Jumaat, 15 November 2013

GAMBAR DUA BUAH KENDERAAN TERBALIK DI NKVE

Dua buah kenderaan terbalik di lebuhraya NKVE berdekatan dengan tol Jalan Duta arah utara pagi ni.

Dua buah kenderaan sebuah produa MYVI dan sebuah lori terbalik dipercayai berlanggar sama sendiri.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 14 November 2013

BUKTI KERAJAAN SELANGOR CUBA MENIPU PENDUDUK PPR


Kerajaan Selangor melalui syarikat yang diberikan kuasa untuk menjalankan kutipan sewa kepada penyewa PPR nampak gayanya cuba menipu mereka untuk menaikkan harga sewa kediaman mereka dari RM 124 kepada RM 250 sebulan.

Daripada surat pekeliling yang diedarkan kepada penduduk atau penyewa yang membayar sewa sebanyak RM 124 jelas kerajaan negeri sudah mula menggula gulakan mereka dengan pemberian khairat kematian kononnya.

Syarikta perumahan dan hartanah Selangor SDN BHD telah mengeluarkan sirat seperti diatas dan kononnya jika mereka tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut maka nama mereka akan dipamerkan di blok masing masing untuk dibuat semakan dan mendapat persetujuan daripada penduduk atau penyewa lain sama ada mereka layak atau tidak untuk membuat bayaran sebanyak RM 124.

Apa yang Sangkakala maksudkan sebagai gula gula ialah, mereka dikatakan akan dilindungi oleh khairat kematian yang mana jika penama meninggal dunia, maka mereka layak untuk membuat tuntutan sebanyak RM 1000, pasangan RM 500 dan anak anak juga sebanyak RM 500.

Persoalannya disini, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 ini benar benar berkemampuan?

Ada di kalangan mereka ini sudah berumur melebihi dari 60 tahun dan mereka ini adalah dikalangan warga emas.

Kerajaan Selangor jangan la cuba nak tipu orang ramai khususnya mereka yang menyewa di PPR ini seolah olah mereka terlalu bodoh hingga tak mampu untuk berfikir dengan waras.

Jika selama ini mereka membayar sewa sebanyak RM 124 sebulan atas dasar apa ianya hendak dinaikkan?

Lagi satu soalan Sangkakala, bukankah EXCO Perumahan Selangor telah mengatakan bahawa tidak ada kenaikan terhadap penyewa penyewa ini dan adakah dengan cara sebegini membolehkan kerajaan Selangor menaikkan sewa secara paksa tanpa disedari?

Sangkakala mengandaikan bahawa mereka ini cuba dianiaya oleh kerajaan Selangor melalui anak syarikat kerajaan Selangor sendiri kerana, jika nama mereka diletakkan di blok masing masing, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 250 akan bersetuju dengan kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 selama ini?

Itu juga sebab kenapa Sangkakala mengatakan bahawa kerajaan Selangor cuba untuk memaksa mereka membayar sewa sebanyak RM 250 dan alasan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri nanti sudah pasti penduduk lain tidak bersetuju dan mereka ini akan terus diminta untuk membayar sewa sebanyak RM 250.

Sangkakala difahamkan bahawa mereka yang dipindahkan daripada setinggan di sekitar Selangor diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM 124 dan bagi mereka yang membuat permohonan untuk menyewa maka mereka ini perlulah membayar sewa dengan kadar RM 250 sebulan.

Dan kini mereka yang membayar sewa dengan kadar RM 124 dipaksa secara profesional oleh kerajaan negeri yang kononnya akan bertanya kepada penduduk lain dan jawapan yang sudah pastiakan diberikan nanti ialah mereka yang membayar sewa ini dikatakan tidak layak untuk mengekalkan sewa mereka dan sewa mereka akan dinaikkan dari RM 124 kepada Rm 250 sebulan.

Adakah ini keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang diwar warkan oleh kerajaan Selangor dan dari pengamatan Sangkakala, mereka ini majoritinya adalah dari kalangan orang Melayu dan dimana lafaz sumpah Menteri Besar dihadapan DYMM Sultan Selangor bahawa beliau akan menjaga kebajikan orang Melayu dan agama Islam?

Penipuan demi penipuan dilakukan kepada rakyat Selangor oleh kerajaan negeri cuma ianya terselindung atau secara terang terangan.


INI TITAH SULTAN !!! SIAPA AGAK YANG BERANI NAK LANGGAR ???




LEMBAGA WAKAF HINDU MINTA BAJET KERAJAAN SELANGOR ???


Ni apa benda pulak ni? Kerajaan Selangor nak terima ke kalau NGO ni ditubuhkan dan apa pula fungsinya?


Siap minta bajet dari kerajaan Selangor pulak lagi tu.

Jadi kita tengok nanti apa kerajaan Selangor nak buat? Sama ada nak bagi atau tidak tapi Sangkakala yakin Khalid Ibrahim akan terima atas dasar politik dan undi untuk PRU 14 nanti.


Rabu, 13 November 2013

@khairykj BEZA ANTARA KERJA DENGAN ORANG TUA @CTNurhaliza11


Aya Cik Siti..apa hal ni sampai nak sound Menteri jangan biadap dengan orang tua dan perlu pendekatan yang lebih berhemah.

Sekarang ni yang buat kerja tu Menteri yang bertanggungjawab dengan FAM, dan Khairy menegur persatuan yang bernaung dibawah kementerian beliau.

Takde istilah tua muda dalam tugas dan kalau nak dikira sampai macam tu nampaknya menteri yang muda muda ni tak boleh nak buat teguran le pada orang yang lebih berumur.

Satu je la Sangkakala nak pesan kat Siti Nurhaliza ni, kerja menteri biar dia yang buat,  kalau sebagai peminat yang baru dua kali masuk stadium rasanya belum membuktikan lagi kesetiaan terhadap sukan bola sepak.

Mentang mentanglah baru baru ni pasukan Pahang yang juga merupakan negeri kelahiran beliau menang piala Malaysia dah lantang sampai nak nasihatkan Menteri yang bagi kritikan ke?

Jangan sampai nanti Datuk Seri Khalid pula buat protes atau teguran kat Siti sebab masih belum ada apa apa anugerah yang diberikan pada beliau sepanjang mereka berkahwin, rasanya pembaca faham kot anugerah apa yang Sangkakala cakapkan ni kan.

Jadi kepada Siti yang begitu MEMINATI BOLA, adalah lebih baik jaga BOLA yang ada untuk kesejahteraan rumah tangga sebab ada juga dengar dengar Datuk Seri dah mengintai orang yang boleh bagi anugerah ni.



Selasa, 12 November 2013

APABILA SI CELAKA JADI TIMBALAN MENTERI !!! INLAH JADINYA !!!


Ini lah akibat apabila orang yang menjadi pembangkang diambil menjadi timbalan menteri kononnya untuk memberi keseimbangan kepada semua bangsa.

Bukanlah Sangkakala berniat untuk menghina mana mana kaum atau agama, tetapi apabila seorang timbalan menteri seperti P Waythamoorthi menyelar apa yang dilakukan oleh seorang menteri adalah satu perkara yang amat kurang ajar.

Itu ke sikap seorang Timbalan Menteri? Sampai tak tau nak hormat orang dan tak reti nak berterima kasih?

Datuk Seri Tengku Adnan telah mengatakan bahawa perobohan tempat pemujaan adalah untuk penambah baikan tapi apa pula yang dibalas oleh Timbalan Menteri bangang ni?

Sampai kata jangan campur urusan tempat pemujaan yang penuh dengan botol arak.

Agaknya memang dia ni suka tempat pemujaan macam tu dan memang suka agaknya tempat macam tu dijarikan sarang untuk penagih minuman keras menjalankan aktiviti mereka. 

Nak harap Hindraf untuk membetulkan keadaan di tempat pemujaan rasanya jangan mimpi lah.

Hindraf selama ni pun cuma tau nak protes apa yang dilakukan oleh kerajaan dan sampai sekarang masih lagi nak membangkang dan sebagai contoh yang berlaku sekarang Sangkakala rasa kalau sekali lagi dia ni dilantik sebagai senator tak taulah dimana muka pula kepimpinan Barisan Nasional Malaysia. 


SURENDRAN TAK HORMATI PERASAAN RAKYAT MALAYSIA


Ni lagi sorang anjing Pakatan Pembangkang yang dikatakan cuba untuk menjadi pembela kepada pembunuh yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu insiden kes rompakan oktober lepas.

Mungkin perkara kematian bagi si bangang ni adalah biasa dan tiada apa apa yang perlu diperkatakan atau dipersalahkan.

Tapi Sangkakala agak hairan juga, kenapa sibangang ni nak sangat pertahan pembunuh yang berasal dari Indonesia tu?

Masa ketua polis negara cabar untuk Surendran ni ikut sekali dalam operasi pokis membanteras jenayah tau pulak dia takut nak pegi, tau pulak takut mati.

Tapi bila ada kes pembunuhan, dia pulak nak bela pembunuh tersebut.

Atau mungkin juga sebab yang mati tu bukan orang india dan mangsa adalah melayu dan dia ni ada kemungkinan nak membela pembunuh tersebut kerana telah membalas dendam dengan membunuh orang melayu.

Sebagai orang Melayu Sangkakala rasa kita perlu bangkit menentang supaya bangsat ni tak mampu untuk membela pembunuh tersebut kerana suara melayu.


Isnin, 11 November 2013

GAMBAR RAKAN SEJENAYAH PEMBUNUH PEGAWAI BANK DISEBAR


Ini adalah gambar gambar rakan sejenayah pembunuh dan perompak yang merompak Ambank yang ditangkap baru baru ini.

Menurut laporan, kebanyakan wang hasil rompakan ada bersama lelaki seperti gambar diatas yang dikenali sebagai Joemar yang juga merupakan warga Indonesia dan memegang kad pengenalan palsu.

Harap harap pihak polis dapat menangkap rakan jenayah pembunuh ini dan dihadapkan kemuka pengadilan bersama sama dengan penjenayah tersebut. 


Orang ramai yang pernah terserempak dengan penjenayah ini boleh juga membantu dengan melaporkan kepada pihak polis.


PAKATAN BELA NASIB PEMBUNUH PEGAWAI BANK ??? APA CERITA NI ???


Nak katakan bodoh, nampak macam pandai, nak kata pandai mereka ni sendiri dah tunjuk diri tu bodoh, jadi Sangkakala dah tak tau nak kata pandai atau bodoh, tapi kalau ikut logik akal memang nampak sangat kebodohannya.

Yang beriya sangat nak pertahan pembunuh tu pasal apa? 

Yang dibunuh tu pulak macam mana cerita? Siapa nak pertahan?

Pemimpin pembangkang telah meminta supaya kerajaan Indonesia menghantar protes tentang layanan pihak berkuasa terhadap pembunuh dan perompak yang merompak sebuah bank serta membunuh seorang pegawai bank tersebut pada bulan Oktober yang lalu.

Tapi pernahkah pembangkang pergi ke luar negara untuk mempertahankan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah yang berkemungkinan teraniaya di luar sana?

Ternyata pembangkang dalam negara kita tak berakal dan tidak mempunyai fikiran yang positif dalam sistem pentadbiran negara.

Dengan mempertikai mengapa perlu sampai 4 orang pengawal Unit Tindakan Khas mengawal pesalah, jelas membuktikan bahawa pembangkang tidak pernah menghiraukan keselamatan rakyat serta orang ramai.

Mungkin juga setiap perkara adalah biasa bagi mereka dan penjenayah yang merbahaya seperti pembunuh pegawai bank tersebut adalah kes kes terpencil seperti mencuri di pasaraya.

Ingatlah sikit, seluruh rakyat Malaysia amat marah dengan kejadian tersebut yang dianggap terlalu kejam, tapi bagi pembangkang ianya tidak memberi apa apa kesan langsung.

Agaknya kalau pembangkang memerintah negara ni, penjenayah yang dibawa ke mahkamah akan dibiarkan berjalan sendirian untuk masuk ke dalam kereta peronda dan kalau nak terlepas pun takpe sebab yang akan dipersalahkan nanti ialah pasukan polis.

Dan itu sudah menjadi lumrah bagi mereka akan menyalahkan pihak lain untuk menutup kesalahan mereka sendiri.



JAWATAN KOSONG DI UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/ Kontrak di Kampus Shah Alam dan
Kampus Cawangan.


BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN:

A.KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD47 RM 5,007.64 - RM 8,356.59 

2. PENOLONG PENDAFTAR GRED N41 (Pegawai Tadbir) RM 1,910.02 - RM 6,799.30 

3. PEGAWAI FARMASI GRED U41 RM 2,259.08 - RM 6,909.25 

4. PEGAWAI PERGIGIAN GRED U41 RM 2,259.08 - RM 6,909.25 

5. JURUUKUR BANGUNAN GRED J41 RM 2,359.72 - RM 6,896.67 

6. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L44 RM 3,411.65 - RM 7,210.54 

7. ARKITEK GRED J41 RM 2,359.72 - RM 6,896.67 

8. PENOLONG BENDAHARI GRED W41 (Pegawai Kewangan) RM 1,924.18 - RM 6,838.59
 
9. JURUTERA GRED J41 RM 2,359.72 - RM 6,896.67 

10. AHLI MUZIK GRED B41 RM 1,925.75 - RM 6,840.16 

11. PEGAWAI DIETETIK GRED U41 RM 2,259.08 - RM 6,909.25 

12. PEGAWAI SAINS GRED C41 RM 1,939.89 - RM 6,873.16 

13. PENGURUS ASRAMA GRED N41 RM 1,910.02 - RM 6,799.30 

B. KUMPULAN PELAKSANA

14. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U40 RM 5,022.09 - RM 7,855.15 

15. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U38 RM 4,270.08 - RM 6,872.03 

16. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U36 RM 3,454.82 - RM 6,369.36 

17. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U32 RM 2,214.00 - RM 5,178.91 

18. JURURAWAT GRED U29 RM 1,311.58 - RM 4,508.20 

19. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN GRED U29 RM 1,311.58 - RM 4,508.20 

20. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED J29 RM 1,750.82 - RM 4,456.92 

21. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27 RM 1,361.14 - RM 4,427.94 

22. PEGAWAI EKSEKUTIF GRED N27 (Penolong Pegawai Tadbir) RM 1,361.14 - RM 4,427.94 

23. PENOLONG JURUAUDIT GRED W27 RM 1,366.27 - RM 4,433.07

24. PENOLONG PEGAWAI KESATRIA GRED S27 RM 1,361.14 - RM 4,427.94

25. JURUPULIH PERUBATAN GRED U29 RM 1,311.58 - RM 4,508.20 

26. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 RM 1,311.58 - RM 4,508.20 

27. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 RM 1,366.27 - RM 4,433.07 

28. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N22 RM 2,164.44 - RM 4,002.02 

29. PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17 RM 928.74 - RM 3,091.39 

30. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 RM 928.74 - RM 3,091.39 

31. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17 RM 974.88 - RM 2,541.06

32. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17 RM 974.88 - RM 2,541.06 

33. KERANI / Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) GRED N17 RM 927.03 - RM 3,089.68 

34. ARTIS BUDAYA GRED B17 RM 935.57 - RM 3,118.70 

35. PELUKIS GRAFIK GRED B17 (Pereka) RM 935.57 - RM 3,118.70 

36. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 RM 927.03 - RM 3,089.68 

37. PRAMUSAJI GRED N17 RM 927.03 - RM 3,089.68 

38. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17 RM 1,318.42 - RM 2,853.81 

39. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 RM 836.90 - RM 2,458.15 

40. OPERATOR LOJI GRED R3 RM 792.60 - RM 2,007.76 

41. PEMANDU KENDERAAN GRED R3 RM 792.60 - RM 2,007.76 

42. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 RM 733.54 - RM 2,197.86 

SYARAT LANTIKAN 

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang 
UiTM di

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Untuk Bukan Staf UiTM
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian ("ON-LINE") sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

b. Untuk Staf UiTM sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian ("ON-LINE") melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Sabtu, 16 November 2013 .

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

NO.TEL: (03) 5544 3075 / 3089 / 3007 /3076
(03) 5521 1028
EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my


Sent from Samsung Mobile

KARPAL DISELAMATKAN OLEH KIT SIANG !!! DUA DUA PUN SAMA PEMBELIT


Lim Kit Siang nampaknya bertungkus lumus membantu rakan OKU dalam DAP yang terlepas cakap baru baru ni.

Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan p3mimpin PAS turut naik hantu apabila beliau mengatakan bahawa ROS perlu membatalkan pendaftaran persatuan atau parti yang menggunakan nama agama atau bangsa bagi membolehkan semua orang menyertai pertubuhan atau parti politik tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

Tapi bila dah dihentam oleh kepimpinan PAS sendiri tentang kenyataan tersebut, Kit Siang telah tampil mempertahankan Karpal dengan mengatakan bahawa kenyataan Karpal tersebut telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.

Apa punya badigol la si Kit Siang ni, dah terang terang Karpal keluarkan kenyataan begitu, masih nak kata manipulasi ke? Manipulasi kepala hotak kamu la Kit Siang. 

Kit Siang mengatakan kononnya Karpal memberitahu beliau bahawa kenyataan itu ditujukan kepada Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Tapi macam biasa la, pemimpin DAP akan cuba memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia ni bodoh macam pengikut pakatan.

Kalau nak tujukan pada PPMM, kenapa perlu disebut parti? Atau memang Karpal nak cuba tengok kalau boleh PAS dibubarkan oleh ROS atas saranan dan pandangan dia tu.

Kalau jadi kira dia berjaya la menghancurkan PAS dan agenda negara Islam takkan bermakna lagi dan mayat Karpal takkan di langkah oleh orang orang PAS. 

Tapi yang paling ialah percubaan Karpal telah menyusahkan Kit Siang sebab kena jawab dan tepis dengan pelbagai gerak kuntaw yang dia tau. Hahaha....


ANWAR MAKIN LESU APABILA PAKATAN MAKIN KELAM !!!


Dua dari PKR dan satu dari DAP adun di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas serta menyokong kerajaan Barisan Nasional. 

Apakah itu tanda yang pakatan pembangkang di Sabah bakal berkubur apabila ramai di kalangan pemimpin dan ADUN pakatan akan bertindak keluar dari parti tersebut.

Mengikut kata pengasas PKR Sabah, lepas ni akan kelihatan pemimpin pakatan Sabah bertindak keluar parti dan beliau tidak terkejut jika perkara tersebut berlaku kerana Anwar dikatakan terlalu campur tangan dalam hal ehwal PKR dan pembangkang di Sabah.

Tambahan pula apabila Lajim Ukin dilantik sebagai ketua pembangkang, lagi lah orang tak suka.

Kalau dulu Anwar suka menyanyi 'tanya sama najib apa sebab goyang..nanti jawab najib sabah nak hilang', sekarang kita tanya balik pada Anwar, lagu apa pulak yang dia nak nyanyikan untuk diri dia sendiri.


Ahad, 10 November 2013

ADAKAH INI PUNCA PENGUATKUASA DITEMBAK MATI ???


Petang tadi seorang Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang ditembak mati.

Dan mengikut sumber, pada 29 September lalu, mangsa telah menumpaskan ketua kumpulan Syiah di Pahang (rujuk gambar).

Menurut makluman dari Buletin utama malam ini, suspek pertama telah turun dari
kereta dan berkopiah hitam dan seorang lagi suspek telah turun dari kenderaan sama dan melepaskan tembakan yang mengenai dada mangsa.

Mungkinkah ini ada kaitan? Sebab selama ini belum pernah seorang penguatkuasa jabatan agama di cederakan apatah lagi di tembak mati.

Sangkakala harap perkara ini disiasat dengan penuh teliti oleh pasukan polis dan penjenayah tersebut dapat di banteras.


HUKUMAN MAUT BAKAL DITERIMA

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada pasukan polis diRaja Malaysia yang telah berjaya memberkas suspek yang menembak mati pegawai bank tempoh hari.

Bekas pengawal yang ditangkap di Kota Tinggi Johor itu kini dibawa ke mahkamah Petaling untuk direman sementara siasatan dijalankan.

Tapi apa yang pasti, hukuman maut sudah berada di ambang pintu cuma menunggu masa untuk dilaksanakan.

Kepada keluarga mangsa, Sangkakala ucapkan takziah dan sudah pastinya berasa puas hati dengan tertangkapnya penjenayah yang telah meragut nyawa isteri dan ibu kepada 2 orang anak pada bulan oktober lalu.

Sekalung tahniah lagi buat pasukan polis dan kini apa yang pasti, pasukan polis dicabar sekali lagi dalam insiden pegawai penguatkuasa jabatan agama inslam Pahang mati ditembak jam 2 petang tadi.

Semoga penjenayah tersebut juga dapat ditangkap secepat mungkin.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KETUA PENGUATKUASA MATI DITEMBAK

Alfatihah..hanya itu yang mampu diucapkan apabila seorang pegawai tinggi kerajaan mati ditembak di kediamannya di Indera Mahkota 2 jam dua petang tadi.

Ketua bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Raflie Ab Malik dikatakan mati setelah terkena 3 das tembakan pada jam 2 petang tadi di rumah beliau.



BERNAMA



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RAZLAN KECEWA DENGAN GLC ??? APA PUNCANYA NI ??


Negara Malaysia mempunyai rakyat yang pelbagai kaum, dan tidak dinafikan kaum Melayu adalah kaum yang paling miskin di Malaysia.

Walaupun banyak bantuan dan dasar yang ditekankan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada bangsa Melayu, namun ianya tidak banyak mengubah bangsa Melayu dari sudut kejayaan ekonomi.

Melayu masih lagi kebelakang dari sudut pemilikan hartanah, melayu masih lagi bergelumbang dengan mencari formula merebut kek ekonomi dalam Malaysia.

Banyak pihak yang perlu disedarkan untuk kita bersama mencapai kejayaan apabila sesuatu dasar kerajaan itu sudah ditetapkan, banyak juga GLC yang retorik dalam menjayakan dasar kerajaan bagi membantu penumbuhan ekonomi orang Melayu.

Terbaru, YAB Perdana Menteri merayu agar GLC dapat membantu syarikat akhbar Melayu!

Pandangan ikhlas saya, tugasan sekecil ini pun gagal di laksanakan oleh GLC, bagaimana pula agenda yang lebih besar untuk membantu pengagihan kek ekonomi untuk orang Melayu?

Sudah masanya Pengerusi-Pengerusi GLC dipanggil setiap minggu bagi melaporkan secara jelas laporan pembangunan. Perbincangan secara terperinci setiap agenda bangsa melayu.

Memang benar mereka mempunyai KPI untuk keuntungan organisasi mereka, namun ianya bukanlah alasan untuk bersama melaksanakan tugasan bagi meningkatkan ekonomi bangsa melayu.

Minggu lepas, pendedahan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Petronas yang tidak membantu bumiputra amat memalukan. Rupanya cakap-cakap kedai kopi yang membayangkan petronas tidak membantu orang melayu adalah benar belaka!

Agak malu juga apabila melihat pengerusi-pengerusi dan lembaga pengarah di GLC adalah kebanyakkan Melayu, namun tidak memikirkan masa depan orang melayu secara khususnya. Malu kita kepada bangsa lain yang tidak pernah lekang memikirkan bagaimana mereka dapat meningkatkan ekonomi bangsa mereka!

Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh


Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 9 November 2013

ANWAR STIM KENA GOSOK DENGAN BINI ORANG

Katakan maksum sangat sampai dah macam macam tahap keagamaan digelar termasuklah kurniaan Tuhan kata kak Wan pada Anwar.

Tapi dah menjadi lumrah bagi puak pembangkang ni khususnya Anwar, kalau dapat kena usap sikit, mula la meleleh air ikut celah peha.

Aduhh..rasa macam kasar je ayat Sangkakala hari ni kan? Tapi itu la hakikatnya dan rasanya lepas ni Sangkakala takkan keluar lagi ayat skema melainkan ayat maki hamun puak pembangkang ni yang nampaknya hipokrit makin menjadi.

Kenapa? Tak percaya? Nanti Sangkakala tulis dalam entry yang lain boleh le baca ye.

Cuma artikel ni Sangkakala nak cerita sikit pasal Anwar kena gosok tu, tudung litup pempuan yang gosok belakang Anwar nakmpaknya tak membolehkan kita menilai bahawa bertudung tu baik dan terdedah tu jahat.

Sebab cuba kita kaji balik apa hukumnya kalau dah siap gosok laki orang?

Yang kak Jijah pulak macam biasa biasa je laki dia kena gosok macam tu, takde pulak rasa cemburu ye?

Agaknya kak Jijah pun dah takde nafsu atau geli nak bernafsu dengan Anwar ni, cuma yang bernafsu tu mungkin sebab nampak kotey bengkok dia je macam dalam video dia balun Chinadoll dalam hotel yang didedahkan dulu.

Kan dah kata, ayat artikel ni dah jadi rosak, tapi rosak pun sebab puak pembangkang ni nak hancurkan Malaysia ditambah pula dengan para pengikut bangang mereka yang mengiyakan je apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka sendiri.

Tak kira laki orang, bini orang, anak dara orang, janda orang, tunang orang, anak lelaki orang, semua main sapu je, depan belakang habis semua.

Itu rupa yang nak diikutkan sangat? Baik le berhenti setakat tu je wahai pengikut pemakan dedak pakatan pembangkang, tak kemana pun sudahnya nanti.

Berapa ramai dah lari daripada Anwar? Cuba cerita sikit.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PENGHINAAN TERHADAP PAS SUDAH SAMPAI KEMUNCAK


Sangkakala nampak apa yang dilakukan olehbpemimpin PAS dalam mempertahankan kenyataan Karpal Singh supaya parti yang menggunakan nama agama serta bangsa dibubarkan adalah satu penghinaan terhadap parti itu 

PAS bukannya dihina oleh parti lawan atau parti seangkatan tetapi PAS dimalukan oleh kepimpinan nya sendiri yang seolah olah orang tiada pedoman dan tiada pendirian. 

Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz yang merupakan mursyidul am PAS itu sendiri bahawa kenyataan Karpal Singh adalah kenyataan peribadi dan beliau juga dilihat tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan perkara tersebut sedangkan apabila Karpal mengatakan tentang parti yang menggunakan bangsa dan agama, PAS juga turut terbabit sama.

Masalahnya sekarang, kepimpinan PAS seolah olah lembu yang di cucuk hidungnya dan di tarik ke padang ragut untuk diberi makan rumput dan mereka (pemimpin PAS) seolah olah tidak mampu untuk berbuat apa apa kepada pemimpin parti seangkatan mereka dan mereka juga seolah olah kebal daripada segala komen atau kritikan daripada pemimpin PAS dalam usaha mempertahankan parti mereka sendiri.


Jumaat, 8 November 2013

LAGI KEGAGALAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA DI KESAN DI SG LIMAU

Mengecewakan, hanya itu yang Sangkakala mampu untuk katakan apabila ada seorang lagi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikesan telah gagal menjalankan tanggungjawab di PRK Sungai Limau.

Dari laporan yang Sangkakala terima daripada petugas di rumah Wilayah Persekutuan yang merupakan angkat bagi Pusat Daerah Mengundi Ulu Sedaka, EXCO ni langsung tak pernah menjengahkan muka di rumah Wilayah Persekutuan, apa dah jadi ni bro?

EXCO dari bahagian Segambut Wilayah Persekutuan ni dengar khabarnya langsung tak turun untuk meninjau ninjau keperluan di rumah Wilayah dan ini sebenarnya adalah satu kegagalan bagi seorang EXCO mewakili negeri tersebut.

Bukan sebab apa, takkan langsung tak boleh turun ke rumah negeri sendiri, takkan nak follow menteri juga kot.

Bagi Sangkakala kalau datang ke pilihanraya kecil tapi hanya ikut menteri sedangkan rumah negeri sendiri tak tau berada dimana adalah satu kegagalan yang amat ketara, dan dari apa yang Sangkakala boleh katakan ialah, dengan sikap ini juga, EXCO tersebut tidak membantu untuk melihat apa permasaalahan di PDM angkat Wilayah Persekutuan.

Masa bertanding sebagai EXCO hari tu, bukan main lagi berikrar dan berjanji untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan tapi bila dah menang hilang semua janji dan ikrar. Sebab dah menang ye bro?

Kalau ini amalan yang dilakukan, maka Sangkakala rasa kekuatan pemuda tu sendiri dah longgar dan lemah, tambahan pula dengan ketidak bertanggungjawaban dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Nak tau nama EXCO ni? Cukuplah rasanya kalau Sangkakala letakkan bahagian dimana beliau bernaung tadi dan rasanya semua EXCO Pemuda dan Ketua Pemuda sendiri tau dia ni siapa.

Tapi kalau ada keperluan rasanya Sangkakala akan dedahkan juga, cuma kita tengok sejauh mana dia ni nak melompat dengan orang orang kenamaan sampai lupa darimana dia datang.

Lepas ni harap harap EXCO lain bertugaslah sepertimana tugasan yang diberi dan jangan lupa anda adalah wakil dari negeri yang anda duduki dan amanah yang diberikan oleh perwakilan di negeri tersebut jangan disia siakan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

APA KATA PAS ?? MAU SOKONG LAGI KE ?? @tunfaisal


Apa kata PAS dalam keadaan ini? Masih mahu terus menyokong atau mahu membanteras apa yang terkandung dalam banner yang ditemui di seksyen 8 kota damansara ni.

Tapi dari apa yang kita lihat, pemimpin PAS akan terus memberikan sokongan kepada DAP dan Anwar Ibrahim kerana mereka hanya mahukan kuasa dan jawatan yang dijanjikan kepada mereka. 

Tapi pernahkah mereka (pemimpin PAS) terfikir bahawa sokongan mereka kepada DAP dan Anwar Ibrahim hanya akan merosakkan agama Islam semata mata?

Apakah mereka mahu melihat kehancuran agama islam di Malaysia hanya semata mata kerana kuasa dan pangkat yang dijanjikan yang belum tentu di mana kesudahannya.

Kepada pengikut PAS pula, adakah ini yang diperjuangkan selama ini? 

Tanya pada veteran veteran PAS, adakah mereka bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam banner diatas?

Perjuangan PAS pada hari ini menyimpang jauh daripada asalnya seperti mana yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu.

Kini PAS tidak lagi berada di landasan perjuangan mereka yang sebenar tetapi lebih kepada perjuangan kuasa dan pangkat.