Rabu, 18 April 2012

YANG BERDEMO SILA BAYAR PTPTN DENGAN SEGERA

Tindakan pembangkang mempengaruhi pelajar institusi pengajian tinggi supaya mendesak kerajaan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak wajar dan perlu ditolak.

Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan Alias Che Othman berkata PTPTN memberi peluang kepada pelajar terutama dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi yang kosnya semakin meningkat.

"Pelajar yang bersyukur dengan wujudnya PTPTN ini lebih ramai daripada segelintir pelajar yang membuat kacau kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahukan PTPTN dihapuskan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelajar yang cuba mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara ini, kerana sebagai pelajar serta harapan keluarga, mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga berjaya.

"Apabila mereka berjaya menjadi pelajar cemerlang dan memperolehi pekerjaan yang hebat sudah tentu mereka mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN," katanya.

Tiada ulasan: