Memaparkan catatan dengan label #pengganas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #pengganas. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Julai 2014

KEKEJAMAN ISRAEL DI BUMI PALESTIN #savegaza

Esok adalah hari terakhir umat Islam menunaikan ibadah puasa dan lusa pula semua umat Islam akan menyambut hari kemenangan dalam menahan nafsu dengan berpuasa selama sebulan.

Di Malaysia mungkin sambutan kali ini agak hambar apabila negara dikejutkan dengan nahas pesawat MH17 yang meragut 295 nyawa penumpang serta anak kapal.

Walaupun negara kita menyambut sambutan kali ini dengan agak sederhana tapi sedarkan kita bahawa ada saudara kita sesama Islam mungkin tidak menyambut hari lebaran dan jika ianya disambut, mungkin dalam keadaan ketakutan dan penuh penderitaan.

Klik gambar untuk video

Kekejaman yang dilakukan oleh Israel memang tidak bol3h dimaafkan lagi tambahan pula beberapa negara barat turur sama menyokong tindakan mereka menyerang penempatan manusia di Palestin.


Ahad, 20 Julai 2014

KHALID SAMAD LEGA #MH17 JATUH TERHEMPAS ??? #pray4mh17

Semasa kecoh kes Sultan Selangor murka dengab Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kita tiba tiba dikejutkan dengan nahas kapal terbang MH17 yang membawa 295 penumpang serta anak kapal dan kesemua yang ada dalam penerbangan tersebut mati terbunuh.

Mungkin ini melegakan Khalid Samad kerana tumpuan keatas beliau telah dialihkan kepada nahas berkenaan dan kes kemurkaan Sultan Selangor terhadap beliau nampaknya reda dan senyap.


Mungkin kita terlupa sebentar yang Khalid Samad pernah mempersoalkan tugas dan kedudukan MAIS perlu di kaji semula kerana kedudukan MAIS di bawah kuasa Paduka Seri Sultan Selangor dan bukannya di bawah kerajaan negeri.

Ingat Khalid, walaupun rakyat Malaysia tertumpu ke arah MH17 yang ditembak jatuh oleh pengganas, namun masih ada yang memerhatikan kamu dari jauh dan setiap tindak tanduk kamu dalam mempersoalkan kuasa Sultan sedang di pantau.



Jumaat, 18 Julai 2014

KURANG AJAR !!! MAIN SENTIMEN AGAMA TENTANG #MH17

Dalam rakyat Malaysia sedang bersedih tentang kemalangan pesawat MH17 di Ukraine masih ada pula yang cuba nenaikkan kemarahan apabila memainkan sentimen agama dalam isu tersebut.



Sepatutnya dalam keadaan sekarang kita bersatu untuk menempuhi cabaran dan memberikan semangat kepada keluarga mangsa dan bukannya seperti haram jadah dalam gambar diatas yang boleh menimbulkan ketegangan diantara kaum dan agama.

Bila ada anak Melayu yang bersuara lantang memaki seperti kejadian pelanggaran kenderaan milik Kiki baru baru ni tau pulak ramai yang memekik melolong kata si Kiki tu kurang ajar, statement diatas tu pulak agaknya macam mana?


#MH17 #pray4mh17 KERANA SATU NYAWA !!! RATUSAN NYAWA MELAYANG

Serangan puak Ukraine keatas sebuah pesawat penumpang milik MAS yang membawa 295 penumpang serta anak kapal mendpata liputan luas di seluruh dunia.


Pelbagai spekulasi juga sudah mula timbul dan pelbagai andaian sudah mula bersarang dalam kepala pengguna pengguna laman sosial.

Tapi apa yang penting sekarang ini ialah pengakuan dari pihak yang bertanggungjawab dalam insiden menyayat hati tersebut.

Pihak Ukraine telah mengakui bahawa mereka tersalah tembak pesawat MH17 kerana menyangkakan bahawa ianya adalah kapal pengangkut yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kapal yang membawa Putin dikatakan terlewat lebih kurang 40 minit di belakang MH17 yang mana sepatutnya peluru berpandu itu disasarkan.

Apa pula tindakan Rusia setelah mengetahui bahawa MH17 ditembak jatuh adalah berpunca daripada krisis mereka dengan Ukraine dan apa pula tindakan badan badan dunia yang selama ini berlagak seperti kuasa mereka ditakuti oleh mana mana pihak?

Dalam insiden ini Sangkakala rasa rakyat Malaysia perlu bersatu untuk mendesak Rusia untuk melakukan tindakan dan mendesak badan dunia supaya membawa mereka ke muka pengadilan kerana telah mengorbankan nyawa orang awam yang tiada kena mengena dengan konflik diantara kedua buah negara berkenaan.

Memang akan ada yang mengatakan bahawa biarlah pihak kerajaan yang melakukan rundingan atau siasatan keatad insiden ini tapi bagi Sangkakala tidak salah rasanya kalau kita juga bangkit membantu kerajaan mendesak supaya siasatan secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil.



Khamis, 17 Julai 2014

VIDEO KAPAL TERBANG MALAYSIA TERHEMPAS DI UKRAIN RUSIA

Tidak dapat dipastikan samabada berita ini benar atau tidak, tapi ada sumber yang mengatakan bahawa ini adalah bideo dimana sebuah pesawat MAS yang membawa penumpang seramai 295 orang penumpang terhempas di Ukrain Rusia.


Ada juga laporan yang mengatakan bahawa kapal terbang penumpang milik MAS telah dutembak jatuh oleh pengganas di Rusia.

Alfatihah kepada semua penumpang yang dikatakan terbunuh namun belum ada kepastian tentang berita kemalangan ini.

Berita lanjut akan disusuli lagi nanti.


Isnin, 14 Julai 2014

TLDM TIADA KUASA MENEMBAK ??? MASIH LAGI DENGAN AMARAN ??

Pelik pula Sangkakala dengan prosedur yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia sampai pasukan Tentera Laut DiRaja Malaysia tidak dibenarkan untuk menembak penceroboh.


Betul ke cerita ni? Atau ada yang cuba cuba nak mencemar nama baik TLDM semata mata?

Panglima TLDM sendiri mendesak kerajaan Malaysia supaya memberikan kuasa kepada mereka untuk menembak penceroboh.

Kalau dah Panglima TLDM sendiri minta dan desak, Sangkakala tak boleh juga nak kata perkara ni hanya mainan.

Tapi pelik, kenapa TLDM tidak diberikan kebenaran untuk menembak dan menurut sumber, TLDM hanya boleh melepaskan tembakan amaran supaya penceroboh ini berhenti.

Nak gelak pula Sangkalala bila dengar macam tu, orang salah ni mahu ke berhenti bila disuruh? Kalau setakat tembakan amaran tu rasanya tak payah nak sembang la, penyamun penyangak penceroboh ni gelak guling guling.

Mana tak gelak penceroboh ni, mereka tahu bahawa tembakan tersebut tidak disasarkan ke arah mereka dan ianya hanyalah satu amaran supaya berhenti.

Apa guna kita membekalkan TLDM dengan senjata senjata cangih dalam kapal mereka kalau ianya sekadar untuk hiasan?

Gunakan semua senjata berkenaan sebaik mungkin, kalau dah amaran berhenti tidak dihiraukan, Sangkakala rasa takde salahnya kalau kapal penceroboh berkenaan di tembak sebelum mereka sempat berbuat apa apa.

Sampai anggota polis gugur di Sabah kerana nak pertahankan negara, rupanya first defence di tengah laut hanya boleh tengok sambil main dam haji diatas kapal sebab tindakan tidak boleh diambil, apa yang boleh ialah tembakan amaran.


HUBUNGI ISTERI BERTAHU DIRI DICULIK

Isteri anggota polis yang hilang dalam siri serang hendap oleh 8 suspek pengganas di Sabah kelmarin dikatakan telah mendapat panggilan telefon daripada anggota berkenaan yang mengesahkan bahawa beliau telah di tawan oleh pengganas bersenjata.

Dalam kes di Pulau Mabul, Semporna Sabah itu, Konstabel Zakiah Aliep telah hilang dan dipercayai di culik mana kala Koperal Ab Rajah Jamuan terbunuh apabila terkena tembakan.

Sangkakala mengharapkan agar semua berjalan dengan baik dan Konstabel Zakiah Aliep dapat diselamatkan dengan seberapa segera.


Ahad, 13 Julai 2014

APA FUNGSI ESSCOM DALAM MENJAGA KAWASAN PERAIRAN DAN KEPULAUAN DI SABAH ???

Sejak peristiwa serangan pengganas Sulu di Lahad Datu, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu pasukan yang dipanggil sebagai ESSCOM.

Apa fungsi ESSCOM sebenarnya jika masih ada beberapa kejadian culik dan semalam serangan oleh pengganas telah mengakibatkan kematian seorang anggota polis akibat di tembak.


Dulu kita jarang mendengar kisah kisah serangan pengganas seperti ini kecuali di zaman wujudnya PKM dulu dan apa yang Sangkakala tahu, selepas PKM meletakkan senjata, serangan pengganas sudah tidak lagi kedengaran.

Kini bukan kita hanya mendengar, malah ianya semakin kerap berlaku, persoalannya apakah fungsi ESSCOM ditubuhkan? Adakah hanya untuk menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia mengambil berat tentang keselamatan sedangkan tahap kawalan masih diparas biasa?

Bagi Sangkakala, apabila sebuah pasukan seperti ESSCOM ditubuhkan maka kegiatan atau kes serangan pengganas dari negara jiran tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seperti kata Perdana Menteri, ESSCOM prlu dikaji semula supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik.



SABAH DISERANG LAGI !!! SEORANG ANGGOTA POLIS MARIN GUGUR


Laporan dari Ketua Polis Negeri Sabah tentang serangan pengganas.

As Salam Ydh Tan Sri IGP, Tan Sri DIGP , Dato'Sri2 , DW , DP dan Dato2.

Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad ,  Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan  secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna (.)
Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .

Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan  (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah botronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindongan.

Kumpulan saspek di syaki  datang daripada arah Filipina yg bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yg surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang (.)
Semasa kejadian saspek2 telah melepaskan sekurang2nya (10) das tembakan rambang kearah jeti, botronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception.

Apabila keadaan reda pemereksaan dibuat olih Sjn Jeffridin yg berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha2 mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang samaada di culik atau .....masih dicari.
 
Tindakan PPM (operasi) Semporna :
Satu (.) Botronda RH45 dan PGR 12 Bersama PPMO Semporna ke lokasi kejadian utk memberi bamtuan ,
Dua (.) Botronda PSC58 telah diarahkan utk buat cut-off di Pulau Adal,
Tiga (.) Botronda RH46 telah diarahkan utk area-scanning di sekitar Laut Pu Mabul, dan
Empat (.) Usaha mengesan mangsa sedang dilaksanak bersama KD Lekiu ( Helicopyer Super-Link ) (.)

Rumusan.......8 orang suspek2 berlatarbelakangkan komando atau militan tidak bolih dipandang rendah/ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau2 atau daratan untuk membalas dendam kpd penguatkuasa kita  atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom)
Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.

Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi.

Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik.

T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.


Sent from Samsung Mobile