Memaparkan catatan dengan label #mahasiswa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #mahasiswa. Papar semua catatan

Isnin, 6 Oktober 2014

CONTOH ANAK MELAYU YANG KUTUK @NajibRazak AKIBAT KUFUR NIKMAT #haramjadah

Kadang kadang bila difikirkan balik dan melihat ke dalam jaringan media sosial, Sangkakala rasa sedih dan terkilan apabila masih ada anak Melayu yang tak tau erti bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang mereka telah perolehi selama ni.

Gambar dibawah yang Sangkakala paparkan adalah bukti dari ribuan lagi yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang mereka kecapi selama ini.


Anak Melayu ni mungkin lupa bahawa yang beliau fitnah tu adalah Perdana Menteri dari sebuah parti yang selama ini menjadi pemerintah dan kerajaan Malaysia.

Dengan kerajaan inilah, si Mohd Izaham ini mampu untuk menjadi Jurutera Software apabila diberikan peluang untuk belajar mengikut matapelajaran yang diminati.


Dan dengan jawatan yang sebegitu, Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa beliau mempunyai pendapatan yang cukup tinggi sehingga mampu untuk duduk di kediaman mewah.


Sangkakala nak pesan satu perkara, jangan lupa dimana kita berpijak, pendapatan dah tinggi, jawatan dah bagus, kediaman dah selesa, rasanya kerajaan tidak menghalang untuk kamu mengecapi semua itu kerana tugas kerajaan cuma menyiapkan prasarana selebihnya kena kamu le yang berusaha.

Kalau dah semua terdedah depan mata, rasanya mak bapa pun benci bro.

Kepada para pembaca, boleh le sms atau whatsapp brader kita ni dan berikan nasihat, mungkin dengan nasihat tu nanti dia ni boleh sedar yang dia sekarang ni aman dan damai duduk di Malaysia, boleh dapat semua yang dia nak dan bebas melakukan apa saja selagi tak melanggar undang undang.

Jumaat, 19 September 2014

AKHIRNYA KE PENJARA JUGA #mahasiswa

Akhirnya mahasiswa UPSI, Adam Adli dikenakan hukuman penjara atas kesalahan menghasut untuk menggulingkan kerajaan tak lama dulu.


Adam dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan oleh mahkamah atas kesalahan tersebut.

Elok elok jadi pelajar yang boleh membantu keluarga dimasa akan datang, nak jadi perusuh dan nak jadi popular dengan buat benda bukan bukan.

Kita nak tengok lepas ni siapa yang akan datang melawat Adam Adli di penjara, dan Sangkalala amat yakin bahawa lepas ni, Adam Adli akan dilupakan seperti mana yang berlaku sekarang, adakah mahasiswa yang berkumpul di Dataran Merdeka satu masa dulu diingat oleh pembangkang?

Hanya beberapa kerat sahaja yang masih kekal hingga kini dan mereka yang lain lain hanya dijadikan alat untuk menunjukkan bahawa pembangkang mempunyai penyokong. 

Lepas ni kita tunggu pula siapa lagi yang akan beransur ke penjara.