Rabu, 27 November 2013

KERAJAAN SELANGOR DOUBLE STANDARD !! HAK RAKYAT DINAFIKAN @NajibRazak @nohomar


Sangkakala pernah masukkan dalam laman blog ni bahawa kerajaan Selangor cuba menaikkan sewa kediaman di PPR secara rela terpaksa.

Tapi masa tu ramai lah juga dikalangan pengikut PR yang mempertahankan perlakuan yang dilakukan oleh pemimpin mereka yang semakin hari semakin menindas penduduk khususnya warga yang berpendapatan rendah.

Para pengikut PR ini seolah olah tidak percaya dengan apa yang Sangkakala katakan walaupun ada bukti bersurat uang Sangkakala sertakan dalam artikel tersebut.

Kali ni Sangkakala dedahkan sekali lagi apa yang berlaku di PPR Kota Damansara dan satu notis telah pun diletakkan di papan kenyataan di PPR Kota Damansara.

Dalam notis tersebut jelas menunjukkan bahawa setiap penyewa yang membayar sewa sebanyak RM 250 akan menikmati skim khairat kematian manakala yang membayar RM 124 pula terkecuali dari skim ini.

Persoalannya, kenapa perlu ada double standard macam tu? Apa beza 0enghuni yang membayar RM 250 dan RM 124 sebulan?

Sangkakala nampak disini cuma satu, pengurusan perumahan tersebut yang merupakan anak syarikat kerajaan Selangor cuba memperdaya penduduk supaya membayar sewa sebanyak RM 250 kerana untuk mereka meminta sewa sebanyak itu kepada penyewa yang membayat sewa sebanyak RM 124 adalah tidak mungkin tambahan pula EXCO kerajaan negeri sendiri telah membuat kenyataan bahawa tiada kenaikan harga sewa PPR akan dilakukan.

Mahu atau tidak, sedar atau tidak,  mereka (pengurusan perumahan) cuba mengaburi mata penyewa dengan memberikan insentif sebegini kepada para penyewa supaya penyewa membayar sewa sebanyak yang mereka inginkan.

Tak sudah sudah kerajaan Selangor cuba untuk menipu rakyat termasuk juga dengan anak syarikat kerajaan sendiri yang dilihat cuba melakukan perkara sama.

Tapi inilah pilihan rakyat Selangor yang telah tersilap memilih kerajaan untuk menerajui mereka dan kini apa yang dipilih menjadi satu liabiliti kepada rakyat khususnya orang yang berpendapatan rendah.

ISU PENGINTIPAN : ANWAR KENA LIHAT DIRI SENDIRI SEBELUM KRITIK

Sangkakala terbaca dalam satu artikel berita yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim mengatakan yang kerajaan Malaysia lembik dalam kes pengintipan oleh kerajaan Singapura keatas Malaysia. 

Baca DISINI


Apa yang Sangkakala nak katakan disini ialah, isu pengintipan ini memang satu isu yang besar, tapi perlu diingat bahawa jika mendedahkan hal keselamatan negara adalah lebih besar dari itu.

Seperti contoh, baru baru ini anak beliau sendiri,  Nurul Izzah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 30 anggota cawangan khas berada di London dan utu jelas menunjukkan bahawa hal keaelanatan negara didedahkan oleh anak beliau sendiri.

Dalam soal ini Sangkakala rasa tak perlulah nak bertanya kenapa Mentwri Dalam Negeri, Menteri Luar atau Pedana Menteri tidak mengeluarkan apa apa kenyataan tentang perkara tersebut kerana ianya masih didalam siasatan.

Tapi daribapa yany dikatakan oleh Nurul Izzah sudah jelas dan apa pula pendirian pembangkang dalam hal ini? Takkan ianya didiamkan sahaja tanpa sebarang persoalan.

Sikap hipokrit Anwar makin lama makin menjadi dan jika ini sikap pembangkang, adakah ianya akan meningkatkan keselamatan negara? 


DUTA SINGAPURA DI PANGGIL UNTUK MENJAWAB ISU PENGINTIPAN


Wisma Putra dalam proses memanggil duta Singapura bagi memohon penjelasan mengenai dakwaan terhadap intipan republik itu terhadap Malaysia, seperti dilaporkan media, kata timbalan perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun enggan mengulas lebuh lanjut dan menyatakan perkara tersebut kerana ia dalam bidang kuasa nenteri luar.

"Kita memandang serius dakwaan (pengintipan) ini, jadi kita sudah ambil langkah (berkaitan)," kata beliau.

Tapi disini Sangkakala rasa hairan, kenapa Singapura perku membuat intipan? Mungkinkah ianya bersangkutan dengan DAP yang selalu dikaitkan dengan PAP di Singapura? 

Sepatutnya Singapura bersikap lebih profesional dalam menjaga hubungan diantara kedua kedua negara tambahan pula Singapura adalah jiran paling hampir di selatan negara kita.


Sent from Samsung Mobile

Isnin, 25 November 2013

KHALID IBRAHIM RETORIK !!! AKHBAR PR BERADA DIDALAM MASJID

Klik gambar untuk video

Nampak gayanya Khalid Ibrahim bagi pulak akhbar Barisan Nasional masuk ke masjid masjid, tapi betul ke atau hanya retorik.

Pada kebiasaannya, kata kata sebegini hanyalah untuk menyedapkan hati serta menutup kesalahan sebab usahkan akhbar UMNO atau BN, malahan risalah ubtuk memberi tahu satu satu hal tentang kebaikan rakyat juga akan ditolak dan akan diperdebatkan jika diletakkan di masjid masjid mahu pun surau surau.

Jadi untuk itu Sangkakala rasa Khalid jangan hanya bercerita memberi kebenaran atau sebaliknya tapi perlu mengingati bahawa masjid adalah tempat ibadat dan bukan tempat berpolitik.

Sangkakala biasa lihat di masjid masjid khususnya pada hari jumaat yang mana akhbar kerajaan PR Selangor akan menulis sebarang bentuk penulisan yang menghasut rakyat supaya membenci kerajaan pusat dan menulis tanpa fakta yang khusus.

Jika Khalid meletakkan perkara atau kesalahan ini di atas bahu editor atau pengarang akhbar tersebut, Sangkakala rasa Khalid juga mampu untuk menegur peebuatan itu kerana akhbar SelangorKini berada dibawah jagaan dan pemantauan beliau. 


ADUN PR BERTELAGAH SESAMA SENDIRI @NajibRazak @nohomar

Klik gambar untuk video

Kalau dah sesama mereka sendiri pun berbalah, macam mana nak majukan negeri? 

Itu lah akibat apabila terlalu taksub membangkang selama ini hinggakan cadangan atau teguran dari rakan parti sendiri pun mereka akan bangkang.

Ini baru dinamakan bangkang secara bangang dari longkang.

YB DENGKIL SEKOLAHKAN ADUN SEKINCHAN DALAM SIDANG DUN @NajibRazak @nohomar

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9t5ZZkIhaRc
klik gambar untuk video
Dalam bijak sangat bercakap dalam sidang DUN, rupanya ADUN Sekinchan tak tau apa, bercakap hanya macam tin kosong yang diketuk, bunyi berdentum dentam, tapi apa pun tak ade.

Klik gambar diatas dan lihat bagaimana ADUN Dengkil sekolahkan ADUN Sekinchan yang nerupakan BADUT dalam DUN Selangor.


TITAH SULTAN JOHOR BUKTI RAJA MELAYU BERDAULAT !!!

 Dengan pengisytiharan cuti bagi negeri Johor kini jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, jelas menunjukkan bahawa Raja Raja Melayu masih berdaulat dan tidak ada sesiapa yang berani menghalang dengan titah tersebut.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa ianya adalah kesinambungan daripada apa yang berlaku dulu, tapi bagi Sangkakala pula ianya adalah sesuatu yang baru setelah berlakunya lanskap politik di tanah air.

Kita acap kali mendengar dan melihat dalam Media Sosial yang menghentam Sultan Johor dalam beberapa perkara terutamanya Pakatan Pembangkang, tapi dengan titah untuk menukar hari cuti ini maka seorang pun dikalangan pembangkang yang berani untuk menyanggah terutamanya pembangkang yang berada di negeri Johor sendiri.

Sangkakala menyambut baik apa yang dilakukan oleh Sultan Johor ini dan Baginda telah membuktikan bahawa kerajaan Melayu masih lagi berkuasa dibawah lindungan payung Baginda Sultan.

Tapi Sangkakala juga yakin bahawa ada juga pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan Sultan ini untuk menukar hari cuti tapi tidak sesiapa pun yang berani untuk mengangkat muka menentang titah Baginda.


Ahad, 24 November 2013

JEFF OII LARI KENA SERBU DENGAN KUCING

Jeff Oii diserang oleh beberapa orang pekerja MPPP setelah beliau menggelar mereka sebagai kucing kurap.

Jeff Oii yang dikatakan sedang mengadakan sidang media ditemui oleh salah seorang pekerja MPPP serta meminta beliau memohon maaf namun sebaliknya beliau meninggalkan tempat tersebut.

Kalau dah pandai kata orang kucing. Kurap, kenapa nak lari?

Dasar lahanat sial ni eloknya dibagi penampar je kat muka tu biar dia tau macam mana rasa penampar pekerja bawahan yang bertungkus lumus membuat tugasan seharian.

Ini adalah satu pengajaran buat pekerja MPPP yang sebelum ini mengundi Pakatan untuk menjadi kerajaan dan sekarang ucapan terima kasih telah diberikan oleh Oii tapi dalam bentuk ayat kucing kurap.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEMENANGAN MAT SABU BENCANA BAGI PAS

Dengan kemenangan yang diperolehi oleh Mat Sabu dalam mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar dan pemilihan semalam jelas menunjukkan bahawa PAS kini sudah beralih arah kepada bukan ulama.

Jelas telah disampaikan oleh Mursyidul Am PAS yang mengatakan bahawa kepimpinan haruslah daripada golongan ulama telah dipinggirkan oleh para perwakilan PAS itu sendiri.

Dengan kemenangan ini juga, legasi Anwarinaz telah mula berakar dan semakin kuat didalam parti PAS.

Ada seorang rakan Sangkakala mengatakan bahawa kemenangan Mat Sabu adalah berpunca daripada isu Syiah yang ditimbulkan oleh para pemimpin parti itu sendiri.

Tapi Sangkakala rasa ada betulnya sebab dia juga berkata semua orang akan merasa gembira dengan pendekatan yang diambil oleh puak syiah tertamanya kawin muta'ah yang dikatakan menjadi kegilaan didalam ajaran tersebut.

Walaupun ramai yang mengatakan bahawa syiah telah terpesong daripada ajaran islam yang sebenar, tapi tak kurang juga yang suka dengan fahaman syiah ini tetapi hanya kerana satu perkata iaitu nikah muta'ah.

Benar atau tidak dakwaan ini Sangkakala serahkan kepada pemikiran para pembaca sekelian untuk membuat penilaian.

Walau apa pun, Sangkakala masih mengatakan sama ada mereka syiah atau tidak, PAS memang telah lari dari ajaran Islam yang sebenar dan dengan kemenangan Mat Sabu akan lebih menghancurkan PAS.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 23 November 2013

#dunselangor KEKECOHAN DUN !!! YB HALIMATON DIPERSALAHKAN PENCACAI PR @nohomar

Sangkakala ada dengar dari beberapa rakan yang mengatakan bahawa kekecohan yang berlaku di dalam sidang DUN negeri Selangor semalam apabila YB Halimaton (Kota Damansara) membuka isu kenaikan harga sewa rumah PPR.

Memang benar isu tersebut yang dibangkitkan oleh YB Halimaton tetapi ianya telah dimanipulasi oleh ahli dewan dari Pakatan serta campur tangan Timbalan Speaker Dewan yang mahu menunjuk kuasa.

Memang jelas dan nyata bahawa kenaikan harga sewa PPR telah dilakukan oleh kerajaan Selangor pada bulan Jun 2013 dan ianya cuba dinafikan oleh ADUN pakatan dengan mengatakan bahawa ianya telah diBINCANGKAN dalam sidang DUN yang lepas.

Dan satu lagi, ADUN PR juga mengatakan bahawa kenaikan tersebut dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2007.

Nampak tak betapa bodohnya ADUN PR yang mengeluarkan jawapan sebegini?

Memang perkara tersebut telah dibawa serta dibincangkan dalam sidang DUN, tetapi perlaksanaan daripada perbincangan tersebut tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor, dan apabila ditanya dan diminta penjelasan tentang perkara ini, terus YB Halimaton dikatakan berprasangka buruk terhadap kerajaan.

Itu adalah punca dimana bermulanya kekecohan tersebut, apabila Ketua Pembangkang bangkit untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada YB Halimaton oleh ADUN PR, disusuli pula dengan campur tangan Timbalan Speaker Dewan yang menunjukkan kuasa beliau dan mungkin ini telah mendapat pujian daripada pemimpin pembangkang di peringkat pusat.

Berbalik kepada apa yang diperkatakan oleh pengikut PR yang mengatakan YB Halimaton sengaja mewujudkan kekecohan dengan kenaikan harga sewa rumah, sedangkan harga kenaikan gula, petrol dan sebagainya tidak dipedulikan.

Disini Sangkakala lihat pula betapa bodohnya pengikut PR yang cuba mengalihkan isu dari isu negeri kepada isu nasional.

Mungkin dengan merebaknya berita dan video bagaimana kejadian tersebut berlaku, maka pengikut PR kini menghebahkan bahawa kekecohan tersebut berpunca daripada isu yang sangat kecil.

Dari apa yang Sangkakala lihat, PR akan memusingkan cerita apabila mereka merasa tersepit dan jika sesuatu perkara itu kena pada batang hidung mereka maka mereka akan cuba untuk mengalihkan isu tersebut.

Jika mereka ini masih memerintah, maka kemajuan tidak akan dicapai secara total dan untuk kerajaan Selangor janganlah terlalu gah dengan kejayaan kerana sepertimana yang dikatakan oleh Azmin Ali, kemajuan ini telah dilakukan oleh kerajaan sebelumnya dan PR hanya menyambung sahaja.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 22 November 2013

#dunselangor TIMBALAN SPEAKER HILANG ARAH MENGENDALIKAN SIDANG DUN @NAajibRazak @nohomar

Memalukan..itu yang Sangkakala boleh ungkapkan apabila timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor gagal mengawal emosi beliau dalam mengendalikan sidang.

Klik ganbar untuk video

Macam mana la orang macam ni dilantik menjadi timbalan speaker dewan? Dengan emosinya, dengan sifat pemarahnya.

Ingat la sikit Nik Nazmi, jawatan timbalan speaker ni tarafnya tinggi, tapi bukanlah meninggi diri macam yang YB buat dalam dewan tadi.

Dengan menunjukkan sikap pemarahnya, Sangkakala tak nampak ianya akan menjernihkan keadaan. 

Cuba pergi belajar daripada Tan Sri Pandikae Amin yang sentiasa mengendalikan sidang Parlimen dengan senyuman tapi tegas.

Ini bukannya tegas tapi nak tunjuk kuasa bahawa dia yang paling tinggi dalam dewan.

Kalau nak dikira peraturan mesyuarat, Sangkakala nampak Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor ni banyak berat sebelah, kalau ADUN Barisan Nasional mengeluarkan peraturan mesyuarat dia pulak menafikannya tapi kalau ADUN Pakatan mengeluarkan peraturan dia pulak yang lebih lebih.

Cuba tengok dalam video diatas, beberapa kali Nik Nazmi mematikan pembesar suara Ketua Pembangkang dan ini jelas menunjukkan bahawa Nik Nazmi tidak memberikan peluang kepada ketua pembangkang untuk mempertahankan diri.

Ini berbeza dengan apa yang berlaku di parlimen, pembangkang dibenarkan bersuara tanpa halangan atau dengan kata lain pembesar suara tidak akan dimatikan bagi mendengar apa yang diperkatakan oleh pembangkang walaupun begitu, speaker Dewan Rakyat masih lagi menegur,  bukan bertindak seolah ilah hendak melemparkan buku peraturan ke arah ketua pembangkang.

Langsung tidak profesional sikap yang ditunjukkan oleh speaker Dewan Negeri apabila menunjukkan sikap sebenar beliau.

Tapi setelah dirisik risik, rupanya Nik Nazmi sengaja buat begitu untuk menunjukkan kuasa beliau, maklumlah dengar cerita Nik Nazmi berminat untuk duduk di kerusi ketua AMK.

Tapi bagi Sangkakala, orang yang macam ni memang tak layak langsung untuk menjadi ketua sebab takde kualiti untuk memimpin.

Kalau dah 54 orang ADUN pun beliau sudah menujukkan emosi, apatah lagi dengan ribuan orang yang sudah tentu bermacam ragam.

#dunselangor PC KETUA PEMBANGKANG DIHALAU KELUAR DEWAN @NajibRazak @nohomar

Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini kecoh apabila Ketua Pembangkang dihalaubkeluar oleh Timbalan speaker Dewan yang mengatakan bahawa beliau tidak mengikut peraturan mesyuarat. 

Klik gambar untuk video

Pelik pulak Sangkakala tengok timbalan speaker ni yang macam tak boleh terima apa yang dilontarkan oleh ADUN Barisan Nasional dan setiap kali ada ADUN Barisan Nasional mengemukakan isu, maka segala bagai gangguan akan dilakukan oleh ADUN Pakatan.

Dan jika dilihat seseorang ADUN Barisan Nasional begitu ampuh dengan permasaalahan yang diutarakan, maka timbalan speaker akan menggunakan kuasa yang ada pada beliau sebagai jalan terakhir.

Ini bermakna, ADUN ADUN Barisan Nasional seolah olah dinafikan haknya untuk melontarkan isu kawasan setempat dan membawa permasaalahan rakyat untuk pengetahuan Dewan Undangan.

Bagi Sangkakala, jika sesebuah isu tidak dapat diselesaikan dalam Dewan, tidak ada guna nya untuk Dewan bersidang dan perlu diingat bahawa ADUN Barisan Nasional ini juga dipilih oleh rakyat bagi mewakili mereka untuk membawa segala permasaalahan mereka bagi pengetahuan pihak kerajaan.

Jika ini sikap kerajaan negeri, takkan ada kemajuan dan permasaalahan yang mampu diselesaikan oleh kerajaan Selangor yang ada pada hari ini.


#dunselangor PERBAHASAN YB BATANG KALI - part 2

http://www.youtube.com/watch?v=RgQCDwU_r9w
klik gambar untuk video

#dunselangor (WAJIB TENGOK) PERBAHASAN YB BATANG KALI - part 1

http://www.youtube.com/watch?v=pGmJOQPB3Sk
KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

KEJAM !! YB SUNGAI PANJANG DEDAH KEKEJAMAN KERAJAAN SELANGOR @nohomar

Klik gambar dan saksikan pendedahan YB Sungai Panjang tentang kekejaman kerajaan Selangor terhadap rakyat.


Khamis, 21 November 2013

#ReadBeanArmy JANGAN RISAU PENYOKONG KITA BODOH !!!


Hahahaha..amik kau lahabau pengikut pakatan..padan muka korang..kan dah kena tipu..dah tau pakatan tu penipu masih juga bak percaya..nak juga kena tipu? Sekarang.

Sumber....
tunfaisal.blogspot.com

#dunselangor APABILA KERA DIPILIH JADI ADUN !!! @nohomar

Hari ini adalah hari ketiga perbahasan tentang bajet kerajaan negeri Selangor.

Dari apa yang berlaku didalam sidang DUN pada kali ini, Sangkakala lihat rupanya banyak kera atau monyet yang telah dipilih oleh orang Selangor untuk menjadi wakil rakyat di kawasan mereka.

Sangkakala perhatikan semalam apabila Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional berhujah, begitu ramai wakil rakyat dari pakatan meminta untuk mencelah.

Begitu juga hari ini apabila ADUN Pembangkang (BN) dari Semenyih memberikan ucapan perbahasan, begitu ramai juga yang memohon untuk mencelah daripada Timbalan Speaker.

Sedangkan semalam juga, apabila ADUN (PR) Sekinchan memberikan ucapan perbahasan bajet, tidak ada pencelahan yang diminta oleh ADUN ADUN lain.

Jangan kata sebab ianya bernas, yang sebenarnya, untuk mengganggu ucapan sepertimana yang dilakukan oleh ADUN (PR) kepada ADUN (BN) sesiapa pun mampu untuk melakukannya.

Tapi ADUN (BN) mengambil sikap untuk mendengar permasaalahan yang hendak disampaikan, cadangan yang hendak diutarakan oleh rakan ADUN mereka dari pihak kerajaan.

Ini jelas memperlihatkan bahawa ADUN (PR) tidak memperdulikan permasaalahan rakyat dalam Dewan Undangan dan mereka hanya sekadar mecanangkan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik di dalam Dean Undangan.

Itu juga sebabnya kenapa rakyat Selangor pada hari ini dibawah kepimpinan kerajaan Pakatan tertindas dan akan terus ditindas.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#dunselangor RUMAH URUT !!! ADUN SEKINCHAN BANGUN PERTAHAN !!! ADA APA APA KE ??.

Haha..mentang mentang le kebanyakan boleh dikatakan kesemua rumah urut yang ada di Selangor ni dimiliki oleh tauke tauke cina, ADUN Sekinchan bangun pertahankan isu berkenaan apabila Ketua Pembangkang membentangkan tentang perkara tersebut.

Macam ada apa apa je ni..klik gambar dibawah untuk video ADUN Sekinchan pertahan rumah urut.


#dunselangor TAMPARAN TEPAT KE MUKA ADUN RAWANG

Klik gambar untuk video

Haha..padan muka..nak sangat amik ubat kau..puas hati tak??

Ke nak lagi?? Klik gambar diatas dan tengok macam mana ADUN Rawang kena tepat kat muka.