Selasa, 10 April 2012

FAKTA TENTANG MINYAK YANG TIDAK DIDEDAHKAN

Kita selalu di dengarkan oleh Pakatan Haram tentang minyak atau subsidi minyak. Pakatan Haram selalu mengatakan bahawa minyak di negara kita pada harga yang tinggi.

Ini adalah fakta minyak yang disorokkan Pakatan Haram. Dan ianya tidak sekali-kali akan disebut oleh mereka kerana keraka tau minyak di negara ini adalah didalam kadar yang rendah.

1)Brazil negara ke 13 pengeluar minyak tetapi harga minyak dinegara tersebut dijual rm4.57. Sebagai perbandingan, Malaysia di ranking ke 27 pengeluar.

2) Jumlah subsidi di Malaysia adalah antara yang tertinggi iaitu sebanyak 2.4 peratus dari KDNK. Manakala Brunei pula sebanyak 2.2 peratus sahaja dari KDNK. Sebagai rekod, KDNK Malaysia adalah sebanyak rm682.66 billion manakala Brunei jauh lebih kecil sebanyak rm 36.88 billion.

3) Negara2 arab yang merupakan anggota OPEC (pengeluar minyak) mempunyai harga petrol termurah kerana kadar pengeluaran petrol mereka melebihi kadar permintaan. Ini berbeza dengan malaysia kerana kadar permintaan di Malaysia melebihi kadar pengeluaran. Malah, Malaysia tidak layak menganggotai OPEC

Kesimpulan; ketika kuasa ekonomi seperti China terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat segelintir diantara kita di Malaysia ini kononnya lebih bijak dengan menabur janji dengan mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta merta". Ini ditambah lagi dengan janji terbaru perlupusan PTPTN, tol dan lain2 akan diambil dari duit subsidi minyak. Apa yang pelik, walaupun janji mereka ini tidak berpijak di bumi yang nyata, berduyun2 rakyat termakan dengan janji2 tersebut termasuklah golongan2 terpelajar.

1 ulasan:

Scripters berkata...

Owhhh skrg baru saya terfikir sebab apa minyak di arab saudi murah kerana permintaan berkurangan dlm negara sendiri sbb di sana ramai guna unta disebabkan padang pasir yg luas berbanding malaysia... memang penipu la pembangkang ni...terima kasih admin kerana mencairkan otak saya