Memaparkan catatan dengan label #mh17. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #mh17. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Ogos 2014

BODOH !!! BILA PONDAN BERSELFIE DISAAT BERKABUNG #mh17

Nampaknya semakin menjadi jadi sikap kurang ajar pondan tua adik kepada kaki aiskrim si Azmin Ali ni.

Dalam saat seluruh negara berkabung dan memberi penghormatan sebagai tanda sokongan moral kepada keluarga mangsa nahas pesawat MH17 kelmarin, Azwan Ali masih lagi mahu menunjukkan sikap biadap beliau.


Bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri menjadi mangsa dalam kejadian tersebut, sudah pasti kita juga akan merasai kesedihan sepertimana yang mereka rasai.

Oleh itu paling tidak pun hormatilah keluarga mangsa dan janganlah diguris perasaan mereka ini dengan sikap kita yang kurang sopan.

Satu lagi Sangkakala tengok dari segi pakaian beliau, nak kata bertudung tidak nak kata bersongkok juga tidak sebab dua dua sekali pondan tua ni pakai.

Taubat la Azwan Ali, takut berasap kubur nanti, satu masa dulu masa menjadi pengacara diawal kemunculan beliau di kaca television, Sangkakala tengok elok je berpakaian seperti lelaki, bila makin berumur pula makin menjadi dengan naluri kebetinaan.



Ahad, 3 Ogos 2014

HUSAM MUSA TAK PEDULI SENSITIVITI MASYARAKAT #MH17 #MH370

Dalam rakyat Malaysia berduka dengan beberapa insiden yang berlaku dalam tahun ini yang menimpa negara, kebanyakan pemimpin kerajaan Barisan Nasional mengambil pendekatan untuk membatalkan acara acara keramaian dan sebagai contoh rumah terbuka untuk sambutan hari raya juga dibatalkan untuk menghormati keluarga mangsa pesawat MH17 dan MH370.

Tapi dalam pada masa sama, pemimpin PAS seolah olah tidak mempedulikan semua itu malah sambutan hari raya disambut dengan penuh meriah hinggakan ada yang membuat cabutan bertuah dan sebagainya.


Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa itu adalah hak individu bagaimana cara untuk mereka mengadakan sambutan hari raya, tapi bagi Sangkakala pula sambutan yang diadakan janganlah terlalu meriah kerana dalam kita bergembira secara berlebihan, ada di kalangan rakyat negara kita yang berduka diatas kehilangan ahli keluarga tersayang seperti contoh keluarga penumpang dan krew pesawat MH17 yang ditembak jatuh serta pesawat MH370 yang masih belum ditemui dimana kedudukannya.

Perdana Menteri sendiri telah membatalkan rumah terbuka menteri kabinet disebabkan menghormati keluarga mangsa yang terlibat dalam kedua dua nahas berkenaan.

Apakah mereka ini tidak langsung memikirkan perasaan orangblain hingga mengadakan rumah terbuka sampai mengadakan cabutan bertuah kepada para hadirin? Fikir fikirkanlah apa yang akan mereka fikirkan dan apa yang dirasakan oleh mereka yang sedang bersedih dan berduka.


Sabtu, 2 Ogos 2014

#MH17 @NajibRazak BUAT PANGGILAN PERHITUNGAN DENGAN ALEXANDER BORODAI ???

Kejayaan rundingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ketua pemberontak Alexander Borodai yang menguasai wilayah Donetsk yang menjadi lokasi pesawat MH17 terhempas telah membuka mata dunia.


Kisah kejayaan itu turut dilaporkan besar-besaran oleh media antarabangsa dan menjadi viral di laman sosial namun Najib tidak pernah menceritakan secara terperinci tentang 'panggilan perhitungan' itu.

Hari ini, Perdana Menteri akhirnya menceritakan kisah itu kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau di Belanda dan berikut adalah transkrip sidang akhbar berkenaan:

"Ïa satu panggilan perhitungan yang saya buat. Saya tahu sensitiviti berbuat demikian. Saya membuatnya melepasi sempadan geopolitik. Proses pengumpulan bukti tanpa menerima mayat dan kotak hitam akan menjadi mustahil.

Semakin lama menunggu , semakin tinggi risiko kotak hitam dipinda dan dimusnahkan. Ia satu risiko yang jelas. Keluarga yang terjejas juga akan semakin tertekan secara emosi.

Panggilan itu secara tulennya berpaksikan motif tersebut. Sebab itulah saya buat (panggilan) iaitu berunding untuk selesaikan kes. Apa yang saya lakukan tidak berkaitan dengan pengiktirafan terhadap kemerdekaan (Wilayah Donetsk).

Saya hanya telefon, saya tidak pernah jumpa (Borodai). Saya perlu buat panggilan perhitungan supaya saya boleh percaya dan berpegang kepada perkataan mereka.

Tambahan pula, situasi di tapak nahas amat mencabar namun pasukan awal yang kita hantar melakukan tugas dengan baik.

Tiada apa-apa tuntutan dari mereka. Tiada wang tebusan, tiada janji, hanya merayu atas dasar kemanusiaan. Mereka perlu memberi maklum balas kerana ini merupakan tragedi kemanusiaan.

Saya perlu melakukannya sendiri, tidak boleh melalui kaedah biasa sebab ini rundingan rahsia yang perlu dibuat sendiri oleh saya.

Selain berunding, pada masa sama saya memberikan arahan kepada pasukan (Malaysia) di lapangan diketuai Leftenan Kolonel Mohd. Sakri Hussain (Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN)).

Pada masa itu, timbul juga fikiran bahawa sesuatu tidak betul telah berlaku. Hantar 12 orang diketuai Leftenan Kolonel Sakri ke zon konflik yang ada risiko tersendiri. Kalau ada sesuatu berlaku, kita tidak tahu nasib 12 orang ini.

Selain kesedihan keluarga mangsa (MH17), anda meletakkan 12 orang ini dalam risiko kalau misi gagal.

Ini yang berlegar dalam fikiran saya dan sudah tentu saya perlu lalui tekanan emosi semasa proses itu tetapi Alhamdulillah hasilnya positif dan kita mencapai sesuatu yang ramai beranggapan mustahil".  UTUSAN

Jumaat, 1 Ogos 2014

#MH17 AHLI KONGGRES AMERIKA PUJI KEBOLEHAN PERDANA MENTERI @NajibRazak

Insiden nahas MH17 memang mendapat perhatian dunia dan kuasa kuasa besar seperti Amerika Syarikat juga tidak ketinggalan menceritakan tentang kisah pesawat malang tersebut yang ditembak jatuh namun masih belum ada bukti kukuh untuk membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Dunia mengetahui bahawa kawasan nahas adalah kawasan puak pemisah dimana puak pemisah ini pada awalnya memberi amaran supaya kawasan ini tidak dimasuki oleh sesiapa.

Namun atas kebijaksanaan Perdana Menteri, puak pemisah ini akhirnya membenarkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan malah dengan penuh hormat mereka menyerahkan kotak hitam pesawat yang mengandungi semua laporan berhubung dengan nahas tersebut.

Rundingan diantara Perdana Menteri dengan puak pemisah ini telah mendapat respon yang agak menarik apabila ahli konggres Amerika telah memuji Perdana Menteri dalam persidangan mereka dan dibawah adalah ucapan dari anggota Konggres tersebut.




Del. Eni F. H. Faleomavaega

Speaker, I rise today to commend Prime Minister Najib Razak of Malaysia for his leadership in negotiating the release of the remains of the victims killed in the downing of flight MH17 in eastern Ukraine.

Prime Minister Najib held a series of secret talks with the separatists to broker an agreement for the return of the bodies and the promise of safe passage for recovery teams going to the crash site. He also secured the return of the black boxes of flight MH17 so that a full investigation may ensue.

Prime Minister Najib's personal involvement in the negotiations sets the standard for diplomacy around the world. I commend Prime Minister Najib for not leaving negotiations to aides.

Some matters in life are sacred, and I am pleased that Prime Minister Najib recognized this situation as such. I thank him for setting aside politics for a higher purpose--to return the bodies of fathers, mothers, brothers, sisters, sons and daughters to the families who lost and loved them. I praise him for doing what others would not or could not.

My thoughts and prayers are with all those who have been affected by this tragedy. After a full and fair investigation, I am hopeful that those responsible will be held accountable.

Rujukan DISINI...

Ini sebenarnya adalah satu kebanggaan dimana dalam mesyuarat tergempar sidang parlimen yang diadakan baru baru ini tentang MH17 juga telah melihatkan pihak pembangkang dan kerajaan bersatu dalam menangani isu tersebut.


Isnin, 28 Julai 2014

#MH17 ANAK PRAMUGARI TERIMA IPAD DARI PERDANA MENTERI @NajibRazak

Pemberian Ipad oleh Perdana Menteri kepada anak salah seorang pramugari pesawat malang MH17 mungkin dapat mengurangkan kesedihan ramaja perempuan tersebut yang kehilangan ibu di hari lebaran selepas pesawat berkenaan di tembak jatuh baru baru ni.


Walaupun Ipad tersebut tidak seberapa nilainya bagi seorang Perdana Menteri, tapi sifat keprihatinan beliau serta isteri bagi mengubat pilu remaja tersebut perlu dicontohi.

Bukan macam yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang sentiasa menyalahkan kerajaan dan MAS atas insiden yang meragut nyawa kesemua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

Kita seharusnya mencontohi apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang cuba untuk mengubati kedukaan remaja berkenaan.

Maksud Sangkakala disini bukanlah dengan pemberian seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak tetapi rasanya cukuo dengan sokongan moral kepada keluarga mangsa.

Kita juga kecewa apabila ada dikalangan pihak pembangkang yang dilihat cuba memberikan persepsi negatif kepada rakyat dalam nahas tersebut dan perkara ini sepatutnua tidak berlaku kerana kita sebagai rakyat juga seharusnya bersedih dengan nasib malang pesawat yang membawa penumpang dan anak kapal tersebut.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Perdana Menteri yang dilihat begitu prihatin dan tabah dalam menangani insiden berkenaan.


Ahad, 27 Julai 2014

KETUA POLIS NEGARA TERUS DIBERI TEKANAN DI LAMAN SOSIAL @KBAB51

Kes bermula apabila Kiki Kamarudin atau lebih glamor digelar sebagai wanita 'stering lock' mendapat liputan meluas apabila video wanita berkenaan naik angin selepas kereta milik beliau dilanggar oleh seorang kelaki cina di siarkan dalam media sosial.

Lanjutan dengan itu, wanita berkenaan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM 5 ribu ringgit dan kerja kebajikan selama 240 jam dan mendapat pelbagai respon dari penggiat laman sosial.

Tapi lebih menggemparkan lagi apabila kritikan yang dilakukan oleh penggiat media keatas Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara yang dikatakan berat sebelah apabila Kiki dikenakan hukuman dalam tempoh yang amat singkat tetapi beberapa kes lain yang serupa dan disiarkan dalam media sosial tidak mendapat perhatian oleh Ketua Polis dan Peguam Negara.


Seperti gambar yang Sangkakala siarkan diatas, lebih 500 like serta 190 komen telah dikemukakan oleh penggiat laman sosial facebook tetang Ketua Polis Negara dan apa yang Sangkakala lihat, status berkenaan masih lagi mendapat perhatian apabila ianya tidak lagi berhenti di kongsi oleh pengguna lain serta mendapat komen dari mereka.

Boleh lihat DISINI...

Mungkin dalam kenyataan akhbar seperti yang dinyatakan oleh pemilik akaun tersebut, Ketua Polis Negara cuba mengheret pasukan polis dalam kritikan yang diberi tetapi sebenarnya ia tidak begitu.

Apa yang Sangkakala lihat disini, orang ramai sudah mula tidak selesa dengan Ketua Polis Negara tetapi bukannya pasukan polis yang dilihat mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Dalam komentar yang diberikan dalam ruangan komen akaun tersebut, jelas membuktikan bahawa rakyat kini meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara yang dilihat seolah olah acuh tak acuh dengan komitmen yang diberikan oleh rakyat.

Nampaknya KPN dan AG perlu menjawab segala kritikan yang dilemparkan oleh mereka dalan memastikan pasukan polis terus mendapat tempat di hati rakyat.




Rabu, 23 Julai 2014

PEMBANGKANG TERKEDU DENGAN TINDAKAN @NajibRazak #MH17 #pray4mh17

Selama ni pembangkang selalu mengatakan bahawa janji janji yang diucapkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia hanyalah janji dicapati dan bukannya janji ditepati.

Namun sejak kelmarin lagi apabila puak pwmisah di Ukraine bersetuju untuk menyerahkan mayat mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 yang ditembak jatuh baru baru ini.

YAB Perdana Menteri telah berjanji bahawa kerajaan Malaysia akan membawa pulang mayat mangsa ke tanah air sebelum menjelangnya Aidilfitri nampaknyabakan kesampaian dimana buat masa sekarang, kesemua mayat mangsa telah dibawa keluar untuk dibedah siasat dan kemudiannya dihantar pulang ke negara masing masing begitu juga dengan mayat rakyat Malaysia yang terkorban.


Disini Sangkakala nak tanya sikit pada pembangkang yang selalu memperlekeh usaha kerajaan, adakah janji janji kerajaan sebelum ini yang tidak tertunai? Kalau ada pun mungkin ianya belum terlaksana dan untuk itu ianya tidak boleh disebut sebagai janji yang tidak ditepati.

Tapi bagaimana pula janji janji pakatan pembangkang? Di Negeri Selangor khususnya, masih banyak janji yang diberikan oleh kerajaan negeri tidak lagi ditunaikan adakah janji janji tersebut adalah janji dicapati dan tidak akan ditepati?

Jangan hanya pandai menunding jari kepada kerajaan kerana pakatan kini sudah pun menjadi kerajaan di 3 buah negeri dan apa yang kita dapat lihat kini ialah, janji hanya tinggal janji dan rakyat masih tertunggu tunggu dengan apa yang dijanjikan oleh pakatan kepada mereka.

Tahniah Sangkalala ucapkan kepada Perdana Menteri yang telah berjaya melakukan rundingan dengan puak pemisah dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah mayat serta kitak hitam pesawat yang selama ini dalam genggaman puak pemisah di Ukraine.

Dan hari ini baru kita nampak bagaimana Anwar Ibrahim sendiri terpaksa tabuh spring dengab kejayaan pemimpin besar kerajaan yang membuktikan bahawa kata kata beliau bukan hanya omongan kosong.



@NajibRazak TERIMA HADIAH HARI LAHIR DARI PUAK PEMISAH #MH17 #pray4mh17

Tak berapa lama insiden menyayat hati membabitkan nahas sebuah pesawat penumpang yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine, hari lahir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun tiba.

Dalam kelam kabut dunia memberi tekanan kepada puak pemisah supaya menyerahkan mayat mangsa serta kotak hitam pesawat yang menyimpan segala data penerbangan, Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri telah melakukan rundingan dengan puak pemisah agar mayat serta kotak hitam diserahkan kepada wakil dari Malaysia yang kini berada di Ukraine.

Apa yang menjadi kebanggaan ialah, puak pemisah yang selama ini kita ketahui tidak pernah gentar atau mahu berlembut dengan mana mana pihak, akhirnya akur dengan permintaan Perdana Menteri tanpa syarat, dan ini bagi Sangkakala adalah hadiah hari lahir Perdana Menteri dari puak pemisah tersebut.


Namun bukan itu cerita utamanya, apa yang perlu kita lihat ialah, bagaimana sebuah negara kecil seperti Malaysia disanjung dan dihormati bukan sahaja oleh kerajaan negara luar, malah puak pemisah juga menghormati Malaysia dan ini semua sebenarnya belum tentu dapat dilakukan oleh negara negara kuasa besar yang hanya akan menghantar bala tentera mereka dalam menyelesaikan sesebuah masalah.

Sikap toleransi yang diamalkan oleh Malaysia dengan sikap setiakawan telah memperlihatkan bahawa kita adalah sebuah negara yang senang melakukan rundingan secara baik dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dan ada kemungkinan juga kerana ini maka puak pemisah tersebut juga mengenali dan mengetahui bagaimana perjalanan kerajaan Malaysia dalam melakukan rundingan.

Tapi adalah amat malang apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersyukur, malah tidak berterima kasih kepada pihak kerajaan dan bukan itu sahaja, mereka ini sanggup mencemuh, mengeji dan menghina kepimpinan kerajaan yang ada sekarang tanpa sedikitpun mereka memandang akan kebaikan yang telah dilakukan.

Di saat ini Sangkalala ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan insysaallah, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu kepada PM.


Selasa, 22 Julai 2014

ANWAR CABAR KEWIBAWAAN SULTAN SELANGOR

Titah ucapan Tuanku Sultan Selangor baru baru ini yang menyelar kebiadaban ahli parlimen Shah Alam nampak gayanya tidak dihiraukan oleh Anwar Ibrahim

Tuanku Sultan ada menyatakan bahawa Khalid Samad yang bukan anak kelahiran Selangor perlu mempelajari selok belok tentang negeri Selangor jelas juga menunjukkan bahawa Tuanku Sultan tidak berapa berkenan dengan kehadiran orang luar yang bukan anak jati Selangor untuk menjadi pemimpin di negeri tersebut.

Tapi apa yang berlaku kali ini ialah, Anwar Ibrahim meletakkan Wan Azizah yang merupakan isteri beliau sebagai calon Menteri Besar dan seterusnya menidakkan apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor baru baru ini.


Ini sebenarnya adalah salah satu cara bagaimana Anwar hendak menujukkan bahawa kekuasaan parti melebihi dari kuasa Sultan.

Wan Azizah yang dikatakan lahir di Singapura bukanlah anak jati Selangor dan ada kemungkinan besar apa yang berlaku sepertimana yang dilakukan oleh Khalid Samad akan berulang kembali.

Satu lagi persoalan ialah, adakah rakyat Selangor bersetuju untuk meletakkan orang luar sebagai Menteri Besar hanya semata mata untuk melempias nafsu serakah menyamun kekayaan negerI Selangor oleh Anwar Ibrahim?

Anak anak Selangor sepatutnya berasa malu dengan apa yang diputuskan oleh Anwar Ibrahim yang juga bukan merupakan anak jati Selangor.

Ini seolah olah menujukkan Anwar cuba mengatur perjalanan dan kepimpinan anak Selangor dengan meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Rasanya cukuplah anak Selangor diperbodohkan oleh PKR yang rakus.



BARRACK OBAMA BELUM TENTU MAMPU MACAM @NajibRazak #MH17 #pray4mh17

Malam ni satu berita gembira telah diberikan oleh Perdana Menteri apabila beliau mengatakan bahawa puak pemberontak yang dikatakan telah menjadikan mayat kesemua penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang ditembak jatuh baru baru ini sebagai tebusan akan memberikan kerjasama dalam memastikan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas seterusnya menyerahkan mayat mayat korban serta dua kotak hitam dari pesawat malang berkenaan.


In recent days, we have been working behind  the scenes to establish contact with those in charge of the MH17 crash site.

That contact has now been made. Under difficult and fluid circumstances, we have been discussing the problems that have occupied us all: securing vital evidence from the aircraft, launching an independent investigation, and above all recovering the remains of those who lost their lives.

Tonight, we have established the basis of an agreement to do just that.

Earlier this evening I spoke to Alexander Borodai, who is in command of the region where the tragedy occurred. We have agreed the following:

·         Firstly, the remains of 282 people, currently in Torez, will be moved by train to Kharkiv, where they will be handed over to representatives from the Netherlands. The train will depart this evening Ukraine time, and will be accompanied by six Malaysian members of the recovery team. The remains will then be flown to Amsterdam on board a Dutch C130 Hercules, together with the Malaysian team. Following any necessary forensic work, the remains of Malaysian citizens will then be flown home to Malaysia.

·         Secondly, at approximately 9pm tonight Ukraine time, the two black boxes will be handed over to a Malaysian team in Donetsk, who will take custody of them.

·         Thirdly, independent international investigators will be guaranteed safe access to the crash site to begin a full investigation of the incident.

I must stress that although agreement has been reached, there remain a number of steps required before it is completed.

There is work still to be done, work which relies on continued communication in good faith. Mr Borodai and his people have so far given their co-operation.

I ask that all parties continue to work together to ensure that this agreement is honoured; that the remains of our people are returned, that the black box is handed over, and that the international team is granted full access to the site.

Only then can the investigation into MH17 truly begin; only then can the victims be afforded the respect they deserve. We need to know what caused the plane to crash, and who was responsible for it, so that justice may be done.

In recent days, there were times I wanted to give greater voice to the anger and grief that the Malaysian people feel. And that I feel. But sometimes, we must work quietly in the service of a better outcome.

I understand that for the families, nothing can undo this damage. The lives taken cannot be given back; the dignity lost cannot be regained.

My heart reaches out to those whose loved ones were lost on MH17. We hope and pray that the agreement reached tonight helps bring them a clear step towards closure.

ENDS

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Perdana Menteri atas segala usaha beliau untuk memastikan mayat mayat mangsa dibawa ke tanah air seberapa segera yang mungkin dan perkara ini bagi Sangkalala bukanlah sesuatu yang mudah dan kemungkinan besar Barrack Obama selaku Presiden negara besar pun tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut.

Tahniah sekali lagi dan terbukti juga bahawa apa yanh dikatakan oleh Perdana Menteri untuk membawa pulang mayat mayat berkenaan ke tanah air sebelum hari raya nampaknya bakal termakbul dan ini juha sebenarnya adalah daripada seluruh rakyat Malaysia.



Isnin, 21 Julai 2014

@NajibRazak MENUNTUT PIHAK PIHAK TERBABIT BERI KERJASAMA AGAR KITA SEGERA BAWA PULANG MAYAT TRAGEDI #MH17 #pray4mh17


Jangan hanya pandai bercakap, tapi tindakan satu pun tak nampak, itu yang Sangkalala boleh katakan kepada mereka mereka yang hanya pandai bercakap mengkritik itu dan ini tentang nahas MH17 baru baru ini.

Perdana Menteri menuntut agar pihak pihak terbabit terutama kerajaan Ukraine memberikan kerjasama agar mayat mayat rakyat Malaysia dapat dibawa pulang sebelum Aidilfitri yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

Cuma apa yang dikesalkan disini apabila ada dikalangan rakyat Malaysia sendiri seolah olah cuba menangguk di air keruh dengan menarik kes nahas berkenaan ke arah politik atau dengan kata lain ianya dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, seharusnya kita berganding bahu berpimpin tangan dalam membantu kerajaan agar dapat membawa pulang mayat mayat rakyat Malaysia sebelum hari raya aidilfitri ini.


#MH17 #pray4mh17 KERANA MULUT MACAM SIAL !! NGA KOR MENG DAPAT HABUAN

Oleh kerana terlalu taksub hendak meruntuhkan kerajaan sampai lupa sensitiviti keluarga mangsa MH17, maka satu kenyataan menghamun si Nga Kor Meng.


Mungkin ahli keluarga mangsa sudah mula merasa muak dengan cara pemimpin atau ahli parlimen pembangkang yang ajan mempolitikkan apa jua isu tidak kira sama ada ianya akan menganggu sensitiviti masyarakat atau tidak.

Apa yang penting bagi mereka (pembangkang) adalah peluang untuk menyalahkan kerajaan walaupun kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk semua pihak.

Persoalannya adakah jika mereka (pembangkang) memerintah maka kejadian malang seperti yang menimpa MH17 tidak akan berlaku? Adakah kehilangan MH370 juga tidak akan berlaku? Jawapannya ialah itu semua ketentuan Tuhan dan tidak ada sesiapa yang mampu untuk menghalang perkara tersebut.

Kerajaan pada hari ini telah berusaha sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah terutamanya keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang, namun pemimpin pembangkang masih terus berpolitik hingga mereka sendiri lupa bagaimana untuk turut membantu keluarga mangsa yang dalam kesedihan dan tauma akibat kehilangan anggota keluarga dalam nahas yang menyayat hati tersebut.

Mungkin dengan hamburan seperti yang dikeluarkan oleh salah seorang keluarga mangsa mampu menyedarkan pemimpin pembangkang dan mungkin juga dengan mejunamkan mereka satu masa nanti dalam arena politik akan membuatkan mereka sedar betapa berharganya rakyat Malaysia.



VIDEO BAGAIMANA #MH17 DITEMBAK JATUH #pray4mh17

Disini Sangkakala masukkan video bagaimama pesawat MH17 ditembak jatuh yang mengorbankan semua penumpang serta anak kapal berjumlah 295 orang.

Klik gambar di bawah...


Walau bagai mana pun, ini adalah teori bagaimana pesawat tersebut ditembak jatuh dan sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersatu padu memberikan sokongan kepada kerajaan dalam menangani isu ini.


Ahad, 20 Julai 2014

KHALID SAMAD LEGA #MH17 JATUH TERHEMPAS ??? #pray4mh17

Semasa kecoh kes Sultan Selangor murka dengab Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kita tiba tiba dikejutkan dengan nahas kapal terbang MH17 yang membawa 295 penumpang serta anak kapal dan kesemua yang ada dalam penerbangan tersebut mati terbunuh.

Mungkin ini melegakan Khalid Samad kerana tumpuan keatas beliau telah dialihkan kepada nahas berkenaan dan kes kemurkaan Sultan Selangor terhadap beliau nampaknya reda dan senyap.


Mungkin kita terlupa sebentar yang Khalid Samad pernah mempersoalkan tugas dan kedudukan MAIS perlu di kaji semula kerana kedudukan MAIS di bawah kuasa Paduka Seri Sultan Selangor dan bukannya di bawah kerajaan negeri.

Ingat Khalid, walaupun rakyat Malaysia tertumpu ke arah MH17 yang ditembak jatuh oleh pengganas, namun masih ada yang memerhatikan kamu dari jauh dan setiap tindak tanduk kamu dalam mempersoalkan kuasa Sultan sedang di pantau.



WAJAH SUGUL PERDANA MENTERI MEMIKIRKAN #MH17 #pray4mh17

Dalam kemelut yang melanda dimana sebuah daripada pesawat milik MAS MH17 yang membawa penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang jatuh ditembak, ramai dikalangan pihaknyangbtidak berpuas hati menghentam dan mengherdik kreadibiliti Perdana Menteri.

Tapi pernahkah diantara mereka ini berfikir tentang betapa payah Perdana Menteri menghadapi situasi dimana dalam sekelip mata sahaja kita rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita yang begitu menyayat hati?

Atau ada pula pihak yang mengatakan itu biar ditanggung oleh Perdana Menteri kerana beliau nadalah Perdana Menteri.

Bagaimana pula kita sebagai rakyat Malaysia? adakah kita pernah mengatakan biarlah kita memikirkan permasalahan sama kerana kita rakyat Malaysia?


Gambar diatas jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri dalam memikirkan kemelut yang melanda tambahan pula nenek tiri beliau sendiri berada dalam pesawat berkenaan dan dilaporkan turut menjadi mangsa.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kita hanya mampu untuk memandang tapi kita tak mungkin pernah memikirkan apa yang difikirkan oleh beliau sebagai Perdana Menteri. 

Dimasa ini sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik berganding bahu berpimpin lengan dalam menunjukkan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mampu untuk bersatu dalam menghadapi apa jua situasi.


Sabtu, 19 Julai 2014

APABILA SIBANGANG MULA BERCAKAP PASAL PENERBANGAN #MH17 #pray4mh17

Telah dijangka dan diduga, bila ada kes yang agak panas, mula lah akan ada yang mula menjadi pakar dan lagak mereka ni lebih pakar dari pakar pakar yang ada dan mereka ini jugalah yang berlagak seolah oleh mereka lah yang pandai diantara yang paling pandai.


Sejak bila Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat ni menerbangkan pesawat penumpang pergi ke negara luar? Atau sekadar bercakap tanpa menggunakan akal dan tanpa merujuk kepada mereka yang lebih arif.

Kalau belajar tidak berguru kita akan belajar dari syaitan dan begitu juga lah Sangkakala nak katakan kepada Ketua Pemuda PAS pusat si Suhaizan Kayat ni dengan kenyataan yang beliau keluarkan.

Semalam sebaik sahaja negara gempar dengan nahas membabitkan pesawat penumpang MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 295 penumpang serta anak kapal dilaporkan ditembak jatuh di sempadan Ukraine Rusia pihak TV3 telah memanggil bekas ketua juruterbang MAS untuk menceritakan bagaimana situasi dan keperluan seseorang juruterbanh sebelum penerbangan dan semasa di dalam pesawat yang sedang terbang.

Mengikut bekas Ketua Juruterbang tersebut, sebelum berlepas, juruterbang akan diberikan taklimat penerbangan dan laluan yang perlu dilalui termasuk ruang udara negara mana yang akan dilalui oleh peswat tersebut dan dokumen perjalanan akan diserahkan kepada jurutebang sebelum beliau memasuki kokpit pesawat.

Jadi disini Sangkakala amat pasti bahawa taklimat yang diberikan kepada juruterbang pesawat MH17 diikuti oleh juruterbang yang menerbangkan MH17 dan laluan yang digunakan juga adalah berpandukan dokumen penerbangan yang dibekalkan dan satu lagi, laluan udara yang dilalui oleh MH17 memang laluan pesawat penumpang antarabangsa.

Satu lagi kenyataan yang diberikan oleh bekas ketua juruterbang tersebut ialah, MH17 yang menjadi mangsa kepada keganasan pihak yang bertelagah ini sebenarnya hanyalah mangsa kepada keadaan dan kita tidak sepatutnya menyalahkan mana mana pihak kecuali pihak yang bertanggungjawab diatas kemalangan tersebut.

Tapi bagi Suhaizan Kayat ni pulak, Sangkakala tak tau dimana kepakaran beliau dalam menerbangkan sesebuah pesawat penumpang atau apa apa juga pesawat yang mampu terbang hingga Suhaizan boleh mempertikai pesawat berkenaan patut atau tidak menggunakan ruang udara berkenaan?

Sangkakala nasihatkan pada Suhaizan, lebih baik sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa mangsa beragama islam dan ucapkan takziah kepada mangsa mangsa bukan beragama islam.


#pray4mh17 #MH17 SMS ROSMAH PADA PUTIN JADI KEJUTAN

Agak agak ada tak isteri kepada sesiapa di dunia ni yang pernah menghantar sms kepada seorang Presiden sebuah negara yang meminta Presiden berkenaan menelefon suaminya untuk menerangkan sesuatu keadaan?

Mungkin tidak ada yang seberani itu namun isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur mampu untuk menghantar sms kepada orang kanan Presiden Rusia dan meminta presiden tersebut untuk memberikan status tragedi kemalangan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine.


Mungkin ramai yang mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah cuba menunjukkan bahawa beliau hebat dan pada Sangkakala pula memang tindakan tersebut hebat dan tidak semua isteri pemimpin dunia mampu untuk melakukannya.

Ada juga ura ura dan desas desus mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah mencampuri urusan negara, tapi sebagai seorang isteri kepada pemimpin negara dan sebagai rakyat Malaysia, keupayaan yang ada pada Datin Seri Rosmah telah digunakan sepenuhnya oleh beliau memandangkan pesawat yang ditembak jatuh itu adalah milik Malaysia dan ada mangsa yang terbunuh dalam nahas tersebut adalah rakyat Malaysia dan sebagai isteri pemimpin nombor satu negara, tindakan berkenaan adalah amat tepat dan bersesuaian dengan keadaan dimana semua rakyat Malaysia memerlukan maklumat tentang apa yang berlaku sebenarnya.

Hubungan baik diantara Datin Seri Rosmah dengan orang paling rapat presiden Rusia itu dilihat telah memberikan manafaat kepada rakyat Malaysia yang rata rata tertunggu tunggu dan tertanya tanya keadaan apa yang berlaku sebenarnya.


Tindakan Datin Seri Rosmah itu bagi Sangkakala tidak perlu dipolitikkan apatah lagi untuk dipersoalkan kerana jika ada sesiapa yang mampu untuk lakukan perkara sama adalah tidak dihalang sama sekali.

Ekoran dari sms yang dihantar oleh Datin Seri Rosmah kepada orang kanan Putin telah memaksa presiden Rusia berkenaan menelefon Perdana Menteri bagi menjelaskan kedudukan sebenar untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia.

Hanya segelintir sahaja yang mempunyai motif politik melihat tindakan tersebut merosakkan tapi jika sebagai rakyat Malaysia yang mahukan jawapan bagi Sangkakala tindakan tersebut adalah yang paling tepat.



Jumaat, 18 Julai 2014

KURANG AJAR !!! MAIN SENTIMEN AGAMA TENTANG #MH17

Dalam rakyat Malaysia sedang bersedih tentang kemalangan pesawat MH17 di Ukraine masih ada pula yang cuba nenaikkan kemarahan apabila memainkan sentimen agama dalam isu tersebut.



Sepatutnya dalam keadaan sekarang kita bersatu untuk menempuhi cabaran dan memberikan semangat kepada keluarga mangsa dan bukannya seperti haram jadah dalam gambar diatas yang boleh menimbulkan ketegangan diantara kaum dan agama.

Bila ada anak Melayu yang bersuara lantang memaki seperti kejadian pelanggaran kenderaan milik Kiki baru baru ni tau pulak ramai yang memekik melolong kata si Kiki tu kurang ajar, statement diatas tu pulak agaknya macam mana?


#MH17 #pray4mh17 KERANA SATU NYAWA !!! RATUSAN NYAWA MELAYANG

Serangan puak Ukraine keatas sebuah pesawat penumpang milik MAS yang membawa 295 penumpang serta anak kapal mendpata liputan luas di seluruh dunia.


Pelbagai spekulasi juga sudah mula timbul dan pelbagai andaian sudah mula bersarang dalam kepala pengguna pengguna laman sosial.

Tapi apa yang penting sekarang ini ialah pengakuan dari pihak yang bertanggungjawab dalam insiden menyayat hati tersebut.

Pihak Ukraine telah mengakui bahawa mereka tersalah tembak pesawat MH17 kerana menyangkakan bahawa ianya adalah kapal pengangkut yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kapal yang membawa Putin dikatakan terlewat lebih kurang 40 minit di belakang MH17 yang mana sepatutnya peluru berpandu itu disasarkan.

Apa pula tindakan Rusia setelah mengetahui bahawa MH17 ditembak jatuh adalah berpunca daripada krisis mereka dengan Ukraine dan apa pula tindakan badan badan dunia yang selama ini berlagak seperti kuasa mereka ditakuti oleh mana mana pihak?

Dalam insiden ini Sangkakala rasa rakyat Malaysia perlu bersatu untuk mendesak Rusia untuk melakukan tindakan dan mendesak badan dunia supaya membawa mereka ke muka pengadilan kerana telah mengorbankan nyawa orang awam yang tiada kena mengena dengan konflik diantara kedua buah negara berkenaan.

Memang akan ada yang mengatakan bahawa biarlah pihak kerajaan yang melakukan rundingan atau siasatan keatad insiden ini tapi bagi Sangkakala tidak salah rasanya kalau kita juga bangkit membantu kerajaan mendesak supaya siasatan secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil.



Khamis, 17 Julai 2014

VIDEO KAPAL TERBANG MALAYSIA TERHEMPAS DI UKRAIN RUSIA

Tidak dapat dipastikan samabada berita ini benar atau tidak, tapi ada sumber yang mengatakan bahawa ini adalah bideo dimana sebuah pesawat MAS yang membawa penumpang seramai 295 orang penumpang terhempas di Ukrain Rusia.


Ada juga laporan yang mengatakan bahawa kapal terbang penumpang milik MAS telah dutembak jatuh oleh pengganas di Rusia.

Alfatihah kepada semua penumpang yang dikatakan terbunuh namun belum ada kepastian tentang berita kemalangan ini.

Berita lanjut akan disusuli lagi nanti.