Tapi untuk menjatuhkan hukuman tersebut kita juga perlu ingat, jangan sampai mengaibkan si penjenayah sebab dia juga seorang manusia.
Seorang lelaki dikatakan mencuri sebuah motosikal dan kemudian beliau dapat di tangkap dan dibogelkan serta di pukul.
Boleh ke macam tu? Kalau setakat pukul bagi 4 ke 5 das penumbuk dekat pipi Sangkakala rasa berbaloi tapi kalau sampai bogelkan penjenayah ni di khalayak ramai rasanya itu perbuatan yang tidak berhati perut serta tiada perikemanusiaan.
Walaupun lelaki tersebut adalah seorang pesalah, kita perlu juga menitik beratkan bahawa beliau adalah manusia dan setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Adakah dengan cara memukul dan mengaibkan beliau sedemikian rupa maka penjenayah ini tidak lagi perlu menjalani hukuman yang ditentukan oleh mahkamah?
Atau adakah hukuman mahkamah masih diperlukan selepas lelaki ini diaibkan sedemikian rupa? Atau perlu kedua duanya sekali?
Sedarlah, kita hari ini berada di sebuah negara yang mempunyai undang undang yang adil dan saksama, setiap penjenayah akan dihukum mengikut kesalahan mereka dan bagi Sangkakala, kita tidak menggunakan undang undang rimba dalam menghukum penjenayah atau pesalah.
Mmg bangang la org yg buat budak nie mcm nie..ini bukan cara nyer sampai mengaib kn org..mmg die salah sbb mencuri..tp orang yg mengaib kn budak nie lg la salah..xde otak..menjatuh kan maruah org..
BalasPadamKalo aku kne...mmg saman malo..
BalasPadamKALAU MACAM TU KITA BOLIHLAH LANYAK ANWAR. JANGAN PULA POLIS TANGKAP KITA
BalasPadamAda yg gay dari mereka yg menangkap budak nih. Sic
BalasPadammemang kena laa kan rakyat jadi hakim.
BalasPadam