Khamis, 21 November 2013

#dunselangor BUKTI AZMIN DAH MELUAT DENGAN KHALID IBRAHIM

Apa dah jadi ni, antara mereka pun dah tak sehaluan, mungkin juga disebabkan Azmin selaku Timbalan Presiden langsung tidak dihormati di negeri Selangor menyebabkan beliau kini kerap kali menghentam kepimpinan Khalid sebagai Menteri Besar.

Jom tengok apa yang diperkatakan oleh Azmin dalam sidang media tenyang belanjawan yany dibentangkan oleh Khalid kelmarin dalam sidang DUN. 

Klik gambar untuk video
Nampaknya Khalid memang tidak disenangi oleh Azmin dan apa sahaja yang dilakukan oleh Khalid akan nampak buruk di mata Azmin dan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Khalid.

Bagaimana Pakatan mampu untuk memerintah dengan baik kalau sesama mereka sendiri asyik bercakaran?

Fikir fikirkanlah....

Rabu, 20 November 2013

#dunselangor YB SHAMSUDIN LIAS BIDAS ADUN SELANGOR

Klik gambar untuk video

Lain kali jangan nakencelah tak tentu kira..kan dah kena sound.

Lain kali nak mencelah tengok keadaan, jelaskan fakta, jangan angkuh sangat.

Itulah yang terjadi pada ADUN selangor yang dibidas oleh ketua pembangkang pada hari ni.

Klok gambar diatas untuk video. 

#dunselangor PELABURAN MERUDUM !!! MAJUKAH SELANGOR ???

Macam mana kerajaan Selangor nengatakan bahawa mereka mendapat peningkatan pelaburan bagi tahun 2013 atau kata lainnya sepanjang mereka memerintah di Selangor? 

Cuba kita tengok unjuran pendapatan dalam laporan dibawah.


Kalau dah macam ni rupanya, maknanya Selangor tiada peningkatan malah ianya jatuh pada tahun 2013 atau lebih tepat Sangkakala katakan apabila pakatan menang kerajaan negeri untuk penggal kedua.

Mungkin pelabur memang menunggu sekiranya pakatan mengalami kekalahan semasa pilihanraya tempoh hari barulah mereka akan masuk ke Selangor  untuk melabur dan apabila kerajaan pakatan masih lagi menjadi kerajaan, maka para pelabur ini menarik diri untuk melabur.

Mungkin ada sesetengah pengikut pajatan akan mengatakan bahawa walaupun pelaburan kurang tapi kerajaan selangor mengekalkan kerusi mereka sebagai kerajaan negeri.

Memang betul kenyataan tersebut tetapi kita semua perlu ingat bahawa jika tiada pelabur yang masuk ke Selangor pada masa masa akan datang, maka kerajaan negeri tidak akan mempunyai sumber kewangan dan apa akan jadi kepada ekonomi kerajaan negeri dan bagaimana rakyat Selangor akan meneruskan kehidupan mereka?

Menteri Besar dengan lenggang lenggokbya akan cuba memutar apa yang terkandung ddalam laporan diatas dengan mengatakan bahawa rezab kerajaan negeri berjumlah berbillion ringgit.

Tetapi Sangkakala percaya ianya bukanlah dalam bentuk wang tetapi ianya adalah dalam bentuk aset yang dicairkan seterusnya digazetkan sebagai rezab kerajaan negeri.

Ini adalah satu pembohongan dari kerajaan negeri Selangor kepada rakyat negeri tersebut dan secara tidak sedar, untuk mendapatkan semua aset yang telah dicairkan ini maka, harga sewa rumah PPR dinaikkan dan cuka serta premium tanah di negeri Selangor juga dinaikkan hingga menyukarkan pemaju swasta atau kerajaan pusat membina rumah mampu milik kerana kekangan harga premium dinaikkan.

Ini perjuangan yany dikatakan terlalu hebat oleh pakatan untuk rakyat Selangor? Mimpi siang hari jelah..

ALAHAI ANWAR !!! KANTOI LE PULAK !!! ISU 40K BANGLA JADI SIA SIA

Dia yang bercakap pasal pengundi hantu sampai 40 ribu kononnya dibawa dari Bangla, hari ni dia sendiri yang menafikan perkara tersebut.

Itulah perangai Anwar Ibrahim yang akan menyalahkan orang lain apabila dah rasa dirinya kantoi dan tersalah cakap.

Kali ni pasal kes pengundi yang didakwa dari Bangladesh yang dibawa masuk oleh Barisan Nasional kononnya dikatakan oleh Anwar bahawa blog pro kerajaan yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan bukanlah dari beliau atau pemimpin pakatan.

Apa ni Anwar, takkan dah lari dari tajuk pulak kot, tapi itulah Anwar ibrahim, dah dikerah anak muda dan para pengikut berhimpun sana sini kononnya ada pengundi hantu, sekarang apa dah jadi? Sudah tukar ka?

Macam mana budak budak yang buat demonstrasi dan buat himpunan didepan pejabat SPR tempoh hari? Apa mereka buat disitu? Makan angin?

Ini semua gara gara mat bontot ni yang sengaja mahu mencetuskan huru hara dalam negara, dan akhirnya tak mengaku, bukan susah sangat nak buat penafian yang dia tak pernah keluarkan kenyataan tersebut, hanya dengan mengatakn tak cakap dan halakan pada orang lain, bukannya teruk sangat.

Kepada para pengikut Anwar, rasakan muka korang yang penat datang dari jauh, buang minyak kereta buang duit belanja hanya semata mata mendengar kata kata pembohong ni, sudahnya apa pun takde, sendiri malu dan sendiri rugi je.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#dunselangor MENIPU LAGI ADUN SERI ANDALAS NI

Mencelah dalam ucapan perbahasan ADUN Sekinchan, nampaknya ADUN Seri Andalas berbohong dalam memperkatakan ada sabotaj dari Kementerian Kesihatan dalam usaha memberikan bantuan bagi anak anak yang baru lahir dalam negeri Selangor.

Seri Andalas mengatakan bahawa hospital kerajaan tidak memberikan borang bantuan tersebut kepada mereka yang melahirkan anak di hospital kerajaan.

Nak bagitau sikit la pada Seri Andalas, anak Sangkakala 2 orang dilahirkan di Selangor, tapi takde sesiapa pun yang datang memberikan borang atau tidak ada borang yang disediakan di mana mana hospital.

Ini sebenarnya bukanlah satu bentuk sabotaj daripada hospital sebab perlu diingat, bukan semua kakitangan hospital menyokong kerajaan malah secara terang terangan menyokong pakatan.

Yang sebenarnya itu semua adalah alasan yang diberikan oleh kerajaan Selangor dalam mengelak daripada mendapat tekanan daripada rakyat kerana kegagalan mereka melaksanakan janji yang diletakkan dalam menifesto pilihanraya.

Seperti yang berlaku kepada ibu tunggal yang dikatakan akan diberi bantuan tetapi tidak dilaksanakan hingga persatuan ibu tunggal mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri adalah bukti jelas dimana janji pakatan adalah omongan kosong belaka.

Walaupun saman itu diketepikan oleh mahkamah dengan alasan bahawa manifesto bukanlah janji namun dari segi moral dan logiknya, kerajaan negeri telah menuipu rakyat.

Dalam kes pemberian bantuan kepada anak anak yang lahir di Selangor pakatan hanya cuba untuk menutup kelemahan dan ianya tidak langsung pernah dilaksanakan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#dunselangor ADUN SEKINCHAN HANYA MERAPU DALAM DEWAN

Apa yang Sangkakala nampak dari mula perbahasan daripada ADUN Sekinchan hanyalah merepek tanpa fakta dan hanyalah ucapan untuk mengaburi mata rakyat dengan memanipulasi fakta.

Dengan mengatakan bahawa kerajaan telah berjanji memberikan BR1M sebanyak RM 1200 sekiranya menang dalam pilihanraya umum yang lalu jelas menunjukkan bahawa beliau masih belum faham bahasa Melayu yang digunakan oleh Perdana Menteri sebelum PRU tempoh hari.

Kenyataan ini disanggah oleh ADUN Kota Damansara yang memperbetulkan kenyataan tersebut.

Nampaknya Pakatan Rakyat hanya mempunyai ADUN yang bercakap tanpa kualiti yang sepatutnya ada dalam diri wakil rakyat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 19 November 2013

KERETA 12 TAHUN !!! SIAPA PUNYA IDEA ???


Kesian pulak Sangkakala tengok apabila Timbalan Menteri Pengangkutan kena hentam dengan penggiat media sehari dua ni.

Pada hal bukan cadangan dia pun yang nak lupuskan kenderaan berumur lebih 12 tahun tu.

Yang punya cadangan ialah Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau MIROS.

Timbalan Menteri Pengangkutan cuma kata JPJ akan menimbangkan semula jangka  hayat kenderaan.

Yang si profesor tu sebenarnya haris dipersalahkan, memandai mandai kata kereta lebih 12 tahun merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Macam le kereta baru takde membawa apa apa bahaya kepada pengguna.

Ni Sangkakala nak bagi tau kepada Pengarah yang keluarkan pandangan yang amat bernas sampai timbalan menteri kena balun tu.

Negara kita kan dah ada Puspakom, kereta yang jangka hayatnya melebihi 12 tahun wajibkanlah di buat pemeriksaan setiap tahun sebelum cukai jalan di perbaharui.

Bukan susah sangat, ni sampai kata tak selamat segala bagai ni macam takde pelajaran je becakap. 

Atau pun Sangkakala nasihatkan kepada profesor Dr Wong supaya kenderaan yang dia gunakan jangan sampai diketahui lebih dari 12 tahun.

Bukan apa, takut nanti orang toling tarik dan campak dalam lombong the mines je.



BEGITU MULIANYA ANWAR DI MATA NIK AZIZ !!! MAKSUM SANGAT KE ???


Mentang mentanglah Wan Azizah kata Anwar anugerah tuhan, Nik Aziz pun nak kata benda yang sama ke?

Sampai kata kena jilat tapak kaki Anwar baru nak boleh terhapus dosa sebab video tengah menghenjut Chinadoll.

Apa kelebihan Anwar sampai Nik Aziz sanggup memaksumkan Anwar sampai macam tu sekali?

Hebat sangat ke Anwar dengan ilmu agama sampai dapat pengiktirafan kalau tak jilat tapak kaki Anwar takkan masuk syurga orang yang keluarkan video tu?

Syurga mana yang Nik Aziz maksudkan? Syurga Allah SWT atau syurga yang dicipta oleh PAS kepada para pengikutnya sendiri.

Kepada Nik Aziz, Sangkakala nasihatkan supaya bertaubat sebelum terlambat, jangan kerana kuasa dan dendam, kuta lupa bahawa Allah itu wujud dan Nabi itu maksum, tidak ada manusia lain yang dapat menandingi betapa maksumnya seorang Nabi..



#dunselangor EXCO PERUMAHAN SELANGOR KURANG CERDIK @nohomar

Nampak sangat la kurang cerdik EXCO Perumahan kerajaan negeri Selangor ni dalam menjawab isu.

Bila ditanya tentang rumah kos rendah atau mampu milik, beliau mengatakan bahawa di zaman pemerintahan Barisan Nasional dulu banyak perumahan mampu milik yang menjadi syarat kepada pemaju masih belum dibina.

Ingat perkataan MASIH BELUM dibina dan bukannya TIDAK DIBINA, lagi satu, yang akan membina perumahan tersebut adalah PEMAJU perumahan ingat perkataan PEMAJU dan adalah menjadi kewajipan kepada pemaju untuk membina kediaman kediaman tersebut.

Tapi sekarang setelah hampir 6 tahun kerajaan pakatan memerintah negeri Selangor, berapa unit yang telah dibina? Jangan cakap akan dibina disana dan disini sedangkan ianya masih belum dilaksanakan lagi hingga kini.

Kalau untuk mengatakan bahawa ianya akan dibina ini tidak boleh membuktikan bahawa ianya akan dibina dan dari apa yang kita ketahui, apabila kerajaan Pusat bercadang untuk membina rumah mampu milik ini, kerajaan negeri telah menaikkan harga premium tanah tanah di Selangor hingga jika ianya dibuat atau dibina dengan rumah kos rendah atau mampu milik maka ianya akan membabitkan kerugian.

Adakah ini yang dikatakan kebajikan untuk rakyat Selangor?

Mungki rakyat Selangor sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku dalam proses pengabil alihan tanah milik kerajaan negeri oleh kerajaan pusat.

Kerajaan negeri hanya mengutamakan keuntungan untuk kerajaan negeri sedangkan keperluan untuk rakyat Selangor itu sendiri tidak diberikan keutamaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DUN SELANGOR : MENTERI BESAR SELANGOR BERBOHONG DALAM ISU AIR

Menjawab soalan daripada Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor tentang permasaalahan air.

Kata Menteri Besar kononnya kerajaan negeri telah memberikan air percuma kepada lebih 1 juta pengguna air di Selangor hinggakan kerajaan Johor mengikut jejak langkah Selangor dalam pemberian air percuma.

Agaknya Khalid ni dah nyanyuk ke apa? Johor memang dah lama berikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut dan apa yang dikatakan oleh kerajaan Johor adalah penambahan sebanyak 10 meter padu lagi menjadikan ianya sebanyak 30 meter padu.

Memang betul kata Datuk Seri Noh Omar yang Menteri Besar Selangor ni agak kurang cerdik sebab itulah beliau menggunakan khidmat penasihat segala bagai kononnya untuk membantu beliau tapi pada hakikatnya beliau memang tak tau nak buat kerja macam mana pun.

Tapi dah memang menjadi adat kepada pakatan pembangkang yang akan menutup segala apa yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional dan mewar-warkan apa juga yang mereka berikan sedangkan pemberian sama telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SELEPAS SYIAH TAKKAN PAS DI PENUHI GANGSTER PULAK


Wahwahwah..hebat juga brader kita ni. Mana datangnya Special Force dalam PAS yang siap pakai lambang Jata Negara dan dah macam kad kuasa. 

Kalau nak diikutkan, Sangkakala rasa adalah menjadi kesalahan sekiranya menyamar anggota keselamatan dan mungkin bagi penjilat tegar PAS,  kad tersebut tidak mempunyai apa apa maksud tetapi bagi orang yang berniat untuk menyalah gunakan kad tersebut, pelbagai perkara mampu mereka lakukan. 

Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan keatas mereka yang sewenang wenangnya menggunakan kad kad kuasa yang mempunyai lambang Jata Negara. 

Ini kerana lambang Jata Negara biasanya hanya akam diletakkan pada kad kad penguatkuasa jabatan atau agensi penguatkuasaan, tapi kini ianya sudah menjadi seperti perkara biasa dan dengan mudah orang awam menggunakannya.

Ini sebenarnya adalah satu permasaalahan yang boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini jika ianya tidak dibendung dari awal.

Pengikut PAS ni dah tentu bangga dapatpakai kad macam tu kan? Cuba tengok cara btader kat atas tu berjalan, macam gengster je, macam penjahat je.

Lagi satu Sangkakala nak tanya le pada puak PAS ni, bukankah memakai gelang tu hukum nya haram?

Tapi brader dalam gambar kat atas tu selamba je pakai gelang tangan dan dari apa yang Sangkakala perhatikan, bukan sahaja brader kat atas tu malah ramai lagi yang memakai gelang rantai dan sebagainya.

Adakah selepas syiah, PAS akan dipenuhi pilak dengan gangster atau yang seangkatan dengannya.

Cuba jawap sikit PAS. 


SUAMI DALAM DAKAPAN WALAUPUN DISAHKAN MATI


HULU BERNAM - Akibat tidak dapat menerima hakikat suaminya telah meninggal dunia, seorang wanita sanggup memangku mayat suaminya walaupun pegawai perubatan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia beberapa jam lalu akibat kemalangan.

Kedua-dua mangsa terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 401.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, 500 meter selepas susur masuk Plaza Tol Tanjung Malim kira-kira jam 1.15 petang, semalam.

Mangsa, Foo (bukan nama sebenar), 36, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Thanh Giang (bukan nama sebenar) berusia 20-an yang merupakan warga Vietnam cedera akibat tersepit.

Menurut maklumat orang awam, kenderaan Toyota Estima Aeras dinaiki mangsa dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar besi pembahagi lebuh raya sebelum terbalik di lorong kiri.

Pemandunya tercampak keluar manakala penumpangnya tersepit di tempat duduk penumpang namun berjaya keluar dengan bantuan orang awam.

Seorang pekerja kereta tunda yang hanya mahu dikenali sebagai Rush, 28, berkata, dia bersama orang awam yang tiba di tempat kejadian berusaha mengangkat kereta mangsa bagi membantu penumpang di tempat duduk hadapan keluar.

"Tapi masa kami sampai, lelaki itu (pemandu) sudah ada di situ (di bahu jalan) mungkin dia tercampak keluar masa kereta berpusing," katanya.

Menurutnya, masalah tayar dipercayai punca kemalangan itu berlaku kerana tayar belakang sebelah kiri kereta mangsa hanya menggunakan tayar simpanan dan bersaiz kecil.

Katanya, berkemungkinan kereta dipandu laju ketika melalui kawasan itu yang sedikit berselekoh menyebabkannya terbabas.

"Kalau tengok keempat-empat tayar semunya jenama lain dan mungkin sudah banyak kali pecah," katanya.

Isteri mangsa mengandung

Sementara itu, Thanh Giang berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Parit Buntar, Perak ke tempat kerja suaminya di Kuala Lumpur.

Dia yang hanya fasih berbahasa Cina berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku dan hanya sedar apabila kenderaan dinaiki terbalik.

"Lepas keluar dari kereta saya terus pergi dekat suami tapi dia sudah tidak bergerak," katanya yang kelihatan trauma.

Sinar Harian cuba bertanya mengenai beberapa laporan perubatan dan ujian darah yang ditemui bersepah di atas jalan dan menurut wanita itu dia sedang mengandung, namun usia kandungannya tidak dijelaskan.

Polis jumpa serbuk dadah

Dalam pada itu, polis turut menemui bungkusan dadah dalam lipatan tisu basah dipercayai syabu yang diletakkan dalam beg tangan Thanh Giang.

Pemeriksaan lanjut pada bonet kenderaan terbabit turut menemui beberapa kotak dan botol minuman keras berjenama dimuatkan dalam beg.

Mangsa yang hanya mengalami luka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor manakala mayat suaminya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

Sumber : SINARHARIAN


Sent from Samsung Mobile

Isnin, 18 November 2013

RAFIZI RAMLI KENA GANYANG DALAM DEWAN PARLIMEN @NajibRazak @nohomar

http://www.youtube.com/watch?v=gfjMrIelzKk&feature=c4-overview&list=UUGM79XAj7ZxNTDZIdY9herA
klik gambar untuk video

Kahkahkah..nampak gayanya Rafizi kali ni kena ganyang dalam parlimen dalam perbahasan isu bajet.

Lain kali kalau nak bercakap tu jangan la sampai orang boleh lanyak sampai penyek nro, kan dah malu?

Nampak sangat pembangkang hanya tau bermain dengan isu tapi tiada fakta jelas tentang perkara tersebut.


PEMBANGKANG TERSEMBAM DALAM PARLIMEN @NajibRazak @RazaliIbrahim @nohomar

Klik gambar untuk video

Haha..terkedu Azmin dalam sidang lepas kena bantai dengan Dato' Razali Ibrahim dan Datuk Seri Noh Omar.

Lain kali kalau tak tau nak spin jangan le masuk melulu, kan dah malu.

Untuk maklumat lanjut baca DISINI


Ahad, 17 November 2013

GADIS PENGANGGUR CUBA SABOTAJ RESTORAN MAJU


Kalau tak reti pakai laman facebook jangan memandai nak fitnah yang bukan bukan pada kedai orang lepas tu nak menyelamatkan diri halakan pulak pada orang lain.

Ini yang dilakukan oleh gadia penganggur yang memfitnah restoran nasi kandar terkemuka di Ipoh baru baru ni.

Dia sendiri yang update status kata penguatkuasa jumpa najis manusia dalam tempat simpanan makanan dia juga yang tuduh orang lain cuba perbesarkan hal tu.

Lain kali kalau tak tau apa apa jangan becakap atau jangan memandai mandai nak masukkan dalam facebook. 

Baik duduk di dapur tolong mak masak, kot kot nanti bila kawin takde le laki tu lari cari orang lain, baru le masa tu nanti gunakan najis sendiri pulak bagi penunduk kat laki.

Sakit pula hati Sangkakala bila pempuan ni nak selamatkan diri dengan menyalahkan pengguna faceboon lain yang memperbesarkan apa yang dia sendiri masukkan dalam akaun facebook milik beliau.


DAULAT TUANKU !!! KERAJAAN PUSAT PERLU AMBIL PERHATIAN @NajibRazak


Sedih pulak Sangkakala baca keratan akhbar ni bila DYMM Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat untuk membina jambatan Palekbang yang dijanjikan oleh PAS sejak 17 tahun lalu tapi langsung tidak pernah ditunaikan.

Sultan Kelantan memang terkenal dengan sikap prihatin kepada rakyat baginda tetapi berbeza dengan kerajaan negeri yang lebih mementingkan berpolitik dari menjaga kebajikan rakyat.

Bagi Sangkakala, permintaan Sultan Kelantan ini wajar di realisasikan oleh kerajaan Pusat memandangkan kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dibawah naungan PAS. 

Mungkin juga Sultan Kelantan sudah mula hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri dalam memberikan prasarana terbaik untuk kemudahan rakyat Kelantan.

Kerajaan PAS selama ini memang hanya akan berjanji malah parti parti sekutu PAS juga melakukan perkara sama.

Berjanji bagi pakatan seperti makan nasi ketika lapar (berjanji ketika pilihanraya) dan selepas itu mereka akan senyap dan terus berpolitik memburukkan kerajaan Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang.

Sementara menunggu pilihanraya itu, rakyat akan terbiar begitu sahaja tanpa pembelaan.


HUDUD !! RAKYAT DAH TAU KEBENARAN DAN KEMUNGKARAN PAS


Nampak gayanya PAS kali ni dah tak mampu nak berdolak dalik lagi tentang perlaksanaan hukum hudud yang dikatakan di halang oleh UMNO dan Barisan Nasional. 

Jabatan Agama Negeri Kelantan sendiri sudah mengesahkan bahawa kerajaan negeri itu boleh melaksanakan undang undang tersebut pada bila bila masa.

Tapi adakah benar PAS akan melaksanakan atau mahu melaksanakan hukuman tersebut?

Sangkakala yakin dan pasti akan ada alasan yang diberikan oleh PAS ekoran kesediaan jabatan agama negeri tersebut dalam melaksanakan undang undang syariah yang selalu menjadi lolongan pengikut serta pemimpin PAS selama ni.

Lepas ni jangan pulak kata nak kena tunggu jadi kerajaan pusat baru nak buat, laksanakan dulu di Kelantan tu baru le rakyat nampak sejauh mana keberkesanannya nanti.

Apa pun Sangkakala rasa rakyat sudah dapat menilai sejauh mana keikhlasan PAS dalam memperjuangkan hudud selama ini.

Dan Sangkakala juga yakin bahawa rakyay sudah dapat menilai bahawa hukum hudud ini hanyalah retorik PAS semata mata semasa pilihanraya tidak kira umum atau pilihanraya kecil.

Nampaknya lepas ni PAS terpaksa mencari alasan yang sudah digunakan selama puluhan tahun untuk memancing undi rakyat.

PAS bukan saja memainkan isu hudud malah mereka memainkan juga agama islam dalam politik mereka dan ini afalah sesuatu yang amat mengecewakan kerana orang islam sanggup untuk mempergunakan agama islam untuk kepentingan diri dalam mengejar jawatan dan kuasa.

Nik Aziz contohnya yang menjadi Menteri Besar dan kini masih lagi memegang jawatan sebagai ADUN hanya mampu untuk memperkatakan tentang Hudud tapi untuk melaksanakannya terlalu banyak alasan yang diberikan.

Ini membuktikan bahawa hukum hudud dan undang undang syariah ini tidak mampu dilaksanakan oleh PAS sendiri malah negeri yang ditadbir selama puluhan tahun tidak mengamalkan hukuman ini dan ianya cuma dicanangkan di serata pelusuk tanah air semata mata untuk memburukkan kerajaan sedia ada.

Kini PAS sudah tersepit didalam perangkap yang mereka bina sendiri dan kemungkinan untuk melepaskan diri adalah tidak mungkin.


Sabtu, 16 November 2013

GAMBAR MAKNYAH DI TETAK PELANGGAN


Sudahlah bayaran tak dapat, beg kena samun, siap kena tetak lagi maknyah sorang ni.

Kejadian yang berlaku di Muar kelmarin dikatakan bermula apabila Maknyah ini bertemu dengan pelangganya di bandar Muar sebelum dibawa ke bilik.

Selesai melanggan suspek dikatakan telah cuba untuk merompak beg tangan mangsa dan berlaku pergelutan sebelum suspek menetak kepala mangsa dengan pisau yang di simpan didalam beg galas suspek.

Setelah mencederakan mangsa, suspek bertindak memaksa mangsa untuk membuka pintu bilik dan sebwlum keluar suspek dikatakan telah merampas seutas lagi rantai leher mangsa.

Ketua polis Muar mengesahkan laporan tersebut dan memberitahu bahawa suspek telah pun di tangkap. 

Lain kali buat lagi kerja macam ni, Tuhan pun marah kalau buat kerja yang melanggar syarak.


SHAH ALAM AKAN BERUBAH JADI TOKYO ??? PEKERJA BANGLA KETAWA BESAR @Khalid_Ibrahim @nohomar


Kali ni Sangkakala rasa setuju pulak dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim yang si Khalid Gagap ni memang suka membazir duit rakyat.

Cuba tengok gambar papan tanda diatas dan di bawah ni, nak buat laluan berbasikal di Shah Alam yang memakan belanja sampai RM 5 juta. 

Apa relevannya pembinaan ni sampai menggunakan perbelanjaan sebanyak itu dan satu lagi, apabila laluan ini dibina, sudah pasti beberapa buah stesen bas akan menjadi mangsa dan ini sebenarnya mengurangkan lagu prasarana untuk rakyat.


Persoalannya, berapa kerat sangat orang yang bawa basikal di Shah Alam tu? Adakah semua pekerja kerajaan atau swasta menaiki basikal ke tempat kerja macam di Tokyo?

Yang Sangkakala tau sekarang ni ramai bangla je yang naik basikal ke tempat kerja dan pekerja tempatan paling tidak pun akan bawa motosikal sendiri.

Apa yang menyedihkan ialah, infrastruktur untuk keperluan rakyat seperti hentian bas akan dikorbankan demi untuk membina laluan basikal.

Kebanyakan peminat basikal pula akan ambil waktu cuti rehat untuk berbasikal, itu pun di kawasan kawasan riadah, kan ke lebih baik perbelanjaan sebanyak RM 5 juta tu digunakan untuk menaik taraf jalan jalan raya yang dah banyak berlubang macam permukaan bulan di Selangor ni?

Pembaziran demi pembaziran dilakukan oleh Menteri Besar Selangor dan apa yang pasti nanti rakyat Selangor boleh tengok siapa yang sebenarnya akan membina laluan ni, mungkin pelesen kontraktor akan gunakan nama Melayu, tapi pelaksananya nanti sendiri tengoklah siapa.


Jumaat, 15 November 2013

BANJIR KILAT MAKIN MENJADI DI SELANGOR @nohomar @Khalid_Ibrahim




Ini gambar yang dihantar oleh seorang rakan Sangkakala yang mengatakan bahawa pagi tadi telah berlaku banjir kilat di kawasan Sungai Rasau dan gambar kedua menunjukkan jalan berhampiran plaza tol Sungai Rasau juga dinaiki oleh air.

Agaknya ini air percuma yang diberikan oleh kerajaan Selangor dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor kepada rakyat.

Banjir kilat kini dilihat kerap melanda di negeri Selangor ekoran sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik.

Apa tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu banjir kilat di kawasan kawasan yang kerap dilanda masalah tersebut.

Dalam sidang dewan yang lepas EXCO kerajaan negeri yang bertanggungjawab ada mengakui bahawa penyelenggaraan sistem saliran tidak dilakukan dengan sempurna dan ianya juga yang membuatkan banyak tempat pembiakan nyamuk.

Tapi disini Sangkakala tak mahu cerita nyamuk aedes sebab Selangor memang dah terkenal pun dengan kes Denggi diantara yang paling tinggi di Malaysia.

Tapi kali ini Sangkakala nak tanya, apa yang Jabatan Perparitan dan Saliran buat sampai banjir kilat sentiasa terjadi dimana mana kawasan apabila hujan lebat melanda.

Di Selangor kini cukup hanya dengan 2 jam hujan mencurah lebat maka sudah pasti akan ada kawasan yang dinaiki oleh air dan ini menjadi beban kepada rakyat dalam menjalankan tugasan harian.

Jalan penuh sesak dengan kenderaan yang bergerak amat perlahan apabila dinaiki oleh air.

Takkan selama 5 tahun masuk tahun ke 6 kerajaan Selangor masih lagi gagal memperbaiki sistem saliran yang ada? Kalau sistem perparitan ini pun gagal dibuat penambahbaikan, yang lain macam mana pulak?

Kegagalan demi kegagalan dilakukan oleh kerajaan Selangor tapi mereka akan cuba untuk menutup kegagalan tersebut dengan pelbagai helah, dan mereka ini akan cuba melarikan sesebuah permasaalahan dengan mewujudkan isu yang lain sedangkan masalah banjir seperti ini perlu diselesaikan dengan segera untuk kepentingan rakyat.

Kebajikan kepada rakyat nampaknya hanylah omongan kosong kerajaan Selangor dan rakyat Selangor terus ditipu oleh gula gula yang ditabur oleh kerajaan negeri.

Sedar sedarlah, kerajaan Pakatan memang tak mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kalau dah kerap sangat berlaku perkara atau permasaalahan seperti ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak peduli tentang kepentingan rakyat Selangor.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone