Dr Doriah menjawab soalan tambahan kepada YB Puan Gan Pei Mei ADUN Rawang yang menanyakan apakah punca sebenar punca wabak denggi di Selangor meningkat.
Dalam jawapan secara lisan, Dr Daroyah telah mengatakan bahawa antara punca wabak denggi meningkat di negeri Selangor ialah permasaalahan longkang longkang dan parit yang tersumbat.
Persoalannya disini ialah, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor selama lima tahun memerintah dinegeri tersebut hingga sistem perparitan di negeri Selangor tidak diselenggara dengan baik hingga meningkatkan kes wabak denggi?
Sepatutnya, apabila memerintah sebegitu lama, maka permasalahan tersebut tidak akan berlaku jika pemerintahan dilakukan dengan sempurna dan baik.
Nampak gayanya kerajaan negeri Selangor tidak mengambil berat tentang kesihatan rakyat di negeri tersebut.
Adakah kerajaan Selangor hanya memikirkan keuntungan berbanding dengan kesihatan?
Jika ini berterusan, Sangkakala rasa masalah denggi di negeri ini tidak akan dapat diselesaikan dan makin ramai yang akan dijangkiti oleh virus denggim
Kita semua tahu bahawa denggi adalah salah satu penyakit yang merbahaya dana boleh membawa maut, tapi Sangkakala lihat, kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan permasaalahan tersebut dengan membiarkan tempat pembiakan nyamuk yang membawa virus denggi dibiarkan.
Ini Sangkakala ambil daripada apa yang dikatakan oleh EXCO kesihatan negeri Selangor yang mengatakan bahawa longkang tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik dan kita semua tahu bahawa nyamuk aedis amat senang membiak di persekitaran begitu.
Tetapi kerajaan negeri Selangor gagal untuk memusnahkan pusat pembiakan nyamuk aedis ini.
Ini adalah satu kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dan Sangkakala akan dedahkan satu persatu kegagalan kerajaan Selangor dalam laman blog ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone