Memaparkan catatan dengan label #jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #jenayah. Papar semua catatan

Isnin, 6 Oktober 2014

CONTOH ANAK MELAYU YANG KUTUK @NajibRazak AKIBAT KUFUR NIKMAT #haramjadah

Kadang kadang bila difikirkan balik dan melihat ke dalam jaringan media sosial, Sangkakala rasa sedih dan terkilan apabila masih ada anak Melayu yang tak tau erti bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang mereka telah perolehi selama ni.

Gambar dibawah yang Sangkakala paparkan adalah bukti dari ribuan lagi yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang mereka kecapi selama ini.


Anak Melayu ni mungkin lupa bahawa yang beliau fitnah tu adalah Perdana Menteri dari sebuah parti yang selama ini menjadi pemerintah dan kerajaan Malaysia.

Dengan kerajaan inilah, si Mohd Izaham ini mampu untuk menjadi Jurutera Software apabila diberikan peluang untuk belajar mengikut matapelajaran yang diminati.


Dan dengan jawatan yang sebegitu, Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa beliau mempunyai pendapatan yang cukup tinggi sehingga mampu untuk duduk di kediaman mewah.


Sangkakala nak pesan satu perkara, jangan lupa dimana kita berpijak, pendapatan dah tinggi, jawatan dah bagus, kediaman dah selesa, rasanya kerajaan tidak menghalang untuk kamu mengecapi semua itu kerana tugas kerajaan cuma menyiapkan prasarana selebihnya kena kamu le yang berusaha.

Kalau dah semua terdedah depan mata, rasanya mak bapa pun benci bro.

Kepada para pembaca, boleh le sms atau whatsapp brader kita ni dan berikan nasihat, mungkin dengan nasihat tu nanti dia ni boleh sedar yang dia sekarang ni aman dan damai duduk di Malaysia, boleh dapat semua yang dia nak dan bebas melakukan apa saja selagi tak melanggar undang undang.

Isnin, 28 Julai 2014

LAGI CINA BIADAP DI HARI RAYA !! APA TINDAKAN SKMM DAN PDRM ?? @KBAB51

Nampaknya tak sudah sudah ada dikalangan orang Cina yang biadp terhadap bangsa Melayu dan agama Islam.


Sikap begini seharusnya tidak ada dalam masyarakat kita di Malaysia yang mengamalkan budaya dan adat resam pelbagai kaum.

Rakyat Malaysia rata rata mempunyai agama sendiri dan mereka bebas untuk mengamalkan apa juga acara keagamaan walaupun dalam perlembagaan jelas mengatakan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan bagi Tanah Melayu.

Perjanjian kontrak sosial yang dimeterai oleh wakil 3 bangsa majoriti, Melayu, India dan Cina semasa menuntut kemerdekaan juga nampak gayanya sedang cuba dimusnahkan oleh segelintir manusia yang kemungkinan besar tidak selesa dengan kemakmuran yang ada di negara ini.

Selama ini kita hidup dalam keadaan penuh keselesaan dan penuh harmoni dimana perkara perkara perkauman seperti ini tidak pernah berlaku dan apa yang menjadi kehairanan, kenapa ianua berlaku kini?

Perkara ini juga sepatutnya diambil tindakan oleh kementerian dan badan yang bertanggungjawab agar ianya tidak menjadi isu perkauman dan selayaknya mereka ini menerima hukuman kerana telah cuba mencetuskan rasa tidak selesa dikalangan rakyat Malaysia.

Sangkakala tidak nafikan bahawa bukan semua orang cina yang biadap sepertimana pemilik akaun yang Sangkakala tunjukkan diatas, tapi ada sesetengah dikalangan mereka yang BIADAP dan cuba berlaku KURANG AJAR dan jika perkara ini dibiarkan berlarutan, ada kemungkinan permusuhan antara kaum akan berlaku.

Sangkakala harap akan ada tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib kerana ini sudah dianggap serius dan sekiranya mereka mereka ini dibiarkan maka perkara ini akan terus berleluasa.



Isnin, 21 Julai 2014

@zahid_hamidi MELAYU KENA HEMPUK DENGAN CINA !! APA TINDAKAN @PDRMsia ???

Hari ni Wanita Stering Lock akan didakwa di mahkamah kononnya menggunakan kekerasan di jalan raya atau lebih mudah jika disebut sebagai road buli.

Betul le macam tu? Atau pihak polis hanya mengambil jalan tengah dengan melihat perkara remeh yang tidak diketahui bagaimana mula punca ceritanya?

Kalau nak diikutkan daripada apa yang kita semua ketahui, video yang dikeluarkan di laman sosial youtube itu hanyalah separuh daripada kejadian sebenar dan pada peringkat awal bagaimana ianya boleh berlaku tidak dipedulikan.

Apakah itu satu keadilan buat wanita bernama Kiki Kamarudin yang heboh diperkatakan? Dan bagaimana pula dengan video dalam gambar dibawah..apa pula tindakan pihak polis dan Peguam Negara??


Nasib le Kiki, Ketua Polis Negara ni Melayu dan Peguam Negara juga adalah Melayu, tapi nampaknya kedua dua mereka ni hanya berani ambil tindakan pada orang Melayu dan apabila yang kena pukul macam video dalam gambar diatas, maka menikuslah mereka mereka yang memegang jawatan yang kononnya mendaulatkan undang undang.

Tak tau bagaimana undang undang dalam negara ni di daulatkan sedangkan dalam rukun negara ada tersebut kedaulatan undang undang namun nampaknya ia hanya menjadi sebutan ketika perhimpunan menyambut ulang tahun kemerdekaan.

Itu baru satu video yang boleh dijadikan bukti, belum lagi bagaimana mereka ini memaki hamun anggota polis, belum lagi yang mencetuskan huru hara dalam himpunan haram, belum lagi yang melakukan beberapa kesalahan lain yang dianggap keras dan drastik.

Kalau nak dihimpunkan semua video sebagai bukti bagai mana kaum cina (bukan semua) yang bertindak kurang ajar rasanya mau penuh bilik Ketua Polis dan Peguam Negara ni.

Bukanlah niat Sangkakala memperlekehkan tindakan Ketua Polis dan Peguam Negara, tapi nampak sangat kedua duanya seolah olah memilih bulu dan tiada ketakutan dalam melaksanakan siasatan atau hukuman dan yang lebih menyedihkan lagi, kedua dua mereka Sangkakala lihat tidak mempunyai kekuatan dalam menjalankan amanah yang diberi.


Sabtu, 19 Julai 2014

SELEPAS MUKHRIZ MAHATHIR !! KINI NAJIB RAZAK PULA TERIMA UGUTAN BUNUH @PDRMsia

Baru baru ni seorang blogger telah membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz.

Dan kes tersebut telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dengan tertangkapnya blogger berkenaan.

Sekarang ni pula heboh seorang pengguna laman sosial facebook mengikuti jejak yang sama tapi kali ini YAB Perdana Menteri pula dijadikan sasaran.


Jadi apa lagi PDRM dan SKMM takkan nak biar perkara macam ni macam tu je, takkan takde tindakkan yang boleh diambil keatas pemilik akaun ni.

Rasanya maklumat dalam kad pengenalan tu dah cukup untuk mengesan dimana pemilik akaun laman facebook ni berada kan?..



Khamis, 17 Julai 2014

MELAYU TETAP DENGAN ADAP MELAYU #CDM25

Sejak semalam kecoh dalam media sosial terutamanya laman facebook yang memuat naik video tentang seorang wanita Melayu mengamuk apabila kenderaan beliau terlibat dalam kemalangan dengan seorang lelaki cina.

Pergeseran diantara kereta wanita dan lelaki cina tersebut telah membuatkan wanita berkenaan naik berang lalu menyerang kenderaan milik lelaki cina dengan menggunakan kunci stereng kenderaan dan aksi tersebut telah dirakam serta dimuat naik ke dalam akaun facebook.


Dan bermulalah peristiwa memaki hamun dan menempelak wanita yang dikenali sebagai Kiki ini dengan pelbagai kata kata, tidak kurang juga ada yang memuji perbuatan Kiki yang dikatakan cuba mempertahankan hak beliau sebagai pengguna jalanraya.

Bagi Sangkakala pula salah tetap salah, dan kesalahan Kiki adalah menggunakan kekerasan dengan menyerang kenderaan milik lelaki cina berkenaan sedangkan masih ada saluran lain yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah.

Tapi dengan meletakkan keseluruhan kesalahan tersebut kepada Kiki juga adalah satu tindakan yang tidak wajar dimana setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan dan ianya kadang kala tidak disengajakan.

Mungkin juga Kiki mengalami tekanan pada ketika itu hingga beliau hilang pertimbangan dan telah melakukan kesilapan yang akhirnya membawa padah pada beliau apabila kelakuannya itu mendapat riaksi meluas pengguna laman facebook, twitter dan sebagainya.

Tapi atas sikap yang ditunjukkan oleh lelaki cina yang terlibat sama dalam insiden utu dilihat amat mengagumkan dimana beliau sedia memaafkan Kiki dan ada kemungkinan kerana faktor umur yang matang maka lelaki cina berkenaan lebih memahami situasi dan sikap ini harus dicontohi oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Apa yang dapat kita lihat ialah, apabila lelaki cina tersebut sudi memaafkan Kiki maka secara tidak langsung ianya juga telah membuatkan Kiki sedar akan kesilapan beliau dan seterusnya meminta maaf kepada lelaki cina tersebut dan perjara ini Sangkalala anggap telah selesai dengan penuh harmoni dalam suasana penuh penghormatan diantara dua kaum dan dua darjat umur.

Jadi disini kita perlu mengambil iktibar, tidak semestinya yang salah tetap terus bersalah dan tidak ada yang keruh tidak mampu untuk dijernihkan dan dengan sikap toleransi diantara kedua mereka ini diamalkan, Sangakakala yakin kehidupan kita semua di negara ini akan lebih aman dan damai.

Kepada yang telah mengeluarkan pelbagai kata kata mengutuk dan menghina Kiki, Sangkakala rasa sudah sudahlah tu sebab walaupun betul beliau melakukan kesilapan tapi adap Melayu masih ada dalam diri beliau dimana beliau sendiri telah memohon maaf kepada lelaki cina tersebut dan ianya adalah amat bersesuaian dengan kata kata "yang muda menghormati yang tua" dan Kiki telah menunjukkan kelakuan tersebut walaupun pada asalnya terjadi pertelingkahan.



Selasa, 15 Julai 2014

LAGI CERITA TIPU !! DIROGOL SELEPAS DIPAKSA NAIK MOTOSIKAL

Macam macam cara remaja sekarang nak menyelamatkan diri bila dah kantoi dalam sesebuah perkara tambahan pula kalau perkara tersebut mengaibkan.

Sangkakala terbaca dalam portal berita SinarHarian yang mengeluarkan berita kononnya seorang remaja berusia 15 tahun dari Kuala Terengganu dirogol selepas dipaksa menaiki motosikal.

Yang tak boleh tahan tu bila ada perkataan DIPAKSA menaiki motorsikal, boleh percaya ke? Kalau naik kereta, van tau yang seangkatan dengannya Sangkakala agak yakin juga, tapi kalau naik motor ada rasa macam pelik sikit.

Motorsikal !!! Kenderaan yang tidak mempunyai dinding dan kalau mangsa berteriak sudah pasti akan ada ramai yang membantu, kenapa tak berteriak atau memekik meminta tolong atau memang seronok untuk mengikut suspek yang juga merupakan teman lelaki remaja tersebut.

Maaf la, kalau Sangkakala jadi hakimnya, salah tetap salah mengikut peruntukan undang undang, budak perempuan ni pun Sangkakala rasa tak boleh dilepaskan begitu sahaja dan perlu juga diambil tindakan.

Yang menjadi kehairanan lagi ialah, selepas 3 bulan kejadi tersebut berlaku, barulah mangsa membuat laporan polis, kenapa tak buat laporan selepas kejadian? Kenapa perlu ambil masa 3 bulan? Sebab suspek minta putuskan hubungan agaknya kan? Jadi oleh kerana marah, buat laporan polis.

Ini le sikap anak anak zaman sekarang yang terlalu leka bersosial dan kepada ibu bapa diluar sana, perhatikanlah dimana anak anda berada dan dengan siapa mereka bersahabat atau berkawan.



Isnin, 14 Julai 2014

TLDM TIADA KUASA MENEMBAK ??? MASIH LAGI DENGAN AMARAN ??

Pelik pula Sangkakala dengan prosedur yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia sampai pasukan Tentera Laut DiRaja Malaysia tidak dibenarkan untuk menembak penceroboh.


Betul ke cerita ni? Atau ada yang cuba cuba nak mencemar nama baik TLDM semata mata?

Panglima TLDM sendiri mendesak kerajaan Malaysia supaya memberikan kuasa kepada mereka untuk menembak penceroboh.

Kalau dah Panglima TLDM sendiri minta dan desak, Sangkakala tak boleh juga nak kata perkara ni hanya mainan.

Tapi pelik, kenapa TLDM tidak diberikan kebenaran untuk menembak dan menurut sumber, TLDM hanya boleh melepaskan tembakan amaran supaya penceroboh ini berhenti.

Nak gelak pula Sangkalala bila dengar macam tu, orang salah ni mahu ke berhenti bila disuruh? Kalau setakat tembakan amaran tu rasanya tak payah nak sembang la, penyamun penyangak penceroboh ni gelak guling guling.

Mana tak gelak penceroboh ni, mereka tahu bahawa tembakan tersebut tidak disasarkan ke arah mereka dan ianya hanyalah satu amaran supaya berhenti.

Apa guna kita membekalkan TLDM dengan senjata senjata cangih dalam kapal mereka kalau ianya sekadar untuk hiasan?

Gunakan semua senjata berkenaan sebaik mungkin, kalau dah amaran berhenti tidak dihiraukan, Sangkakala rasa takde salahnya kalau kapal penceroboh berkenaan di tembak sebelum mereka sempat berbuat apa apa.

Sampai anggota polis gugur di Sabah kerana nak pertahankan negara, rupanya first defence di tengah laut hanya boleh tengok sambil main dam haji diatas kapal sebab tindakan tidak boleh diambil, apa yang boleh ialah tembakan amaran.


HUBUNGI ISTERI BERTAHU DIRI DICULIK

Isteri anggota polis yang hilang dalam siri serang hendap oleh 8 suspek pengganas di Sabah kelmarin dikatakan telah mendapat panggilan telefon daripada anggota berkenaan yang mengesahkan bahawa beliau telah di tawan oleh pengganas bersenjata.

Dalam kes di Pulau Mabul, Semporna Sabah itu, Konstabel Zakiah Aliep telah hilang dan dipercayai di culik mana kala Koperal Ab Rajah Jamuan terbunuh apabila terkena tembakan.

Sangkakala mengharapkan agar semua berjalan dengan baik dan Konstabel Zakiah Aliep dapat diselamatkan dengan seberapa segera.


Ahad, 13 Julai 2014

APA FUNGSI ESSCOM DALAM MENJAGA KAWASAN PERAIRAN DAN KEPULAUAN DI SABAH ???

Sejak peristiwa serangan pengganas Sulu di Lahad Datu, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu pasukan yang dipanggil sebagai ESSCOM.

Apa fungsi ESSCOM sebenarnya jika masih ada beberapa kejadian culik dan semalam serangan oleh pengganas telah mengakibatkan kematian seorang anggota polis akibat di tembak.


Dulu kita jarang mendengar kisah kisah serangan pengganas seperti ini kecuali di zaman wujudnya PKM dulu dan apa yang Sangkakala tahu, selepas PKM meletakkan senjata, serangan pengganas sudah tidak lagi kedengaran.

Kini bukan kita hanya mendengar, malah ianya semakin kerap berlaku, persoalannya apakah fungsi ESSCOM ditubuhkan? Adakah hanya untuk menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia mengambil berat tentang keselamatan sedangkan tahap kawalan masih diparas biasa?

Bagi Sangkakala, apabila sebuah pasukan seperti ESSCOM ditubuhkan maka kegiatan atau kes serangan pengganas dari negara jiran tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Seperti kata Perdana Menteri, ESSCOM prlu dikaji semula supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik.



SABAH DISERANG LAGI !!! SEORANG ANGGOTA POLIS MARIN GUGUR


Laporan dari Ketua Polis Negeri Sabah tentang serangan pengganas.

As Salam Ydh Tan Sri IGP, Tan Sri DIGP , Dato'Sri2 , DW , DP dan Dato2.

Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad ,  Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan  secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna (.)
Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .

Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan  (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah botronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindongan.

Kumpulan saspek di syaki  datang daripada arah Filipina yg bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yg surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang (.)
Semasa kejadian saspek2 telah melepaskan sekurang2nya (10) das tembakan rambang kearah jeti, botronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception.

Apabila keadaan reda pemereksaan dibuat olih Sjn Jeffridin yg berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha2 mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang samaada di culik atau .....masih dicari.
 
Tindakan PPM (operasi) Semporna :
Satu (.) Botronda RH45 dan PGR 12 Bersama PPMO Semporna ke lokasi kejadian utk memberi bamtuan ,
Dua (.) Botronda PSC58 telah diarahkan utk buat cut-off di Pulau Adal,
Tiga (.) Botronda RH46 telah diarahkan utk area-scanning di sekitar Laut Pu Mabul, dan
Empat (.) Usaha mengesan mangsa sedang dilaksanak bersama KD Lekiu ( Helicopyer Super-Link ) (.)

Rumusan.......8 orang suspek2 berlatarbelakangkan komando atau militan tidak bolih dipandang rendah/ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau2 atau daratan untuk membalas dendam kpd penguatkuasa kita  atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom)
Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.

Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi.

Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik.

T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.


Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 12 Julai 2014

KALAU DAH HANDAL JANGAN LE LARI

Sedang panas di laman facebook kini yang mana menunjukkan seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Padi Jantn telah mengeluarkan kenyataan dalam akaun facebook milik beliau yang berbaur ugutan untuk melakukan sesuatu yang buruk terhadap Menteri Besar Kedah.

Pemilik akaun facebook ini juga dikenali sebagai Mohd Taufik kini dilaporkan melarikan diri setelah beberapa laporan polis dibuat atas kenyataan beliau di laman facebook.

Tapi yang buatkan Sangkakala nak ketawa ialah pada awalnya si Padi Jantn ni bukan main lagi gahnya dengan mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab dengan penulisan beliau tetapi mungkin setelah melihat bahawa ramai yang mengambil berat tentang perkara ini, Padi Jantn telah mengatakan bahawa gambar yang dimuat naik oleh beliau sendiri adalah gambar yang telah diedit oleh orang orang UMNO.

Dalam menunjukkan keberanian dan kekuatan, akhirnya dia ni dah mula nampak goyang dan mungkin dah nula terbayang pintu lokap terbuka luas untuk menyambut kehadiran Padi Jantn pada bila bila masa.

Lain kali bila berani buat kena berani tanggung..jangan nak kan nama je sampai buat benda benda bodoh macam tu bro.

Kononnya nak memperjuangkan tanah wakaf yang telah dijual kepada seorang usahawan berbangsa cina, tapi tersilap langkah apabila tanah tersebut sebenarnya dijual semasa zaman PAS memerintah Kedah iaitu pada tahun 2011 dan kini pembinaan sedang dilakukan diatas tanah tersebut.

Padi kononnya meminta kerajaan negeri menebus kembali tanah tersebut dengan membayar pampasan atau membeli kembali tanah yang dimaksudkan tapI seperti biasa..kalau tuan punya tanah atau pemilik baru tidak mahu mengembalikan tanah tersebut, maka tidak ada sesiapa mampu untuk berbuat apa apa.

 Menurut apa yang diketahui, pihak madrasah salihin telah menerima pampasan sebanyak 1.4 juta ringgit serta sebidang tanah sebagai ganti kepada tanah yanh di beli oleh seorang lelaki cina dari Pulau Pinang.

Kalau dah macam tu nak kata apa lagi? Madrasah tu sengaja nak cari untung atau si Padi ni yang memang bengong atau mungkin ada janji yang telah dibuat oleh Padi kepada pihak madrasah berkenaan hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan.

Apa apa pun, Sangkakala harap Padi Jantn pergi menyerah diri ke balai polis supaya perkara ni tak menjadi lebih serius lagi.