Khamis, 26 April 2012

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (12)


TUDUHAN

Isu pengundi hantu.

JAWAPAN

Isu “pengundi hantu” yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini bahawa pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya di negara ini. Pada SPR, dakwaan “pengundi hantu” adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum.

Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak samaada di mahkamah atau di luar mahkamah.

Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang di failkan di mahkamah selepas pilihan raya.

Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih.

Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih.

Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya “pengundi hantu” sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan di kekalkan di dalam daftar pemilih.

Walaupun mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan.




Tiada ulasan: