakan kaum india sebagai senjata pertahanan terakhir mereka menjelang pilihanraya dengan harapan mereka akan mendapat sokongan dari kaum india.
Sangkakala bukan menidakkan kerakyatan mereka, tetapi kerajaan selama ini meneliti serta menghalusi setiap kerakyatan yang akan diberikan kepada mereka.
Bukan dengan cara mendesak Perdana Menteri untuk memberikan hak kerakyatan tersebut kerana mungkin rekod kelahiran mereka tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan sekaligus menyukarkan proses untuk mendapatkan kad pengenalan.
Apa yang menjadi kegusaran serta kebimbangan kita rakyat Malaysia sekarang ini ialah kebanjiran warga asing yang cuba untuk menjadi rakyat negara ini semakin menjadi jadi.
Surendran selaku seorang peguam sudah semestinya arif dalam proses pelaksanaan serta undang undang sekiranya seseorang itu ingin medapatkan kerakyatan dalam negara kita.
Sangkakala juga hairan, darimana datangnya sebegini ramai kaum india yang masih tidak mempunyai kad pengenalan? Adakah mereka ini benar benar lahir di Malaysia atau mereka telah datang sebagai pendatang tanpa izin di negara kita ini.
Surendran nampaknya bermain dengan satu permainan bodoh, hingga beliau tidak tahu yang mana satu benar benar rakyat Malaysia dan yang mana satu pendatang.
Kita jangan mudah terpengaruh dengan kata kata bahawa kerajaan tidak memberikan kerakyatan atau kad pengenalan kepada kaum india ini kerana jika mereka benar benar lahir di negara kita, sudah pastilah ada rekod tentang kelahiran mereka di dalam negara ini.
Kemungkinan besar juga mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan ini cuba untuk mengambil peluang dengan menangguk di air keruh kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jadi mereka beranggapan adalah amat mudah untuk memalsukan diri dengan mengatakan bahawa mereka juga telah lahir di Malaysia.
Sangkakala harap supaya Surendran lebih bijak dalam menangani isu tersebut, kerana kita lebih kepada menjaga rakyat sendiri dan bukannya rakyat asing. Dan satu lagi, Surendran juga Sangkakala nasihatkan supaya tidak cuba untuk menjadi 'hero' dalam situasi ini. Jika mereka benar benar lahir di Malaysia, keluarkan bukti dan sudah pasti kerajaan akan memberikan kad pengenalan kepada mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan