Selasa, 4 September 2012

ANWAR MENYOKONG PENUKARAN JALUR GEMILANG

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

Nah..ini sudah menjadi bukti kuat bahawa Anwar juga terlibat dalam insiden membawa bendera tersebut ke Dataran Merdeka pada malam sambutan kemerdekaan yang lalu.

Sebelum ini, penolong Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan bertindak mengaku bahawa beliau yang mereka bendera berkenaan untuk dibawa ke Dataran Merdeka.

Dengan kenyataan ini sudah pasti Jalur Gemilang akan ditukar kepada bendera mirip kepada bendera negara Singapura dan Indonesia itu jika Pakatan Rakyat memerintah.

Sebagai orang yang pernah memegang jawatan kedua tertinggi di dalam kerajaan Malaysia, Anwar sepatutnya lebih arif dengan sensitiviti masyarakat yang cintakan tanah air, bukan dengan menyokong tindakan yang dilakukan oleh pengikut beliau yang secara terang terangan cuba untuk mencetuskan kekeliruan masyarakat.

Walaupun beliau menegaskan bahawa bendera tersebut adalah bendera yang digunakan untuk menuntut kemerdekaan negara, tetapi kita semua sedia maklum bahawa bendera rasmi yang digunakan oleh negara kita sekarang ialah Jalur Gemilang dan ianya telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong serta majlis Raja Raja dan ianya juga telah di persetujui didalam parlimen sebelum ianya dijadikan bendera rasmi negara.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh pengikut pembangkang ini juga, negara luar mungkin akan merasakan bahawa Malaysia tidak stabil dari segi politik dan seterusnya menggagalkan usaha kerajaan dalam menaikkan serta memartabatkan negara ini di mata dunia.

Walau pun DAP sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang perkara ini, itu senua adalah bohong semata mata kerana dalam konteks persefahaman diantara DAP PAS dan PKR sudah pastilah ada persetujuan sebelum semua ini dilakukan.

Jika PR menjadi kerajaan sudah pasti akan banyak perubahan kearah keburukan yang akan diambil dan kemungkinan besar juga PR akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik sepert mana Singapura dan Indonesia yang menggunakan sistem Presiden dan Raja Raja Melayu tidak lagi diguna pakai.

Tiada ulasan: