Sabtu, 8 November 2014

AZMIN ALI MAKIN RESAH DAN GELISAH HADAPI SIDANG DUN

Kemelut pemilihan Menteri Besar telah pun berakhir dengan satu kejutan dimana orang yang langsung tiada dalam senarai sebagai calon akhirnya dinobat untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Azmin Ali telah dinamakan oleh PAS dan bukannya oleh PKR kerana pada masa itu PKR hanya berkehendakkan Wan Azizah yang baru sahaja menerajui kawasan RUN Kajang sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.


Walaupun Azmin kelihatan selesa menerima jawatan yang diidam idamkan, namun kegusaran jelas terbayang melalui gerak kerja beliau yang dilihat sampai turun ke longkang dan mendedahkan nombor telefon kononnya untuk membantu rakyat.

Azmin sebenarnya hanya mahu mencari populariti kerana beliau sebenarnya yiada kekuatan di Selangor berikutan kisah kisah lampau seperti yang dikhabarkan sebelum ini iaitu, menderhaka kepada ibu, perlakuan sumbang dalam tandas dan himpunan BERSIH 3.0.

Di tambah pula dengan kes Haji Hadi yang terpaksa masuk ke kandang pesalah apabila kes saman beliau tidak ditarik balik oleh bekas calon PKR yang kononnya didakwa oleh Hadi sebagai penjual pil kuda.

Ini semua membuatkan Azmin bertambah gusar dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar kerana risau jika PAS yang hari ini mempunyai kerusi sebanyak 13 setelah 2 ADUN mereka bertindak keluar parti dan mengisytiharkan bahawa mereka adalah ADUN Bebas.

Sidang DUN akan bermula pada hujung bulam November nanti dan salah satu agenda dalam persiangan kali ini ialah pembentangan bajet kerajaan negeri dan adakah Azmin akan mendapat sokongan penuh dari semua wakil rakyat dalam Dewan baik dari parti kerajaan mahu pun Barisan Nasional.

Jika pembangkan sudah pastilah mempunyai hujah mereka untuk membangkang  dan sebelah kerajaan pula sudah pasti akan menyokong.

Tapi dalam keadaan sekarang, adakah semua di kalangan ADUN kerajaan akan menyokong beliau? Atau akan ada satu atau dua ADUN nanti yang akan membuat pertikaian tentang belanjawan yang dibentang oleh Azmin?

Jika ada satu perkara yang diusulkan oleh Menteri Besar dan ianya tidak mendapat sokongan, maka Menteri Besar perlu melepaskan jawatan kerana undi tidak percaya telah berlaku yang membuatkan beliau hilang kelayakan untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar dan ini sebenarnya tidaklah mustahil akan berlaku.

Azmin selama ini mengkritik kepimpinan Khalid Ibrahim dan setelah menjadi Menteri Besar, segala yang dilakukan oleh Khalid disambung oleh Azmin seperti biasa dan ini jelas menunjukkan bahawa Khalid dikhianati.

Kita berbalik kepada undi tidak percaya terhadap Azmin, adakah nanti semasa dalam sidang DUN Azmin akan mendapat sokongan sepenuhnya sepertimana yang Sangkakala persoalkan tadi.

Jadi sama sama kita tunggu apa akan berlaku nanti.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan