Sabtu, 21 September 2013

PANAS !! TIMBALAN PENGERUSI TETAP UMNO MALAYSIA DICABAR !!!

Memang panas pemilihan kali ni, nampaknya seruan transformasi yang dilaungkan oleh YAB Presiden telah disahut oleh orang muda yang mencabar Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia, Yb Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz untuk merebut jawatan tersebut.

Disini mungkin ada sedikit kejutan kerana Ahmad Fariz bin Abdullah menghantar borang pencalonan dan merupakan satu satunya pencabar Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia. 


Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa dan telah menjadi ahli selqma 11 tahun dan kini menhawat jawatan sebagai ahli jawatankuasa UMNO bahagian Batu Wilayah Persekutuan.

Bagi Sangkakala, dengan kemasukan saudara Fariz sebagai calon Timbalan Pengerusi Tetap adalah baik untuk UMNO memandangkan pada kebiasaannya calon Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia ditandingi oleh veteran UMNO tetapi kali ini ada anak muda yang mahu memegang amanah sebagai Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia.

Sangkakala sempat bertanya kepada Fariz untuk apa beliau menawarkan diri sebagai calon Timbalan Pengerusi Tetap, beliau mengatakan bahawa sudah sampai masanya anak muda belajar bagaimana mengendalikan perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

Beliau juga mengatakan perku ada pelapis baru untuk mengetahui tentang tatacara mesyuarat kerana untuk mengendalikan mesyuarat agung perwakilan UMNO Malaysia adalah sesuatu yang beliau lihat sebagai amat mencabar dan memerlukan satu kekuatan  dari segi mental dan fizikal.

Syabas dan tahniah Sangkakala ucapkan kepada saudara Fariz yang berani menyahut seruan transformasi dalam UMNO dan ini adalah salah satu bentuk transformasi dimana orang muda digandingkan dengan orang lama dalam mengendalikan mesyuarat perwakilan UMNO Malaysia jika ditakdirkan beliau berjaya menjawat jawatan tersebut.