Rabu, 26 Julai 2017

CARI POPULARITI MURAHAN !! ARMADA BALIK DENGAN KESIPUAN @NajibRazak @TunFaisal @ArmandAzha

Semalam kecoh di PWTC apabila pemuda UMNO dan ARMADA bertembung.

ARMADA yang sebelum ini melakukan provokasi melalui laman facebook dengan mengatakan bahawa mereka akan memberi tamparan kepada EXCO pemuda UMNO Malaysia, Dato Armand Azha akhirnya bertemu buku dengan ruas.

Hampir 500 orang pemuda UMNO menunggu ARMADA yang kononnya hendak menghantar surat jemputan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri menyertai program Nothing To Hide 2 bersama Tun Mahathir.

Namun apa yang menjadi persoalan dan membuatkan pemuda UMNO merasa jelek dengan ARMADA ialah, surat jemputan yang sama telah di hantar ke Pejabat Perdana Menteri pada 19 Julai 2017 dan diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri.

Jadi disini apa pula keperluan ARMADA untuk menghantar surat sama buat kali ke dua di PWTC melainkan sengaja untuk mencari pasal dan mencari publisiti murahan dengan mwngatakan bahawa mereka dihalang secara kasar.

Yang kelakarnya, Ketua ARMADA tak berani tampil ke depan dalam himpunan berkenaan dan hanya menghantar balaci suruhan sahaja untuk melakukan provokasi.

Beberapa keping kertas yang dicetak berunsurkan provokasi juga didapati bersama dengan puak ARMADA dan adakah itu yang dikatakan nak menghantar surat jemputan?

Lain kali kalau nak masuk rumah orang nak bagi jemputan, jangan sesekali cuba menghina tuan rumah, memang makan pelempang le jawabnya.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada pemuda UMNO Malaysia yang mempertahankan PWTC dari puak yang tak tau adab sopan.




Rabu, 19 Julai 2017

MUNGKIN KERANA FAKTOR USIA SYED HUSIN ALI DAH KURANG PEKA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Harga pembinaan MRT SBK cecah RM 100 Billion, itu kata Syed Husin Ali dalam laman twitter beliau dan beliau juga mengatakan bahawa di Korea ianya boleh dibina dengan harga 40% dari nilai yang disebut dan ini bermakna pembinaan MRT SBK menelan belanja RM 40 Billion.

Yang menjadi persoalan, adakah Syed Husin baru sahaja keluar dari gua atau hutan belantara bertapa untuk menajamkan ilmu matematik beliau?

Untuk makluman, pembinaan MRT hanya menelan belanja sebanyak RM 25 Billion dan siap dalam tempoh 2 minggu lebih awal dari perancangan asal dan ini memberi penjimatan sebanyak RM 2 Billion.

Ini juga bermakna, kerajaan hari ini telah berjaya mengurangkan perbelanjaan untuk pembinaan lebih banyak berbanding apa yang di sebut oleh Syed Husin iaitu sebanyak RM 40 Billion.

Dengan hanya bermodalkan untuk mengelirukan rakyat, nampaknya Syed Husin terpaksa menelan sendiri tamparan yang cuba diberikan kepada kerajaan.


Khamis, 13 Julai 2017

@AzminAli PERLU CERMIN DIRI SEBELUM KATA @NohOmar SEBAGAI TANDINGAN ATAU TIDAK @NajibRazak.@Zahid_Hamidi.@tunfaisal

Nampaknya Menteri Besar Selangor yang mendapat kuasa dari linangan air mata rakyat masih tak sedar diri lagi.

Merampas jawatan Menteri Besar setelah mengambil kesempatan diatas permasaalahan Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya melupakan Azmin siapa dirinya sendiri.


Baru baru ni kecoh kononnya Azmin Ali jika mahu berpindah ke kawasan parlimen yang lain akan memilih parlimen Pekan sebagai kawasan tandingan.

Ekoran perkara tersebut, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang juga merupakan ahli parlimen Tanjung Karang mencabar Azmin untuk bertanding di kawasan beliau.

Sebagai Menteri Besar, Azmin Ali seharusnya berani menyahut cabaran Tan Sri Noh dan bukannya membuat kenyataan BACUL dengan mengatakan bahawa Tan Sri Noh bukan tandingan beliau.

Kalau nak diikutkan, Tan Sri Noh telah menjadi ahli parlimen selama 5 penggal dan berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri dan memegang beberapa posisi penting dalam kerajaan daripada Setiausaha Parlimen hinggalah ke jawatan Menteri.

Tapi Azmin Ali pula hanya mampu memegang jawatan Menteri Besar setelah Khalid Ibrahim difitnah dan sepatutnya Wan Azizah yang menjadi Menteri Besar akhirnya menggigit jari.

Berkenaan dengan perjawatan dalam parti pula, adakah Azmin layak untuk bertanding melawan Presiden UMNO? Sedangkan beliau hanyalah Timbalan Presiden dan itu pun atas dasar sesuatu yang diberikan oleh Anwar Ibrahim dan perkara ini pernah didedahkan oleh Datuk Nala Karupan.

Bagi Sangkakala pula, satu persoalan timbul dalam hati, adakah Azmin sudah mula mengintai jawatan Presiden PKR dimasa akan datang?

Semua orang tahu bahawa Azmin Ali pernah bercita cita untuk merampas jawatan presiden PKR sehingga Anwar Ibrahim pada ketika itu belum dipenjarakan atas tuduhan meliwat mecalonkan diri untuk menentang Wan Azizah yang juga merupakan isteri beliau semata mata mahu mengekang kemaraan Azmin Ali dalam parti?

Dan kini apabila Anwar berada didalam penjara, maka cita cita Azmin bakal tercapai sikit masa lagi.

Oleh itu, Azmin Ali tak perlulah nak menonjolkan diri beliau begitu hebat sekali dan jika sudah merasakan diri tu hebat, maka cubalah dulu menyerahkan diri ke parlimen Tanjung Karang sebelum ke Pekan.


Jumaat, 30 Jun 2017

MUNGKIN PEGUAM NI TAK HABIS BELAJAR @NajibRazak @TunFaisal

Semenjak dua menjak ni, heboh diperkatakan tentang saman DOJ yang kononnya mengaitkan Syarikat Pembangunan Negara 1MDB.

Maka dengan itu timbul beberapa pakar perundangan yang selama ni tak pernah buka buku undang undang sejak lahir.

Kalau mereka yang tak pernah buka buku undang undang ni bercakap semberono, Sangkakala boleh juga maafkan lagi sebab mereka tidak arif tentang perundangan.

Tapi bila seorang peguam yang mengeluarkan kenyataan agak kurang bijak membuatkan Sangkakala terfikir, adakah peguam ini berjaya menamatkan pembelajarannya atau pun tidak.


Kenyataan diatas secara jelas menunjukkan bahawa peguam berkenaan.agak dangkal pemikirannya sebab, DOJ tidak pernah menamakan Datuk Seri Najib dan isteri dalam saman mereka.

Jadi bagaimana peguam ni boleh pula nak mencabar Perdana Menteri untuk memfailkan kertas kausa?

Setahu Sangkakala, dalam sistem penghakiman, mesti ada difenden dan mesti ada plaintif, jika kedua dua pihak tidak langsung melibatkan Datuk Seri Najib dan Isteri, bagaimana pula nak mencelah segala bagai?

DOJ hanya menamakan MO1 yang tidak merujuk kepada Perdana Menteri dan kod MO1 ini hanya diketahui oleh DOJ siapa gerangan pemiliknya.

Adakah peguam ini cuba mengatakan bahawa MO1 itu adalah Najib Razak?


Kalau ini caranya, Sangkakala tak yakin peguam ni boleh memenangkan anak guamnya dalam kamar mahkamah.

1MDB pula tidak pernah melaporkan tentang kehilangan wang atau harta benda mereka jadi bagaimana pula DOJ mengatakan ada berlaku kehilangan dalam 1MDB?

Peguam ni kemungkinan besar juga tidak membuat 'homework' berdasarkan laporan DOJ dan hanya bercakap untuk populariti semata mata.


Khamis, 29 Jun 2017

RUMAH SELANGORKU GAGAL !! KERAJAAN SELANGOR MULA UGUT KERAJAAN PUSAT @NajibRazak @Zahid_Hamidi @NohOmar

Setelah memperlihatkan kegagalan demi kegagalan dalam usaha membekalkan kediaman kepada rakyat melalui rumah SelangorKu, kerajaan negeri Selangor kini cuba mengugut kerajaan pusat kononnya akan membatalkan keistinewaan rumah PR1MA dan PPA1M.


Ini dinyatakan oleh EXCO Perumahan dan kerajaan Tempatan Negeri Selangor, YB Iskandar Samad.

Kenyataan ini yang sebenarnya hanyalah untuk menutup kegagalan rumah SelangorKu yang lebih tinggi nilainya daripada rumah PR1MA dan PPA1M.

Jadi untuk mengelakkan rakyat membuat perbandingan maka keluarlah kenyataan kenyataan dangkal seperti yang dikeluarkan oleh YB Iskandar.

Keistimewaan rumah PR1MA ini yang sebenarnya memang akan dibatalkan oleh kerajaan negeri ekoran rumah SelangorKu yang kurang mendapat sambutan ekoran harga yang melampau.

Jadi dengan mengatakan bahawa kerajaan Selangor akan membatalkan keistimewaan terhadap rumah PR1MA hanyalah alasan dangkal yang dibuat oleh seorang exco yang hanya menjaga kerusi.

Iskandar juga mengatakan keistimewaan itu akan dibatalkan jika kerajaan pusat masih lagi berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.

Ini juga kenyataan menyelamatkan diri. Apa yang diperkatakan oleh Islandar sebenarnya lebih menjurus kepada Tan Sri Noh Omar yang dilihat membongkar satu persatu kegagalan kerajaan negeri dalam usaha membantu rakyat.

Sebagai contoh, kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT tidak terurus dan terjaga, lif bermasaalah, penyelenggaraan tidak tersusun, keselamatan terabai dan macam macam lagi telah ditemui dan dibongkar oleh Tan Sri Noh Omar dalam siri jelajah ke pusat pusat kediaman ini dan ini menjadi punca kerajaan negeri jadi kelam kabut.

Oleh itu, untuk menutup atau mengekang kemaraan Tan Sri Noh, maka jalan terbaik adalah mengugut kerajaan pusat dengan harapan selepas ini tidak ada lagi pembongkaran dilakukan oleh mana mana pihak.



Rabu, 28 Jun 2017

KERAJAAN SELANGOR SUDAH MULA GUSAR DENGAN KEGIATAN TAN SRI @NohOmar

Hari ni Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor mengeluarkan kenyataan akhbar yang meminta Perdana Menteri menggantikan Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan dengan orang lain.

Sangkakala melihat ini semua berpunca daripada kegiatan Noh Omar yang seringkali turun padang dan menyelongkar kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor yang selama ini mengatakan bahawa mereka 'PEDULI RAKYAT' sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

YB Dato Iskandar mengatakan bahawa Tan Sri Noh Omar berkonfrantasi dengan kerajaan negeri yang kononnya memberikan sepenuh kerjasama kepada kerajaan pusat dalam isu perumahan.

Persoalannya kini, betulkah kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat?

Apa yang Sangkakala lihat, Tan Sri Noh Omar tidak sesekali mempertikai kerjasama diantara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat tetapi lebih kepada membongkar apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat namun tidak dilakukan.

Sebagai contoh, beberapa kali Tan Sri Noh turun membuat lawatan ke rumah PPR di sekitar negeri Selangor, keadaannya amat daif dan tidak terurus dan pembongkaran ini sebenarnya membuatkan kerajaan negeri panas punggung dan tatkala ini, rakyat sudah mula melihat kepincangan demi kepincangan di negeri Selangor.

Berkenaan dengan kerjasama pula, pihak KPKT pernah mencadangkan supaya sebuah Balai Bomba di bina di Setia Alam namun pembinaannya terpaksa ditangguhkan ekoran harga premium tanah yang dikenakan oleh kerajaan negeri agak tinggi iaitu sebanyak RM 2.4 juta.

Perkara ini pernah dibawa ke dalam sidang DUN negeri Selangor namun jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar amat tidak menggalakkan dan beliau (Menteri Besar) mengatakan bahawa kerajaan pusat mempunyai sumber kewangan yang banyak dan harga premium tanah tersebut adalah mengikut harga semasa sedangkan balai bomba berkenaan adalah untuk keperluan rakyat.

Jadi dimana kebenaran seperti yang dinyatakan oleh YB Dato Iskandar tentang kerajaan negeri memberikan kerjasama?

Begitu juga dengan perumahan di Selangor yang harganya dilihat melambung tinggi ekoran penswastaan pembinaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan tidak seperti waktu Barisan Nasional memerintah dulu dimana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS diberikan tugas untuk membuat membina rumah kediaman untuk rakyat tetapi kini ianya tidak lagi berlaku.

Bukan sahaja PKNS tidak lagi ditugaskan untuk membina perumahan, tanah milik PKNS yang digazetkan untuk perumahan rakyat dijual kepada pemaju bagi pembinaan rumah dan ini membuatkan rumah kediaman di Selangor melambung.

Jadi disini, YB Iskandar tak perlulah menegakkan benang yang basah untuk menghalalkan perilaku kerajaan negeri yang menindas rakyat.



Jumaat, 16 Jun 2017

AZMIN ALI SAMBUT RAYA PENUH KEMERIAHAN TAHUN NI @NajibRazak @NohOmar @TunFaisal

Tak berapa hari lagi, seluruh umat Islam dalam dunia akan menyambut hari kemenangan melawan nafsu setelah sebulan berpuasa.

Tapi nampaknya Azmin Ali bukan sahaja tak mampu melawan nafsu, malah dengan senang hati membohongi rakyat Selangor dengan sikap berlagak suci beliau.

Para penjawat awam di Malaysia mendapat insentif bantuan hari raya sebanyak RM 500 setiap orang dan ini di umumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Ini juga bermakna, Perdana Menteri sendiri memperolehi RM 500 hasil dari bantuan berkenaan.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Selangor, Azmin Ali dalam masa sama mengumumkan bahawa kerajaan Selangor memberikan bonus sebanyak dua bulan setengah daripada gaji setiap penjawat awam yang berjumlah lebih kurang 17,000 orang.

Maka gegak gempita seluruh negeri kononnya Azmin begiti perihatin terhadap kakitangan awam di negeri Selangor.

Tapi ramai yang lupa bahawa, bonus tersebut juga terpakai kepada perjawatan Azmin Ali selaku Menteri Besar dan jawatan jawatan lain dalam kerajaan Selangor.


Hampir RM 1juta jumlah pendapatan Azmin Ali bagi bulan Jun 2017.

Kan dah jelas, betapa cerdiknya Azmin Ali menyelongkar kewangan kerajaan Selangor dan terus menuju ke poket beliau.

Jadi sekarang siapa yang kena main? Dan siapa pula dapat untung berganda dari kekayaan kerajaan negeri.




Jumaat, 9 Jun 2017

AZMIN ALI IDAMKAN JAWATAN PM JIKA PAKATAN MEMERINTAH @NajibRazak @NohOmar

Game of Politics, itu yang selalu diamalkan oleh Menteri Besar Selangor sekarang dalam usaha untuk mencapai cita cita beliau untuk mendapatkan kuasa dan jawatan dalam kerajaan.


Seperti apa yang berlaku semasa pemilihan PKR, Anwar Ibrahim yang pada ketika itu masih bebas terpaksa menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan presiden PKR ekoran ada ura ura yang nenunjukkan bahawa Azmin akan memberikan persaingan terhadap Wan Azizah.

Dan adalah agak mustahil jika Anwar mahu bertanding merebut jawatan memandangkan Presiden PKR tersebut adalah isteri beliau sendiri dan apa yang kita nampak ialah, ianya semata mata untuk mengekang kemaraan Azmin yang akan menyelinap masuk dalam senyap.

Sama juga situasi sekarang yang hangat diperkatakan iaitu siapa akan menyandang jawatan Perdana Menteri, PKR menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun dalam konvension PKR, Tun Mahathir dilihat tidak mengangkat placard nama Anwar sebagai Perdana Menteri.

Semua orang tahu kini Anwar Ibrahim berada dalam penjara atas tuduhan meliwat pembantu pribadinya satu masa dulu dan adalah amat mustahil untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Peluang ini sebenarnya diintai oleh Azmin Ali selaky orang nombor 2 dalam PKR dan situasi sama pernah berlaku di Selangor apabila langkah Kajang dibuat untuk menaikkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar akhirnya dipintas oleh Azmin yang mencuri peluang dalam kemelut kontroversi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada ketika itu.

Jadi disini jika Azmin mengatakan bahawa beliau tidak berminat atau belum bersedia menjadi Perdana Menteri, maka perlu dilihat bahawa ia adalah sebaliknya.



Jumaat, 26 Mei 2017

TERBUKTI UMNO SAYANGKAN ORANG BUKAN MELAYU - TAN SRI ANUAR MUSA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tengkuadnanreal @nohomar

Sangkakala tertarik pula dengan apa yang diperkatakan oleh YB Tan Sri Anuar Musa dalam retreat Ketua Ketua Penerangan seluruh negara yang bermula semalam dan berakhir tengah hari tadi.

Dalam ucapan Tan Sri Anuar Musa, beliau telah mendedahkan bahawa UMNO selama ini bukan sahaja menjaga orang Melayu malah UMNO juga menjaga orang bukan Melayu di negara ini.

Beliau mengatakan, sebagai contoh cuba kita lihat kembali, siapa yang menerima kehadiran orang bukan Melayu untuk kita mencapai kemerdekaan, malah tidak ada mana mana negara dalam dunia yang membenarkan sekolah jenis kebangsaan dibina di negara mereka.

UMNO sebagai parti yang mengetuai Barisan Nasional secara terbuka dan jelas memberikan peluang pembelajaran serta kehidupan tak kiralah dari segi perniagaan atau pekerjaan kepada orang bukan Melayu.

Tetapi apa yang dilakukan oleh DAP sebenarnya lebih membahayakan orang bukan Melayu di negara ini kerana DAP kini dalam usaha untuk menimbulkan perasaan benci di kalangan orang bukan Melayu kepada orang Melayu khususnya orang UMNO.

DAP sengaja mewujudkan perasaan benci membenci dikalangan orang bukan Melayu kepada Melayu semata mata mahu memegang tampuk kuasa yang kononnya akan membuatkan Malaysia lebih aman dan lebih malang lagi ada pula dikalangan orang Melayu yang menjadi buta dengan omong omong kosong yang diberikan oleh DAP.



Rabu, 10 Mei 2017

AMIKKAU !! BILA PERMAISURI AJUKAN SOALAN !! NETIZEN TERUS KAKU

Ini perdebatan paling win bila Tuanku Permaisuri mengemukakan soalan kepada seorang lelaki yang kini menetap di New Zealand tapi mengaku mengambil berat tentang negara kelahirannya.

Daulat Tuanku!!


Khamis, 27 April 2017

700 JUTA DUIT RAKYAT SELANGOR HANGUS KERANA HORAS @NajibRazak @NohOmar

Projek Pembesaran Sungai Hibrid atau Horas yang dikatakan akan menampung keperluan air di Selangor nampaknya menunjukkan kegagalan secara serius.


Tahun sudah kerajaan negeri menagikan bahawa projek berkenaan terbengkalai namun hingga hari ini, projek tersebut masih belum mampu untuk disiapkan dan dari maklumat yang Sangkakala dapat, projek ini telah gagal sepenuhnya dan ianya mengakibatkan kerugian sekitar RM 700 juta ringgit.

Persoalannya pada hari ini, projek Horas untuk membekalkan air atau semata mata untuk mencuri hasil bumi iaitu pasir yang sudah menjadi bahan paling berharga di Selangor.

Kemana agaknya pasir pasir ini dibawa dan berapakah hasil kerajaan negeri perolehi daripada pengeluaran pasir ini? Atau ianya sekadar memberi untung kepada operator taikun taikun pasir yang dikatakan menjadi tempat bergantung harap pemimpin kerajaan Selangor.

RM 700 juta pula kemana perginya? Adakah ianya digunakan untuk menampung perbelanjaan bagi pembinaan Horas atau ianya digunakan untuk kepentingan ahli politik kerajaan negeri?

Sangkakala ingin menarik perhatian semua dengan satu soalan.

Jika pasir pasir ini dikeluarkan, sepatutnya ia mampu untuk menampung projek Horas dan jika kerajaan negeri masih memberikan bayaran kepada kontraktor, bagaimana pula hasil jualan pasir tersebut.

Maka dengan itu, apa yang sebenarnya berlaku ialah PASIR HILANG, DUIT LESAP, PROJEK TAK JADI.



Ahad, 23 April 2017

BOCOR SURAT SOKONGAN !! KAKITANGAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN PERLU DISOAL SIASAT @NajibRazak @LiowTiongLai @DrAliHamsa

Kes surat sokongan daripada Menteri Pengankutan kepada Perdana Menteri nampaknya masih belum reda dan masih ada yang nampaknya menularkan surat tersebut melalui laman media sosial seperti facebook.

Apa yang menghairankan disini, siapa dalang yang mengambil gambar surat tersebut dan bagi Sangkakala, tak mungkin DS Liow Tiong Lai sendiri yang mengambil gambar serta menularkan gambar surat yang dia sendiri tanda tangani.

Sangkakala ada menaruh syak ianya adalah kerja 'orang dalam' yang mungkin diberikan sedikit habuan untuk melakukan kerja keji berkenaan.

Tapi bukankah kakitangan kerajaan telah mengangkat sumpah untuk tidak membocorkan maklumat dalam kementeran atau jabatan yang mereka duduki?

Tapi adat manusia hari ini manakan boleh memegang pada sumpah bagi mereka hajat dihati dapat dipenuhi.

Untuk DS Liow pula, cuba ingat siapa yang taip surat berkenaan dan selepas ditandatangani, kepada siapa surat tersebut diserahkan dan ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengesan siapa dalangnya.

Berkenaan sokongan tersebut pula, Sangkakala lihat ianya lebih kepada motif politik dalam pejabat, sebab apa? Sebab ada rasa tidak puas hati dengan surat berkenaan dan ada kemungkinan mereka ini menangguk diair keruh.

Walau apa pun, penama yang disokong menjawat jawatan Ketua Pengarah JPJ yang baharu sudah pastinya sebagai seorang yang berkaliber di mata Menteri, jika tidak, mana mungkin seorang Menteri nak bagi sokongan sebab ianya juga melibatkatkan reputasi Menteri jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.

Sebagai seorang Menteri, Sangkakala melihat, DS Liow mengambil pendekatan dengan siapa beliau selesa untuk diletakkan sebagai bos nombor 1 dalam sebuah jabatan dibawah Kementerian beliau.


Sabtu, 22 April 2017

BUKAN MELAYU JUGA LAYAK MENJAWAT JAWATAN KETUA PENGARAH JPJ JIKA BERKELAYAKAN @NajibRazak @liowtionglai @DrAliHamsa

Kecoh juga baru baru ni bila sepucuk surat sokongan bagi menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan kepada Perdana Menteri tular di laman media sosial.

Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak wajar kerana penama yang dicadangkan adalah dari kalangan bukan Melayu.

Bagi Sangkakala, isu bukan Melayu ini tidak boleh diambil kira memandangkan jika seseorang warga Malaysia layak dalam menjalankan tugas, adalah tidak salah jika dia di beri peluang untuk menunjukkan kemampuannya.

Dibawah Kementerian Pengangkutan, ada juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang mana Ketua Pengarahnya orang bukan Melayu iaitu Datuk Suret Singh dan ianya dilihat tidak bermasalah apabila beliau mampu untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Persoalan tentang Ketua Pengarah sedia ada masih memegang jawatan pula tidak timbul kerana, Menteri Pengangkutan mencadangkan nama untuk penggantian bukannya Ketua Pengarah sedia ada di lucutkan jawatan.

Berbalik kepada bukan Melayu menjadi Ketua Pengarah JPJ. Apa yang Sangkakala dan semua rakyat Malaysia mahu ialah, seorang Ketua Pengarah yang mampu untuk menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh kerajaan serta rakyat Malaysia.

Jadi disini rasanya takde masalah langsung bagi seorang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut jika kelayakannya mencukupi dan orang yang disokong kedudukannya itu mampu untuk menjalankan tanggungjawab terhadap tugasan.

Dengan populasi 1.7 juta rakyat Malaysia berbangsa India, takkan seorang dari mereka tak boleh diangkat menjawat jawatan tinggi dalam sebuah jabatan.

Melainkan kalau ianya melibatkan jabatan yang menjaga ketenteraman awam seperti Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan yang setaraf dengannya, ada kemungkinan ianya perlu dikaji semua, tapi setakat Ketua Pengarah JPJ apa la sangat.



Khamis, 20 April 2017

IBU DYANA SOFYA BERANG BILA ANAK DI TANGKAP SEDANG BERCUMBUAN

Mak kepada bekas calon Teluk Intan, Dyana Sofya nampaknya berang apabila gambar anaknya bercumbuan dengan buah hatinya, Zairil Khir Johari.

Empat keping gambar tersebut tular di laman media sosial serta dikongsi oleh ribuan pelayar yang rata rata memberikan kritikan negatif mengecam tindakan ahli DAP barkenaan.


Mengikut puan Yammy Samad, tindakan menyebarkan gambar berkenaan adalah mengganggu kehidupan pribadi anak beliau.

Sangkakala nak bagi tau sikit dekat puan Yammy, cuba periksa balik sama ada Dyana ni dah nikah dengan Zairil atau tidak.

Kalau belum bernikah, rasanya perlu dinikahkan sebab dah jauh sangat terpesongnya tu.

Bab kata privacy atau kehidupan pribadi rasanya sebagai ahli politik, pribadi atau tidak itu bukan isu, isunya sekarang perlakuan Dyana sendiri yang beromen di khalayak ramai dan itu boleh dikatakan mengganggu privacy tempat tersebut melainkan ianya berlaku dalam bilik hotel.



PPBM AMALKAN SISTEM MENGIKUT KASTA !! ITU KATA SUK PPBM PUSAT !! @NajibRazak

Semalam satu lagi berita gempar yang telah memberi satu tanparan hebat berlaku dalam PPBM atau biasa kita dengar sebagai parti Bunga.

Setiausaha Kerja parti tersebut telah betindak keluar parti serta melepaskan semua jawatan secara serentak berkuat kuasa serta merta.


Kamarul Azman Habibur Rahman yang juga merupakan salah seorang pengasas PPBM mengatakan bahawa pemimpin tertinggi parti tersebut mengamalkan sikap kronisme serta kasta dimana mereka yang mempunyai pangkat serta kedudukan akan mendapat tempat sebagai pemimpin tetapi mereka yang benar benar bekerja untuk parti akan dipandang sepi.

Beliau juga mengatakan bahawa PPBM kini hanya bertindak untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan bukannya berjuang untuk membela rakyat.

Sangkakala pula berpandangan bahawa PPBM hanya ditubuhkan untuk membalas dendam terhadap beberapa perkara yang akan Sangkakala buka dalam penulisan akan datang.

Tidak ada agenda untuk membela rakyat dalam PPBM kerana ianya ditubuhkan hanya kerana berasaskan dendam semata mata dan ayat yang mengatakan bahawa PPBM ditubuhkan untuk membela rakyat hanyalah retorik semata mata.



Rabu, 19 April 2017

DAH TUA MASIH TAK SEDAR DIRI !! KASSIM AHMAD PERLU BERTAUBAT !! @NajibRazak

Kalau dilihat dari keadaan rupa dan dari segi warna rambut jelas menunjukkan Kassim Ahmad sudah menjangkau usia senja.

Tapi apa yang agak menyedihkan bila pakcik sorang ni seolah olah tidak sedar diri apa yang diperkatakan dan apa yang menjadi permintaan beliau.


Mungkin beliau (Kassim) sudah mengalami penyakit nyanyuk hingga membuatkan beliau meminta supaya agama Islam dihapuskan sebagai agama persekutuan.

Persoalannya disini, kenapa begitu beriya iya sangat sesetengah pihak inginkan penghapusan agama Islam sebagai agama persekutuan ni?

Adakah mereka lupa bahawa selama ini agama Islam terjaga dan angkat darjatnya sebagai agama tertinggi di Malaysia?

Adakah mereka mampu untuk menjaga agama Islam jika ianya tidak lagi menjadi agama persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan dimana ianya boleh diamalkan serta disebarkan kepada semua rakyat Malaysia.

Agak mengecewakan apabila seorang Islam sanggup mempertikaikan kedaulatan agama sendiri demi untuk memuaskan hati pihak yang selama ini memang anti dengan Islam.



Selasa, 18 April 2017

GAMBAR PANAS DYANA DAN ZAIRIL TULAR DI MEDIA SOSIAL PUNCA DAP MENENTANG RUU 355

Hari ni satu lagi gambar tentang Zairil dan Dyana Sofea tular di media sosial yang dilihat bercumbu mesra dalam sebuah restoran.

Empat keping gambar yang salah satunya menunjukkan aksi Zairil bercium mulut dengan Dyana dan satu lagi melihatkan Dyana sedang minum dipercayai arak menjadi bualan penggiat media sosial.


Agaknya ini adalah salah satu punca kenapa DAP menentang dengan keras akta 355 yang hendak diperkasakan di Malaysia.

Ada juga di kalangan penggiat media yang mengambil pandangan positif dengan mengatakan Zairil dan Dyana sudah menikah dan bagi Sangkakala kemungkinan itu tidaklah mustahil.

Tapi aksi menonggang gelas ke dalam mulut oleh Dyana menunjukkan seolah olah gelas tersebut mengandungi arak kalau nak dilihat daripada rupa bentuk gelas.

Walau apa pun, jika Dyana dan Zairil belum lagi menikah, maka perlakuan tersebut adalah salah disisi syarak dan boleh dikenakan tindakan.

Tapi apa yang lebih penting ialah, ini adalag budaya yang dibawa oleh DAP untuk menjahanamkan orang Melayu.


Khamis, 13 April 2017

PEMBANTU AHLI PARLIMEN SUBANG DICULIK ATAU MELARIKAN DIRI ??

Kecoh apabila pembantu kepada R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang dikatakan diculik.

Tapi semalam, Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa Peter Chong didapati masuk ke Thailand dengan menaiki bas.

Nampak sangat puak puak pakatan ni cuba nak kelirukan masyarakat.

Dia sendiri yang nak enjoy kat Thailand dengan naik bas supaya orang tak tau, kat sini pula keluarga kata dia kena culik.


Tapi ada juga kemungkinan dia ni melarikan diri, sebab sekarang ni Sangkakala tengok, pihak SPRM pun mengamuk semacam.

Itu semua kemungkinan tapi kemungkinan diculik tu memang takde la.



Rabu, 12 April 2017

DAH RAMAI ANAK MELAYU ISLAM LEBIH KAFIR DARI KAFIR @NajibRazak @zahid_hamidi

Mungkin agaknya kerana perkara perkara sebegini yang membuatkan ada di kalangan orang Melayu Islam menentang Rang Undang Undang 355 akta Mahkamah Syariah di perkasakan.

Bukan kerana apa, kerana puak puak ni senang nak menghina agama Islam sewenang wenangnya tanpa perlu takut kerana denda atau hukuman mahkamah syariah adalah terlalu rendah dan longgar.

Sepertimana yang dilakukan oleh seorang wanita yang juga merupakan pengasas BERSIH telah mempertikai tentang laungan azan dan kedudukan masjid.



Sangkakala tengok puak puak ni dah lebih kafir daripada kafir yang sedia ada hingga sanggup mempertikai tentang agama sendiri.

Tapi bersyukurlah sebab di Malaysia ni takde lagi kegiatan yang menjurus kepada ISIS atau Daesh, kalau ada, Sangkakala rasa dah jahanam puak puak ni kena kutip.



Khamis, 6 April 2017

BUKTI KEZALIMAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT MARHAIN

Apa salahnya kalau berniaga demi untuk menambah pendapatan sehari hari dalam menempuh kehidupan pada masa kini?

Ini soalan yang perlu diberikan kepada kerajaan Pakatan di bawah pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali yang dilihat kian rakus merampas kebajikan rakyat.

Pihak PBT semalam telah menkalankan operasi menyita barangan serta alatan perniagaan peniaga kecil kecilan di Seksyen 15.





Persoalannya, jika Azmin pernah satu ketika menghantar borang perniagaan kepada seorang gadis yang menjual nasi lemak 'ANAK DARA' kenapa mereka mereka ini tidak diberi peluang untuk menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan?

Adakah ini amalan double standard yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan yang selama ini terpekik terlolong mengatakan bahawa Selangor negeri berkebajikan.

Apakah bentuk kebajikan jika peniaga peniaga ini ditindas sebegini rupa?

Tapi tak mengapa, dah lapan tahun pakatan memerintah, dan rakyat Selangor rasanya dah nampak apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kepada rakyat selama ni.

Dalam pilihanraya akan datang, pastikan mata anda tertutup terus memangkah parti lain selain daripada Barisan Nasional, ayuh bangkit, kita tamatkan pemerintahan Pakatan.