Rabu, 6 Februari 2013

NI BLOGGER BODOH MANA MASUK GELANGGANG PULAK

Sangkakala agak seronok pula dengan artikel yang dikeluarkan oleh blogger (orangni.blogspot) yang mengatakan bahawa MB Perak bomoh tepi longkang.

Yang sebenarnya, penulis tersebut adalah penulis tepi longkang yang tidak tahu apa2 cerita dan ambil kesimpulan daripada apa yang dibaca melalui akhbar.

Kisah hantu pocong ini sebenarnya bukanlah isu, tetapi yang menjadi isu ialah apabila ianya disebut sebut oleh orang ramai.

Memang kecoh satu ketika bahawa di Kawasan tersebut dengan kehadiran hantu pocong dan dikhabarkan juga bahawa ada penduduk yang terjumpa dengan lembaga tersebut dan ianya menjadi liputan oleh akhbar tempatan.

Apabila ditanya oleh wartawan tentang kisah tersebut kepada Menteri Besar beliau menjawab bahawa ianya agak melucukan dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab sebenarnya mengatakan bahawa kehadiran lembaga tersebut (pocong) disebabkan oleh pembersihan kawasan untuk dimajukan oleh kerajaan negeri.

Itu maksud Datuk Seri Zambry, dan beliau bukanlah mengatakan bahawa beliau percaya terhadap perkara tahyul tersebut.

Berkenaan dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid, yang berkata tentang projek pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau, ianya telah lama selesai, takkan selaku ketua Penerangan PAS kawasan beliau tidak mengetahui perkara tersebut atau beliau juga sama seperti ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen PAS dan PKR Parit Buntar yang tidak mengambil peduli tentang kebajikan penduduk sekitar kawasan Parit Buntar.

Inilah kerja pembangkang yang sentiasa akan menunjukkan bahawa mereka betul tapi yang sebenarnya mereka ini ketandusan isu untuk didedahkan kerana segala kebajikan serta pembangunan dilakukan oleh BN Parit Buntar dan negeri Perak.

Sudah sudah le nak tabur fitnah, jangan nanti meludah kelangit terkena muka sendiri, tepuk air didulang muka sendiri terkena percikan.

Apa apa pun kita tunggu nanti Sangkakala akan tunjukkan betapa bodohnya pemimpin tertinggi mereka di dalam sidang DUN yang sudah tidak mengenal apa yang beliau ucapkan.

Nantikan videonya yang akan Sangkakala muat naik ke laman youtube dan kita sama sama nilai betapa bengapnya mereka ini.


Psttt..tunggu tau, lepas tu nanti jawab, jangan buat bodoh pulak.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 5 Februari 2013

WONG TACK BOLEH DITAHAN ATAS SEBAB UGUTAN

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack boleh ditahan oleh anggota polis atas ugutan mahu membakar kilang nadir bumi Lynas.

Ini berikutan dengan kenyataan beliau semalam didalam akhbar berbahasa cina yang mengatakan bahawa beliau sendiri akan membakar kilang tersebut sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihanraya.

Mungkin juga Wong Tack cuba menjadi hero masyarakat kononnya dengan mengatakan kilang tersebut menghasilkan radioaktif yang tinggi walau pun ianya telah disahkan selamat oleh badan tenaga atom dunia.

Dan apa yang kita lihat sebenarnya ialah ianya tidak lebih dari agenda politik semata mata.

Isu kilang lynas telah dibangkitkan oleh YB Fuziah yang mengatakan bahawa kilang tersebut akan menjadi satu ancaman kepada kesihatan penduduk sekeliling namun ianya disangkal oleh badan siasatan tenaga atom dunia yang mengatakan bahawa penghasilan bahan radioaktif di kilang tersebut adalah dibawah paras yang ditetapkan.

Jadi isu kilang lynas ini dianggap tidak mempunyai apa apa kaitan dengan apa yang dikatakan oleh Fuziah.

Begitu juga dengan pakar tenaga nuklear PAS, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kilang tersebut tidak selamat.

Penduduk di sekitar kawasan kilang sehingga ke hari ini tidak menerima apa apa kesan radioaktif jika benar apa yang didakwa oleh pembangkang tentang kilang tersebut.

Penduduk disekitar kilang tersebut juga bersyukur dengan pembinaan kilang tersebut, maka taraf ekonomi mereka meningkat apabila banyak peluang pekerjaan diwujudkan di kilang tersebut.

Nampak sangat sekarang pembangkang ketandusan idea untuk menyerang kerajaan, daripada mereka mengatakan bahawa mereka adalah aktivis yang cintakan kehijauan kini sudah bertukar kepada aktivis ugutan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

IDHAM LIM TERPINGGIR DI PARIT BUNTAR

Desas desus mengatakan Yb Idham Lim ADUN Titi serong yang dikatakan tidak lagi akan bertanding di kawasan tersebut mungkin ada benarnya.

Cuba kita lihat banner yang ada di atas, jelas menunjukkan bahawa gambar Idham tidak kelihatan walau pun beliau masih lagi ADUN kawasan tersebut.

Ada juga kemungkinan yang mengatakan bahawa tempat beliau akan digantikan dengan Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Negeri Perak.

Adakah sebegitu mudah untuk penduduk Parit Buntar khususnya penduduk di Titi Serong akan melupakan kisah kompleks pendidikan Darul Anwar yang mana modal pembinaannya telah dikutip melalu wakaf tapak pembinaan tersebut?

Ataupun adakah PAS dengan begitu mudah melarikan Idham dari dibelenggu masalah?

Dimana ketelusan PAS dalam isu ini? Dengan mudah apa bila seorang wakil rakyat mereka bermasaalah, maka wakil rakyat tersebut di tukarkan ke kawasan lain dan digantikan pula dengan muka baru dan begitulah akan terjadi secara berterusan.

Walau siapa pun yang diletakkan di DUN Titi Serong dan Kuala Kurau serta Parlimen Parit Buntar, masalah sama akan terus berlaku, dan ianya akan menjadi generasi ke generasi.

Calon calon dari parti sebegini harus ditolak, demi kesejahteraan serta pembangunan di kawasan Parit Buntar, kerana selama 4 tahun mereka menjadi wakil rakyat, dimana kemajuan yang mereka lakukan?

Para pengundi Parit Buntar harus melihat perkara ini dengan penuh teliti, kerana sedikit kesilapan masa lalu, maka 4 tahun terbuang begitu sahaja tanpa apa apa pembangunan serta kemajuan.

Adakah nasib generasi akan datang terus diperjudikan seperti sekarang?

Dimana yang dikatakan bahawa Idham Lim membawa pembangunan? Sangkakala tidak melihat perkara ini berlaku.

Begitu juga dengan Yb Yunus, ADUN Kuala Kurau, pembangunan rakyat tidak dilaksanakan dengan alasan bahawa mereka bukan parti yang memerintah seolah olah mereka tidak boleh melakukan apa apa, namun apa yang sebenarnya ialah semua itu hanyalah alasan semata mata dan ianya adalah cara untuk mereka melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai ADUN.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen yang ada kini, beliau yang hanya bermain dengan isu isu nasional seolah olah lupa kepada para pengundi serta rakyat yang meletakkan beliau sebagai wakil mereka dalam PRU12 yang lalu.

Jadi kepada pengundi Parit Buntar, fikir fikirkanlah, yang mana satu parti yang tidak memberi kemajuan di kawasan dan yang mana pula sering memberikan bantuan kepada masyarakat serta rakyat.

Barisan Nasional contohnya telah memberikan bantuan bernilai jutaan ringgit sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 yang lalu, dengan pelbagai kemudahan infrastruktur serta kebajikan untuk rakyat telah terlaksana, bantuan demi bantuan telah diberikan kepada rakyat terutamanya golongan yang amat memerlukan.

Ini adalah contoh kerajaan yang perlu diberi sokongan dan dorongan agar kemajuan demi kemajuan dikecapi oleh rakyat serta kebajikan yang tidak pernah hilang untuk golongan daif serta memerlukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 3 Februari 2013

BARU NAMPAK MUKA MUJAHID

Laaa..ada sahabat tweet gambar ni tadi, katanya Mujahid Yusof Rawa tadi pergi berjumpa dengan peniaga di pasar.

Agak malang juga apabila rakan Sangkakala tweet kata peniaga tu tanya siapa Mujahid.

Ishhh...pelik juga ni, takkan peniaga tak kenal dengan ahli parlimen Parit Buntar ni kot.

Tapi Sangkakala yakin yang peniaga tu bukan bergurau sebab Mujahid baru sekarang ni la nak nampak muka pun, kalau sebelum ni bayang pun tak nampak.

Sudah 4 tahun berlalu selepas menang di kerusi Parlimen Parit Buntar, baru sekarang Mujahid nak tunjuk muka.

Dengar kata Mujahid ni bukan penduduk tempatan di Parit Buntar, dan beliau hanya menjadi pewaris kepada kerusi yang pernah dimenangi oleh Allahyarham bapa beliau iaitu Yusof Rawa yang pernah menjawat jawatan sebagai presiden dan Mursyidul Am PAS satu masa dulu.

Tapi menurut apa yang Sangkakala dengar, tidak ada sedikit pun persamaan perjuangan antara Allahyarham Ayahanda beliau dengan beliau sekarang.

Dulu Allahyarham Yusof Rawa benar benar berjuang untuk agama Islam tapi anakanda beliau si Mujahid pula bersetuju dengan apa yang diakatakan oleh pemimpin Pembangkang tentang kebebasan beragama.

Nasiblah penduduk di Parit Buntar nak dapat ahli parlimen macam ni, apa nak buat benda dah lepas, tapi ianya masih boleh diperbetulkan dengan tidak memberikan undi kepada beliau dalam PRU13 nanti.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PROGRAM BEUTIFUL MALAYSIA DI PARIT BUNTAR SATUKAN MASYARAKAT

Seluruh tanah air hari ini menjalankan program 'Beutiful Malaysia' dan tidak ketinggalan juga di kawasan Parit Buntar dimana program ini berjalan disemua peringkat termasuklah mukim dan daerah.

Program pringkat Daerah Krian telah dijalankan di Kawasan Kuala Gula dan program peringkat mukim pula dijalankan di kawasan Parit Buntar.

Apa yang menjadi perhatian program ini ialah, ianya dilihat berjaya menyatukan masyarakat di semua peringkat dalam mengindahkan serta menjaga kehijauan alam semula jadi.

Tidak ketinggalan dalam program yang berlangsung di mukim Bagan Tiang golongan belia yang di ketuai oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal serta orang ramai, beliau telah memfokuskan kawasan kawasan kampung untuk menjalankan aktiviti gotong royong berkenaan.

Moga program program seperti ini dapat berjalan secara berterusan demi menjaga kesefahaman serta keserasian antara masyarakat.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MP PARIT BUNTAR PENGGUBAL UNDANG UNDANG RUPANYA

Sangkakala biasa berjumpa juga dengan pemimpin di peringkat parlimen di seluruh negara, tidak kiralah beliau Menteri, Timbalan Menteri atau Ahli parlimen biasa.

Tapi takde pula mereka mengatakan bahawa mereka hanyalah penggubal undang undang semata mata di Parlimen hingga terlupa dengan kewajipan mereka sebagai wakil rakyat di kawasan masing masing.

Tapi apa yang terjadi seperti gambar di atas apa bila ahli parlimen Parit Buntar yang boleh dikatakan berdebat dengan sahabat Sangkakala dalam laman facebook menyatakan bahawa beliau menggubal undang undang seluruh negara.

Mungkin juga Sangkakala tidak berapa faham dengan maksud yang dikatakan oleh beliau namun apa yang Sangkakala tau ialah ahli parlimen perlu memperjuangkan nasib rakyat di kawasan mereka untuk dibawa kepada pengetahuan kerajaan pusat.

Dalam perdebatan itu juga Sangkakala lihat ianya telah menunjukkan bahawa Mujahid (ahli parlimen PAS Parit Buntar) berkata seoalah olah beliau BOLEH membiarkan permasaalahan di kawasan diserahkan kepada ADUN (yang juga tidak menjalankan tanggungjawab) serta parti lain.

Walau pun dalam kenyataan yang Sangkakala masukkan diatas menunjukkan bahawa beliau mengatakan yang mana beliau menjalankan tugas tugas menjaga kebajikan rakyat namun ianya hanyalah omongan kosong semata mata.

Perkara ini Sangkakala sahkan dari penduduk di kawasan Kampung Kuala Bagan Tiang yang kerap kali banjir apabila hujan lebat bahawa YB Mujahid hanya datang ke Kampung mereka untuk memburuk burukkan kerajaan Barisan Nasional hinggakan apa bila permasaalahan diajukan kepada beliau, beliau masih juga menyalahkan kerajaan pusat dalam permasaalahan tersebut.

Ada juga yang meminta agar Sangkakala bertanya kepada Mujahid, dimanakah rumah kediaman beliau sebagai ahli parlimen di Parit Buntar, ini kerana ada dikalangan penduduk sekitar Parit Buntar yang tidak dapat menghubungi beliau ketika dalam kesusahan dan mereka akhirnya terpaksa menghubungi pejabat UMNO Bahagian untuk mengadu nasib walau pun mereka tahu bahawa ahli parlimen mereka dari parti yang lain.

Seperti hari ini, program yang dinamakan Beutiful Malaysia telah dijalankan di seluruh negara dan tidak terkecuali juga kawasan Parit Buntar yang mendapat perhatian Barisan Nasional dalam program tersebut, dan gambar diatas juga Sangkakala ambil pada hari ini dimana Presiden Gerakan Belia 4B bersama sama penduduk menjalankan kerja kerja gotong royong membantu masalah banjir kilat di kawasan kampung Bagan Tiang Parit Buntar disebabkan aliran air tidak sempurna dan palong laluan air tersebut juga disumbangkan oleh Mua'amar Ghadafi Jamal selaku Presiden GB4B Malaysia dalam usaha memberikan keselesaan kepada penduduk.

Jadi disini Sangkakala persoalkan, dimana tugas tugas mereka sebagai ahli parlimen dikawasan? Adakah hanya sekadar jawatan dan tugas diserahkan kepada orang lain?

Tepuk dada tanya iman dan buka mata serta minda, kalau berterusn begini, kemajuan dikawasan tidak akan tercapai, dan Sangkakala melihat bahawa KPI atau Indek pencapaian mereka ini tidak setanding dengan ahli parlimen Barisan Nasional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 2 Februari 2013

PERANGAI ANWAR BELUM BERUBAH

Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim hari ini menunjukkan sikapnya yang sebenar iaitu pencinta wanita.

Tapi tak tau lah kalau itu hanya gimik pilihanraya yang dilakukan oleh beliau dalam menarik undi.

Hari ini Anwar mengatakan bahawa PKR akan meletakkan lebih ramai calon daripada kaum wanita, maklumlah beliau juga adalah pencinta wanita sampai didedahkan dalam video klip tanpa warna sikit masa dulu.

Tapi Sangkakala rasa itu hanyalah gimik politik untuk mendapatkan undi kaum wanita semata mata dan kita perlu ingat apa yang terjadi di Selangor dimana beliau adalah penasihat ekonominya.

Selaku penasihat ekonomi negeri Selangor, beliau dilihat juga kurang mampu dalam menyelesaikan masalah ibu tunggal yang tidak mendapat apa yang dijanjikan oleh kerajaan negeri itu seperti yang tercatit dalam menifesto mereka dalam PRU12 yang lalu hingga ibu tunggal ibu tunggal ini membawa kes tersebut ke Mahkamah.

Jadi apa yang dikatakan oleh Anwar hanyalah retorik dan pembohongan semata mata.

Tidak akan ada calon wanita seperti yang dikatakan oleh beliau hari ini, jadi kaum wanita bolehlah menarik handbrake daripada terus hanyut dengan janji janji manis mereka.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SELEPAS PR GAGAL KHALID NAK MENGAJAR BN

Agak kelakar statement si gagap ni, itu yang Sangkakala mampu untuk katakan pada malam ini.

Mana tidaknya, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa pembangkang mahu mengajar Barisan Nasional cara untuk mentadbir negara dengan betul.

Sedangkan negeri negeri dibawah pemerintahan pembangkang sendiri pun tak berapa nak elok, ada hajat ke nak memerintah negara?

Isu isu di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan masih belum diselesaikan Khalid sudah berkata bahawa mereka mahu mengajar kerajaan yang sudah mempunyai pengalaman selama puluhan tahun mentadbir.

Tak munasabah akal apa yang si gagap ni katakan dalam Malaysiakini hari ini, seolah olah si gagap mengajar orang lain cara bercakap sedangkan dia sendiri pun becakap tak lepas.

Jangan mimpilah Khalid, rakyat sudah menjadikan segala hal di Selangor sebagai pengajaran dan panduan untuk memilih kerajaan dalam PRU13 nanti.

Jadi untuk itu tak perlu nak kata apa apa, pujuk pujuk lah semula ibu tunggal dan warga emas serta selesaikan masalah air yang tak berkesudahan di Selangor, kemudian baru becakap pasal pentadbiran negara, itu pun kalau masih memerintah selepas ini.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ORANG PAS PARIT BUNTAR BACA DOA KESEJAHTERAAN UNTUK BN DAN MB PERAK

Malam semalam satu kejutan telah berlaku di Parit Buntar apabila 30 orang dari parti pembangkang tekad untuk meninggalkan parti masing masing kerana kecewa dengan pelbagai masalah dalam parti yang mereka sertai.

Tidak sanggup melihat agama Islam sering dipermainkan oleh parti pembangkang, seorang ustaz dengan rela hati meninggalkan parti yang dianggap oleh beliau tidak mampu mempertahankan agama Islam malah walau hanya satu kalimah sekalipun iaitu kalimah Allah yang tidak mampu dipertahankan oleh mereka (PAS).

Ikuti doa yang dibacakan oleh ustaz ini sebaik sahaja beliau menyarungkan jaket BN yang disarungkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zambri Abdul Kadir dalam majlis Gerak Mesra Rakyat Parlimen Parit Buntar.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO KLIP
Ini adalah satu petanda baik bahawa BN akan merampas kembali kedua dua kawasan DUN iaitu Kuala Kurau dan Titi Serong serta Parlimen Parit Buntar pada PRU13 nanti.





PERJUMPAAN DAN PENYAMPAIAN LESEN BOT NELAYAN OLEH MENTERI BESAR MENDAPAT SAMBUTAN KAUM CINA

Hampir 700 orang hadir ke dewan SJK (C) Nam Hua, Tanjung Piandang dalam majlis perjumpaan dan penyampaian lesen bot nelayan kepada nelayan tempatan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, seramai 182 orang nelayan akan menerima lesen perikanan laut mereka pada hari ini.

Warga nelayan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak yang sudi hadir bagi menyampaikan lesen lesen kepada para nelayan.

Menteri Besar pula dalam ucapannya berkata, beliau memuji kecantikan dewan SJKC Nam Hua ini kerana ianya pelbagai guna.

YAB Menteri Besar juga meluluskan peruntukan sebanyak RM 100 ribu bagi kegunaan sekolah Nam Hua ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penerima lesen pada hari ini dan terima kasih juga beliau ucapkan kepada Jabatan Perikanan.

Beliau berkata bahawa setiap janji yang diucapkan oleh kerajaan Barisan Nasional sudah pasti akan ditepati dan ianya takkan dimungkiri.

Beliau juga berdoa agar semua yang hadir hidup sejahtera serta aman damai dan akhir sekali beliau mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada semua warga Tiong Hua.

Dalam majlis ini juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM 3 ribu kepada beberapa NGO di kawasan Parit Buntar.

Dan akhir sekali penyampaian bantuan rumah nelayan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Zambri Abdul Kadir kepada para nelayan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MB PERAK @ZambriAbdKadir DUDUK BERSILA BERSAMA RAKYAT

Dalam majlis kenduri kampung yang diadakan di surau kampung Sungai Burung Tanjung Piandang lebih dari 500 orang hadir dan apa yang menjadi kebanggaan bagi penduduk Kampung Sungai Burung apa bila beliau duduk bersila dan jelas ianya kelihatan di wajah semua para hadirin.

Dalam ucapan aluan pemangku ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, beliau mengatakan bahawa penduduk kampung merasa amat terharu apabila YAB Menteri Besar sanggup turun untuk bersama sama rakyat walau pun kampung ini jauh ke pedalaman.

Penduduk kampung secara gotong royong menyediakan 12 jenis ulam ulaman, 4 jenis sambal dan pelbagai jenis juadah makan tengah hari.

Beberapa permintaan dari kalangan penduduk kampung juga telah diajukan termasuklah jalan, surau dan sekolah yang pelu dibaik pulih.

Mereka juga memohon supaya dewan KEMAS di kampung Parit Sungai Burung dibaik pulih dan Tuan Haji Mohd Salleh selaku pemangku Ketua UMNO Bahagian memohon agar permohonan penduduk kampung ini dipertimbangkan sewajarnya.

Ucapan Menteri Besar pula berkisar tentang kawasan kampung Sungai Burung yang mana ianya adalah kawasan beliau membesar dan masih terdapat ramai rakan rakan yang masih lagi mengenali beliau dan beliau juga mengenali mereka secara rapat.

Beliau mengatakan bahawa keadaan kampung ini telah begitu banyak perubahan.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menyediakan masakan serta makanan bagi kenduri kampung pada tengah hari ini.

YAB Menteri Besar Perak mengatakan bahawa bantuan untuk sekolah yang dilawati tadi telahpun diluluskan.

permohonan untuk Dewan KEMAS juga diluluskan dalam majlis ini.

Berkenaan dengan Jalan 3 simpang juga diluluskan dan beliau meminta supaya pegawai daerah pergi membuat siasatan dan anggaran perbelanjaan.

Turut diluluskan juga ialah kubah masjid di kampung Sungai Burung dan beliau akan melakukan lawatan di akhir majlis nanti.

Diakhir majlis sebelum jamuan makan tengah hari, beberapa penduduk telah menerima sumbangan, begitu juga dengan anak anak sekolah yang menerima basikal dan vateran UMNO turut menerima cenderahati.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAWATAN MB KE RUMAH KETUA CAWANGAN UMNO YANG UZUR BUKTI TIADA YANG TERTINGGAL

Parit Haji Abdul Rahman dilawati pula oleh Menteri Besar Perak bersama rombongan dan kali ini sekolah Kebangsaan Sg Burong menjadi sasaran YAB Menteri Besar bagi melihat serta meninjau keperluan di sekolah berkenaan.

Beliau telah diberi taklimat oleh guru besar sekolah berkenaan dan permasaalahan sekolah ini telah dikhabarkan kepada beliau dan beliau telah memberikan perhatian kepada permasaalahan permasaalahan tersebut.

Lawatan Menteri Besar Perak ke rumah Ketua UMNO cawangan Parit Teluk Piai Tengah, Tuan Haji Abdul Muin yang uzur setelah diserang adalah salah satu bukti bahawa pemimpin tertinggi negeri itu tidak melupakan jasa dan bakti yang dicurahkan.

YAB Menteri Besar juga sempat beramah mesra dengan Tuan Haji Muin dan ternyata walaupun uzur, namun beliau masih lagi mengingati YAB Menteri Besar. Turut berada di rumah Tuan Haji Muin ialah ibu mertua beliau yang telah menjangkau usia lebih 90 tahun.

Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional tidak pernah lupa kepada kepimpinan bawahan begitu juga sebaliknya dan ini adalah bukti keakraban pemimpin bersama rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAWATAN MB PERAK @ZambriAbdKadir KE SURAU DESA AMAN PARIT BUNTAR

Sambungan dari berita perjalanan pagi tadi selepas YAB Menteri Besar Perak bersenam robik bersama warga Parit Buntar, kini beliau berada di Taman Desa Aman untuk melawat surau yang dibina bagi memastikan keselesaan penduduk di kawasan Taman ini.

Dihadiri oleh kira kira 100 orang penduduk Taman, YAB Menteri Besar telah diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Kerian tentang kemajuan pembinaan surau tersebut.

Dalam ucapan ringkas Menteri Besar, beliau berkata bahawa beliau telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Pembangunan Negeri dan beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 250 ribu untuk menyiapkan surau tersebut.

Wang tersebut menurut Menteri Besar akan disalurkan kepada jawatankuasa surau dan pihak jabatan jabatan dibawah kerajaan negeri akan datang membantu dari semasa ke semasa.

Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Pemnagku Ketua UMNO Bahagian Tuan Haji Mohd Salleh Mad Disa, Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia serta kepimpinan bahagian yang lain.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SENAMROBIK MB PERAK BERSAMA WARGA PARIT BUNTAR

Gambar gambar diatas menunjukkan bahawa Menteri Besar Perak berjiwa rakyat, walaupun sibuk dengan tugas sebagai Menteri Namun beliau masih sempat beriadah bersama sama dengan warga Parit Buntar, hampir 200 orang turut bersenam robik bersama sama beliau pada pagi ini.

Turut bersenam robik pada pagi ini ialah Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia saudara Mua'amar Ghadafi Jamal serta pegawai pegawai serta pemimpin masyarakat.

Dan subuh tadi beliau juga sempat mengikuti qiamulail dan solat subuh berjema'ah bersama sama kepimpinan Barisan Nasional di Masjid Sungai Star, Jalan Sempadan, Parit Buntar.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 1 Februari 2013

GELOMBANG BIRU DI PARIT BUNTAR GOYANGKAN PEMBANGKANG

Ini adalah bukti bahawa pemuda serta masyarakat Parti Buntar amat menyayangi pemimpin tertinggi Negeri Perak ini.

Mereka hadir beramai ramai dan dianggarkan hampir 2 ribu orang pemuda tidak termasuk para peserta lain yang dianggarkan hampir empat ribu orang di Dataran Kerian Permai.

Menteri Besar Perak yang menghadiri Majlis Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan turut dihadiri oleh pemangku ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Ybhg Tuan Haji Mohd Salleh Mad Disa serta pemimpin pemimpin bahagian dan parti parti komponen.

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Presiden Gerakan Belia 4B Malaysian Ybhg Saudara mua'amar Ghadafi Jamal yang membawa rombongan belia untuk turut bersama pemimpin.

Dalam ucapan aluan pemangku ketua bahagian, beliau mengatakan bahawa himpunan malam ini di Dataran Kerian Permai dapat menenggelamkan dataran purnama kalau diikutkan dari kehadiran yang ada dan ianya adalah diluar jangkaan kerana pada asalnya kehadiran dijangka hanyalah seramai 2 ribu orang.

Beliau juga mengatakan bahawa gelombang biru ini merupakan perpaduan, keamanan dan kebangkitan rakyat di parit buntar dalam menghadapi PRU13 nanti.

Beliau menyatakan behawa beliau merasa terharu dengan sokongan para pemuda yang di luar jangkaan, dan beliau amat yakin bahawa gelombang biru ini mampu meranapkan kemaraan pembangkang di parit buntar.

Himpunan malam ini menurut beliau bukan untuk mendoakan sesiapa mendapat kecelakaan atau apa apa yang boleh merosakkan keamanan dan perhimpunan ini juga menunjukkan bahawa kesediaan Barisan Nasional yang akan mempertahankan Parit Buntar hingga ke titisan darah yang terakhir.

Datuk Seri Dr Zambri pula dalam ucapannya pula mengatakan bahawa semangat pada malam ini amat luar biasa bukan sahaja ahli ahli parti Barisan Nasional malah rakyat atas pagar juga sudah mula menyokong Barisan Nasional.

Beliau berkata sokongan ini semua adalah berpunca dari slogan Janji di Tepati yang mejadi slogan Barisan Nasional.

Beliau juga berkata bahawa pembangkang mampu untuk menjanjikan segala galanya termasuklah bulan dan purnama dan segala galanya.

Menteri Besar juga berkata bahawa pembangkang menaburkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan dengan tujuan untuk mecetuskan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Pembangkang juga menurut beliau mengatakan bahawa pemergian Perdana Menteri ke Gaza juga dipolitikkan.

Tapi semangat gelombang biru pada malam ini akan dibawa hingga ke PRU13 nanti.

Beliau juga menyeru kepada semua warga Parit Buntar supaya memilih dan memenangkan calon calon Barisan Nasional pada kali ini kerana kemenangan ini adalah hak milik para pengundi parit buntar dan beliau mengatakan bahawa calon calon ini akan berbakti kepada rakyat Parit Buntar.

Akhir sekali beliau juga menyeru supaya Barisan Nasional akan kembali berkhidmat di Parit Buntar.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEHADIRAN AFDLIN TANDA BN NEUTRAL

Wahh..Afdlin Shauki pun pegi juga masa Anwar jumpa dan bagi sumbangan kepada pemimpin Hamas siang tadi?

Tapi walau apa pun UMNO dan Barisan Nasional sudah pasti tidak akan melucutkan jawatan atau keahlian Afdlin dalam parti macam yang terjadi kepada Ustaz Nasha.

Kehadiran Afdlin yang sebenarnya adalah menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan negara tersebut dari cengkaman keganasan Israel.

Tapi Anwar dapat duit darimana sampai bagi USD 700 ribu tu? Jangan duit dari Israel sudah le sebab rakyat Palestin bermaruah dan janganlah maruah mereka itu digadai sepertimana terjadi di Alor Pongsu beberapa malam lepas.

Bawa 2 orang rakyat palestin untuk menceritakan kisah keperitan rakyat negara tersebut, namun akhirnya menjadi ceramah untuk kepentingan politik.

Jadi perkara begini janganlah terjadi lagi hendaknya, berilah sumbangan dengan penuh ikhlas seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ABBY ABADI BARU SEDAR KE PASAL NI???

Gelak pulak Sangkakala baca tweet si ustazah mee segera ni, baru dia tau yang PAS bertanding 70 kerusi dan kalau menang semua pun belum mampu untuk jadi kerajaan.

Takkan baru sedar minah oii, apa punya haprak la ibu tinggal sorang ni? Becakap beriya iya sangat, rupanya tak tau apa apa.

Itu lah lain kali masuk politik belajar dulu, jangan main terjah je, ko ingat ini Melodi ke?

Agaknya Abby baru tersedar parti yang beliau ikuti tidak mungkin akan menjadi kerajaan walaupun menang keseluruhan kerusi parlimen yang di tandingi, nak tambah kerusi? Kena tanya DAP dan PKR dulu.

Tapi rasa Sangkakala sampai kucing bertanduk pun tak dapat juga, sebab takkan Anwar dan Karpal nak bagi, kalau nak juga bertanding 3 penjuru, itu mungkin le boleh.

Jadi kepada ustazah mee segera, segera segeralah angkat kaki lambung blah dari parti tu, harapan nak jadi menteri hal ehwal wanita pun tak lepas.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 31 Januari 2013

MAHFUS DAH TUNJUK GELABAH

Nampak sangat Mahfus buat kerja tak profesional, baling batu sembunyi tangan, baru baru ni buat pertanyaan seolah olah satu tuduhan, hari ni pusing 360 darjah kata itu hanya pertanyaan kepada kerajaan.

Mengulas tentang surat arahan penghantaran kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah, Mahfus mengatakan beliau meminta penjelasan sama ada perkara itu benar atau tidak, seolah olah beliau mengatakan bahawa surat yang diterima melalui pos kononnya adalah benar.

Namun setelah Datuk Seri Hishamuddin mengatakan ianya palsu dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara akan membuat laporan polis serta merta beliau (mahfus) mengatakan itu adalah soalan dan sekiranya polis mahu menyoal siasat beliau kenalah soal siasat penghantar surat (postman) yang menghantar surat tersebut ke rumah beliau.

Apa punya bangang MP Pokok Sena ni, sepatutnya beliau boleh mengemukakan soalan sama ada surat yang beliau terima itu sahih atau tidak bukannya bertanyakan soalah sama ada benar atau tidak kad pengenalan tersebut dihantar ke Sabah.

Disitu sahaja kita semua sudah dapat melihat bahawa mahfus tidak bukanlah seorang yang cerdik dalam menyusun kata kata atau mungkin sudah agak ridau jika disiasat oleh polis atau pihak berwajib, beliau menepis dengan cara yang agak bodoh.

Jadi terpulanglah kepada orang Pokok Sena sama ada mahu memilih orang yang sebegini untuk menjadi wakil mereka di Parlimen atau tidak.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SPRM SILA SIASAT MAHFUZ OMAR

Kalau mengikut undang undang, memalsukan dokumen adalah satu kesalahan dibawah akta pencegahan rasuah, jadi dokumen palsu mahfuz ni macam mana nak buat?

Klik dan baca link dibawah
http://t.co/iz8dmDSK

Haha, kantoi pulak mahfuz kali ni, bersiap sedialah bersama dengan nizar lambai nanti ye.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PARIT BUNTAR BERGEGAR LAGI

Parit Buntar bakal bergegar lagi pada 2 februari nanti apabila Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambri Abdul Kadir akan turun bersama sama dengan rakyat Parit Buntar.

Kehadiran pemimpin negeri itu sudah pasti menjadi kegusaran kepada pembangkang yang sekarang memonopoli DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta Parlimen Parit Buntar.

Ini kerana kedua dua ADUN serta Ahli Parlimen pembangkang dikawasan itu sejak memenangi Pilihanraya Umum yang lalu tidak melakukan apa apa kemajuan di kawasan tersebut.

Mungkin pembangkang hanya meletakkan calon tangkap muat untuk mewakili mereka di kawasan tersebut dan membuatkan kebajikan rakyat di sekitar Parit Buntar terabai.

Mereka mereka ini dilihat lebih cenderong ke arah isu serta cerita kawasan lain sedangkan isu seperti rakyat miskin dan sebagainya tidak mendapat perhatian.

Dari pengamatan Sangkakala, semua kerja kebajikan ini sudah dan sedang dilaksanakan di Parit Buntar dan sudah jelas kelihatan beberapa rumah serta penduduk yang daif telah diberi bantuan oleh UMNO kawasan Parit Buntar bersama sama agensi agensi kerajaan dan Gerakan Belia 4B Malaysia yang telah mencapai jumlah sebanyak RM 5.9 juta sepanjang tahun 2012.

Ini disahkan oleh Pengerusi MP3 Tuan Haji Mohd Salleh Mat Disa yang juga merupakan pemangku Ketua UMNO Bahagian.

Dengan kehadiran Menteri Besar ini sedikit sebanyak akan memberikan penambahan bantuan kepada rakyat sekitar Parit Buntar dan ianya sudah pasti memberi keselesaan yang tinggi.

Tahniah kepada semua dan Sangkakala menyeru kepada rakyat Parit Buntar untuk sama sama hadir menyambut kehadiran Menteri Besar Perak.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone