Isnin, 10 November 2014

#bangang AZMIN ALI TERTAMPAR MUKA SENDIRI

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru baru ni telah mendedahkan nombor telefon beliau di laman sosial dan mengatakan bahawa semua rakyat Selangor boleh memberikan mesej kepada beliau jika terdapat sampah di kawasan mereka.


Yang nampak kelakarnya bila Azmin yang sentiasa keluar dan masuk ke kediaman beliau tidak dapat melihat sampah yang berlonggok di hadapan rumah.


Gambar ni Sangkakala dapat dalam facebook Friends Of BN yang menunjukkan di seberang sana adalah kediaman Menteri Besar dan sampah berlonggok tidak sampai 100 meter dari pintu pagar masuk ke rumah.

Takkan Azmin tak nampak sampah berlonggok ni atau saja saja buat tak nampak?

Atau pun Azmin sengaja mencari populariti sampah dengan meletakkan nombor telefon kononnya milik beliau tetapi ianya diberikan kepada pegawai untuk diuruskan.

Dan seperti biasa, pegawai ni pulak akan tidur selagi mahu sebab gaji akan tetap masuk setiap bulan.

Sudah sudah la Azmin, jangan nak tipu rakya dengan cara kerja retorik hanya untuk menambah populariti kononnya dialah Menteri Besar yang mampu untuk buat kerja dan cuba nak kelabukan mata rakyat dengan helah yang diciptakan.

Kalau dah macam ni rakyat Selangor masih lagi nak percaya, tak taulah sampai bila nak kena kencing dengan Menteri Besar 'aiskrim' ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan