Selasa, 12 Jun 2012

PATUT LE AISHAH BERIYA-IYA SANGAT

Setelah Bob Lokman menyertai PAS tidak berapa lama dahulu, baru-baru ini Aishah pula menyertai parti bulan tersebut.

Setelah Sangkakala meneliti sebab kedua-dua selebriti ini menyertai PAS, rupanya kedua-dua mereka mempunyai agenda yang sama, iaitu untuk menjadi calon.

Setelah Bob Lokman menyertai PAS, bapa beliau pernah berkata bahawa beliau meminta supaya Bob Lokman diberikan peluang untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Semalam pula, Aishah yang satu masa dulu terkinja-kinja diatas pentas mungkin turut mempunyai hasrat sama seperti Bob Lokman.

Tapi apa yang Sangkakala nampak, kes Aishah adalah lebih seronok di perlihatkan, mungkinkah Aishah ingin menjadi calon serta mencari calon untuk beliau yang telah lama kesunyian?

Haha..dah kena sangat tu, mak janda sorang ni, lepas mendengar bahawa ada ustaz dari Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan kaunseling pukul 2 pagi terus menyertai PAS, mungkin dengan harapan di beri kaunseling serupa agaknya.

Aishah yang telah gagal beberapa kali dalam perkahwinan kini akan mencari calon-calon dikalangan orang-orang PAS yang kita ketahui pandai untuk memberikan kaunseling kepada isteri masing-masing hingga membolehkan mereka bernikah lebih dari satu.

Dan mereka ini juga pandai memberikan kaunseling hingga isteri-isteri mereka meyakini bahawa apa yang dilakukan oleh mereka seperti ditangkap basah dan sebagainya adalah fitnah, walaupun mereka secara terang-terangan di tangkap di bilik hotel, di dalam keretapi dan sebagainya.

Bijak Aishah mencari tempat untuk mencari secangkir kasih.

Kakak-kakak yang ada dalam PAS, insyaallah anda nanti akan dapat madu seorang selebriti yang dulunya duduk diluar negara dan sudah pastilah kehidupan secara sosial tiada batasan tambahan pula bergaul dengan artis-artis bukan islam disana satu masa dulu.

Mungkin juga Aishah termakan pujukan dari PAS yang mengatakan bahawa dengan menyertai parti tersebut, segala dosa-dosa beliau akau terhapus dan perkara ini dapat di sahkan oleh Nik Aziz.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno pun banyak yg berbini 2... Cam mane tu..

Tanpa Nama berkata...

Tak salah....sokong kawin empat !!!

Tanpa Nama berkata...

Jangan buat fitnah... kan ke suaminya sekarang orang PAS? Nak cari calon suami apa lagi???

QalamQabut berkata...

Hayatilah senikata lagu 'Janji ManisMu' lagu terpopular Aishah. Semoga meletup lagi lagu itu, terutamanya di Kelantan, di musim pilihanraya kali ini.

Tanpa Nama berkata...

bkn ke aisyah dah kahwin??bru je kn?blenye jadi janda blik?

Tanpa Nama berkata...

dah Quran kata fitnah ni tak boleh kenapa dok buat juga,kalau tak nak pakai Quran nak pakai kitab apa.Fikir-fikirkan lah.

Tanpa Nama berkata...

bila Aishah kahwin lagi????? dengan sape lak? ini kahwin kali ke -4 kan? wow! macam nak challenge Elizabeth Taylor je....