Selasa, 28 Februari 2023

SAH AZLAN AL AMIN HENTIKAN JUALAN TANAH LOT SECARA ANSURAN !!

Sangkakala ada muat naik satu status yang mengatakan bahawa Dato Azlan Al Amin menghentikan jualan tanah lot secara bayaran ansuran yang selama ini dicemburui oleh pihak pesaing beliau.

Dalam laman muka buku beliau, Azlan mengesahkan bahawa jam 5 petang tadi merupakan jualan lot tanah secara ansuran terakhir beliau.



Ini mungkin akan membuatkan pesaing beliau yang kerap kali selama ini menaburkan kata kata fitnah disertai dengan menghasut para pembeli kononnya Dato Azlan seorang penipu dengan menjual tanah lot lidi dan sebagainya.

Kegembiraan mereka ini sebenarnya hanyalah permulaan kepada kemusnahan mereka sendiri kerana Sangkakala amat yakin dan percaya ramai yang akan menyumpah seranah mereka (pesaing) dan tidak kurang juga yang mendoakan kehancuran mereka.

Kerana apa? Kerana mulut mulut puaka merekalah maka orang yang tidak mempunyai kelayakan pinjaman dengan institusi kewangan tidak lagi dapat membeli tanah tapak kediaman.

Adakah mereka (pesaing) mampu untuk melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Dato Azlan selama ni? Jawapannya tidak, mereka tidak akan mampu sebab mereka akan menjual hartanah ini dengan cara si pembeli membeli secara tunai atau mendapatkan pinjaman bank dan berapa ramai yang mampu untuk membuat pembelian secara tunai? Dan adakah semua orang layak untuk mendapatkan pinjaman bank?

Si pesaing takkan memikirkan perkara ini kerana bagi mereka keuntungan adalah dihadapan.

Apa yang Sangkakala nak pesan pada pesaing pesaing Dato Azlan ialah, Allah SWT telah berjanji bahawa barang siapa memudahkan urusan orang lain maka Allah akan memudahkan urusan mereka, barang siapa yang menjaga aib orang lain maka Allah akan menjaga aib mereka.


Isnin, 27 Februari 2023

AZLAN AL AMIN TERUS MENDAPAT SOKONGAN PEMBELI TANAH LOT

Semalam Sangkakala coretkan sebuah artikel yang mengatakan bahawa Dato Azlan Al Amin, usahawan hartanah yang dikecam hebat oleh pesaing beliau dengan pelbagai dakyah dan fitnah akan menukar modus operandi syarikat Haji Land Berhad daripada jualan tanah lot kepada pemaju perumahan dan bangunan.


Dato Azlan juga dilihat sudah mengorakkan langkah dengan menubuhkan sebuah lagi syarikat yang dinamakan DL Developer Berhad bagi menjayakan projek projek pembinaan rumah kediaman dan bangunan dan ini menambah keyakinan bahawa beliau sudah bersedia untuk melaksanakan 1 satu lagi cabang perniagaan sebagai usahawan hartanah.

Ramai yang menyokong beliau dalam pembentukan modus operandi syarikat tetapi ada juga yang meluahkan perasaan kecewa apabila Dato Azlan mengucapkan selamat tinggal kepada perniagaan hartanah (jualan tanah lot).















Apa yang Sangkakala nampak disini, walaupun dikecam dan diperlekeh oleh pesaing beliau yang sakit hati dengan kejayaan yang beliau kecapi, ianya tidak mencacatkan kepercayaan orang ramai dengan apa yang beliau lakukan.

Masakan tidak, belum ada mana mana syarikat yang menjual hartanah dalam bentuk bayaran bulanan tanpa terikat dengan pihak bank dan ini membolehkan mereka mereka yang tidak cukup kelayakan membuat pinjaman bank memiliki hartanah dan ini merupakan antara sebab kenapa beliau diserang hebat.

Nanti Sangkakala akan coretkan kisah bagaimana permulaan fitnah ini berlaku dan kenapa ianya berlaku sebab sudah sampai masanya kita semua perlu tahu kedudukan sebenar supaya segala fitnah ini tidak terus berleluasa.

Masa untuk menyerang? Tidak, ianya masa untuk memperbetulkan keadaan dan menafikan fitnah dari manusia manusia berhati hitam pekat dan likat.

Harap pembaca semua sabar dan teruskan membaca apa yang akan Sangkakala coretkan nanti.

Ahad, 26 Februari 2023

BETUL KE AZLAN AL AMIN MERAJUK ??

Usahawan hartanah, Dato Azlan Al Amin nampaknya sudah nekad untuk meninggalkan bidang jualan tanah tanah lot kepada pelanggan.

Menerusi kenyataan di laman muka buku milik beliau, nampaknya Dato Azlan melalui syarikat miliknya Haji Land Berhad akan mengorak langkah dalam menjadi pemaju bangunan secara besar besaran.



Mungkin pesaing pesaing Dato Azlan tambahan si Che Wan tu akan merasa lega kerana hasrat mereka untuk memonopoli jualan tanah lot akan kesampaian.

Tapi tahu atau tidak, tindakan Dato Azlan ini akan merugikan ramai pembeli terutama mereka yang berada di lura bandar dan kurang kemampuan?

Kenapa Sangkakala kata begitu? Sebab syarikat Dato Azlan satu satunya syarikat yang menjual tanah lot melalui skim bayaran ansuran tanpa melalui bank.

Ini bermakna sesiapa sahaja, tak kira mereka dalam senarai hitam pihak bank atau mana mana institusi kewangan mampu atau layak untuk memiliki tanah.

Adakah Dato Azlan merajuk? Sangkakala tak nampak macam tu, siapa tahu kan, mungkin Dato Azlan akan menjadi pemaju pertama memberikan pinjaman secara persendirian kepada pembeli pembeli bangunan beliau kelak.


Sabtu, 25 Februari 2023

AZLAN AL AMIN MENGORAK LANGKAH SETAPAK LAGI

Sebelum ni ramai dikalangan pembaca mengetahui yang Dato Azlan Al Amin seorang usahawan hartanah yang menjual tanah tanah lot untuk dijadikan tapak kediaman.

Tapi status yang dikeluarkan oleh Dato Azlan pagi ini membuatkan Sangkakala berfikir bahawa Dato Azlan melalui syarikat Haji Lan Berhad akan mengorak langkah setapak lagi ke hadapan iaitu menjadi pemaju perumahan.


Sangkakala pernah tulis dalam laman blog ni yang Dato Azlan tak peduli pun dengan apa orang nak kata sebab biasanya orang cakap belakang kita sebab kita dah berada jauh dihadapan dia.

Selepas ni Sangkakala nampak serangan dari pesaing Dato Azlan kena berkerja lebih keras sebab bila dah buat perumahan, takde lagi istilah lot lidi seperti yang digembar gemburkan oleh para pesaing beliau.

Pesanan Sangkakala kepada Che Wan (sebut nama sikit) kalau nak bersaing tu biar secara sihat, kerana asyik nak cari salah orang sampai terlupa diri sendiri jauh ketinggalan.


Rabu, 22 Februari 2023

PEMBELI TANAH MELALUI AZLAN AL AMIN BUAT LAPORAN PALSU

Beberapa hari lepas pasaing kepada Dato Azlan Al Amin yang juga buat urusan jual beli tanah ada menaikkan posting di laman muka buku kononnya seorang pembeli telah membuat laporan polis kononnya Azlan Al Amin menipu dalam urusan jual beli tersebut.

Azlan dikatakan gagal mendapatkan geran tanah mengikut tempoh masa yang dijanjikan dan perkara itu sebenarnya adalah fitnah yang direka oleh mereka mereka yang hendak menjatuhkan reputasi Dato Azlan.

Si pembeli telah dimaklumkan pada 5 April 2019 bahawa geran telah pun keluar tetapi si pembeli mempunyai masalah kewangan pada ketika itu.



Pada 15 Januari 2020 si pembeli memaklumkan bahawa dia hendak menjual tanah tersebut. 


Si pembeli tidak langsung menyatakan bahawa tanah itu hendak dijual kepada Azlan atau kepada sesiapa dan kalau Sangkakala jadi Azlan pun Sangkakala akan menunggu si pembeli mendapatkan orang untuk membeli tanah yang telah dibeli daripada Azlan.

Dan tak semena mena si pembeli membuat laporan polis kononnya Azlan menipu dia. Sangkakala jenuh memikirkan dimana penipuan itu berlaku.

Menurut cerita dari wakil pihak Azlan, si pembeli juga selama ini telah gagal untuk melunaskan bayaran bayaran bulanan pembelian tanah berkenaan.

Kalau nak diikutkan lah, sebagai contoh beli rumah kediaman dengan menggunakan pinjama  bank, apabila pihak pembeli gagal untuk melunaskan bayaran bulanan maka pihak bank berhak untuk melucut hak rumah berkenaan dan akan dijual secara lelong dan hasil lelongan barulah akan dikira sama ada pembeli rumah berkenaan masih berhutang ataupun tidak. Tetapi ini tidak berlaku pada urusan jual beli tanah dengan Dato Azlan.

Satu lagi contoh, sekiranya pembeli rumah taman perumahan tadi tidak mampu untuk membuat bayaran dan menyatakan kepada pihak bank bahawa dia akan menjual rumah tersebut, adalah ini bermakna bank perlu membuat bayaran semula kepada pembeli? Sangkakala amat pasti itu pun tidak akan berlaku.

Pada hemat Sangkakala, si pembeli mungkin ada berjumpa dengan pesaing Dato Azlan dan seperti orang mengantuk disorong bantal maka si pesaing mengambil pendekatan masalah adalah peluang dan si pesaing bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan masalah si pembeli malah mengambil peluang untuk menjatuhkan kredibiliti Dato Azlan yang memajukan diri dengan usahanya sendiri tanpa memijak mana mana pihak.






Selasa, 21 Februari 2023

LAGI SEKALI PESAING AZLAN AL AMIN TUNJUK KEBODOHAN DIRI

Lebih kurang 3 hari lepas, Sangkakala ada terbaca coretan di dinding muka buku seorang pesaing Dato Azlan Al Amin yang mengatakan "APA MOTIF MENGAKU SEBAGAI JUTAWAN SEDANGKAN TANAH EKAR YANG DIA BELI DENGAN TUAN ASAL PUN DIA TAK MAMPU BAYAR SECARA TUNAI??

Kemudian di pesaing ni pun keluarkanlah ntah bila punya surat perjanjian seperti di bawah.


Yang kelakarnya si pesaing ni masukkan beberapa perkara dan dijadikan satu macam rojak petis atau rojak pasembor penang.

Yang pertama bab JUTAWAN. 

Takde pula dia nak tunjuk mana kenyataan Azlan yang mengaku bahawa beliau seorang jutawan. Kalau setakat sewa helikopter untuk pulang ke kampung dikira jutawan itu adalah dalam pemikiran si pesaing. Ianya tidak keluar dari mulut Azlan sendiri.

Perihal jutawan ni dikategorikan apabila seseorang itu memiliki kekayaan sebanyak RM 1 juta dan keatas. Apabila kekayaanya berkurangan walaupun 1 sen, status jutawan tersebut akan hilang.

Harap pesaing Dato Azlan boleh hadam dengan perkara ni.

Yang kedua pula bab pembelian tanah.

Si pesaing mengatakan bahawa Dato Azlan tidak membeli tanah secara tunai untuk diusahaniagakan. Bagi Sangkakala, selagi ada persetujuan diantara kedua pihak iaitu Dato Azlan dan pemilik tanah, ianya bukanlah isu yang perlu diambil peduli oleh si pesaing ni.

Adalah lebih baik pesaing ini selesaikan isu geran beberapa tanah yang dijual bertahun tahun lalu yang sehingga kini belum lagi mendapat geran.

Dan kalau ada unsur penipuan atau sebagainya, hanya pemilik tanah yang berhak untuk mengambil tindakan sedangkan si pesaing boleh lah tunggu di kantin mahkamah sementara perbicaraan bermula itupun kalau pihak pendakwa melihat ada kes, kalau takde boleh le balik naik Proton Wira warna hijau yang dibeli dengan menggunakan duit imbuhan yang diberikan oleh Dato Azlan semasa menjadi pemandu beliau dulu.

Disini sebenarnya Sangkakala nak nasihatkan si pesaing, jangan kita tunjuk kebodohan kita pada orang, sebab yang malu nanti 1 keturunan.


Ahad, 19 Februari 2023

PUNCA KENAPA AZLAN AL AMIN DISERANG

Dalam setiap perniagaan sudah pasti ada pesaing pesaing yang akan iri hati dengan kejayaan yang dikecapi, namun ada dikalangan pesaing pesaing ini akan melakukan serangan secara radikal dan brutal bagi menumbangkan lawan mereka.

Perkara ini juga tidak terlepas daripada menimpa usahawan hartanah, Dato Azlan Al Amin yang merupakan usahawan hartanah yang berjaya.

Tohmahan demi tohmahan dilemparkan tetapi sedikit pun tidak melunturkan semangat beliau untuk terus berusaha mencapai apa yang beliau hajati.

Jelas sekali pesaing pesaing Dato Azlan cemburu apabila syarikat yang dikendalikan oleh beliau mampu menjual ratusan lot tanah sebulan berbanding dengan syarikat lain. Apa rahsianya?

Syarikat Dato Azlan Al Amin menawarkan pembelian tanah lot ini secara bayaran ansuran dan dalam tempoh tertentu yang dimeterai dalam perjanjian pembeli akan mendapat geran tanah mereka.

Jika selepas tempoh berkenaan, tanah tersebut masih belum mendapat geran hak milik, pembeli boleh membuat keputusan sama ada untuk meneruskan urusan jual beli atau membatalkannya dan wang yang dikeluarkan sebelum itu akan dipulangkan semula.

Skim pembelian tanah melalui pinjaman tanpa faedah ini merupakan kekuatan kepada syarikat Dato Azlan, tanpa perlu membuat pinjaman pada mana mana institusi kewangan, pembeli mampu untuk memiliki tanah mereka sendiri.

Ekoran daripada apa yang dilakukan oleh syarikat Dato Azlan inilah yang membuatkan pesaing pesaing beliau merasa cemburu hingga ada yang melancarkan perang fitnah terhadap beliau dan kini si pemfitnah berkenaan sudah pun diberikan notis saman oleh Dato Azlan.

Bagi Sangkakala, nak bersaing biarlah secara sihat, kalau tak mampu jadi garam janganlah cuba menjadi langau, tak perlulah mengeluarkan pelbagai fitnah kepada orang lain kerana kegagalan kita sendiri.

Jumaat, 17 Februari 2023

SERANGAN ?? AZLAN AL AMIN TAK AMBIL PUSING !! INI SEBABNYA

Walaupun hebat diserang didalam media sosial, namun sosok tubuh orang yang bernama Dato Azlan Al Amin tidak pernah ambil pusing.

Walau bagai mana pun, sebagai manusia biasa, Azlan juga rasa tercabar dan akhirnya membawa penyerang penyerang beliau ke kamar mahkamah dan disana biarlah keadilan yang menentukannya.

Tak ramai Sangkakala lihat usahawan hartanah malah mungkin tiada melainkan Azlan yang turun membantu memindahkan mangsa banjir dengan menggunakan kenderaan pribadi milik beliau.

Kenderaan tersebut juga bukanlah berharga puluhan ribu malah ianya berharga lebih dari 300 ribu namun harga berkenaan bukanlah menjadi penghalang beliau untuk berbakti kepada masyarakat.



Gambar gambar diatas menunjukkan bantuan yang dihulurkan oleh Dato Azlan semasa kejadian banjir di Besut Terengganu.

Walaupun menjalan khidmat membantu masyarakat yang ditimpa musibah, namun penyerang penyerang ini masih lagi menggunakan naratif bahawa Dato Azlan seorang penipu namun sehingga kini beliau tidak pernah di dakwa di mahkamah.

Kerana apa beliau tidak didakwa? Sudah pasti si penyerang mengatakan bahawa Dato Azlan menggunakan kuasa wang bagi melindungi dirinya.

Mungkin hati penyerang penyerang ini sudah diselaputi dengan kehitaman hingga tidak mampu untuk melihat kebaikan dan akhir membawa kepada fitnah dan adu domba.

Tapi apa yang Sangkakala nampak, serangan tersebut langsung tidak memberi kesan kepada Dato Azlan.

Rabu, 15 Februari 2023

MAMPU KE PENYERANG AZLAN AL AMIN LAKUKAN PERKARA SAMA ???

Macam yang Sangkakala tulis sebelum sebelum ni, usahawan hartanah, Dato Azlan Al Amin diserang dengan begitu hebat oleh pesaing beliau dengan mengatakan Azlan seorang penipu dan sebagainya.

Tapi sebagai seorang manusia yang kini berkemampuan, Azlan Al Amin tidak melupakan tanggingjawab beliau sebagai seorang manusia dan membantu insan lain yang bermasaalah.

Sebagai contoh, Azlan al Amin pernah membantu seorang remaja perempuan yang dituduh menghina polis beberapa tahun dahulu dan beliau (Azlan) sanggup datang dari jauh demi melunaskan tanggungjawab beliau sebagai insan.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa tindakan Azlan ini menggalakkan perbuatan biadap terhadap pasukan keselamatan.

Tetapi bagi Sangkakala pula, jika difikirkan secara positif, tindakan ini lebih kepada memberikan peluang kedua kepada tertuduh.

Persoalannya kini ialah, adalah mereka mereka yang mengeluarkan tohmahan terhadap Azlan mampu untuk melakukan perkara sama? Atau hanya bijak dalam mengeluarkan tohmahan?

Bukan untuk memuji tatapi apa yang Sangkakala lihat, Azlan tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang (pesaing) kepada beliau dan beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang insan yang berkemampuan. 

Nabi SAW pernah bersabda Barang Siapa Memudahkan Urusan Orang Lain, Maka Allah SWT Akan Memudahkan Urusan Mereka.

Jadi kepada para pesaing, cuba buat sepertimana yang dibuat oleh Azlan, insyaallah urusan anda juga akan dipermudahkan.

Selasa, 14 Februari 2023

PENYERANG AZLAN AL AMIN JUAL TANAH BERMASAALAH

Ada kawan kawan bertanya kepada Sangkakala kenapa Sangkakala dilihat seolah olah mempertahankan Dato Azlan Al Amin yang diserang bertubi tubi oleh si Polan?

Jawapan yang Sangkakala berikan ialah, Sangkakala mengikuti kes Dato Azlan ni melalui laman muka buku beliau yang mana Sangkakala lihat banyak juga kerja kerja membantu masyarakat dilakukan oleh beliau.

Lagi satu, Sangkakala dapat merasakan bahawa Azlan macam diserang hanya kerana persaingan perniagaan dan setelah beberapa artikel Sangkakala terbitkan maka sudah ada beberapa respon daripada pembaca dan dikalangan pembaca berkenaan rupanya ada yang menjadi pembeli tanah tanah yang dijual oleh Dato Azlan.

Sangkakala ada bertanya sama ada mereka merasa tertipu atau mereka berpuas hati dengan urusan jual beli tanah berkenaan dan mereka menjawab bahawa mereka berpuas hati dan sekarang mereka telah pun mendapat geran pemilikan tanah yang mereka beli. Cuma ada yang mengatakan bahawa terdapat kelewatan dalam urusan namun itu bukanlah masalah di pihak syarikat Dato Azlan sebab dalam urusan mengeluarkan geran tanah bukanlah semudah membeli goreng pisang di tepi jalan.

Gambar hiasan

Dalam pada itu ada seorang yang mengenali sipolan yang beriya iya sungguh menyerang Dato Azlan dengan mengatakan bahawa jualan tanah tersebut tidak sah, menipu, mengambil wang dan sebagainya.

Orang ini memaklumkan bahawa beliau sudah berbelas tahun membeli tanah dari sipolan ini dan sehingga sekarang tanah tersebut masih belum mendapat geran milikan dan syarikat yang mengelolakan urusan jual beli tanah berkenaan ialah Syarikat yang dimiliki oleh Cikgu Halim dimana Dato Azlan juga pernah berkerja di syarikat berkenaan sehinggalah beliau melihat tanah tanah berkenaan bermasaalah maka Dato Azlan mengambil tindakan untuk berhenti kerja. 

Macam Sangkakala tulis pada artikel lepas, Dato Azlan ada menasihati sipolan agar berhati hati dengan penjualan tanah tanah berkenaan tetapi si polan tetap menjual tanah yang bermasaalah ini kepada pembeli dan akhirnya selama belasan tahun tanah tanah ini tidak dapat geran pemilikan sehingga kini.

Jadi dalam pengamatan Sangkakala, bukanlah Azlan yang menipu tapi sipolan berkenaanlah yang telah menipu pembeli. Mungkin alasan si polan akan merujuk kepada syarikat tempat dimana beliau berkerja dulu tapuli bagi Sangkakala alasan tersebut tidak boleh digunapakai sebab Dato Azlan telah pun memberikan nasihat agar si polan ini jangan melibatkan diri dalam urusan jual beli tanah berkenaan namun kerana wang komisen maka si polan tak ambil pusing nasihat berkenaan.


Ahad, 12 Februari 2023

PENYERANG PERNIAGAAN AZLAN AL AMIN BEKAS PEMANDU SENDIRI ??

Sangkakala dapat hantaran dari seseorang yang menceritakan secara panjang lebar siapa yang menyerang Dato Azlan Al Amin selama ni.

Sungguh tak disangka sangka rupanya yang menyerang Dato Azlan ini dikatakan pernah menjadi pemandu beliau sewaktu mula mula menceburkan diri sebagai ajen hartanah.

Gambar Dato Azlan bersama Allahyarham ayah angkat beliau

Gambar di atas bukan le gambar sipolan yang dimaksudkan ye, itu gambar Dato Azlan bersama Allahyarham ayah angkat beliau.

Kita sambung, menurut cerita, semasa itu Dato Azlan belum boleh memandu kenderaan dan si polan ini bertindak sebagai pemandu kenderaan yang di pinjam dari tuan tanah memandangkan Azlan perlu bergerak jauh bagi menjual tanah tanah berkenaan.

Si polan ini juga dikatakan tidak berpuas hati apabila Dato Azlan memberikan sedikit imbuhan kepada beliau. Mungkin dia nak banyak agaknya, tapi bukan ke tugas dia sebagai pemandu? Kenapa pula nak imbuhan berlebih lebih? Kalau Dato Azlan dapat komisen dari penjualan tanah tersebut, takkan ianya nak diberikan sama rata dengan pemandu? Kalau gitu pemandu Donald Trump dah jadi Billionair le sekarang ni.

Dikatakan juga pemandu ini akhirnya menjadi ajen jualan tanah di syarikat sama Dato Azlan bertugas tetapi Dato Azlan mengambil tindakan berhenti dari menjadi ajen syarikat berkenaan kerana tanah tanah yang dijual oleh syarikat berkenaan didapati bermasaalah dan Dato Azlan ada menasihati si polan ini supaya tidak meneruskan jualan tanah berkenaan tetapi kerana ketamakan maka si Polan meminggirkan nasihat berkenaan dan terus membuat jualan demi jualan.

Sehingga artikel ini ditulis, masih lagi ada pembeli yang tidak menerima geran walaupun sudah 13 tahun berlalu. 13 tahun? Bukan pendek masa tu, sedangkan perjanjian selama 3 tahun yang dibuat oleh Dato Azlan bersama pembeli dikatakan oleh Si Polan ini sebagai menipu, bagai mana pula dengan tempoh masa 13 tahun pembeli Si Polan ini tidak menerima geran? Adakah serangan terhadap Dato Azlan ini dibuat hanya untuk menutup kekhilafan penjualan tanah yang bermasaalah? 

Sangkakala tak mau masukkan nama syarikat dan siapa si polan tu sebab Sangkakala yakin dan percaya bahawa ramai pembaca mengetahui siapa yang acap kali menyerang perniagaan Dato Azlan dengan menggunakan naratif sama iaitu penipuan sedangkan setiap urusan jual beli disertakan dengan surat perjanjian, tempoh masa untuk penerimaan geran juga diberikan dan sekiranya Dato Azlan gagal mendapatkan geran sepertimana dalam perjanjian maka si pembeli boleh menuntut semula keseluruhan wang yang telah dikeluarkan oleh si pembeli.

Jadi kepada si polan berkenaan, tak payah la nak berlagak seperti malaikat dengan menuduh orang lain seumpama iblis sedangkan dalam hati kita dipenuhi dengan sarang Syaitan.

Banyak lagi maklumat ni, nanti Sangkakala share lagi ye. Menentang kebathilan itu adalah wajib.

SERANGAN TERHADAP AZLAN AL AMIN TIDAK BERASAS

Sangkakala ada melihat seorang pengguna laman facebook yang dikatakan telah mendapat writ saman daripada pasukan Dato Azlan Al Amin mengeluarkan status lebih kurang 4 hari lepas memberikan amaran kepada pembeli tanah supaya memastikan tanah yang dibeli mempunyai geran.

Bagi Sangkakala status yang menyerang sebegini tidak berasas apatah lagi melibatkan jual beli diantara pembeli dengan penjual.

Klik pada gambar dibawah...

Menurut kata pengguna laman muka buku berkenaan, Dato Azlan menjual tanah yang belum mendapat kebenaran pecahan geran dari pejabat tanah dan bagi Sangkakala itu bukan masalah besar sebab setiap tanah boleh di ubah status daripada pertanian kepada perumahan dan sebagainya.

Kalau nak diikutkan kebenaran daripada apa yang disebut oleh pengguna laman muka buku ini tentang tanah yang belum memiliki pecahan geran, ingin juga Sangkakala bertanya, adakah pembeli rumah teres atau taman taman perumahan membeli rumah yang telah siap? Jawapanny tentulah tidak kerana pemaju perumahan akan menjual rumah mereka semasa dalam proses pembinaan dan ada juga yang menjual rumah rumah berkenaan sebelum kawasan di bersihkan.

Adakah ini bermakna pembeli ditipu? Jawapanya tidak, kerana setiap urusniaga berkenaan ada mempunyai perjanjian dan pemaju memberikan jangkawaktu rumah berkenaan akan siap dan jika tidak siap maka penalti akan dikenakan kepada pemaju.

Pengguna laman muka buku ini juga mengatakan bahawa pembeli tanah daripada Dato Azlan berisiko tidak mendapat tanah mereka dan ini juga satu perkara yang Sangkakala rasa tak masuk akal. Sebab apa Sangkakala kata begitu? Seperti contoh rumah taman perumahan tadi, adakah pembeli selamat setelah kediaman tersebut siap? Jawapannya tidak kerana setiap rumah berkenaan perlu mendapat sijil menduduki atau CF dari pihak berkuasa tempatan atau PBT.

Tetapi keselamatan pembeli terjamin dengan adanya Sale And Purchase Agreement atau S And P diantara pembeli dengan pemaju.

Dato Azlan Al Amin melalui syarikatnya juga memiliki perjanjian ini dan Sangkakala ada terima maklumat bahawa syarikat Azlan Al Amin memberikan tempoh waktu 3 tahun untuk urusan pemilikan geran bagi tanah lot berkenaan dan sekiranya beliau gagal mendapatkan geran bagi pembeli berkeaan pembeli mempunyai hak untuk menuntut semula semua bayaran yang telah dikeluarkan bagi memiliki tanah berkenaan.

Dato Azlan juga dikatakan membeli tanah tanah ini secara bayaran ansuran dan ini lagi satu perkara yang takde kena mengena dengan pembeli. Sebagai contoh, adakah pemaju perumahan membina rumah taman taman perumahan dengan tidak membuat pinjaman kepada pihak bank? Jawapannya tentulah ada dan ianya dibayar secara ansuran oleh pemaju kepada bank.

Jadi dimana nak kata supaya berhati hati? Berhati hati ni sekiranya syarikat berkenaan baru menjalankan perniagaan dan belum ada lagi track record dalam urusan jual beli tanah dan daripada apa yang Sangkakala tahu, sehingga hari ini lebih 700 pembeli telah memberikan kepercayaan kepada syarikat hartanah milik Dato Azlan manakala sebahagian dari mereka telahpun menerima geran milikan tanah yang mereka beli.

Kepada pesaing yang menggunakan nama samaran dalam muka buku ni, Sangkakala rasa adalah lebih baik jika jangan busuk hati dengan memberikan persepsi buruk pada orang lain, bersainglah secara sihat.

Sabtu, 11 Februari 2023

AZLAN AL AMIN SEWA HELIKOPTER UNTUK MENUNJUK NUNJUK ??

Makin ditulis makin banyak pula maklumat yang Sangkakala perolehi dari carian carian melalui internet tentang usahawan hartanah berjaya, Dato Azlan Al Amin ni.

Kisah paling popular apabila beliau pulang ke kampung dengan menaiki helikopter. Helikopter ini telah didaratkan di hadapan rumah orang tua beliau di Jerteh Terengganu dan sudah pastilah ianya menimbul pelbagai tanggapan orang ramai.

Bagi pesaing yang agak kurang selesa dengan kejayaan Dato Azlan, sudah pastilah mereka akan mengatakan bahawa anak kelahiran Kg Tok Raja Jerteh ini.

Azlan ada memberikan kenyataan kepada beberapa akhbar tempatan bahawa helikopter berkenaan disewa dengan kadar RM 8000 sejam dan ada kalanya baliau menyewa helikopter tersebut lebih dari 10 jam bagi meninjau kawasan kawasan yang bakal dimajukan oleh syarikat beliau. 

Baca DISINI

Bagi mereka yang merasa kurang senang dengan apa yang di lakukan oleh Azlan, anda juga boleh melakukan perkara sama sekiranya mempunyai niat yang baik, selain daripada menyimpan perasaan hasad dengki.

Azlan Al Amin mungkin dilahirkan daripada keluarga yang susah dan atas faktor itu juga mungkin beliau menggunakan apa yang beliau perolehi kini untuk memberikan senyuman kepada orang lain dan kisah ini disiarkan dalam portal.

Baca DISINI

Contoh senyuman yang Sangkakala maksudkan ialah, beliau secara sukarela membawa penduduk kampung ronda ronda menaiki helikopter berkenaan dan Sangkakala yakin serta percaya bahawa bukan semua orang memiliki pengalaman menaiki pengangkutan udara tersebut.

Mungkin ramai yang biasa menaiki kapal terbang namun belum tentu biasa atau dapat menaiki helikopter.

Agak agak kalau Dato Azlan terbaca artikel Sangkakala ni mau tak dia jemput Sangkakala pusing pusing naik helikopter bersama beliau. Angan angan boleh la agaknya.

Walau apa pun, Sangkakala ucapkan tahniah diatas kejayaan Dato Azlan dan yang pastinya teruskan berbuat baik pada orang sebab Allah dah berjanji barang siapa memudahkan urusan orang lain maka Allah akan memudahkan urusannya.

Korang jangan jemu pula kalau tengok Sangkakala asyik menulis pasal Dato Azlan ni, bukan apa, agak bangga melihat kejayaan seorang anak Melayu.

 

Khamis, 9 Februari 2023

PATUT LE AZLAN AL AMIN DIGELAR JUTAWAN SAMPAH

Semalam Sangkakala ada tulis pasal Azlan Al Amin atau Dato Azlan yang kini memiliki rangkaian perniagaan hartanah dan boleh dikatakan berjaya juga la dalam Malaysia.

Gelaran 'JUTAWAN SAMPAH' sentiasa menjadi trade mark kepada Dato Azlan dan Sangkakala pun mula la mencari cari kenapa dia ni digelar sebegitu? Adakag dia menjadi Jutawan dengan menjual sampah? 

Rupanya Azlan ni pernah bekerja sebagai pengutip sampah di TUDM Gong Badak dan kisah ini mendapat liputan luas oleh media media seluruh negara pada ketika itu.

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/49588

Tapi setiap kejayaan manusia terutamanya orang Melayu, sudah pasti ada mata yang agak kurang senang memandang dan Sangkakala nampak Dato Azlan pun tak lepas dari perkara sebegini.

Nampaknya makin di korek dan makin diselidik, makin menarik kisah Jutawan Hartanah ni.


Nanti Sangkakala buat carian lagi dan kalau sesiapa ada maklumat tentang Dato Azlan boleh le hubungi Sangkakala di ruangan komen ye.

Nanti Sangkakala tulis lagi kisah Dato Azlan.


Rabu, 8 Februari 2023

SIAPA DIA AZLAN AL AMIN NI??

Sangkakala kerap terbaca dalam hantaran hantaran melalui muka buku mengenai Azlan Al Amin atau lebih dikenali sebagai 'JUTAWAN SAMPAH'.

Tular juga tentang dia ni yang kadang kadang dilihat kesana kesini menaiki helikopter.

Rupanya inilah orang yang dimaksudkan sebagai JUTAWAN SAMPAH berkenaan tentang bagaimana gelaran tu boleh diterima oleh beliau Wallahualam, nanti kita cuba cuba le cari ye.


Setelah Sangkakala risik risik dan buat beberapa carian, rupanya Azlan yang baru sahaja menerima gelaran Datuk dari Pemangku Sultan Pahang ini rupanya seorang ajen hartanah yang boleh dikatakan berjaya juga la. Kalau tak berjaya takkan boleh nak sewa helikopter kan.

Tapi makin dicari, makin banyak pula sisi gelap yang terpampang di dalam carian, tak tau la sama ada ianya benar atau pun tidak. Ianya menarik perhatian Sangkakala untuk menyelongkar apa kes sebenar Datuk Azlan Al Amin ni. Mesti best punya cerita sebab nama dia pun agak trending dalam enjin carian pakcik google.

Ok lah, nanti Sangkakala cari dulu maklumat tentang dia ni dan kita bongkar apa permasaalahan yang sebenarnya.

Nantikan episod seterusnya dalam coretan coretan yang akan membongkar segala permasaalahan beliau.