Sabtu, 21 September 2013

WAJAH TIDAK DIKENALI BERTANDING !!! APA JADI DENGAN UMNO ???

Sangkakala lihat ramai dikalangan mereka mereka yang tidak biasa kelihatan dalam mana mana program UMNO menonjolkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan dalam UMNO.

Adakah relevan mereka mereka ini bertanding bagi merebut jawatan?

Bukanlah Sangkakala cuba menidakkan kehadiran mereka dalam mengubah corak kepimpinan UMNO, tapi biarlah mereka ini dikalangan orang yang mampu untuk membawa pembaharuan.

Jika dilihat mereka mereka yang bertanding, Sangkakala seperti merasakan jawatan dalam UMNO tidak mempunyai nilai yang tinggi apabila sesiapa sahaja boleh menjadi penerjun untuk mencuba nasib.

Apakah nasib UMNO akan terbela sekiranya mereka ini dipilih sebagai pemimpin UMNO bukan sahaj di peringkat pusat malah di peringkat bahagian juga.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone