Rabu, 5 November 2014

KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA MEREPEK APA NI

Bila YAB Perdana Menteri melontarkan perasaan beliau dalam konvension UMNO Selangor, maka ramailah orang termasuk pemimpin yang mengatakan itu dan ini.

Ditambah pula apabila kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri tidak diambil sepenuhnya oleh penggiat media dan terus sahaja hentaman diberikan kepada UMNO Selangor sedangkan apa yang disebut oleh Perdana Menteri telah dipotong dari kenyataan asal terlebih dahulu.

Klik gambar untuk video
Bila Perdana Menteri bersuara begitu mulalah ada yang mengeluarkan kenyataan termasuklah Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang mengatakan perlu pendekatan baru dalam penerangan UMNO Selangor kalau nak menang.


Bercakap memang mudah, tapi perlaksanaan pula macam mana?

Bukanlah Sangkakala rasa tidak boleh menerima teguran, tapi kalau setakat teguran tanpa cadangan, budak umur tahun pun boleh bercakap.

Tak perlu ambil contoh yang jauh, kita ambil yang paling dekat iaitu penerangan tentang GST yang akan dilaksanakan pada bukan April tahun depan.

Adakah penerangan tentang GST sudah dilaksakan dengan sepenuhnya? Adakah rakyat sudah benar benar faham apa itu GST?

Sangkakala setuju dengan kenyataan bahawa perlu ada tiga pendekatan berbeza memandangkan di Selangor ada golongan bandar, pinggir bandar dan luar bandar tapi adakah penerangan GST mengikut taraf penduduk seperti yang di maksudkan?

Sangkakala menghadiri penerangan GST yang dilaksanakan oleh pegawai pegawai kastam, dan dari pengamatan yang Sangkakala lihat dan dengar, ianya cuma selari, tidak pula mengikut 3 peringkat seperti yang dicanangkan.

Macam Sangkakala katakan tadi, kalau setakat bercakap semua orang mampu, tapi selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia, apa pula pendekatan Tok Mat dalam usaha membantu penerangan negeri untuk merampas kembali negeri Selangor?

Adakah semua gerakan, ceramah dan pendekatan yang dilakukan sekarang ni tidak langsung menampakkan imej bahawa UMNO Selangor sedang cuba untuk meyakinkan kembali atau memartabatkan kembali UMNO Selangor.

Mungkin masanya masih terlalu awal apabila kepimpinan baru mengambil alih tampuk kepimpinann negeri kalau tak silap Sangkakala tak sampai setahun pun tapi seolah olah kepimpinan baru ini telah menjadi pemimpin tertinggi negeri selama beberapa penggal.

YB Datuk Seri Noh baru sahaja dilantik sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri dan sepatutnya beliau diberikan kepercayaan untuk membentuk kekuatan bukan diperlekehkan seolah olah kesilapan PRU lepas berpunca dari beliau dan kepimpinan yang ada kini.

Teguran Presiden adalah ibarat teguran ayah kepada anak, tapi sepatutnya abang atau adik membantu jika terlihat kesilapan dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan dengan seolah olah melepaskan batok ditangga.

Sangkakala nak tanya juga sikit kat sini, Pulau Pinang pun dah dua penggal kalah, begitu juga dengan Wilayah Persekutuan, Kelantan pula dah 5 penggal, takde ke kaedah yang perlu dilakukan dalam penerangan di ketiga tiga negeri tersebut?

Adakah hanya di Selangor atau hanya Selangor yang perlu menang dalam pilihanraya? Negeri lain kita biarkan sahaja?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan