Kenapa Sangkakala kata macam tu? Ini berikutan beberapa kenyataan beliau yang Sangkakala nampak bercanggah dengan apa yang beliau lakukan semasa menjadi pemimpin di Bahagian Subang dulu.
Dengan mengatakan bahawa praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pemimpin merebut jawatan dan bukannya untuk memberikan khidmat kepada masyarakat.
Sangkakala nak juga bertanya, tahun 2008 kenapa Datuk Bushro bertanding dalam tahun 2008 sebagai Ketua Bahagian? Adakah ianya kerana benda yang sama seperti mana yang beliau nyatakan? Sangkakala bukanlah berniat untuk menuduh tapi sekadar melihat seolah olah Datuk Bushro mempunyai pengalaman tersebut.
Setelah 33 tahun dalam UMNO dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam UMNO, kini baru Datuk Bushro mengatakan perkara sedemikian? Kenapa tidak semasa beliau menjadi Ketua Bahahian dan ADUN dulu? Ini menjadi persoalan yang bermain dalam kepala Sangkakala.
Lagi satu apabila Datuk Bushro mengatakan bahawa pucuk pimpinan memberikan mereka dengan pelbagai imbuhan dan bila tak dapat merajuk.
Adakah Datuk Bushro dulu tidak mendapat apa apa imbuhan atau bantuan dari pucuk pimpinan? Sampai boleh mempersoalkan perkara sedemikian?
Sangkakala tidak mengatakan bahawa teguran Tun Mahathir selaku mantan Perdana Menteri itu tidak baik, tapi rasanya ada saluran yang lebih baik untuk membuat teguran dan bukannya dalam kenyataan terbuka seperti itu dan Sangkakala amat yakin bahawa kepimpinan UMNO Selangor akan menerima teguran secara hati yang terbuka tetapi mengikut cara yang betul.
Kalau nak dikatakan pula pemimpin hari ini tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk mendekati rakyat, Sangkakala rasa ini adalah satu perkara yang memang tepat kena pada Datuk Bushro kerana beliau sendiri kalah di kawasan yang majoritinya adalah orang melayu dengan kekalahan yang bukan sedkit tetapi lebih dari 5000 undi.
Jadi disini Sangkakala melihat bahawa betul apa yang dikatakan oleh beliau dimana jika pemimpin tidak mendampingi rakyat maka rakyat akan menghukum mereka kerana kita memilih 0emimoin dengan menggunakan sistem undi dan undi itu yang akan menentukan sama ada mereka akan kekal atau tidak sebagai pemimpin, dan jelas apabila lebih 5000 orang yang tidak memilih Datuk Bushro sebagai ADUN merasakan bahawa mereka tidak didampingi oleh beliau, jika tidak sudah pasti beliau akan dapat mengekalkan kerusi tersebut dan insyaallah, kepimpinan yang ada kini sedang berusaha keras memperbaiki kesilapan yang dilakukan di masa lalu.
Kalau bab duit ni, Sangkakala tak mau kata apa apa, tapi sudah ada yang mempersoalkan kenapa Datuk Bushro dilihat acap kali membawa beberapa rombongan ke negara jiran? Itu pun selepas beliau mengambil keputusan tidak lagi mahu bertanding sebagai Ketua Bahagian.
Satu lagi tentang gandingan baru dan lama di Selangor yang disebut oleh beliau dalam kenyataan yang sama.
Pemimpin di peringkat Bahagian dipilih oleh perwakilan yang mewakili ahli dan di peringkat perhubungan negeri, rasanya semua Ketua Bahagian, tidak kira baru atau lama adalah ditempatkan dalam perhubungan negeri dan tiada tertinggal mahu pun terpinggir, jadi kepemimpinan bagaimana yang Datuk Bushro maksudkan?
Adakah kepimpinan seperti yang dimimpikan oleh beliau? Sebab Datuk Bushro mengikut kata beberapa orang teman di bahagian kerap mendapat mimpi.
Jadi beginilah, Sangkakala rasa adalah lebih baik jika Datuk Bushro membantu parti jika beliau benar benar merasakan bahawa beliau ingin melihat perubahan dalam parti dan bukan hanya bercakap tapi realisasikan dengan perbuatan iaitu turun memberikan bantuan semampu mungkin dan janganlah harapkan apa apa imbuhan pula sebab pemimpin UMNO Sangkakala yakin tidak mengharapkan semua itu.
Butoh apa ko ni unggey? Baru se hari dua masuk subang ko nk ckp mcm ni. Apa ko tau. Jilat la boss kaki carnival ko tu. Ko xtau apa2 pasal subang la. Dia bwk rombongan pegi indonesia bukan pakai duit bapak ko... jgn salah game bro. Sakit nanti... ko yg nk war. Aku bg war...
BalasPadamRelax brader..brader relax..kita bukan nak war baam..cuma persoalan..kenapa sekarang tapi tidak dari dulu..kan bagus kalau Datuk Bushro membantu demi memenangkan parti..dia org lama..sepatutnya banyak pengalaman yang dia boleh kongsikan
PadamBila pulak aku komen kat atas tu?
BalasPadam