Isnin, 28 Januari 2013
ANGKARA SOKONGAN ISLAM DALAM PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE
Semua ini sekarang sudah jelas terbukti, apa akan jadi dengan nasib anak bangsa kita dikemudian hari nanti? Adakah mereka (generasi akan datang) masih menegenali Islam, Masjid serta Al-Quran?
Adakah keadaan seperti gambar diatas kita akan biarkan terjadi dimasa hadapan? Semua ini terletak di tangan kita. Kita yang akan menentukan apa yang akan dan bakal berlaku dimasa hadapan, walaupun mungkin ada yang mengatakan itu adalah takdir.
Tapi walau apa apa pun kita kena terima hakikat bahawa kuih akan mengikut acuannya dan generasi masa hadapan diibaratkan kuih, kita pula menjadi acuannya, jadi kita yang akan mencorakkan kejadian, kepercayaan serta pegangan untuk geerasi akan datang.
Fikir fikirkanlah semua, kerana yang akan berjalan dimasa hadapan itu adalah anak cucu kita, yang akan melangkah jauh kedepan itu adalah generasi pelapis kita, jadi jangan kita perjudikan semua itu kerana kerakusan dan ketaksuban kita semata mata.
NIK AZIZ SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA DEMI PADERI KRISTIAN
Bukankah temujanji tersebut telah diatur dan sebagai seorang pemimpin Islam, temujanji yang dilakukan perlulah ditunaikan terlebih dahulu kerana setahu Sangkakala, untuk membuat temujanji dengan seorang Menteri Besar tidak boleh dilakukan dengan hanya mengambil masa yang singkat.
Tapi Father Sebastian Michael dengan mudah dapat berjumpa dan bukan itu sahaja, perjumpaan tersebut dilanjutkan hingga temujanji Nik Aziz dibatalkan, hebat paderi paderi kristian sekarang ni kan?
Kalau dulu, pemimpin PAS amat kurang senang dengan kristianisasi dan dalam amanat Haji Hadi juga telah termaktub bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, PAS menentang Barisan Nasional bukan kerana namanya Barisan Nasional, tapi PAS menentang UMNO kerana masih berpegang kepada perlembagaan Inggeris.
Jadi sekarang apa pula kisahnya dengan sokongan terhadap kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa melayu?
Apa juga yang dikatakan oleh PAS terhadap UMNO selama ini sudah terpalit ke muka mereka sendiri, jadi dengan secara semulajadinya PAS mengatakan apa yang pernah mereka ungkapkan kepada UMNO adalah satu fitnah jahat demi mencapai cita cita politik.
BOLEH PULA DAP KATA INI WAKIL MELAYU
Johari @Christopher Ross Lim adalah anak kpd Howard Lim (warga S'pura) & Christine Lim (warga M'sia)?
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Christopher Lim kemudian ditukarkan nama kpd Zairil Khir Johari (tarikh lahir 17/10/82) di Hawaii.
Semasa menjadi anak angkat kepada Khir Johari status beliau bukanlah warganegara dan ianya tercatit dalam dokumen daftar anak angkat.
Cuba kita fikirkan semula, bagaimanakah seorang yang bukan warganegara dan bukan melayu dilantik oleh Guan Eng untuk mewakili kaum Melayu?
JAWAPNYA IALAH KERANA DIA KETURUNAN LIM.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MUJAHID YUSOF RAWA SEIRINGAN DENGAN PADERI KRISTIAN
Kalau masih ada Allahyarham, sudah pastilah beliau akan merasa sangat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilihat begitu gembira berdampingan dengan paderi kristian di Pulau Pinang bersama sam dengan Nik Aziz.
Tapi perkara perkara sebegini mungkin telah menjadi kebiasaan kepada Mujahid kerana sebelum beliau bersama sama Nurul Izzah dalam sebuah forum yang mengatakan kebebasan beragama itu perlu di Malaysia beliau juga pernah membangkitkan isu sama di Pulau Pinang.
Adakah ini sifat seorang pemimpin yang berani mengatakan bahawa beliau memperjuangkan Islam dikawasan Parit Buntar, berdegar degar mengatakan pemimpin UMNO di Kawasan Parit Buntar jahil dan tidak seislam beliau?
Sesungguhnya, sikap Mujahid yang menyokong kenyataan Nurul Izzah serta mengeluarkan kenyataan sama sebelum itu dan hari ini dilihat amat mesra seolah olah isu kalimah Allah yang dipersenda gurau oleh DAP dapat dilupakan dalam senyuman penuh erti tersebut.
Sangkakala berasa amat kecewa dengan kepimpinan Mujahid yang langsung tiada iras dengan kepimpinan Arwah ayahanda beliau dulu, nampaknya sudah jelas bahawa Mujahid hanya berjuang untuk kemenangan sebagai Ahli Parlimen, tetapi tidak berjuang untuk menegakkan syiar Islam itu sendiri.
Tindakan Mujahid hari ini seharusnya dikecam oleh penduduk serta pengundi di Parit Buntar, kerana sikap beliau, nama kawasan Parit Buntar sudah mula tercemar dengan perlakuan yang dilakukan oleh Mujahid selaku Ahli Parlimen.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, beliau sanggup pergi berjumpa dengan paderi kristian seperti didalam gambar, namun kebajikan untuk rakyat di Parit Buntar terus terabai, perkara itu diserahkan kepada parti lawan iaitu UMNO yang tewas di kawasan ini pada PRU lalu dan UMNO dan Barisan Nasional kawasan Parit Buntar bertungkus lumus membantu rakyat tanpa mengenal penat lelah walau pun kalah di kawasan tersebut, kerja kerja kebajikan serta pembangunan masih diteruskan.
Mujahid dilihat kini berasa amat selesa kerana segala tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh beliau selaku ahli parlimen diabaikan dan UMNO serta Barisan Nasional yang terus terusan menjaga kebajikan serta pembangunan tersebut demi keselesaan walau pun dalam PRU12 yang lalu, rakyat Parit Buntar tidak memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk menerajui kepimpinan kawasan.
Sikap antar 2 parti dapat dilihat dari calon atau wakil rakyat mereka dimana Mujahid kini sudah lepas tangan dalam mejalankan tanggungjawab.
Bukankah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin itu juga salah satu tuntutan agama?
Janji janji yang ditabur semasa pilihanraya lalu juga tidak ditunaikan, bukankah salah satu sifat orang ornag munafik ialah orang yang tidak menepati janji? Dan orang munafik ini tidak layak dijadikan sebagai pemimpin di semua peringkat.
Apa apa pun Sangkakala menyeru kepada semua rakyat serta pengundi di Parit Buntar, tolak pemimpin sabegini demi kelangsungan modal insan di kawasan serta keutuhan agama Islam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
BACAAN DOA SEMPENA HARI LAHIR NIK AZIZ OLEH KARPAL SINGH
Disambut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan, adakah Nik Aziz sedar bahawa apa yang dilakukan oleh beliau seolah olah menghina umat Islam dengan mengatakan sambutan Maulidurrasul adalah pembaziran?
Mungkin sebelum acara potong kek ini dilakukan, Karpal Singh sudah pun menadah tangan berdoa dengan menggunakan perkataan Allah untuk kesejahteraan beliau.
Tapi apa yang pasti ialah, sambutan atau acara ini disambut di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Agak menyedihkan bukan? Sambutan Maulidurrasul pembaziran, sambutan hari lahir Nik Aziz di kediaman Karpal halal, begitulah PAS menghalalkan cara dalam mencari kuasa.
Mungkin Sangkakala tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Karpal, tapi sudah pastilah dirumah tersebut mempunyai berhala atau sebagainya yang diharamkan dalam Islam tapi Nik Aziz masih sanggup untuk masuk ke kediaman tersebut serta menjadikan ianya sebuah tempat acara.
Sayang sekali pemimpin tertinggi PAS ini tidak mampu menolak gejolak nafsu untuk berkuasa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PEMUDA MENGAMUK DI TANJUNG PIANDANG
yang diketuai oleh Ketua Kampung Abu Hasan bin Ismail menggempur rumah Zakaria Ahmad untuk untuk di baik pulih.
Rumah Zakaria yang daif dan uzur kini berwajah baru apabila para pemuda Barisan Nasional bersama sama penduduk kampung datang beramai ramai untuk bergotong royong membaikki atap rumah beliau yang terlalu uzur.
Zakaria yang ditemui semasa gotong royong merasa amat terharu dengan kehadiran pemuda serta orang kampung yang bersama sama membantu membaiki rumah beliau.
Beliau juga mengakui bahawa kehadiran pemuda serta orang kampung ini tidak diketahui oleh beliau dan beliau juga merasa terkejut dengan kehadiran sebegitu ramai ahli pemuda yang bermotosikal diketuai oleh Ketua Kampung.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Hj Mohd Salleh juga turut hadir ke program gotong royong pada pagi ini bersama sama dengan Penghulu Mukim Tanjung Piandang Tuan Mohd Nazri bin Saidin.
Menurut kata pemangku Ketua UMNO Bahagian, program begini akan terus dijalankan demi untuk membantu rakyat di sekitar Parit Buntar.
Encik Zahari turut menambah bahawa beliau sudah biasa memohon permohonan kepada ADUN kawasan Kuala Kurau, namun tiada apa apa tindakan yang di lakukan oleh pejabat ADUN tersebut.
Hinggalah ke hari ini beliau dikejutkan dengan kehadiran puluhan motosikal pemuda berhenti di perkarangan rumah beliau dan dimaklumkan bahawa bahan binaan berupa atap rumah akan sampai dan para pemuda serta penduduk kampung ini akan bersama sama menukar atap rumah beliau.
Menurut kata Ketua Kampung program pagi ini adalah inisiatif serta sumbangan daripada saudara Mua'amar Ghadafi Jamal selaku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia dan sumbangan makanan perserta gotong royong pula disumbangkankan oleh Ketua UMNO Bahagian Tuan Haji Mohd Salleh.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
RAFIZI GUNA TAKTIK BASI UNTUK SALAHKAN UMNO
Dan malam ini pula Rafizi menafikan bahawa beliau memohon maaf tersebut dan mendakwa bahawa akaun facebook beliau telah digodam.
Yang sebenarnya ini semua adalah propaganda pembangkang dalam menyalahkan UMNO kerana secara ringkasnya, akaun facebook milik beliau tidak mungkin digodam untuk tujuan tersebut.
Sekiranya akaun facebook beliau digodam, kenapa beliau tidak meninggalkan komen yang mengatakan status dalam facebook tersebut bukan ditaip dan dihantar oleh beliau tetapi beliau telah memadam status tersebut.
Cara basi ini sudah biasa dibuat oleh pembangkang dan ianya telah mula dibenci oleh masyarakat Malaysia.
Rakyat sudah boleh menilai dan mungkin ada anak anak kecil yang sudah pandai menggunakan laman sosial facebook akan ketawa mendengar kenyataan Rafizi tersebut.
Apa apa pun, Sangkakala harap Rafizi lain kali bersikap lebih matang dan lebih berstrategi dalam usaha untuk memfitnah UMNO dan janganlah lakukan perkara yang menjadikan rakyat Malaysia memecah keheningan malam dengan ketawa berdekah dekah kerana gelihati melihat gelagat si 'Jambu' sorang ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PAS PERLU BELAJAR APA ERTI JIHAD
Ustaz Nasha yang pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS sebelum tewas ditangan Mat Sabu boleh dikatakan anatara pemimpin PAS yang neutral dan berwibawa serta konsisten dalam memperjuangkan Islam.
Hanya kerana mengikuti rombongan Perdana Menteri melawat Gaza, Ustaz Nasha digugurkan dari Majlis Syura.
Bukankah itu juga satu jihad yang dilakukan oleh ustaz Nasha? Demi agama Islam beliau sanggup membahayakan nyawa bersama sama dengan Perdana Menteri ke negara yang sedang bergolak dan dalam kawasan zon perang berkenaan.
Inilah perjuangan PAS yang kita lihat hari ini, kerana perjuangan politik mereka sanggup mengenepikan masalah kemanusiaan dan mereka lebih rela melepaskan orang yang bertanggungjawab terhadap agama dari parti mereka.
Ini juga dilihat sebagai ketidakmatangan PAS dalam urusan pentadbiran yang mana kini sudah ada tangan lain yang mencampuri urusan dalaman parti.
Mereka ini seolah olah tidak bertanggungjawab dalam semua hal termasuklah yang melibatkan perjuangan saudara seagama.
Ahad, 27 Januari 2013
NIK AZIZ DALAM MAJLIS THAIPUSAM
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.
Apa yang menghairankan ialah kenapa Nik Aziz ke rumah Karpal semasa thaipusam yang kebetulan tarikhnya sama dengan tarikh lahir Nik Aziz.
Nik Aziz lebih rela ke rumah Karpal yang mana kawasan tersebut memang sibuk dengan sambutan thaipusam daripada berada di Kelantan untuk bersama sama dengan rakyat negeri itu.
Adakah ini bermakna Nik Aziz sengaja memilih tarikh hari ini untuk turut sama dalam perayaan tersebut tetapi mengatakan ianya lawatan kerana takut dikata hilang aqidah seperti mana yang didakwa oleh PAS terhadap Perdana Menteri tahun lepas.
Sama sama kita fikirkan kearah itu, dan jangan lupa untuk fikirkan juga keperluan Nik Aziz ke kediaman Karpal Singh.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KENYATAAN BAWANI TIDAK TEPAT
"Apabila kita putuskan hendak beri pendidikan percuma, kita kena beri kepada semua sedangkan lebih ramai lagi pelajar yang belajar atas pembiayaan sendiri," katanya menambah jumlah perbelanjaan sebenar adalah jauh lebih besar jika cadangan itu dilaksana.
Beliau juga mahu Bawani mempertimbangkan fakta Argentina mampu memberi pendidikan percuma kerana jumlah pelajarnya hanya 200,000 sedangkan di malaysia ada lebih sejuta orang.
Jadi ini bermakna pelajar jurusan undang undang ini tidak membuat kajian terperinci terlebih dahulu dan mungkin hanya mendengar hasutan dari orang luar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PENDAKWAH KRISTIAN TIDAK MAHU GUNA KALIMAh ALLAH
BS Poh yang pernah ditahan ISA atas kegiatan keagamaannya berkata, orang Kristian harus berbuat demikian untuk menunjukkan kemuliaan hati nurani mereka.
Kalau dah orang Kristian sendiri tidak mahu menggunakan kalimah Allah dalam bible, bagaimana pula dengan segelintir orang PAS yang berkata sebaliknya?
Sedangkan pendakwah Kristian ini pun memikirkan tentang kemuliaan hati nurani, bagaimana pula ada segelintir puak PAS yang tidak memikirkan perkara tersebut.
Jadi sama sama kita fikir dimana kedudukan mereka pada hari ini? Kemana hala tuju mereka ini dalam memperjuangkan Islam kononnya?
Semua itu yang sebenarnya sudah tidak ada jawapan lagi dalam PAS, yang ada cumalah zikir 'putrajaya' sambil membilang tasbih.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
RAFIZI RAMLI KENA MAKI
Mungkin Anwar sudah beranggapan bahawa Lembu sekor ni dah tak boleh dipercayai lagi.
Tapi untuk menyelamatkan diri, petang tadi Rafizi berkata bahawa akaun laman facebook beliau digodam oleh penggodam dan ini adalah bukti sahih dimana beliau cukup terdesak dan tersepit diantara parti dan saman oleh Datuk Seri Zahid Hamidi.
Siapa yang akan percaya dengan kenyataan Rafizi tatkala ini agaknya.
Bedegar degar berbunyi mendedahkan itu dan ini, hari ini tampil memohon maaf sekaligus membuktikan bahawa segala yang beliau ucapkan selama ini adalah fitnah.
Tapi tidak mustahil kerana mereka memang sudah dilatih untuk melakukan perkara perkara tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KECOH DI KLIA BILA @NajibRazak PULANG DARI GAZA
Walaupun mendapat cacian daripada puak pembangkang, namun rakyat Malaysia pada hari ini seharusnya merasa amat berbangga dengan lawatan Perdana Menteri serta rombongan ke Palestin.
Ini membuktikan bahawa pemimpin nombor satu negara itu amat prihatin dengan masalah bukan sahaja didalam negara tetapi juga masalah serta melihat sendiri keperitan rakyat Palestin yang tertindas.
Tahniah Datuk Seri Najib, satu kebanggan buat rakyat Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
JADI KAFIR KALAU BENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM
Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.
Maka persetujuan itu juga menjadikan umat Islam kafir.
Justeru itu beliau memberitahu bahawa kita mesti bersatu mempertahankan aqidah umat Islam di negara ini.
Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini.
Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.
Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.
Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 26 Januari 2013
PEMBANGKANG TERKEDU SPRM NAFI DAKWAAN
Dengan penafian serta kenyataan bahawa proses saringan tersebut masih lagi berjalan sudah pasti membuatkan pembangkang menjadi gusar kerana fitnah mereka sebelum ini tidak menjadi.
Barisan Nasional mengambil keputusan untuk menghantar senarai calon untuk ditapis oleh Suruhanjaya berkenaan sebagai bukti bahawa Barisan Nasional telus dalam memilih calon pilihanraya.
Berbeza pula dengan parti pembangkang yang sehingga kini tidak menghantar senarai calon mereka untuk ditapis oleh SPRM.
Mungkin kerana beberapa faktor maka pembangkang tidak membelikan senarai calon mereka untuk tapisan berkenaan disamping ketakutan mereka bahawa kebanyakan calon yang bakal mereka ketengahkan akan gagal dalam proses itu nanti.
Agaknya ramai bakal calon pembangkang terlibat dengan rasuah maka dengan itu mereka agak gementar untuk menghantar nama.
Kita boleh lihat disini siapa yang lebih telus dalam memilih calon untuk berkhidmat kepada masyarakat sekitar kawasan yang diwakili.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KHALID BELUM BAGI JAWAPAN TENTANG DAKWAAN
Jawapan ini perlulah diberikan oleh Khalid sebelum pilihanraya darimana sumber pendapatan beliau untuk membayar ansuran bas tersebut yang mencecah hampir 11 ribu sebulan.
LOKMAN ADAM LANGGAR PARIT BUNTAR
Turut hadir sama dalam majlis santai pada petang ini ialah Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian En. Abu Bakar Mat Ali.
Pelbagai perkara didedah oleh beliau dan ini menjadikan kegusaran dan kebimbangan pembangkang yang sebelum ini begitu angkuh mengatakan bahawa UMNO dan BN pincang dalam pemerintahan.
Hari ini jelas kelihatan diwajah para hadirin bahawa selama ini mereka telah ditipu hidup hidup oleh pembangkang yang menjanjikan segala galanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Orang Muda Berpadu Anti Korupsi kutuk @tantawi100
Ini merupakan kenyataan bodoh dari seorang pemuda dan juga kenyataan yang paling laknat pernah keluar dari seorang ketua yang mengetuai 1 sayap dalam parti yg pernah saya temui.
Saya tertanya tanya, apakah yang ada dalam pemikiran pencacai ini sehingga sanggup mencaci maki dengan cacian yang amat dasyat kepada seorang muslim yang pergi membantu umat Rasulullah SAW dalam kesusahan dan pergolakan yang sudah menjangkau 65 tahun di Gaza.
Adakah salah bila ada usaha untuk membantu masyarakat ini dan pimpinan ini di caci kerana usahanya?
Ini sudah jauh tersasar dari beberapa hadis Rasulillah SAW yang jelas mengharamkan pemimpin itu dicerca dan dimaki kerana membantu umat islam lain yg berada dlm tekanan dan kesusahan.
Golongan ini di sebut oleh Nabi junjungan kita merupakan golongan yg tersasar dan keluar darr jalan Allah.
Saya cukup hairan bila ia membabitkan usaha dari Perdana Menteri yang seharusnya di lihat dari sudut positif krn mewakili hasrat rakyat malaysia itu terus terusan di politikkan dan lebih buruk ia di jadikan bahan cacian.
Nasarudin merupakan lambang seorg pemimpin muda yg paling bodoh,sombong,laknat dan buta kebenaran yang pernah di lahirkan oleh parti PAS untuk berdepan dengan kebijaksanaan dan keberanian yang ada pada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya mendesak anak Hassan ini menarik balik cacian yang di buat kepada Perdana Menteri kerana rakyat keseluruhannya amat tidak senang dengan kenyataan bodoh beliau.
Saya cukup percaya kenyataan beliau hanya kerana dengki dan iri hati kepada usaha2 baiK Perdana Menteri dan ini akan menyebabkan rakyat membuka mata melihat kewibawaan seorang pemimpin Islam sebenar tanpa menggadai agama untuk kepentingan politik seperti mana yang beliau lakukan walau terpaksa menggadai kalimah Allah kpd bkn muslim hanya krn tunduk kepada golongan kafir harbi dan kerana nafsu kuasa untuk ke Putrajaya.
Wan Khairul Ihsan - presiden OMBAK
Seperti yang di hantar melalui email oleh beliau kepada Sangkakala.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KHALID GAGAP MENIPU LAGI UNTUK TALIAN HAYAT SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR
Beliau terpaksa mengatakan bahawa 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008 sedangkan banyak perkara dilihat tidak dapat dipenuhi oleh Khalid terutamanya menifesto pilihanraya yang lepas.
Menifesto berkenaan air contohnya, setiap rumah akan mendapat air percuma sebanyak 20meterpadu sebulan, tidak semua rumah mendapat bekalan air tersebut terutama kediaman yang berbentuk apartment yang mana segalanya diuruskan oleh Jawatankuasa Penyelenggaraan Bangunan tidak menerima skim tersebut.
Itu adalah isu yang melibatkan air di Selangor, baru baru ini pula persatuan ibu tunggal telah menyaman kerajaan negeri tentang bantuan untuk ibu tunggal yang dijanjikan dan Khalid menepis perkara tersebut dengan meminta persatuan ibu tunggal membuktikan bahawa ahli persatuan itu mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas.
Mereka ini adalah mangsa yang telah dibohongi oleh Pakatan Rakyat di Selangor yang menjanjikan bulan dan bintang sebelum pilihanraya.
Selain dari itu banyak lagi kepincangan serta pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan dibawah naungan Khalid Ibrahim, sampah juga menjadi isu hangat di Selangor pada tahun 2012 dimana kerajaan Selangor dikatakan membeli beberapa buah lori sampah untuk Syarikat yang berkepentingan namun sampah di beberapa kawasan di Selangor dibiar berlambakan hingga membuatkan penduduk tidak selesa.
Khalid juga dikaitkan dengan pembelian bas mewah untuk kegunaan PKR yang mencecah nilai satu juta ringgit dan ianya dikatakan menggunakan wang kerajaan negeri ekoran Khalid juga dikatakan telah disenarai hitam dari sebarang bentuk pinjaman bank.
Dengan sebegini banyak masalah yang dilakukan dan tidak mampu diselesaikan oleh pemerintahan Khalid di Selangor, adakah rakyat Selangor masih mahu memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk terus memerintah sebagai kerajaan negeri?
Mungkin Khalid sudah merasakan bahawa jangka hayat beliau untuk menjadi Menteri Besar bakal berakhir dan dengan itu beliau memberi kata kata manis pula kepada kepimpinan PKR supaya memberikan beliau peluang kedua dalam mentadbir kerajaan negeri, namun apa apa pun kuasa penentu sama ada pakatan masih memerintah atau tidak tertakluk kepada undi yang diberikan kepada mereka oleh pengundi di Selangor.
GUNTING KAD KREDIT TANDA PROTES
Bagi Sangkakala itu adalah satu tindakan bijak untuk mengelakkan mereka berhutang kerana hutang hutang mereka itu lebih berbahaya daripada kilang nadir bumi yang di sahkan selamat oleh pelbagai pihak.
Kumpulan ini dilihat cuba memberikan tekana kepada pihak bank namun itu dilihat tidak memberi kesan kerana semua org tahu bahawa bank akan menjalankan urusan sekiranya melihat projek itu selamat serta mendapat sokongan kerajaan serta rakyat.
Jadi kepada kumpulan yang memotong kad tersebut, jangan lupa untu membayar tunggakan yang sedia ada, takut nanti tindakan undang undang pla yang akan di ambil.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone









