Isnin, 24 November 2014

PAS HANTAR MEMORANDOM ??? NAMPAK MACAM KELAKAR PULAK

PAS nak hantar memorandom bantahan apabila MAS menjual arak dalam penerbangan mereka.


Sangkakala tak nafikan bahawa tindakan ini adalah bagus, tapi kenapa bantahan ini hanya untuk MAS?

Di Selangor yang merupakan negeri dibawah pentadbiran PAS, PKR dan DAP terdapat sebuah kilang arak terbesar di Malaysia dan ianya seperti didiamkan seolah olah tiada apa apa berlaku.

Adakah PAS hanya akan membuat bantahan jika ianya melibatkan kerajaan pusat dan bila terkena batang batang hidung sendiri semua senyap membisu seribu bahasa.

Sudah sudah lah, tak payah la nak tunjuk yang kamu semua membela Islam kononnya tetapi apa yang jelas hanya retorik semata mata.

Kilang arak di Shah Alam sebesar besar yang ada didiamkan sepi. 

Apa beza jualan arak dengan memproses arak? Atau ada fatwa PAS yang mengatakan bahawa memproses dibenarkan tapi jualan adalah dilarang?

Disini kita semua mampu untuk berfikir sejenak, apa perjuangan PAS selama ini, adakah mereka benar benar ikhlas atau mereka ini hanya mencari E-Class.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan