Selasa, 17 April 2012

BETUL KE TANTAWI KATAKAN NI

Kenyataan berani Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang menyatakan bahasa PAS merupakan “pakar demonstrasi”.

Hebat bukan? Bukan calang-calang bagi satu pihak untuk mengakui kepakarannya dalam sesuatu bidang, apatah lagi bidang demonstrasi!

Menurutnya, PAS sangat berpengalaman dalam menganjur dan mengawal demonstrasi tanpa menyebabkan berlaku sebarang kacau bilau. Satu lagi kenyataan hebat dari “pakar demonstrasi” negara ini.
Bila Nasruddin sudah mengaku sebagai “pakar” berdemo, maka jelaslah bahawa mereka memang sering menganjurkan siri demonstrasi-demonstrasi. Sehebat-hebat Anwar yang berdemo sejak bergelar mahasiswa, hebat lagi PAS dan Nasruddin.
Saya ingin membawa para pembaca mengingati peristiwa Memali. Ia merupakan salah satu demonstrasi PAS di Baling, Kedah. Apabila diminta menyerah kepada pihak berkuasa, para penyokong PAS itu menyerang pihak berkuasa sehingga ada yang terbunuh.

Dek kerana hilang kawalan, mereka nekad menyerang terus pihak berkuasa secara bersemuka dan mengakibatkan nyawa mereka melayang. Hebat benar PAS berdemonstrasi. “Aman” dan “terkawal” sungguh!
Pada siri demonstrasi Bersih 2.0 pada Julai yang lalu, beberapa pemimpin pembangkang termasuk PAS telah dilarang untuk memasuki kawasan ibu kota Kuala Lumpur.

Antara yang digazetkan tidak boleh memasuki kawasan bandaraya itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada Himpunan Bersih 2.0 itu juga beribu penyokong PAS membanjiri kawasan bandaraya itu. Meskipun jalanraya di sekitar ibukota ditutup dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa ketika itu, para penyokong PAS yang dikerah hadir tetap menyusup masuk ke kawasan yang ditetapkan Ambiga.

Saya ingin bertanya kepada Nasruddin yang “pakar” mengawal demonstrasi itu, siapakah yang mengawal tingkahlaku Mat Sabu yang membonceng motosikal dan cuba menyusup masuk ke ibukota? Hadi Awang? Nik Aziz? Salahuddin Ayub? Atau Mahfuz Omar?

Sekiranya dia dikawal tingkah lakunya, mengapa sampai dia sendiri terbabas jatuh motosikal ketika cuba lari dari sekatan polis? Sudahlah cuba lari, jatuh pulak tu! Kemudian dia tuduh pula polis langgar dia dengan kenderaan pacuan empat roda.

Padahal, kenderaan pacuan empat roda itu sudah melepasi Mat Sabu dan hanya ada sebuah kereta peronda Waja milik polis di tepinya! Macamana Mat Sabu boleh dakwa dia dilanggar kenderaan pacuan empat roda itu sedangkan rakaman CCTV jelas menunjukkan dia jatuh sendiri!

Kekalutan itu mencerminkan sebuah himpunan “aman” dan “terkawal” di mata Nasruddin?
Bagaimana pula dengan para penyokong PAS yang melakukan provokasi terhadap pihak polis? Polis meminta mereka bersurai dengan baik, tapi puak-puak PAS “pakar demonstrasi” itu memaki hamun dan bersikap melampaui batas pula? Itu namanya “demonstrasi terkawal”?

Nasruddin dalam kenyataan terakhirnya berkata di Harakahdaily, “Beberapa hari sebelum perhimpunan pada 28 April, Pemuda akan bertemu dengan pihak polis meminta mereka menjaga keamanan,”.
Siapa yang “pakar” sebenarnya? Mengapa Nasruddin meminta untuk bertemu pihak polis dan meminta pihak berkuasa itu menjaga keamanan? Tadi dia bersungguh-sungguh menyatakan bahawa PAS pakar demo dan mampu mengawal para peserta demonstrasi.

Jadi, mengapa perlu bantuan polis pula?

Selama ini pihak PDRM terpaksa dikerah dari beberapa negeri bagi menampung kekurangan anggota pasukan keselamatan itu mengawal huru-hara demonstrasi yang dianjurkan PAS dan sekutunya. Tapi anggota polis itu dihina, dimaki, dihamun dan diprovokasi bagai binatang!

Dan sekarang dia minta bantuan polis untuk menjaga keamanan demonstrasi? “Pakar demonstrasi” minta bantuan anggota PDRM?

Mengapa tak kawal sendiri? Bukankah PAS “pakar” mengawal demonstrasi “aman”? Kawallah sendiri..!!!

PEMUDA PAS MENGAKU KALAH

Apabila Pasukan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia memberikan makanan kepada pelajar-pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka kelmarin, Pemuda PAS dilihat terkedu serta terkejut dengan tindakan Pemuda UMNO yang amat perihati dengan pelajar-pelajar tersebut.

Bagi mengelak rasa bersalah dan dipersalahkan, pemuda PAS pusat melalui ketua penerangan sayap parti itu menggesa pihak pemuda UMNO untuk menekan kerajaan agar pemerintahan negara diserahkan kepada Pakatan Haram mereka kerana kerajaan dikatakan gagal membela nasib pelajar atau peminjam PTPTN.

Sebegitu ramai peminjam PTPTN, hanya beberapa ratus sahaja yang pergi berkhemah di dataran Merdeka dan mereka ini khabarnya adalah diantara mereka yang gagal dalam pelajaran serta diwajibkan untuk membayar pinjaman tersebut.

Tindakan SHEB telah menimbulkan rasa kasihan oleh orang ramai yang menganggap mereka ini diperguna oleh pembangkang dalam usaha mereka untuk memerintah.

NASIHAT DARI MANTAN PERDANA MENTERI

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

Kata beliau, penghapusan PTPTN akan memberi kesan bukan saja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang turut memberi manfaat kepada golongan berada.

“Kalau anda hapuskannya, anda perlu menggantikannya dengan yang lain, yang mungkin melibatkan kos lebih besar, contohnya memberi pendidikan percuma kepada setiap orang. Dalam hal ini, golongan kaya juga akan menikmatinya,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir mempengerusikan sesi perbincangan strategi peringkat tinggi kumpulan terpilih bertajuk ‘Pemacu Landskap Baru Ekonomi Di Persada Negara dan Global - Dilema Sektor Swasta Malaysia’ anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, matlamat PTPTN ialah untuk membantu golongan miskin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan itu.

“Idea penubuhan PTPTN ialah membantu orang yang tidak berkemampuan di segi kewangan mendapatkan pelajaran yang baik, tapi jika tiada bayaran yuran dikenakan, yang kaya juga akan menikmati manfaat yang sama dan ini tidak adil kepada yang miskin.

“Kenapa kita perlu bantu yang kaya? Kita sepatutnya menolong yang miskin, PTPTN adalah untuk yang miskin,” katanya.

Mengenai penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak dapat memberi komen mengenai undang-undang baru itu kerana belum menelitinya.
 
Mengenai ISA, beliau berkata bukan ISA yang menjadi masalah tetapi cara ia dilaksanakan.
“Seperti yang anda maklum, Amerika mempunyai ISA yang lebih keras daripada kita, mereka menahan (tahanan) tanpa perbicaran. Mereka di Guantanamo Bay, sejak 10 tahun lepas tidak dibicarakan dan sebagainya... sudahlah begitu, mereka membenarkan penyeksaan ketika ditahan,” katanya. - BERNAMA

AZMIN ALI KINI KERESAHAN

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali didapati kini dalam kersahan berhubung dengan isu beliau bersama beberpa orang pemimpin pembangkang menhina beberapa orang Sultan serta Agung baru-baru ini.

Belia tidak menjawab secara langsung ataupun menafikan dakwaan beliau telah mempersendakan para pemimpin negara dan raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara baru-baru ini.
 
Sebaliknya, Azmin mempersoalkan pula kesahihan dakwaan seorang pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir yang mendedahkan mengenai kejadian Rabu lalu tersebut.

Seperti biasa, beliau terus mempersalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwa bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.

"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?
"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun, daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda UMNO dan BN," katanya di lobi Parlimen hari ini.

KEBENCIAN WAN AZIZAH PADA SHAMSIDAR MEMANG JELAS

 Dalam kekalutan banyak pihak yang meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah mengadakan sidang akhbar bersama-sama Shamsidar yang diakatakan bermusuh, wan Azizah sehingga kini masih lagi berdiam diri dan tidak memberi apa-apa respon untuk perkara itu.

Mungkin ramai yang mengharapkan Wan Azizah tampil bersama-sama anak beliau yang juga merupakan Naib Presiden Parti PKR, Nurul Izzah bersama-sama Shamsidar tampil untuk menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

Bagi Sangkakala pula, ianya tidak perlu diperbesar-besarkan memandangkan semua itu telah diketahui oleh umum di mana Wan Azizah memang bermusuhan dengan Shamsidar setelah dikatakan beliau mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsidar yang juga merupakan isteri kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan Anwar sejak sekian lama hingga ada yang menagatakan juga bahawa anak perempuan Azmin dan Shamsidar adalah dari pada benih Anwar dan perkara ini disebut oleh Datuk Dr Hasan Ali dalam sidang DUN Selangor serta Hasan meminta supaya Azmin melakukan ujian DNA keatas remaja itu bagi mengetahui kedudukan siapa bapa sebenar remaja perempuan tersebut.

Berbalik kepada Wan Azizah dengan Shamsidar, adakah nanti Wan Azizah akan menggadaikan maruah beliau selaku seorang isteri yang mengetahui hubungan sulit berkenaan dengan berlakon atau berpuar-pura bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

Kita nantikan sahaja apa tindakan Wan Azizah yang kini diam seribu bahasa walaupun menjawat jawatan tertinggi didalam PKR, dan Sangkakala amat yakin bahawa dengan segala masalah yang melanda keluarga beliau, tidak mustahil Wan Azizah akan membubarkan PKR.

MANA HASAN ALI DAN JATI BILA KES MACAM NI JADI

Mana dia NGO yang ditubuhkan oleh bekas EXCO Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang mengatakan bahawa NGO yang ditubuhkan oleh beliau itu akan mempertahankan Melayu Islam dan Raja?


Tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang terus berdiam diri biarpun dikaitkan dengan perbuatan menghina dan mempersenda raja- raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu menimbulkan persoalan.

Ia berikutan sehingga kini tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang tampil memberi kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut, biar pun terdapat desakan supaya berbuat demikian.

Antara pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan perbuatan tersebut seperti didedahkan oleh petugas perubatan, Dr. Rahman Kadir ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua.

Walaupun Tian Chua menerusi laman sosial Twitter awal-awal lagi menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai pembohongan UMNO, namun Rahman mempertahankan pendedahan beliau berhubung perbuatan biadab itu.

Isnin, 16 April 2012

LAGI PENGHINAAN TERHADAP PEMIMPIN MELAYU ISLAM

Penghinaan demi penghinaan dilakukan oleh pembangkang, penghinaan ini bukan sahaja melibatkan nama Melayu, tetapi ianya juga melibatkan nama Islam yang sebenarnya. Dengan menghina pemimpin yang terdiri dari golongan Melayu sudah tentulah ianya juga melibatkan agama Islam. Untuk keterngan lanjut mengenai gambar-gambar dibawah sila klik <disini>

BUKANKAH INI SATU PENGHINAAN KEPADA
BANGSA DAN AGAMA

GAMBAR YANG MELAMBANGKAN KEMATIAN
MENGIKUT AGAMA HINDU

PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG INI TIDAK
LANGSUNG MENGHORMATI DYMMSPBYDP AGUNG

KHEMAH MAHASISWA DITAJA OLEH PKR




Perkhemahan yang dilakukan oleh sekumpulah mahasiswa di Dataran Merdeka semalam mencemarkan imej pelajar-pelajar itu sendiri. Dataran Merdeka adalah tempat dimana pelancong-pelancong luar datang untuk melihat keindahan dan keharmonian Malaysia tetapi dicemari oleh himpunan atau perkhemahan yang tiada makna.

Ianya mungkin bermakna bagi pelajar-pelajar tersebut tetapi ianya tidak bagi pelajar-pelajar lain yang merasakan bahawa PTPTN adalah sesuatu yang amat baik serta ianya patut dibayar semula memandangkan ianya adalah duit pinjaman.

Apa yang menariknya, Sangkakala mendapat berita dari seseorang yang mengatakan bahawa khemah-khemah yang dipasang di Dataran Merdeka itu sebenarnya ditaja oleh PKR. Sejauh mana kebenarannya hanya mereka yang tahu.

Bagi Sangkakala, tak kiralah sama ada ianya ditaja atau tidak, perbuatan pelajar-pelajar ini dilihat amat tidak patut mereka cuba untuk memalukan negara ini dengan cara sebegitu tambahan pula mereka dilihat seolah-olah mengikut kehendak parti pembangkang dan bukannya membela peminjam PTPTN.

INGATKAN TAHAN SANGAT ANAK-ANAK IKAN NI RUPANYA HAMPEH


GEMPAKNYA dahsyat, gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.
Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi. Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat. Penulis serahkan kepada pembaca sama ada nak nangis atau ketawa.

Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan. Apa cerita dengan ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar berlapar atau cakap saja yang degar-degar?

Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’ membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas. Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari menjalankan tugas.
Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini. Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.

Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian? Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini. Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri.

Untuk berita lanjut sila klik <disini>

PAKATAN HARAM HANYA PERALATKAN MAHASISWA UNTUK POLITIK



Pembangkang dilihat menggunakan isu pembaharuan pendidikan tinggi bagi memenangi hati pengundi muda Melayu, yang dipercayai akan menarik pengundi atas pagar kepada mereka dalam pilihan raya akan datang.

Pakat strategi Pakatan Rakyat (PR) berkata kepada The Malaysian Insider bahawa mereka akan bertemu pada minggu hadapan untuk menyelaraskan polisi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi dan berharap akan berjaya memenangi hati pengundi Melayu berumur lingkungan 20an, yang mana merupakan satu per enam daripada populasi pengundi.

Pertemuan itu berlangsung ekoran perbahasan antara Pengarah Styrategik PKRRafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 3 May sama ada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) akan dihentikan.

“Ramai graduan Melauutidak tahu berkenaan Anwar dan pergerakan Reformasi 1998. Umur kumpulan, antara 30 ke 50 tahun adalah penyokong setia PR daripada pelbagai bangsa.
“Tapi sekarang, kumpulan umur 21 ke 30, adalah pengundi kali pertama, menyaksikan masalah harian mereka sedang diperjuangkan beliau,” kata Ahli Parlimen DAP daripada Bukit Bendera Liew Chin Tong merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu telah mengumumkan untuk memansuhkan PTPTN, yang mana ramai graduan dibebani hutang, walaupun belum lagi bekerja.

Rafizi turut menjelaskan parti itu sudah mengedarkan risalah berkenaan pendidikan tinggi untuk pemimpinnya.

Ketika demonstrasi di Dataran Merdeka semalam, kira-kira 500 aktivis pelajar menuntut pendidikan percuma, termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dan Chua Tian Chang, turut berhimpun menuntut “pendidikan percuma hak semua”.

“Ini bukan hanya isu kepada pengundi muda. Ibu bapa turut menerima kesan terhadap masa depan anak mereka. Ini adalah isu pokok kepada 60 ke 70 peratus pengundi, tambah Rafizi.

Namun cabaran yang bakal dihadapi pembangkang adalah dengan persoalan menghapuskan PTPTN, yang mana Barisan Nasional (BN) telah menangkis dengan cepat bahawa sejumlah RM43 bilion diperlukan untuk memansuhkan PTPTN dan tindakan itu akan memufliskan negara.

Rafizi ketika sesi meja bulat telah menjelaskan bagaimana RM6.1 bilion diedarkan melalui PTPTN tahun lalu walaupun digunakan untuk membiayai tambahan 100,000 tempat di universiti awam dan ada 372,000 tempat.

Berkata kepada The Malaysian Insider, beliau menegaskan kerajaan tidak mendapatkan semula jumlah itu kerana PTPTN hanya mengutip sejumlah RM2.8 bilion sejak diwujudkan 15 tahun lalu, kira-kira hanya 10 peratus daripada pinjaman berkenaan.

Namun begitu, The Malaysian Insider difahamkan memansuhkan pinjaman itu tidak mendapat sokongan penuh rakan-rakannya dalam parti itu.

Menurut satu sumber, walaupun tindakan Anwar terhadap pendidikan tinggi adalah “politik bijak”, beliau harus berbincang dulu dengan mereka yang lain bagaimana untuk merombak sistem itu kerana PKR mendakwa jumlah RM24.7 bilion itu bukan jumlah yang kecil.

Walaupun PR bersetuju, penganalisi percaya pembangkang perlu mendapatkan pengundi untuk masa hadapan memandangkan keadaan sekarang wujud lebih banyak institusi swasta yang lebih mahal.
James Chin, yang merupakan ketua sains sosial di Monash University di Sunway menjelaskan kebanyakan Melayu hari ini masih lagi berkemampuan untuk pergi ke institusi Bumiputera seperti Universiti Teknologi MARA yang mana mempunyai populasi 170,000 pelajar.

“Ramai masyarakat Cina beranggapan kerajaan tidak mampu untuk membantu mereka dalam pendidikan tinggi. Sekiranya PR berupaya merubah perkara ini, mereka akan memperolehi sokongan dari komuniti Cina, terutamanya PKR.

“Jumlah kumpulan belia Melayu dan mereka yang mempunyai anak percaya mereka akan dibantu,” katanya.

TUN MAHATHIR TELANJANGKAN ANWAR IBRAHIM



Skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diluluskan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan, jelas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dr Mahathir turut mengingatkan ketua pembangkang itu bahawa skim berkenaan diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu.

“Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa,” katanya dipetik Bernama.
Pemimpin berpengaruh itu menegaskan Malaysia tidak mungkin akan memberikan pendidikan tinggi percuma sebagaimana cadangan “negara membangun lain”.

“Kita boleh mansuh PTPTN, hanya kepada mereka yang mahukannya. Biar mereka yang tidak mahu PTPTN dimansuhkan, kita (terus) beri mereka,” katanya dalam satu majlis di Sintok.

Dr Mahathir menegaskan kerajaan sentiasa komited terhadap mengukuhkan taraf pendidikan negara, dan dengan itu, lebih 25 peratus daripada belanjawan tahunan negara digunakan untuk sektor pendidikan.

Pembangkang telah mempromosikan pendidikan percuma dan mendesak agar PTPTN dimansuhkan, sambil menegas bahawa kerajaan mampu membiayai pendidikan percuma menggunakan keuntungan jualan minyak serta melalui pengurangan kadar rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran.

Pakar strategi Pakatan Rakyat (PR) berkata kepada pemberita bahawa mereka akan bertemu pada minggu hadapan untuk menyelaraskan polisi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi dan berharap akan berjaya memenangi hati pengundi Melayu berumur lingkungan 20an, yang mana merupakan satu per enam daripada populasi pengundi.

Pertemuan itu berlangsung sebelum perbahasan antara Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 3 Mei sama ada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) harus dihentikan.

Ketua Umum PKR Anwar telah mengumumkan rancangan untuk memansuhkan PTPTN yang dikata telah membebankan ramai graduan dengan hutang walaupun belum lagi bekerja.

Rafizi turut menjelaskan parti itu sudah mengedarkan risalah berkenaan pendidikan tinggi untuk pemimpinnya.

Ketika demonstrasi di Dataran Merdeka semalam, kira-kira 500 aktivis pelajar menuntut pendidikan percuma. Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang yang turut berhimpun menegaskan bahawa “pendidikan percuma hak semua”.

Namun cabaran yang bakal dihadapi pembangkang adalah untuk memajukan topik ini dari tumpuan kepada menghapuskan PTPTN, yang mana Barisan Nasional (BN) telah menangkis dengan cepat bahawa sejumlah RM43 bilion diperlukan untuk memansuhkan PTPTN dan tindakan itu akan memufliskan negara. Rafizi ketika sesi meja bulat telah menjelaskan bagaimana RM6.1 bilion diedarkan melalui PTPTN tahun lalu, amaun yang boleh juga digunakan untuk membiayai tambahan 100,000 tempat di universiti awam dan ada 372,000 tempat.

Berkata kepada pemberita, beliau menegaskan kerajaan juga gagal mengumpul semula pinjaman PTPTN dan hanya mengutip sebanyak RM2.8 bilion sejak skim tersebut diwujudkan 15 tahun lalu, ataupun kira-kira hanya 10 peratus daripada kesemua pinjaman yang diberikan.

APA DAH JADI NI POK NIK KESIAN KAT ORANG ASLI TU

Laporan dari MalaysianInsider, Sekumpulan masyarakat Orang Asli dari daerah seluruh Kelantan hari ini berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar di sini bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang dakwa mereka berdiam diri berhubung isu pengambil alihan tanah adat mereka.

Kumpulan Orang Asli Temiang daripada 26 kampung itu berkumpul dengan membawa kain rentang membantah tindakan kerajaan negeri mengeluarkan lesen pembalakan di tanah nenek moyang mereka dan menjalankan projek pertanian negeri Ladang Rakyat di situ.

Mereka turut menuntut lesen-lesen yang diberi kepada semua kontraktor-kontraktor yang bekerja di atas Tanah Wilayah Adat orang asli ditarik balik.

“Kami menuntut kerajaan negeri memberi pampasan yang sewajarnya menurut Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, menurut jurucakap kepada kumpulan berkenaan, Ahli Jawatankuasa berkaitan Orang Asli, Majlis Peguam, Alison Murugesu, pihaknya menggesa kerajaan membatalkan semua Rizab yang bertindih dengan Tanah Wilayah Adat orang asli dan menggazetkan Tanah Wilayah Adat Orang Asli menurut peta komuniti.

Malah pihaknya juga berharap agar segala penyebaran maklumat palsu kepada rakyat dengan mengeluarkan video dan kenyataan media dengan menggunakan orang asli yang berkepentingan sendiri dihentikan.

Kumpulan ini juga tidak lagi mahu mendengar sebarang alasan daripada kerajaan pusat mahu pun kerajaan negeri.

“Kami tahu tanah-tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan sekiranya kerajan negeri mahu membantu orang asli, mereka boleh memenuhi tuntutan kami.”

“Kami juga mahu kerajaan pusat mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA memberhentikan sikap mereka yang sentiasa cuba memperbodohkan orang asli untuk kepentingan individu-individu tertentu,” tegas kenyataan itu.

Bantahan hari ini adalah yang ketiga dilakukan kumpulan berkenaan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Ketika bantahan pada 8 Januari lalu, lapan orang masyarakat Temiar di Gua Musang ditangkap selepas cuba mengadakan sekatan bagi menghalang kumpulan pembalak daripada memasuki kawasan kampung mereka.

Ahad, 15 April 2012

APA TINDAKAN ANWAR IBRAHIM TENTANG PERKARA INI


Oleh Zaini Hassan

- SAYA masih ingat semasa menjadi pelajar di universiti dulu. Datang pula dari keluarga yang bukan senang. Saya masih ingat ibu terpaksa pajak barang kemasnya untuk membiayai saya masuk universiti. Setiap bulan atau kadang-kala setiap minggu, pada siapa lagi yang boleh saya minta wang saku jika bukan dari bapa saya (yang kini sudah tiada).

Ada masa saya keputusan wang. Rakan-rakan sayalah tempat saya mengadu. Terpaksa tebal muka. Ada juga senior yang simpati memberi wang. Terima kasih kepada rakan-rakan, yang ada menghalalkan wang sumbangan mereka itu. Mereka itu kini ada yang sudah menjadi ahli perniagaan berjaya dan berjawatan tinggi.

Itu kisah saya pertengahan tahun 80-an dulu. Namun cabaran kini lebih getir lagi. Semuanya memerlukan wang. Anak sulung saya juga berada di universiti tempatan. Dia tidak mengambil Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Saya membiayainya sendiri, namun terasa perit kerana perbelanjaannya cukup tinggi.

Jika saya berasal dari Cherok Tok Kun, Cherok Bemban, atau mana-mana cherok (cherok dalam bahasa Utara bererti hulu, pedalaman atau tempat jin bertendang), maka anak saya tiada pilihan selain terpaksa meminjam dari PTPTN.

Anak-anak Melayu yang masuk ke universiti awam tempatan bukan semuanya senang. Rata-rata mereka berasal daripada keluarga miskin. PTPTN yang diilhamkan oleh ayahanda pemodenan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bermatlamat untuk membantu anak-anak ini belajar dengan selesa di menara gading.

Anwar Ibrahim sedar mengenai hal ini. Beliau ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa idea dan pelaksanaan PTPTN dilaksanakan.

Semasa saya belajar dulu, tiada PTPTN. Jika ada sudah tentu saya antara salah seorang budak Melayu miskin yang akan memohonnya. Dan setelah saya bekerja, maka saya akan membayar balik pinjaman itu. Atau jika saya mendapat Ijazah Kelas Pertama, maka ia akan ditukar menjadi biasiswa, tak perlu bayar. Namun saya bukanlah kategori itu, maka atas kesedaran itu, saya perlulah membayar balik pinjaman yang diambil.

Jadi, itu tidak menjadi hal. Orang Melayu bukanlah bangsa yang mahu semuanya free. Kita juga ada maruah. Saya tidak pasti macam mana timbulnya idea geliga Anwar meminta dihapuskan sahaja bayaran balik PTPTN kepada kerajaan. Seperti yang kita ketahui, itulah Anwar. Kaki putar alam demi kepentingan dirinya, partinya dan cita-citanya untuk menjadi PM. Dia gemar mencari isu popular untuk kepentingan dirinya.

Namun, dalam masa menulis kolum ini saya mendapat maklumat yang cukup memalukan. Universiti dan institusi pengajian tinggi yang dikuasai oleh kerajaan pembangkang, termasuk Selangor yang Anwar sebagai Penasihat Ekonominya masih menerima kemudahan PTPTN daripada Kerajaan Pusat untuk disalurkan kepada para pelajarnya — Melayu, Cina dan India — yang miskin dan yang memerlukannya.

Jumlahnya juga besar (lihat carta): Universiti Selangor (yang dulu diasaskan oleh kerajaan BN) adalah antara penerima tertinggi di seluruh negara iaitu sebanyak RM851,294,429.90 iaitu hampir RM1 bilion. Ia digunakan untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak kewujudan PTPTN pada tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012.

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula menerima sebanyak RM369 juta 977,659.00 untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar miskin.

Unisel dan KUIS, yang ditubuhkan oleh kerajaan BN terdahulu, kini (kononnya, tolong betulkan jika saya salah) menjadi markas kuat penentang kerajaan Pusat pimpinan BN.

Sementara itu, satu lagi negeri pimpinan pembangkang, iaitu negeri kelahiran saya, Kedah turut menerima kemudahan faedah daripada PTPTN. Kolej Insaniah, sebuah kolej kecil, menerima kemudahan PTPTN sejak dari tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012. Sebanyak RM266 juta 229,500.00 telah disalurkan untuk kemudahan sara hidup dan pengajian bagi 5,900 pelajarnya. Rata-rata semua pelajarnya mengambil kemudahan tabung itu.

Kita hairan jika Anwar beria-ia mahu supaya hutang itu dimansuhkan, kenapa tidak dimulakan pemansuhan PTPTN untuk institusi di bawah jagaannya berkuat-kuasa serta-merta.

Jika beliau merasakan bentuk pinjaman itu sebagai zalim dan mahafiraun — maka kita mahu melihat kemudahan PTPTN oleh kerajaan Pusat itu dimansuhkan untuk ketiga-tiga institusi tersebut dahulu.
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai hal ini kerana saya mahu pembaca sekelian membaca satu posting menarik yang ditulis oleh bekas MB Selangor, Dr. Khir Toyo mengenai perihal Anwar dan PTPTN ini di bawah tajuk Hipokrasi Anwar dan Wajah PTPTN Yang Perlu Diubah.

PTPTN bagi saya perlu diteruskan dan hanya perlu ditambah-baik dan diperhalusi dari segi sistem pengendaliannya. Ikuti entri dalam blog Dr. Khir pada bulan Februari lalu http://www.drkhir.com/2012/02/hipokrasi-anwar-dan-wajah-ptptn-yang.html
Hipokrasi Anwar dan Wajah PTPTN Yang Perlu Diubah

BARU-BARU ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.

Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal usul kemunculan dana ini.

Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).
Hipokrasi Anwar Ibrahim.

Untuk bacaan lanjut sila <klik>

PENGERUSI UNISEL PATUT LETAK JAWATAN

Isu PTPTN kini dilihat amat hangat diperkatakan ditambah pula dengan tindakan mahasiswa dari beberapa buah pusat pengajian tinggi mendirikan khemah di dataran merdeka kuala lumpur.

Tindakan mereka ini juga membuatkan ketidak selesaan dikalangan rakyat serta penduduk di sekitar Ibu Kota.

Isu PTPTN ini dikhabarkan telah dikeluarkan oleh pihak pembangkang yang cuba untuk mengaburi mata anak-anak muda dengan cara mengatakan bahawa PTPTN tidak perlu dibayar semula dan mahasiswa yang terbabit ini telah menuntut agar pembiayaan pelajaran secara percuma diberikan kepada mereka.

Malang sekali apabila mereka tidak mengambil kira tentang sahabat-sahabat mereka yang belajar di UNISEL yang terpaksa membayar wang kemasukan serta yuran pembelajaran yang tinggi.

Dalam desakan Solidariti Mahasiswa Malaysia ini, kita melihat Tan Sri Khalid Ibrahim juga gaagal sepenuhnya memberikan perkhidmatan pelajaran secara percuma kepada anak-anak Selangor yang belajar di UNISEL.

Kenapa SMM ini tidak mahu mendesak supaya Tan Sri Khalid atau lebih mesra di panggil Khalid Gagap menghapuskan segala bayaran dalam UNISEL? Apa beza antara UNISEL dengan IPTA-IPTA yang lain?

Sangkakala berpendapat apabila telah wujud kegagalan Khalid selaku Pengerusi UNISEL dalam memberikan pengajian percuma ini maka beliau perlu mengundurkan diri atau meletakkan jawatan, kerana beliau tidak dapat memberikan khidmat yang baik dalam memegang tampuk di UNISEL.

GERAKAN BELIA 4B TERUS MEMBERIKAN KHIDMAT DI KAWASAN BANJIR

Hari ini kawasan banjir di Kuala Dipang Kampar dipenuhi dengan pasukan sukarelawan dari Skuad 4B Prihatin Gerakan Belia 4B Perak. Pasukan yang diketuai oleh saudara Ibnu Rasyid yang juga merupakan Penolong Setiausaha Gerakan Belia 4B Perak turun bersama-sama dengan 150 orang ahli sukarelawan Skuad 4B Prihatin Perak.


Bantuan ini diberi keutamaan kepada kerja-kerja pembersihan rumah mangsa yang dipenuhi lumpur akibat dari banjir lumpur yang melanda di kawasan itu baru-baru ini.

Menurut kata Pengerusi Gerakan Belia 4B Perak, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal semenjak kawasan Kuala Dipang dilanda musibah itu, Gerakan Belia 4B Perak tidak berhenti-henti memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

"Ini adalah kerja amal kami yang biasa kami lakukan dimana-mana juga kawasan yang dilanda musibah" kata beliau lagi. Ghadafi yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia 4B berkata lagi, dalam tempoh beberapa hari ini GB4B Perak telah menurunkan sukarelawan berkekuatan lebih dari 600 orang dalam usaha membantu mangsa.

Gerakan Belia 4B dikhabarkan akan terus memberikan khidmat sehingga semua kerja-kerja pembersihan ini selesai dan mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada GB4B Perak yang begitu perihatin dalam membantu mangsa yang kini berada dalam keadaan yang amat memerlukan. Tahniah sekali lagi.

MALAYSIA SEJAHTERA HIMPUNAN BERSIH 3.0 YANG KOTOR











Oleh Zaini Hassan



SAYA ingin memetik kata-kata PM Najib semasa membentangkan pencapaian tiga tahun beliau menerajui negara. Begini katanya: Kerajaan BN hari ini bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab, malah merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar.
Benar dasar negara ini, walaupun bukan semuanya sempurna, namun cukup menyelesakan semua pihak. Tanyalah rata-rata rakyat, semua tidak merungut. Jika sistem penyampaian kerajaan, yang masih banyak perlu diperbaiki, berjalan lancar maka rakyat lagi selesa.

Tanyalah mana-mana peniaga, berapa banyak wang simpanannya dalam bank. Tanyalah tauke-tauke kedai Cina untung tak berniaganya hari ini. Tanya usahawan-usahawan besar, berapa keuntungannya setiap tahun. Tanya jutawan dan bilionwan bagaimana caranya mereka boleh terus meningkatkan keuntungan dan laba mereka setiap tahun.

Saya pergi ke hospital kerajaan yang ada private wing. Saya juga ke hospital swasta yang mahal-mahal, siapa yang paling ramai mendapat rawatan di situ. Bukan muka Melayu. Hospital itu semua kena bayar yang mahal-mahal. Ini menandakan negara ini cukup makmur.

Tanya mereka, tanyalah mereka. Tiada sebab mereka mahu menolak kerajaan yang ada sekarang. Tiada sebab mereka mahu berpakat-pakat menumbangkan kerajaan yang telah membela mereka dari tiada apa-apa 54 tahun lalu, sehingga mereka menguasai sebahagian besar ekonomi negara ini.

Zalimkah orang peribumi negara ini? Orang asing di negara lain mendakwa kita menindas kaum-kaum lain di negara ini. Seorang keturunan Cina di Filipina bertanya mengapa kita terlalu anti dengan kaum-kaum tertentu di negara ini. Tapi apabila ditanya mengapa namanya tidak sama dengan nama kaumnya di Malaysia, dia terkedu.

Akhirnya dia menjadi sahabat karib sehingga hari ini, kata seorang sahabat kepada saya. Nama keturunan Hokkian dia ialah Manuel Francisco dan bukannya Lee Ah Seng, seperti kaum kerabatnya di Malaysia.

Mengapa dakwaan demi dakwaan terus dilontarkan kepada kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu ini, sehinggakan orang Melayu merasa bersalah yang teramat sangat.

Adakah orang Melayu ini terlalu zalim sehingga mereka menyeksa semua kaum lain selain daripada orang Melayu di negara ini, sebagaimana kaum Rohingya ditolak, dicaci, dihina dan dinafikan hak kewarganegaraan oleh rejim junta di Myanmar?

Apakah orang Melayu ini terlalu zalim, sehinggakan kita ini dianggap jijik dan tidak setaraf dengan mereka. Adakah anak-anak kita tidak boleh dicampurkan dalam satu sekolah, makan di kantin yang sama dan bermain di padang yang sama. Apakah bahasa Melayu ini terlalu rendah martabatnya sehinggakan tidak boleh penuturnya bersama-sama bergaul atau bekerja dalam sekolah mereka?
Anak kecil saya pernah bertanya apabila melihat sebuah sekolah jenis kebangsaan, mengapa sekolah itu cantik dan besar, lain daripada sekolah-sekolah kebangsaan yang lain. Saya hanya menjawab pendek: sekolah itu banyak duit dan orang mereka sangat sayangkan sekolah mereka.

Alahai selepas 55 tahun negara kita ini merdeka, masih ada mentaliti ini dalam negara tercinta dan bertuah ini. Adakah kerana kita ini terlalu bersopan, tidak rakus, tidak tamak dan mudah pemaaf?
MALAYSIA YANG SEJAHTERA.

BERBALIK kepada pencapaian negara ini. Kerana ia sudah maju dan makmurlah maka semua pihak ingin mengambilnya. Pelbagai kata-kata nista dilemparkan dan dirancang untuk dicanangkan kepada rakyat jelata mengatakan kerajaan ini zalim dan sebagainya.

Ia didalangi oleh pihak-pihak lain yang tamak, tapi ironinya orang Melayu sendiri yang menjadi penggeraknya.

Jika dibandingkan dengan kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang dan DAP Selangor yang sudah mula menguasai bandar Melayu Shah Alam, tiada siapa nampak itu. Orang Melayu amat pemurah.
Itu pasal, mereka harus mencari pasal untuk terus memupuk kebencian kepada rakyat. Lebih-lebih lagi pilihan raya umum sudah dekat, maka pelbagai kempen sedang diatur untuk terus memanaskan keadaan supaya rakyat membenci kerajaan yang ada sekarang.

Kononnya difahamkan kumpulan-kumpulan ini sedang mengatur satu lagi perhimpunan haram, kali ini Bersih 3.0 untuk memberi tekanan demi tekanan kepada kerajaan.

Mereka ini akan terus menerus menanamkan perasaan kebencian rakyat kepada kerajaan. Selagi mereka tidak mendapat negara ini usaha akan terus dilakukan – termasuk dengan pertolongan kuasa luar.

Dalam rantau ini, hanya Malaysia yang belum lagi boleh ditukar rejimnya. Myanmar merupakan negara terakhir di rantau ini yang berjaya dineutralisasikan oleh kuasa luar. Seorang rakan yang berkunjung ke negara itu terkejut apabila melihat negara itu aman damai dan makmur – sedangkan media asing sebelum ini terus menerus membelasah negara itu yang disifatkan mereka sebagai negara yang kolot, mundur dan hidup dalam sangkar besi.

Tapi apabila junta memberi kebebasan kepada Aung San Suu Kyi, semuanya hebat. Namun dalam pilihan raya yang sedang berlangsung ini, tiada langsung berita dari media asing mengenai calon kerajaan selain semata-mata untuk Suu Kyi. Kerana Suu Kyi (sama seperti Anwar Ibrahim) adalah darling Barat.

Itulah juga yang berlaku kepada negara ini. Sehinggakan orang asing di luar negara melihat Malaysia terumbang-ambing.

Satu maklumat yang diperoleh mendakwa Bersih 3.0 sedang dirancang pada 28 April ini. Antara perancangannya, puak ini dikatakan telah memaklumkan kepada para pelajar kita di Australia supaya bersiap sedia. Mereka akan mengadakan kempen ala road-show di Brisbane, Melbourne dan Sydney dengan memprojekkan muka-muka orang Melayu berada di hadapan barisan penunjuk perasaan itu.
Muka-muka Melayu itu tidak semestinya Melayu, tapi harus nampak Melayu (Cina campur India juga muka Melayu). Antara yang akan berada di barisan hadapan Bersih 3.0 di Australia itu kononnya, ialah Sasterawan Negara, A. Samad Said dan beberapa nama lain yang tidak perlu disebut di sini.

Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu sendiri pun membantah dengan kerajaan mereka sendiri dan mahu memburuk-burukkan imej Malaysia di luar negara. Mereka mahu menunjukkan yang Malaysia ini ialah negara yang zalim seperti rejim junta di Myanmar, yang telah berjaya dineutralkan.

Kali ini, muka-muka Melayu ini yang akan diletakkan di barisan hadapan. Alahai, itulah sifat orang Melayu sebenarnya.
MALAYSIA YANG SEJAHTERA II

DI dalam negara pula sama juga ceritanya. Tekanan akan terus diberikan kepada kerajaan oleh puak-puak ini. Ini termasukkan oleh golongan mahasiswa universiti yang kononnya terlebih bijak.
Pada 14 April ini bertempat di Dataran Merdeka sebuah NGO – yang semua orang tahu pembangkang di belakangnya – dikenali sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SAMM) akan mengadakan demonstrasi bertemakan, ‘Hapuskan PTPTN.’

Satu demi satu tekanan akan diberikan kepada kerajaan. Tekanan itu pula dipilih daripada isu-isu yang popular. Difahamkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sayap Pemuda PKR diarah turun untuk meramai dan menghangatkan keadaan. PTPTN, pada peringkat awal dulu merupakan satu usaha murni kerajaan untuk membantu pembiayaan pelajar-pelajar ke universiti. Rata-rata mereka yang ke universiti tanpa wang ini ialah anak-anak Melayu sendiri. Tapi ini pula balasannya.
Kononnya pelajar-pelajar ini mendabik dada mengaku mereka bergerak secara sukarela, tapi sebenarnya mereka ini, SAMM adalah alat boneka pembangkang.

Pada 28 April di Kuala Lumpur pula. Difahamkan, tarikh itu belum diputuskan lagi kerana ia akan diumumkan oleh kepala perhimpunan Bersih yang kotor, S. Ambiga hari ini (4 April).
Pada perhimpunan itu mereka bertekad untuk tidak akan berganjak dan tidak akan bersurai selagi semua tuntutan mereka tidak ditunaikan.

Setakat ini promosi untuk mengadakan Himpunan Bersih 3.0 yang kotor ini telah dihebahkan dalam beberapa siri ceramah yang diadakan oleh AMK.

Ingat lagi sebelum PRU-12 2008 dulu, setiap minggu puak-puak ini mengadakan demo mengenai harga minyak di hadapan KLCC.

MALAYSIA YANG SEJAHTERA III
PELIK juga, bermacam-macam isu yang wujud dalam kerajaan Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah, namun tiada siapa pun yang mahu berdemonstrasi.

Sungguh baik sekali puak-puak sebelah kerajaan BN ini. Melayu dipinggirkan di Pulau Pinang, semua orang kecoh, tapi tiada tekanan sebagaimana yang akan dilakukan oleh Himpunan Bersih ini? Adalah sikit, tapi tak besar.

Pemuda UMNO dan AMK mungkin mempunyai matlamat yang berbeza. Pemuda UMNO kini terlalu bersopan, berbanding AMK yang garang dan ganas.

Benar juga kata-kata PM, kerajaan hari ini bukan kerajaan yang populis semberono (seperti yang dilakukan oleh pembangkang itu). Kerajaan hari ini ialah kerajaan yang berhemah.
Himpunan Bersih ini sebenarnya dipopularkan sendiri oleh pihak media, terutamanya media arus perdana. Tanpa media itu siapalah mereka, siapalah Ambiga…
Kita saksikan taktik siapa yang menjadi

KERAJAAN PERAK TERUS MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT

GAMBAR EHSAN PERAK TODAY

Kerajaan negeri mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian membuat pembetulan semula terhadap kadar bayaran cukai pelantar ikan yang menimbulkan rasa bimbang di kalangan nelayan kerana bayaran cukai meningkat mendadak hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata surat rasmi berhubung arahan itu sudah dikeluarkan Isnin lalu dan pengiraan semula perlu disegerakan di bawah katogeri pelantar ikan dan bukannya jeti komersial.

“Cukai pelantar ikan di Perak yang membabitkan kawasan Pangkor, Pantai Remis, Hutan Melintang dan Kuala Kurau mengalami kenaikan mendadak hingga menimbulkan keresahan di kalangan nelayan tempatan.

“Sebelum ini, cukai yang dibayar kepada PTG antara RM600 hingga RM700 setahun tetapi apabila pelantar ikan diletakkan di bawah katogeri jeti, ia meningkat kepada RM19,000 hingga RM20,000.
“Hasil siasatan yang dijalankan, berlaku kesilapan dari segi katogeri yang mana pelantar ikan dinilai sebagai jeti komersial yang pastinya membabitkan bayaran cukai yang lebih tinggi.

“Bagi membetulkan kesilapan ini, saya mengarahkan PTG segera membetulkan semula pengiraan cukai pelantar dan kembali kepada pengiraan asal,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Mengulas lanjut, Zambry sehubungan itu berharap golongan nelayan yang membabitkan 90 peratus masyarakat Cina supaya tidak berasa bimbang kerana pengiraan asal akan dipraktikan semula oleh PTG.

“Sejak minggu lalu, saya menerima panggilan telefon daripada masyarakat nelayan Pangkor yang memaklumkan perkara ini hingga menimbulkan keresahan di kalangan mereka.
“Saya ingin menegaskan bahawa arahan pembetulan pengiraan cukai pelantar sudah dikeluarkan dan bayaran tidak perlu dijelaskan sehingga pembetulan dibuat dan dimaklumkan kepada mereka,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Bungkusan 1Malaysia kepada 500 warga emas sekitar Ipoh yang disumbangkan oleh Persatuan Penganut Tao Loke Yam Fook Ying di Dewan SJKC Yuk Choy, Ipoh.

Pada majlis itu, Zambry turut mengumumkan peruntukan RM25,000 kepada persatuan itu bagi menganjurkan pelbagai program yang membabitkan penyertaan masyarakat setempat.

SELANGOR BAKAL DIRAMPAS KEMBALI DALAM PRU 13

Dalam usaha mendekati golongan muda, BN Selangor melancarkan "Ops Kibar dan Santai Orang Muda" yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung
minggu.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan Umno Selangor di Seksyen 14 di sini.

Menerusi program, itu, katanya, belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak.

Selangor Umno liaison committee secretary Mohd Zin Mohamed"Program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, katanya kepada pemberita ketika melancarkan program itu di Shah Alam, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi era 80-an Poe mendendangkan beberapa lagu berbentuk humor dan sindiran manakala Mohd Zin pula mendeklamasikan sebuah sajak.

PEMBANGKANG DI PERAK KETAKUTAN

Apa bila melihat kepada lautan manusia yang membanjiri kediaman Menteri Besar Perak semalam, jelas kini kelihatan bahawa kepimpinan Barisan Nasional negeri Perak menerima sokongan penuh dari golongan muda negeri itu.

Sangkakala yang turut berada di kediaman Menteri Besar semalam menyaksikan sendiri apa bila lebih dari 10 ribu orang muda dari seluruh pelusuk negeri berhimpun untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Barisan Nasional.




Gambar diatas menunjukkan betapa ramainya anak-anak muda yang hadir dalam himpunan tersebut, dan mereka juga berikrar akan memastikan Barisan Nasional akan terus menerajui kerajaan negeri Perak. Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO negeri Perak, saudara Khairul Azwan.

Himpunan yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin turut dihadiri oleh Ketua Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, Menteri Besar Perak, saf-saf kepimpinan negeri serta parti komponen Barisan Nasional.


Himpunan yang berlangsung bermula dari jam 12 tengahhari itu berakhir pada jam 6 petang.

HIMPUNAN MAHASISWA DIBERI TAJAAN

Semalam telah diadakan satu himpunan oleh mahasiswa Malaysia yang kononnya mengatakan bahawa mereka memperjuangkan hak mahasiswa dalam pinjaman PTPTN.

Apa yang menghairankan Sangkakala ialah, mahasiswa ini sebenarnya tidak konsisten dalam perjuangan mereka. Mereka ini lebih terikut-ikut dengan cara pembangkang yang lebih suka mempergunakan sesetengah individu untuk kepentingan diri sendiri.

Sangkakala katakan begitu apa bila Sangkakala melihat dari awal lagi tentang mahasiswa ini, pada permulaannya mereka menentang AUKU, hinggalah terjadinya kisah penurunan bendera gambar Perdana Menteri di PWTC dan Adam Adli diangkat menjadi ikon.

Setelah kejadian tersebut berlaku, mahasiswa ini telah mengadakan himpunan pula di UPSI untuk menuntut perkara yang sama.

Dikala AUKU masih dalam perundingan di peringkat kepimpinan, kini Adam Adli membawa kepada pelbagai masalah kemasyarakatan, seperti kes di kg Kerinchi baru-baru ini hingga menyebabkan terjadi kes pukul memukul diantara penduduk dengan Adam Adli.

Kini mahasiswa ini cuba mengalih perhatian dengan membawa pula PTPTN hinggalah membawa pula kepada himpunan semalam di Kotaraya Kuala Lumpur.

Sangkakala melihat perkara ini ada kaitan dengan sesetengah pihak yang cuba untuk mempergunakan mahasiswa ini demi kepentingan mereka semata-mata, tapi adakah mereka ini tidak mampu untuk berfikir secara matang?

Seperti himpunan semalam, mahasiswa ini membawa gambar Perdana Menteri yang dikalungkan dengan bunga malai tetapi ianya adalah bunga malai untuk upacara kematian, adakah ini lambang mereka memperjuangkan mahasiswa tanpa campur tangan politik?

Mahasiswa hari ini perlu memikirkan apa yang akan mereka perolehi di masa akan datang, bukan dengan cara menunjuk perasaan tidak puas hati dengan apa yang telah mereka sendiri persetujui seperti didalam perjanjian PTPTN.

Kepada adik-adik di luar sana, Sangkakala memikirkan adalah anda semua belajar hingga benar-benar berjaya, janganlah kerana sesetengah pihak kita sanggup menjadi balaci mereka dan menggadai masa depan yang mana ianya adalah harapan dari orang tua kita. Mereka bertungkus lumus dalam memastikan kamu semua sampai ke menara gading dan janganlah ini menjadi mimpi ngeri kepada mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone