Jumaat, 6 Julai 2012

RAMADHAN SALE DI SELANGOR






Gambar ini telah diambil oleh seorang rakan dan ianya dikatakan telah terjadi di pasaraya The Store dalam negeri Selangor, apa kesudahannya kalau ini berlaku di negeri yang diterajui oleh UMNO/BN? Sudah pastilah ianya akan menjadi bahan hingga berketak seluruh alam gegak gempita seluruh dunia mengatakan bahawa UMNO tidak sensitif terhadap isu agama Islam dan tidak menghormati agama islam.

Tetapi apabila ianya terjadi di negeri yang dikuasai oleh Pembangkang, adakah perkara ini perlu dibiarkan berleluasa? Kemana pergi suara_suara yang lantang mengkritik UMNO dengan mengatakan bahawa UMNO atau Barisan Nasional tidak menghormati Islam?

Atau mungkin juga Khalid Ibrahim yang kini memegang jawatan EXCO Agama Islam Selangor yang juga merupakan Menteri Besar terpaksa mendiamkan diri oleh kerana takut akan suara Ronie Liu seperti mana yang terjadi terhadap Datuk Dr Hasan Ali semasa serbuan keatas kedai serbaneka 24 jam dahulu?

Kita harus berfikir bahawa kejadian seperti ini tidak pernah terjadi semasa pemerintahan Barisan Nasional di Selangor dulu, tetapi kenapa ianya boleh terjadi semasa pemerintahan Pakatan Rakyat?

Harap rakyat Selangor dapat menilai tentang perkara ini sedalam-dalamnya, jangan hanya kerana janji-janji kosong Pakatan Rakyat  maka masa depan agama juga dipermain-mainkan.

Gambar diatas seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Selangor khususnya orang Islam
berbuka puasa dengan meneguk arak hingga pasaraya ini membuat jualan arak untuk bulan yang yang penuh kemuliaan ini.

Fikir-fikirkanlah apa akan jadi sekiranya perkara ini berlanjutan di kemudian hari.

Tiada ulasan: