Tapi dalam pada itu berlaku juga satu perkara yang membuatkan Perhimpunan Agung kali ini menjadi panas ditambah pula apabila ianya melibatkan peggiat media iaitu para blogger yang selama ini menyokong kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Sangkakala lihat ramai yang naik angin apabila gadis yang bernama Farhana dari Kelab UMNO Luar Negara ini mempertikai atau mempersoal para blogger yang kononnya lewat menjawab isu atau fitnah pembangkang.
Bagi Sangkakala ada dua sudut yang perlu dilihat disini dan yang pertama ialah, memang ada kebenaran tentang apa yang dikatakan oleh adik Farhana ni.
Dalam memjawab isu atau fitnah pembangkang memang kita mengalami kelewatan tetapi perlu juga diingat bahawa setiap satu fitnah atau isu perlu dijawab dengan fakta dan bukannya dengan auta atau suka suka nak jawab dan kadang kadang fakta dan jawapan ini kami sebagai blogger dimaklumkan agak lewat dan ini yang membuatkan jawapan berkenaan lewat dikeluarkan.
Mungkin Farhana tidak tau tentang apa yang berlaku sebenarnya di Malaysia kerana beliau banyak menghabiskan masa di luar negara dan dengan itu Sangkakala rasa tidak menjadi masalah jika beliau mengeluarkan apa yang terpendam.
Satu lagi sebab Sangkakala agak bersetuju dengan Farhana ialah, bukan sahaja penggiat media ini lambat menjawab iau atau fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang malah ada juga dikalangan penggiat media yang menghentam kepimpinan sendiri.
Sebagai contoh Sangkakala berikan disini ialah isu teguran Perdana Menteri terhadap kepimpinan UMNO Selangor, ada dikalangan penggiat media yang turut sama menghentam kepimpinan UMNO Selangor seterusnya memberi input kepada cybertrooper pembangkang untuk menjadikan isu tersebut menjadi lebih hangat.
Bagi Sangkakala, kadang kadang teguran seperti ini perlu juga kita sebagai penulis laman blog terima dan tidak ada salahnya jika orang luar bercadang untuk memberikan nasihat serta cabaran dan disini Sangkakala lihat Kelab UMNO Luar Negara telah memberikan cabaran dan dari apa yang Sangkakala lihat, Farhana mengatakan bahawa sekiranya blogger UMNO lewat menjawab isu maka Kelab UMNO Luar Negara akan cuba membantu untuk menjawab fitnah tersebut.
Disini Sangkakala harap ada pembetulan, sepatutnya Farhana mengatakan bahawa mereka ( KULN ) sama sama membantu tidak kira siapa dulu siapa kemudian dalam menjawab satu satu isu.