Selasa, 18 November 2014

KENAPA SATU BLOGGER KONSISTEN BALUN NOH OMAR ??? @NajibRazak

Sangkakala perhatikan sejak kecoh cerita teguran Perdana Menteri dalam konvensyen UMNO Selangor baru baru ini, blogger MIK begitu konsisten menghentam kepimpinan Datuk Seri Noh di Selangor.


Apa yang Sangkakala tahu, blogger MIK satu masa dulu adalah blogger pembangkang yang sememangnya ditugaskan untuk memberikan persepsi negatif terhadap kerajaan kepada rakyat.

Dan ada juga maklumat yang Sangkakala terima bahawa penulis laman blog ini juga pernah dibayar oleh UMNO Selangor satu masa dulu tetapi ditamatkan perkhidmatannya apabila gerak kerja yang diberikan tidak memberikan impak.

Dan adakah kerana itu maka MIK mula menyerang UMNO Selangor?

Ada juga berita yang mengatakan bahawa MIK kini dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri dan ada dalang didalam Pejabat Perdana Menteri yang menjadi tangan hitam untuk memporak perandakan UMNO Selangor.

Untuk makluman, UMNO Selangor kini sedang dalam proses pembaharuan dari segi gerak kerja dan kalau diikutkan dari apa yang dilakukan, UMNO Selangor adalah negeri pertama melakukan retreat kepimpinan negeri selepas PRU13 dan UMNO Selangor juga menjadi negeri pertama mengadakan konvensyen sebelum Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Ini membuktikan bahawa UMNO Selangor kini sedang merencana untuk melaksanakan transformasi tapi ianya diganggu gugat oleh mereka mereka yang berada di dalam Pejabat Perdana Menteri sendiri.

Sangkakala pernah berjanji bahawa Sangkakala tidak akan menghentam kepimpinan Perdana Menteri tetapi Sangkakala tidak pernah berjanji untuk tidak menjentik atau mencari atau mengorek atau menghentam pegawai atau sesiapa sahaja dalam Pejabat Perdana Menteri atau kepimpinan yang lain.

Jadi kalau selepas ni Sangkakala korek sampai 7 kaki dalam jangan marah atau jangan terasa hati, sebabnya Sangkakala dah pun dapat siapa dalam dalam memporak perandakan UMNO Selangor ni.



2 ulasan:

  1. Salam 1Malaysia,

    Boleh tak bagi email yang boleh kita berhubung untuk jemputan bagi program Belia 4B.

    sila email ke impactmediacommunication2u@gmail.com

    Terima Kasih

    BalasPadam
  2. http://rasuahsanasini.blogspot.com/2014/11/senarai-bayaran-pampasan-diterima.html

    FAEKAH HUSIN PENERIMA BAYARAN TERTINGGI

    BalasPadam