Asyik runtuh runtuh dan runtuh..semua kejadian runtuh sana dan runtuh sini sampai dah tak tau nak cakap apa lagi dah.
Apa yang Sangkakala nak mohon disini ialah..Datuk Seri Ahmad Said perlu mengambil tindakan tegas keatas mereka mereka yang bertanggungjawab dalam pembinaan tersebut.
Hari ni bumbung masjid Kampung Tebauk Kuala Terengganu pula yang runtuh dan apa lagi..macam semut blogger blogger pro pembangkang memainkan isu tersebut.
Untuk lebih banyak gambar klik DISNI
Apa yang menjadi kekesalan ialah, Sangkakala nampak semua kesalahan diletakkan keatas kerajaan negeri, sedangkan yang bertanggungjawab keatas binaan tersebut berdiam diri.
Kontraktor, jurutera, juruteknik bangunan dan Jabatan Kerja Raya yang memantau pembinaan tersebut perlu disiasat sama ada ianya ada unsur penipuan dalam bahan binaan atau kecuaian pihak yang memantau tidak mengambil berat tentang segala aspek pembinaan.
Jangan sampai pembangkang asyik menunding jari dengan menyalahkan kerajaan negeri dan mengatakan bajawa ianya berpunca dari rasuah dan sebagainya.
Jika benar ada unsur rasuah, mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan kerana ini semua mencemarkan imej dan kreadibiliti kerajaan.
Takkan setiap kali binaan runtuh maka kerajaan perlu disalahkan walaupun ianya dibawah pengawasan kerajaan kita perlu juga ingat bahawa yang membuat pengawasan tersebut adalah manusia dan jangan sesekali benarkan manusia manusia ini mengambil kesempatan dengan keadaan.
Datuk Seri Ahmad Said perlu mengambil tindakan tegas kali ni supaya dimasa hadapan tidak ada lagi kes kes sebegini berlaku.
Rakyat dah mula muak dengan kejadian sebegini tambahan pula kebanyakan kejadian berlaku di negeri Terengganu.