Sabtu, 9 Februari 2013

HAJI HADI TAK FAHAM MAKSUD PERDANA MENTERI

Nampaknya Haji Hadi memang tak faham maksud Perdana Menteri tentang kenyataan supaya Pakatan menerima keputusan rakyat dalam pru13 nanti.

Beliau mengatakan bahawa Barisan Nasional yang tidak menerima keputusan rakyat dalam pilihanraya dengan mengaitkan isu kerajaan Perak yang bertukar tangan setelah ada beberapa ADUN pakatan bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas serta menyokong  Barisan Nasional menjadi kerajaan.

Maksud Perdana Menteri sebenarnya berkisar tentang kenyataan beberapa pemimpin serta pengikut pakatan yang akan turun ke jalan raya jika pakatan gagal menjadi kerajaan dan ini adalah berupa satu ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Jadi tidak salah sekiranya Perdana Menteri meminta sekiranya pakatan menerima keputusan rakyat dalam pilihanraya akan datang demi kestabilan dan keamana negara.

Cuba kita bayangkan sekiranya terjadi huru hara disebabkan oleh rusuhan dan sebagainya yang dicetuskan oleh pakatan serta pengikut mereka, sudah pasti ekonomi negara akan jatuh serta pelabur asing merasa takut untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang selamat untuk mereka melabur.

Ini adalah satu kerugian kepada negara serta rakyat Malaysia yang mana selama ini hidup dalam keadaan aman dan damai penuh harmoni.





GUAN ENG MOHON DIGELAR PANDAI

Guan Eng kata beliau tersinggung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa dengan meminta para hadirin yang datang ke rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina memakai pakai yang tertentu adalah 'kerja bodoh'.

Beliau menyifatkan kenyataan tersebut adalah rasis dan menghina beliau secaa peribadi.

Guan Eng nak minta dikatakan cerdik ke?

Memang le kerja bodoh sampai orang nak pergi rumah terbuka pun nak ikut cakap dia, siapa pulak Guan Eng yang nak menentukan jenis pakaian untuk ke sesebuah majlis?

Pelik dengan sikap ketua menteri Pulau Pinang ni.

Bagi Sangkakala, Guan Eng kena terima hakikat bahawa apa yang dilakukan oleh beliau memang menampakkan sifat seperti yang dikatakan oleh TPM.

Jadi Guan Eng janganlah terasa hati atau merajuk macam budak kecik, dah kenyataannya begitu ianya akan tetap begitu.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Mazlan Aliman tersilap langkah apabila mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di dalam laman facebook milik beliau yang mengatakan bahawa Felda menjalankan urusniaga minyak dengan Israel hingga membuatkan Felda memfailkan saman keatas beliau serta 5 lagi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 22 Februari.

Penolong Kanan Pendaftar Catherine Nicholas turut memerintahkan lima defendan lagi iaitu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, memfailkan pembelaan mereka.

Inilah akibat jika terlalu taksub dengan ingin memiliki kuasa serta jawatan, hingga sanggup memfitnah demi cita cita tersebut.

Mazlan yang juga Pengerusi ANAK seringkali menyifatkan Felda dengan pelbagai tanggapan buruk serta negatif walaupun Felda telah melakukan semua kebaikan demi untuk membantu para peneroka.

Jadi sekarang kita tunggu keputusan mahkamah tentang kes saman terhadap beliau.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 8 Februari 2013

NURUL IZZAH CABAR RAJA NONG CHIK

Hari ini Nurul Izzah telah menunjukkan belangnya dengan mencabar Menteri Wilayah Datuk Seri Raja Nong Chik yang mengatakan bahawa naib presiden PKR itu tidak menyelasaikan masalah penduduk setempat.

Nampak macam berang je si Nurul Izzah ni.

Tapi bukan nak kata le pulak kan, kalau betul beliau menjalankan tanggungjawab, sudah pastilah tidak akan timbul isu penduduk yang tidak mengenali beliau dalam satu kisah kematian penduduk lembah pantai baru baru ini.

Beliau juga meminta supaya satu sesi debat diadakan diantar beliau dan Nongh Chik, dah habis fikir ke?

Debat tu pulak nak diadakan di hadapan khalayak ramai, takut nanti Nurul Izzah malu sendiri sekiranya penduduk memaki beliau dalam debat tersebut.

Perlu juga diingat kembali apa bila Nurul baru baru ini menimbulkan kontroversi dengan kenyataan kebebasan beragama oleh beliau.

Jadi kepada penduduk lembah pantai, baik lah tolak dahulu pemimpin sebegini, takde maknanya nak dikekalkan kerana baru menjadi ahli parlimen sudah mengatakan kebebasan beragama, kalau jadi menteri tak tau lagi apa yang dia buat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HILANG KEPERCAYAAN PUNCA LETAK JAWATAN

Pegawai Khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu umum meletakkan jawatan atas alasan sudah tidak tahan dengan sikap hipokrit dan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan pemimpin kerajaan negeri itu.

Jafrei Nordin berkata, tindakan Ronnie yang mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab pelbagai tuduhan rasuah menimbulkan banyak persoalan dan membuatkan dia hilang kepercayaan.

Beliau bercakap demikian pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Jelas kini bahawa terdapat unsur unsur rasuah dalam kerajaan pakatan di Selangor.

Ronnie Liu juga adalah orang yang bertanggungjawab menempelak Datuk Dr Hasan Ali sewaktu beliau memegang exco agama bagi negeri tersebut setelah pihak JAIS menyerbu sebuah gereja di Damansara hingga membawa kepada pemecatan beliau (Hasan Ali) daripada ahli PAS.

Rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya perlu melihat perkara ini secara serius, jika mereka ini masih lagi memerintah maka akan berleluasa kegiatan rasuah dan segala yang dilaporkan oleh mereka tentang kepincangan Barisan Nasional ekoran rasuah adalah fitnah semata mata untuk mengaburi mata rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BUKTI ADA AGENDA ANTARA ANWAR DENGAN KRISTIAN

Ini adalah bukti dimana Pertubuhan Gereja Sabah menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tapi ianya dibuat bukan kerana ketokohan beliau sebagai pemimpin, ianya hanyalah kerana Anwar menyokong kebebasan beragama dan penggunaan kalimah Allah oleh semua agama di Malaysia.

Kalau dibuat kesimpulan, apakah makna kepada sokongan ini?

bagi Sangkakala ianya tidak lebih kepada agenda keagamaan dan tidak mustahil untuk mendapat sokongan agar beliau dapat menduduki PutraJaya, maka agama Islam juga akan diperjudikan.

Jadi sama samalah kita fikirkan, kemana kesudahan agama Islam sekiranya orang ini menjadi Perdana Menteri.




DAP MARAH BN SELANGKAH KEHADAPAN

Jemputan artis popular PSY yang membawa lagu Oppa Gangnam Style oleh BN Pulau Pinang telah mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak.

Taidak ketinggalan juga pihak pembangkang yang mengatakan bahawa BN tidak sepatutnya menjemput artis tersebut dan pelbagai tuduhan dilemparkan.

Pihak pembangkang ada mengatakana bahawa jemputan tersebut adalah satu kerugian wang rakyat yang digunakan oleh BN walaupun telah diberitahu bahawa sebuah syarikat swasta telah menanggung kos bayaran artis berkenaan.

Pada pandangan Sangkakala pula, pembangkang khusunya DAP sengaja mencetuskan kontroversi dalam hal ini kerana DAP pada awalnya telah membuat video klip 'Ubah Roket Style' yang dimuat naik ke dalam laman youtube.

Jadi apabila BN menjemput penyanyi tersebut ke Malaysia, DAP mungkin rasa tercabar kerana BN memanggil artis sebenar untuk dipertontonkan kepada rakyat dan bukan cetak rompak seperti yang dilakukan oleh DAP.

Sudah tentu dalam perkara ini, DAP merasa kurang senang dengan langkah BN yang maju setapak kehadapan dari mereka dan kemungkinan besar dengan kehadiran artis sensasi tersebut akan menurunkan prestasi lagu 'ubah roket style'.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ORANG TUA NYANYUK NI BUAT HAL LAGI

Nik Aziz sanggup mengatakan bahawa UMNO itu murtad semata mata kerana tidak sealiran dengan apa yang diperjuangkan oleh parti tersebut, namun adakah PAS mengikut landasan Islam secara dasarnya?

Hingga kini pengikut PAS sendiri sudah merasakan bahawa terlalu banyak kepincangan demi kepincangan dalam PAS kerana terlalu mengikut telunjuk pemimpin PKR dan DAP hingga mereka (pemimpim PAS) lupa serta alpa dengan prinsip perjuangan mereka.

Kita boleh melihat serta menilai dengan sendirinya dengan melihat video yang Sangkakala muat naik ke laman youtube dengan cara klik pada gambar dibawah.
 
Adakah ini yang dinamakan ulama yang memperjuangkan Islam atau sebenarnya mereka kini sedang menggadai agama Islam semata mata kerana kepentingan politik dan kuasa?

Kepada pemimpin PAS ini, Sangkakala harap agar segera bertaubat sebelum malaikat datang menjemput untuk ke alam lain.







Khamis, 7 Februari 2013

MAHASISWA HANYA JADI ALAT PEMBANGKANG

Tidak menjadi kesalahan sekiranya ada dikalangan Mahasiswa yang mahu menjadi wakil rakyat dalam PRU13 nanti.

Tapi tindakan mahasiswa yang berhajat mahu mencabar Perdana Menteri di kawasan Pekan Pahang ibarat mencari nahas.

Kebebasan berpolitik yang diberikan kepada mahasiswa bukanlah satu jalan untuk mereka menunjukkan belang.

Mahasiswa dihantar ke pusat pusat pengajian tinggi oleh keluarga adalah untuk mencari ilmu pengetahuan dan ianya nanti menjadi panduan untuk memajukan negara.

Pembangkang akan sentiasa menghasut mahasiswa untuk menjadi batu loncatan mereka dalam usaha untuk menakluki Putrajaya dan menjadi kerajaan.

Harapan Sangkakala, adik adik yang masih lagi menuntut ini tuntutlah ilmu sedalam dalamnya untuk membantu keluarga dan memajukan negara di masa hadapan.

Janganlah menjadi balaci atau alatan kepada mana mana pihak hanya semata mata untuk kepentingan politik mereka.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAKATAN BAKAL BERKUBUR KALI NI

Apa dah jadi ni? adakah ini tanda tanda bahawa Pakatan Rakyat akan berkubur dari arena politik negara? atau adakah ini tanda supaya Anwar perlu bersiap sedia untuk berpencen seperti mana yang beliau katakan sekiranya kali ini Pakatan tidak mampu untuk menakluki Putrajaya maka beliau akan berundur?

Tapi adakah benar apa yang dikatakan oleh Anwar tentang perkara tersebut atau ianya hanyalah satu retorik politik semata mata?

Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar terlalu banyak mainan politik hinggakan mampu untuk membohongi sesiapa sahaja.

Tidak mustahil juga jika selepas ini beliau akan terus berbohong dalam usahga untuk mencapai apa yang dihajati iaitu menjadi Perdana Menteri.

Tapi yang peliknya masih ada juga orang yang mahu percaya walaupun pelbagai bukti ditunjukkan tentang kelakuan buruk beliau selama ini.

Apa apa pun Sangkakala harap supaya PRU kali ini, para pengundi tidak lagi alpa serta lupa tentang segala perlakuan Anwar selama beliau menjadi ketua pembangkang.



MAHFUZ DAN SALAHUDDIN MULA RESAH GELISAH

Dua pemimpin PAS ini, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar sudah pasti akan mengalami mimpi ngeri apabila penulis buku Kafirkah Aku membuat laporan polis tentang penyelewengan wang tabung Memali.

Zainon Ismail atau CN Al-Afghani merupakan seorang ahli PAS seumur hidup dan penyokong tegar PAS sebelum ini mungkin merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan demi untuk memperjuangkan nasib balu dan anak anak yatim Memali.

Buku beliau juga diharamkan oleh PAS daripada dimiliki oleh ahli ahli mereka kerana terlalu banyak pendedahan yang dilakukan oleh Zainon yang membuatkan presiden PAS resah.

Dengan laporan polis yang dilakukan oleh Zainon, mungkin rakyat akan melihat bahawa PAS hanyalah mempergunakan rakyat dan ahli mereka demi kepentingan diri sendiri.

Zainon yang mendedahkan bahawa ada dikalangan balu kes Memali yang diminta untuk membayar wang sebanyak RM 3000 untuk kos guaman dan beliau juga mendedahkan bahawa wang kutipan Memali juga hilang.

Jadi selepas ini rakyat akan melihat satu persatu kepincangan dalam PAS yang selama ini tidak diketahui umum.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DULU MENCABAR SEKARANG DICABAR

Kalau dulu Pakatan Rakyat kerap kali mencabar kerajaan untuk berdebat, kini cabaran tersebut disahut dengan cabaran juga.

Sekretariat Jom Tolak Pakatan telah merancang untuk mengadakan sesi debat diantara, Khlaid Samad dengan Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Dr Hasan Ali dengan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Azmin Ali dengan Ezam Mohd Noor, Datuk Seri Noh Omar dengan Khalid Ibrahim dan Rafizi Ramli dengan Lokman Noor Adam.

Jadi kita nantikan sama ada mereka yang dahulunya menyalak untuk berdebat berani atau tidak untuk meneruskan hajat dan niat mereka.

Yang pastinya kini pertemuan sudah diatur, hanya menunggu masa untuk pihak sekretariat memanggil mereka semua berdebat.


pssttt..jangan lari okkeeyyy..




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP HADIAHKAN KERETA UNTUK BALIK KAMPUNG CNY

Wahh..hebat DAP ni rupanya, siap bagi kereta untuk ahli ahli yang tak mampu beli kereta untuk balik kampung sempena tahun bari cina nanti.

Kalau macam ni Sangkakala memang tabik spring kat DAP, tapi PAS ngan PKR bila pulak nak buat program bagi hadiah mcm ni?

Takkan tak buat kot, sebab kutipan tong milo pun dah banyak, beli bas harga berjuta lagikan mampu, takkan lah tak boleh bagi kereta pada ahli yang nak balik kampung.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan kenderaan tersebut, Sangkakala hantarkan link ini untuk kemudahan.

http://bit.ly/YV43zr

Dah baca? Rupanya hanya pelekat kereta yang DAP bagi, tapi dalam kenyataan awalnya semua dah bacakan? Apa kata mereka?

Nampak tak macam mana DAP membohongi rakyat, pada oerenggan pertama cerita lain, perenggan berikutnya cerita lain pula.

Dasar DAP pembelit, sama le macam 2 parti sekongkol mereka tu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

USTAZ NASHA KELIRU DENGAN PAS

Surat rasmi pemecatan anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS akhirnya sampai ke tangan beliau semalam selepas dipecat kira-kira dua minggu lepas.

Namun kekeliruan terjadi bila 2 pemimpin tertinggi PAS mempunyai kenyataan berbeza dengan status keahlian beliau.
   
Mursyidul Am PAS mengatakan dengan pemecatan Ustaz Nasha daripada Majlis Syura Ulama, beliau automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden pula berkata sebaliknya.

Memang selama ni pun PAS tiada kata sepakat dalam mana mana kenyataan, perlembagaan PAS sendiri pun tidak diguna pakai oleh kepimpinan tertinggi yang boleh suka suka pecat ahli tanpa dipanggil untuk membela diri.

Jadi dalam hal ustaz Nasha ni tidak perlulah menjadi kejutan kepada mana mana ahli PAS yang lain, sebab undang undang PAS sekarang bukan ditentukan oleh kepimpinan atau jawatankuasa PAS tapi ianya ditentukan oleh tangan tangan hitam yang menyelinap masuk.

Kerana terlalu risau akan kedudukan PAS serta pemimpin mereka dalam Pakatan, maka mereka (PAS) akan menuruti sahaja apa kehendak parti sekutu mereka, tambahan pula pilihanraya sudah hampir.

Tapi satu cabaran dari ustaz Nasha bahawa beliau menunggu surat pemecatan beliau sebagai ahli PAS, tapi berani ke pemimpin PAS nak pecat ustaz Nasha sebagai ahli parti?

Kekuatan ustaz Nasha dalam PAS juga perlu diambil kira oleh kepimpinan.



psstt..tengok badan dia kecik, tapi pengaruh dia besar









Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

CERAMAH PAS HAMBAR DI PARIT BUNTAR

Apa dah jadi ni? Mana semua orang pembangkang dah pegi? Dah takde sokongan kot.

Malam tadi ada ceramah si penyamun yang bernama Dato Arif Sabri, bekas ketua penerangan UMNO Pekan Pahang di batu 7 Kuala Kurau.

Banyak perkara yang beliau perkatakan tentang keburukan UMNO dan Barisan Nasional, namun apa yang menjadi persoalan Sangkakala ialah, beliau pernah memegang jawatan selaku pegawai dalam kepimpinan UMNO bahagian dan pernah menjadi ADUN, kenapa kini baru nak dedah itu dan ini?

Dalam ceramah malam tadi juga, beliau mengatakan UMNO membohongi rakyat sejak tahun 1970, persoalan lagi, sejak tahun berapa beliau menyertai UMNO? Adakah selepas tahun 1970 atau sebelum itu?

Kalau sebelum tahun 1970 beliau menyertai UMNO, kenapa baru sekarang beliau keluar dan cerita segala galanya?

Dan kalau beliau menyertai UMNO selepas tahun 1970, kenapa beliau menyertai UMNO sekiranya beliau tahu UMNO membohongi rakyat?

Semua ini perlu disoal kepada si penyamun ini.

Atau mungkin kerana peluang beliau untuk menjadi wakil rakyat di kawasan beliau sekarang sudah tiada lagi dan sebagai mencari jalan alternatif, beliau keluar parti dan seterusnya melemparkan fitnah terhadap UMNO.

Sudah sudah le tu Dato Arif, orang dah tau bahawa anda seorang yang gagal sebagai ADUN dan itu adalah hakikat, biasanya pembangkang akan mengambil sampah sampah sebegini untuk dikitar semula, namun sampah tetap sampah, buatlah macam mana pun tetap juga ianya sebagai SAMPAH.



pssttt..ni bukan sampah tempat pembuangan tau, tapi sampah masyarakat, lebih teruk dari penagih lagi.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 6 Februari 2013

NI BLOGGER BODOH MANA MASUK GELANGGANG PULAK

Sangkakala agak seronok pula dengan artikel yang dikeluarkan oleh blogger (orangni.blogspot) yang mengatakan bahawa MB Perak bomoh tepi longkang.

Yang sebenarnya, penulis tersebut adalah penulis tepi longkang yang tidak tahu apa2 cerita dan ambil kesimpulan daripada apa yang dibaca melalui akhbar.

Kisah hantu pocong ini sebenarnya bukanlah isu, tetapi yang menjadi isu ialah apabila ianya disebut sebut oleh orang ramai.

Memang kecoh satu ketika bahawa di Kawasan tersebut dengan kehadiran hantu pocong dan dikhabarkan juga bahawa ada penduduk yang terjumpa dengan lembaga tersebut dan ianya menjadi liputan oleh akhbar tempatan.

Apabila ditanya oleh wartawan tentang kisah tersebut kepada Menteri Besar beliau menjawab bahawa ianya agak melucukan dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab sebenarnya mengatakan bahawa kehadiran lembaga tersebut (pocong) disebabkan oleh pembersihan kawasan untuk dimajukan oleh kerajaan negeri.

Itu maksud Datuk Seri Zambry, dan beliau bukanlah mengatakan bahawa beliau percaya terhadap perkara tahyul tersebut.

Berkenaan dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid, yang berkata tentang projek pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau, ianya telah lama selesai, takkan selaku ketua Penerangan PAS kawasan beliau tidak mengetahui perkara tersebut atau beliau juga sama seperti ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen PAS dan PKR Parit Buntar yang tidak mengambil peduli tentang kebajikan penduduk sekitar kawasan Parit Buntar.

Inilah kerja pembangkang yang sentiasa akan menunjukkan bahawa mereka betul tapi yang sebenarnya mereka ini ketandusan isu untuk didedahkan kerana segala kebajikan serta pembangunan dilakukan oleh BN Parit Buntar dan negeri Perak.

Sudah sudah le nak tabur fitnah, jangan nanti meludah kelangit terkena muka sendiri, tepuk air didulang muka sendiri terkena percikan.

Apa apa pun kita tunggu nanti Sangkakala akan tunjukkan betapa bodohnya pemimpin tertinggi mereka di dalam sidang DUN yang sudah tidak mengenal apa yang beliau ucapkan.

Nantikan videonya yang akan Sangkakala muat naik ke laman youtube dan kita sama sama nilai betapa bengapnya mereka ini.


Psttt..tunggu tau, lepas tu nanti jawab, jangan buat bodoh pulak.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 5 Februari 2013

WONG TACK BOLEH DITAHAN ATAS SEBAB UGUTAN

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack boleh ditahan oleh anggota polis atas ugutan mahu membakar kilang nadir bumi Lynas.

Ini berikutan dengan kenyataan beliau semalam didalam akhbar berbahasa cina yang mengatakan bahawa beliau sendiri akan membakar kilang tersebut sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihanraya.

Mungkin juga Wong Tack cuba menjadi hero masyarakat kononnya dengan mengatakan kilang tersebut menghasilkan radioaktif yang tinggi walau pun ianya telah disahkan selamat oleh badan tenaga atom dunia.

Dan apa yang kita lihat sebenarnya ialah ianya tidak lebih dari agenda politik semata mata.

Isu kilang lynas telah dibangkitkan oleh YB Fuziah yang mengatakan bahawa kilang tersebut akan menjadi satu ancaman kepada kesihatan penduduk sekeliling namun ianya disangkal oleh badan siasatan tenaga atom dunia yang mengatakan bahawa penghasilan bahan radioaktif di kilang tersebut adalah dibawah paras yang ditetapkan.

Jadi isu kilang lynas ini dianggap tidak mempunyai apa apa kaitan dengan apa yang dikatakan oleh Fuziah.

Begitu juga dengan pakar tenaga nuklear PAS, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kilang tersebut tidak selamat.

Penduduk di sekitar kawasan kilang sehingga ke hari ini tidak menerima apa apa kesan radioaktif jika benar apa yang didakwa oleh pembangkang tentang kilang tersebut.

Penduduk disekitar kilang tersebut juga bersyukur dengan pembinaan kilang tersebut, maka taraf ekonomi mereka meningkat apabila banyak peluang pekerjaan diwujudkan di kilang tersebut.

Nampak sangat sekarang pembangkang ketandusan idea untuk menyerang kerajaan, daripada mereka mengatakan bahawa mereka adalah aktivis yang cintakan kehijauan kini sudah bertukar kepada aktivis ugutan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

IDHAM LIM TERPINGGIR DI PARIT BUNTAR

Desas desus mengatakan Yb Idham Lim ADUN Titi serong yang dikatakan tidak lagi akan bertanding di kawasan tersebut mungkin ada benarnya.

Cuba kita lihat banner yang ada di atas, jelas menunjukkan bahawa gambar Idham tidak kelihatan walau pun beliau masih lagi ADUN kawasan tersebut.

Ada juga kemungkinan yang mengatakan bahawa tempat beliau akan digantikan dengan Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Negeri Perak.

Adakah sebegitu mudah untuk penduduk Parit Buntar khususnya penduduk di Titi Serong akan melupakan kisah kompleks pendidikan Darul Anwar yang mana modal pembinaannya telah dikutip melalu wakaf tapak pembinaan tersebut?

Ataupun adakah PAS dengan begitu mudah melarikan Idham dari dibelenggu masalah?

Dimana ketelusan PAS dalam isu ini? Dengan mudah apa bila seorang wakil rakyat mereka bermasaalah, maka wakil rakyat tersebut di tukarkan ke kawasan lain dan digantikan pula dengan muka baru dan begitulah akan terjadi secara berterusan.

Walau siapa pun yang diletakkan di DUN Titi Serong dan Kuala Kurau serta Parlimen Parit Buntar, masalah sama akan terus berlaku, dan ianya akan menjadi generasi ke generasi.

Calon calon dari parti sebegini harus ditolak, demi kesejahteraan serta pembangunan di kawasan Parit Buntar, kerana selama 4 tahun mereka menjadi wakil rakyat, dimana kemajuan yang mereka lakukan?

Para pengundi Parit Buntar harus melihat perkara ini dengan penuh teliti, kerana sedikit kesilapan masa lalu, maka 4 tahun terbuang begitu sahaja tanpa apa apa pembangunan serta kemajuan.

Adakah nasib generasi akan datang terus diperjudikan seperti sekarang?

Dimana yang dikatakan bahawa Idham Lim membawa pembangunan? Sangkakala tidak melihat perkara ini berlaku.

Begitu juga dengan Yb Yunus, ADUN Kuala Kurau, pembangunan rakyat tidak dilaksanakan dengan alasan bahawa mereka bukan parti yang memerintah seolah olah mereka tidak boleh melakukan apa apa, namun apa yang sebenarnya ialah semua itu hanyalah alasan semata mata dan ianya adalah cara untuk mereka melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai ADUN.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen yang ada kini, beliau yang hanya bermain dengan isu isu nasional seolah olah lupa kepada para pengundi serta rakyat yang meletakkan beliau sebagai wakil mereka dalam PRU12 yang lalu.

Jadi kepada pengundi Parit Buntar, fikir fikirkanlah, yang mana satu parti yang tidak memberi kemajuan di kawasan dan yang mana pula sering memberikan bantuan kepada masyarakat serta rakyat.

Barisan Nasional contohnya telah memberikan bantuan bernilai jutaan ringgit sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 yang lalu, dengan pelbagai kemudahan infrastruktur serta kebajikan untuk rakyat telah terlaksana, bantuan demi bantuan telah diberikan kepada rakyat terutamanya golongan yang amat memerlukan.

Ini adalah contoh kerajaan yang perlu diberi sokongan dan dorongan agar kemajuan demi kemajuan dikecapi oleh rakyat serta kebajikan yang tidak pernah hilang untuk golongan daif serta memerlukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 3 Februari 2013

BARU NAMPAK MUKA MUJAHID

Laaa..ada sahabat tweet gambar ni tadi, katanya Mujahid Yusof Rawa tadi pergi berjumpa dengan peniaga di pasar.

Agak malang juga apabila rakan Sangkakala tweet kata peniaga tu tanya siapa Mujahid.

Ishhh...pelik juga ni, takkan peniaga tak kenal dengan ahli parlimen Parit Buntar ni kot.

Tapi Sangkakala yakin yang peniaga tu bukan bergurau sebab Mujahid baru sekarang ni la nak nampak muka pun, kalau sebelum ni bayang pun tak nampak.

Sudah 4 tahun berlalu selepas menang di kerusi Parlimen Parit Buntar, baru sekarang Mujahid nak tunjuk muka.

Dengar kata Mujahid ni bukan penduduk tempatan di Parit Buntar, dan beliau hanya menjadi pewaris kepada kerusi yang pernah dimenangi oleh Allahyarham bapa beliau iaitu Yusof Rawa yang pernah menjawat jawatan sebagai presiden dan Mursyidul Am PAS satu masa dulu.

Tapi menurut apa yang Sangkakala dengar, tidak ada sedikit pun persamaan perjuangan antara Allahyarham Ayahanda beliau dengan beliau sekarang.

Dulu Allahyarham Yusof Rawa benar benar berjuang untuk agama Islam tapi anakanda beliau si Mujahid pula bersetuju dengan apa yang diakatakan oleh pemimpin Pembangkang tentang kebebasan beragama.

Nasiblah penduduk di Parit Buntar nak dapat ahli parlimen macam ni, apa nak buat benda dah lepas, tapi ianya masih boleh diperbetulkan dengan tidak memberikan undi kepada beliau dalam PRU13 nanti.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PROGRAM BEUTIFUL MALAYSIA DI PARIT BUNTAR SATUKAN MASYARAKAT

Seluruh tanah air hari ini menjalankan program 'Beutiful Malaysia' dan tidak ketinggalan juga di kawasan Parit Buntar dimana program ini berjalan disemua peringkat termasuklah mukim dan daerah.

Program pringkat Daerah Krian telah dijalankan di Kawasan Kuala Gula dan program peringkat mukim pula dijalankan di kawasan Parit Buntar.

Apa yang menjadi perhatian program ini ialah, ianya dilihat berjaya menyatukan masyarakat di semua peringkat dalam mengindahkan serta menjaga kehijauan alam semula jadi.

Tidak ketinggalan dalam program yang berlangsung di mukim Bagan Tiang golongan belia yang di ketuai oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal serta orang ramai, beliau telah memfokuskan kawasan kawasan kampung untuk menjalankan aktiviti gotong royong berkenaan.

Moga program program seperti ini dapat berjalan secara berterusan demi menjaga kesefahaman serta keserasian antara masyarakat.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MP PARIT BUNTAR PENGGUBAL UNDANG UNDANG RUPANYA

Sangkakala biasa berjumpa juga dengan pemimpin di peringkat parlimen di seluruh negara, tidak kiralah beliau Menteri, Timbalan Menteri atau Ahli parlimen biasa.

Tapi takde pula mereka mengatakan bahawa mereka hanyalah penggubal undang undang semata mata di Parlimen hingga terlupa dengan kewajipan mereka sebagai wakil rakyat di kawasan masing masing.

Tapi apa yang terjadi seperti gambar di atas apa bila ahli parlimen Parit Buntar yang boleh dikatakan berdebat dengan sahabat Sangkakala dalam laman facebook menyatakan bahawa beliau menggubal undang undang seluruh negara.

Mungkin juga Sangkakala tidak berapa faham dengan maksud yang dikatakan oleh beliau namun apa yang Sangkakala tau ialah ahli parlimen perlu memperjuangkan nasib rakyat di kawasan mereka untuk dibawa kepada pengetahuan kerajaan pusat.

Dalam perdebatan itu juga Sangkakala lihat ianya telah menunjukkan bahawa Mujahid (ahli parlimen PAS Parit Buntar) berkata seoalah olah beliau BOLEH membiarkan permasaalahan di kawasan diserahkan kepada ADUN (yang juga tidak menjalankan tanggungjawab) serta parti lain.

Walau pun dalam kenyataan yang Sangkakala masukkan diatas menunjukkan bahawa beliau mengatakan yang mana beliau menjalankan tugas tugas menjaga kebajikan rakyat namun ianya hanyalah omongan kosong semata mata.

Perkara ini Sangkakala sahkan dari penduduk di kawasan Kampung Kuala Bagan Tiang yang kerap kali banjir apabila hujan lebat bahawa YB Mujahid hanya datang ke Kampung mereka untuk memburuk burukkan kerajaan Barisan Nasional hinggakan apa bila permasaalahan diajukan kepada beliau, beliau masih juga menyalahkan kerajaan pusat dalam permasaalahan tersebut.

Ada juga yang meminta agar Sangkakala bertanya kepada Mujahid, dimanakah rumah kediaman beliau sebagai ahli parlimen di Parit Buntar, ini kerana ada dikalangan penduduk sekitar Parit Buntar yang tidak dapat menghubungi beliau ketika dalam kesusahan dan mereka akhirnya terpaksa menghubungi pejabat UMNO Bahagian untuk mengadu nasib walau pun mereka tahu bahawa ahli parlimen mereka dari parti yang lain.

Seperti hari ini, program yang dinamakan Beutiful Malaysia telah dijalankan di seluruh negara dan tidak terkecuali juga kawasan Parit Buntar yang mendapat perhatian Barisan Nasional dalam program tersebut, dan gambar diatas juga Sangkakala ambil pada hari ini dimana Presiden Gerakan Belia 4B bersama sama penduduk menjalankan kerja kerja gotong royong membantu masalah banjir kilat di kawasan kampung Bagan Tiang Parit Buntar disebabkan aliran air tidak sempurna dan palong laluan air tersebut juga disumbangkan oleh Mua'amar Ghadafi Jamal selaku Presiden GB4B Malaysia dalam usaha memberikan keselesaan kepada penduduk.

Jadi disini Sangkakala persoalkan, dimana tugas tugas mereka sebagai ahli parlimen dikawasan? Adakah hanya sekadar jawatan dan tugas diserahkan kepada orang lain?

Tepuk dada tanya iman dan buka mata serta minda, kalau berterusn begini, kemajuan dikawasan tidak akan tercapai, dan Sangkakala melihat bahawa KPI atau Indek pencapaian mereka ini tidak setanding dengan ahli parlimen Barisan Nasional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 2 Februari 2013

PERANGAI ANWAR BELUM BERUBAH

Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim hari ini menunjukkan sikapnya yang sebenar iaitu pencinta wanita.

Tapi tak tau lah kalau itu hanya gimik pilihanraya yang dilakukan oleh beliau dalam menarik undi.

Hari ini Anwar mengatakan bahawa PKR akan meletakkan lebih ramai calon daripada kaum wanita, maklumlah beliau juga adalah pencinta wanita sampai didedahkan dalam video klip tanpa warna sikit masa dulu.

Tapi Sangkakala rasa itu hanyalah gimik politik untuk mendapatkan undi kaum wanita semata mata dan kita perlu ingat apa yang terjadi di Selangor dimana beliau adalah penasihat ekonominya.

Selaku penasihat ekonomi negeri Selangor, beliau dilihat juga kurang mampu dalam menyelesaikan masalah ibu tunggal yang tidak mendapat apa yang dijanjikan oleh kerajaan negeri itu seperti yang tercatit dalam menifesto mereka dalam PRU12 yang lalu hingga ibu tunggal ibu tunggal ini membawa kes tersebut ke Mahkamah.

Jadi apa yang dikatakan oleh Anwar hanyalah retorik dan pembohongan semata mata.

Tidak akan ada calon wanita seperti yang dikatakan oleh beliau hari ini, jadi kaum wanita bolehlah menarik handbrake daripada terus hanyut dengan janji janji manis mereka.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SELEPAS PR GAGAL KHALID NAK MENGAJAR BN

Agak kelakar statement si gagap ni, itu yang Sangkakala mampu untuk katakan pada malam ini.

Mana tidaknya, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa pembangkang mahu mengajar Barisan Nasional cara untuk mentadbir negara dengan betul.

Sedangkan negeri negeri dibawah pemerintahan pembangkang sendiri pun tak berapa nak elok, ada hajat ke nak memerintah negara?

Isu isu di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan masih belum diselesaikan Khalid sudah berkata bahawa mereka mahu mengajar kerajaan yang sudah mempunyai pengalaman selama puluhan tahun mentadbir.

Tak munasabah akal apa yang si gagap ni katakan dalam Malaysiakini hari ini, seolah olah si gagap mengajar orang lain cara bercakap sedangkan dia sendiri pun becakap tak lepas.

Jangan mimpilah Khalid, rakyat sudah menjadikan segala hal di Selangor sebagai pengajaran dan panduan untuk memilih kerajaan dalam PRU13 nanti.

Jadi untuk itu tak perlu nak kata apa apa, pujuk pujuk lah semula ibu tunggal dan warga emas serta selesaikan masalah air yang tak berkesudahan di Selangor, kemudian baru becakap pasal pentadbiran negara, itu pun kalau masih memerintah selepas ini.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ORANG PAS PARIT BUNTAR BACA DOA KESEJAHTERAAN UNTUK BN DAN MB PERAK

Malam semalam satu kejutan telah berlaku di Parit Buntar apabila 30 orang dari parti pembangkang tekad untuk meninggalkan parti masing masing kerana kecewa dengan pelbagai masalah dalam parti yang mereka sertai.

Tidak sanggup melihat agama Islam sering dipermainkan oleh parti pembangkang, seorang ustaz dengan rela hati meninggalkan parti yang dianggap oleh beliau tidak mampu mempertahankan agama Islam malah walau hanya satu kalimah sekalipun iaitu kalimah Allah yang tidak mampu dipertahankan oleh mereka (PAS).

Ikuti doa yang dibacakan oleh ustaz ini sebaik sahaja beliau menyarungkan jaket BN yang disarungkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zambri Abdul Kadir dalam majlis Gerak Mesra Rakyat Parlimen Parit Buntar.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO KLIP
Ini adalah satu petanda baik bahawa BN akan merampas kembali kedua dua kawasan DUN iaitu Kuala Kurau dan Titi Serong serta Parlimen Parit Buntar pada PRU13 nanti.





PERJUMPAAN DAN PENYAMPAIAN LESEN BOT NELAYAN OLEH MENTERI BESAR MENDAPAT SAMBUTAN KAUM CINA

Hampir 700 orang hadir ke dewan SJK (C) Nam Hua, Tanjung Piandang dalam majlis perjumpaan dan penyampaian lesen bot nelayan kepada nelayan tempatan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, seramai 182 orang nelayan akan menerima lesen perikanan laut mereka pada hari ini.

Warga nelayan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak yang sudi hadir bagi menyampaikan lesen lesen kepada para nelayan.

Menteri Besar pula dalam ucapannya berkata, beliau memuji kecantikan dewan SJKC Nam Hua ini kerana ianya pelbagai guna.

YAB Menteri Besar juga meluluskan peruntukan sebanyak RM 100 ribu bagi kegunaan sekolah Nam Hua ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penerima lesen pada hari ini dan terima kasih juga beliau ucapkan kepada Jabatan Perikanan.

Beliau berkata bahawa setiap janji yang diucapkan oleh kerajaan Barisan Nasional sudah pasti akan ditepati dan ianya takkan dimungkiri.

Beliau juga berdoa agar semua yang hadir hidup sejahtera serta aman damai dan akhir sekali beliau mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada semua warga Tiong Hua.

Dalam majlis ini juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM 3 ribu kepada beberapa NGO di kawasan Parit Buntar.

Dan akhir sekali penyampaian bantuan rumah nelayan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Zambri Abdul Kadir kepada para nelayan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MB PERAK @ZambriAbdKadir DUDUK BERSILA BERSAMA RAKYAT

Dalam majlis kenduri kampung yang diadakan di surau kampung Sungai Burung Tanjung Piandang lebih dari 500 orang hadir dan apa yang menjadi kebanggaan bagi penduduk Kampung Sungai Burung apa bila beliau duduk bersila dan jelas ianya kelihatan di wajah semua para hadirin.

Dalam ucapan aluan pemangku ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, beliau mengatakan bahawa penduduk kampung merasa amat terharu apabila YAB Menteri Besar sanggup turun untuk bersama sama rakyat walau pun kampung ini jauh ke pedalaman.

Penduduk kampung secara gotong royong menyediakan 12 jenis ulam ulaman, 4 jenis sambal dan pelbagai jenis juadah makan tengah hari.

Beberapa permintaan dari kalangan penduduk kampung juga telah diajukan termasuklah jalan, surau dan sekolah yang pelu dibaik pulih.

Mereka juga memohon supaya dewan KEMAS di kampung Parit Sungai Burung dibaik pulih dan Tuan Haji Mohd Salleh selaku pemangku Ketua UMNO Bahagian memohon agar permohonan penduduk kampung ini dipertimbangkan sewajarnya.

Ucapan Menteri Besar pula berkisar tentang kawasan kampung Sungai Burung yang mana ianya adalah kawasan beliau membesar dan masih terdapat ramai rakan rakan yang masih lagi mengenali beliau dan beliau juga mengenali mereka secara rapat.

Beliau mengatakan bahawa keadaan kampung ini telah begitu banyak perubahan.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menyediakan masakan serta makanan bagi kenduri kampung pada tengah hari ini.

YAB Menteri Besar Perak mengatakan bahawa bantuan untuk sekolah yang dilawati tadi telahpun diluluskan.

permohonan untuk Dewan KEMAS juga diluluskan dalam majlis ini.

Berkenaan dengan Jalan 3 simpang juga diluluskan dan beliau meminta supaya pegawai daerah pergi membuat siasatan dan anggaran perbelanjaan.

Turut diluluskan juga ialah kubah masjid di kampung Sungai Burung dan beliau akan melakukan lawatan di akhir majlis nanti.

Diakhir majlis sebelum jamuan makan tengah hari, beberapa penduduk telah menerima sumbangan, begitu juga dengan anak anak sekolah yang menerima basikal dan vateran UMNO turut menerima cenderahati.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAWATAN MB KE RUMAH KETUA CAWANGAN UMNO YANG UZUR BUKTI TIADA YANG TERTINGGAL

Parit Haji Abdul Rahman dilawati pula oleh Menteri Besar Perak bersama rombongan dan kali ini sekolah Kebangsaan Sg Burong menjadi sasaran YAB Menteri Besar bagi melihat serta meninjau keperluan di sekolah berkenaan.

Beliau telah diberi taklimat oleh guru besar sekolah berkenaan dan permasaalahan sekolah ini telah dikhabarkan kepada beliau dan beliau telah memberikan perhatian kepada permasaalahan permasaalahan tersebut.

Lawatan Menteri Besar Perak ke rumah Ketua UMNO cawangan Parit Teluk Piai Tengah, Tuan Haji Abdul Muin yang uzur setelah diserang adalah salah satu bukti bahawa pemimpin tertinggi negeri itu tidak melupakan jasa dan bakti yang dicurahkan.

YAB Menteri Besar juga sempat beramah mesra dengan Tuan Haji Muin dan ternyata walaupun uzur, namun beliau masih lagi mengingati YAB Menteri Besar. Turut berada di rumah Tuan Haji Muin ialah ibu mertua beliau yang telah menjangkau usia lebih 90 tahun.

Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional tidak pernah lupa kepada kepimpinan bawahan begitu juga sebaliknya dan ini adalah bukti keakraban pemimpin bersama rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAWATAN MB PERAK @ZambriAbdKadir KE SURAU DESA AMAN PARIT BUNTAR

Sambungan dari berita perjalanan pagi tadi selepas YAB Menteri Besar Perak bersenam robik bersama warga Parit Buntar, kini beliau berada di Taman Desa Aman untuk melawat surau yang dibina bagi memastikan keselesaan penduduk di kawasan Taman ini.

Dihadiri oleh kira kira 100 orang penduduk Taman, YAB Menteri Besar telah diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Kerian tentang kemajuan pembinaan surau tersebut.

Dalam ucapan ringkas Menteri Besar, beliau berkata bahawa beliau telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Pembangunan Negeri dan beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 250 ribu untuk menyiapkan surau tersebut.

Wang tersebut menurut Menteri Besar akan disalurkan kepada jawatankuasa surau dan pihak jabatan jabatan dibawah kerajaan negeri akan datang membantu dari semasa ke semasa.

Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Pemnagku Ketua UMNO Bahagian Tuan Haji Mohd Salleh Mad Disa, Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian, saudara Mua'amar Ghadafi Jamal Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia serta kepimpinan bahagian yang lain.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SENAMROBIK MB PERAK BERSAMA WARGA PARIT BUNTAR

Gambar gambar diatas menunjukkan bahawa Menteri Besar Perak berjiwa rakyat, walaupun sibuk dengan tugas sebagai Menteri Namun beliau masih sempat beriadah bersama sama dengan warga Parit Buntar, hampir 200 orang turut bersenam robik bersama sama beliau pada pagi ini.

Turut bersenam robik pada pagi ini ialah Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia saudara Mua'amar Ghadafi Jamal serta pegawai pegawai serta pemimpin masyarakat.

Dan subuh tadi beliau juga sempat mengikuti qiamulail dan solat subuh berjema'ah bersama sama kepimpinan Barisan Nasional di Masjid Sungai Star, Jalan Sempadan, Parit Buntar.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 1 Februari 2013

GELOMBANG BIRU DI PARIT BUNTAR GOYANGKAN PEMBANGKANG

Ini adalah bukti bahawa pemuda serta masyarakat Parti Buntar amat menyayangi pemimpin tertinggi Negeri Perak ini.

Mereka hadir beramai ramai dan dianggarkan hampir 2 ribu orang pemuda tidak termasuk para peserta lain yang dianggarkan hampir empat ribu orang di Dataran Kerian Permai.

Menteri Besar Perak yang menghadiri Majlis Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan turut dihadiri oleh pemangku ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Ybhg Tuan Haji Mohd Salleh Mad Disa serta pemimpin pemimpin bahagian dan parti parti komponen.

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Presiden Gerakan Belia 4B Malaysian Ybhg Saudara mua'amar Ghadafi Jamal yang membawa rombongan belia untuk turut bersama pemimpin.

Dalam ucapan aluan pemangku ketua bahagian, beliau mengatakan bahawa himpunan malam ini di Dataran Kerian Permai dapat menenggelamkan dataran purnama kalau diikutkan dari kehadiran yang ada dan ianya adalah diluar jangkaan kerana pada asalnya kehadiran dijangka hanyalah seramai 2 ribu orang.

Beliau juga mengatakan bahawa gelombang biru ini merupakan perpaduan, keamanan dan kebangkitan rakyat di parit buntar dalam menghadapi PRU13 nanti.

Beliau menyatakan behawa beliau merasa terharu dengan sokongan para pemuda yang di luar jangkaan, dan beliau amat yakin bahawa gelombang biru ini mampu meranapkan kemaraan pembangkang di parit buntar.

Himpunan malam ini menurut beliau bukan untuk mendoakan sesiapa mendapat kecelakaan atau apa apa yang boleh merosakkan keamanan dan perhimpunan ini juga menunjukkan bahawa kesediaan Barisan Nasional yang akan mempertahankan Parit Buntar hingga ke titisan darah yang terakhir.

Datuk Seri Dr Zambri pula dalam ucapannya pula mengatakan bahawa semangat pada malam ini amat luar biasa bukan sahaja ahli ahli parti Barisan Nasional malah rakyat atas pagar juga sudah mula menyokong Barisan Nasional.

Beliau berkata sokongan ini semua adalah berpunca dari slogan Janji di Tepati yang mejadi slogan Barisan Nasional.

Beliau juga berkata bahawa pembangkang mampu untuk menjanjikan segala galanya termasuklah bulan dan purnama dan segala galanya.

Menteri Besar juga berkata bahawa pembangkang menaburkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan dengan tujuan untuk mecetuskan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Pembangkang juga menurut beliau mengatakan bahawa pemergian Perdana Menteri ke Gaza juga dipolitikkan.

Tapi semangat gelombang biru pada malam ini akan dibawa hingga ke PRU13 nanti.

Beliau juga menyeru kepada semua warga Parit Buntar supaya memilih dan memenangkan calon calon Barisan Nasional pada kali ini kerana kemenangan ini adalah hak milik para pengundi parit buntar dan beliau mengatakan bahawa calon calon ini akan berbakti kepada rakyat Parit Buntar.

Akhir sekali beliau juga menyeru supaya Barisan Nasional akan kembali berkhidmat di Parit Buntar.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEHADIRAN AFDLIN TANDA BN NEUTRAL

Wahh..Afdlin Shauki pun pegi juga masa Anwar jumpa dan bagi sumbangan kepada pemimpin Hamas siang tadi?

Tapi walau apa pun UMNO dan Barisan Nasional sudah pasti tidak akan melucutkan jawatan atau keahlian Afdlin dalam parti macam yang terjadi kepada Ustaz Nasha.

Kehadiran Afdlin yang sebenarnya adalah menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan negara tersebut dari cengkaman keganasan Israel.

Tapi Anwar dapat duit darimana sampai bagi USD 700 ribu tu? Jangan duit dari Israel sudah le sebab rakyat Palestin bermaruah dan janganlah maruah mereka itu digadai sepertimana terjadi di Alor Pongsu beberapa malam lepas.

Bawa 2 orang rakyat palestin untuk menceritakan kisah keperitan rakyat negara tersebut, namun akhirnya menjadi ceramah untuk kepentingan politik.

Jadi perkara begini janganlah terjadi lagi hendaknya, berilah sumbangan dengan penuh ikhlas seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ABBY ABADI BARU SEDAR KE PASAL NI???

Gelak pulak Sangkakala baca tweet si ustazah mee segera ni, baru dia tau yang PAS bertanding 70 kerusi dan kalau menang semua pun belum mampu untuk jadi kerajaan.

Takkan baru sedar minah oii, apa punya haprak la ibu tinggal sorang ni? Becakap beriya iya sangat, rupanya tak tau apa apa.

Itu lah lain kali masuk politik belajar dulu, jangan main terjah je, ko ingat ini Melodi ke?

Agaknya Abby baru tersedar parti yang beliau ikuti tidak mungkin akan menjadi kerajaan walaupun menang keseluruhan kerusi parlimen yang di tandingi, nak tambah kerusi? Kena tanya DAP dan PKR dulu.

Tapi rasa Sangkakala sampai kucing bertanduk pun tak dapat juga, sebab takkan Anwar dan Karpal nak bagi, kalau nak juga bertanding 3 penjuru, itu mungkin le boleh.

Jadi kepada ustazah mee segera, segera segeralah angkat kaki lambung blah dari parti tu, harapan nak jadi menteri hal ehwal wanita pun tak lepas.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone