Khamis, 30 Ogos 2012

HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI CABAR PEJUANG TANAH AIR

Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu telah menyaksikan bahawa ianya tidak bersifat sebagai himpunan aman seperti yang di sebut-sebutkan oleh pembangkang selama ini.

Malam ini pula, sedang seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara bergembira menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 kita didengarkan pula dengan ura-ura yang mengatakan bahawa satu himpunan lagi akan di adakan.

Himpunan yang juga dikatakan sebagai himpunan aman ini lebih kepada gangguan daripada pembangkang dalam usaha untuk memporak perandakan keamanan yang kita kecapi selepas merdeka.

Sangkakala berpendapat, himpunan ini lebih kepada mencabar para pejuang tanah air yang berjuang bermati-matian dalam mepertahankan negara.

Kenapa Sangkakala katakan begitu? Sangkakala merasakan bahawa sambutan ulang tahun kemerdekaan ini adalah untuk meraikan kejayaan para pejuang yang sanggup berjuang mempertahankan negara sehingga ada yang terkorban nyawa.

Mereka yang mungkin berhimpun pada malam ini juga dilihat bukan sahaja tidak menghargai kenikmatan kemerdekaan yang kita kecapi di samping mereka juga ingkar dengan perintah yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa bahawa himpunan 'janji demokrasi' adalah himpunan haram.

Tiada ulasan: