Rabu, 25 September 2013

PEMILIHAN UMNO HILANG KETELUSAN !!! APA SUDAH JADI ???


Perkara dibawah adalah salah satu tataetika semasa tempoh berkempen pemilihan Agung UMNO yang bermula pada hari ini.

Cuba baca betul betul dan huraikan kenapa Sangkakala mengatakan bahawa sudah tidak ada ketelusan dalam pemilihan UMNO pada kali ini.

2.3 Penerbitan dan Penggunaan Media Massa, Elektronik atau Internet
Tidak boleh menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti dalam pemilihan parti.

Dalam perkara 2.3 tersebut jelas menunjukkan bahawa setiap calon tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang kaedah atau menerbitkan sebarang risalah dan sebagainya termasuk dalam penggunaan internet dan ini pada Sangkakala termasuk juga penggunaan media sosial.

Jika kepimpinan parti menetapkan perkara ini sebagai salah satu perkara dalam tataetika kempen, bagi Sangkakala ianya adalah AMAT tidak adil kerana baru semalam Perdana Menteri pergi melawat ibu pejabat twitter, facebook dan google.
Lawatan ini Sangkakala lihat adalah amat baik tetapi hari ini, garis panduan kempen menceritakan yang sebaliknya, tapi kenapa?

Sangkakala ingin nyatakan disini bahawa, sekiranya media sosial tidak dibenarkan untuk turut sama dalam kempen pemilihan, ianya seolah olah menidakkan suara akar umbi untuk menyatakan siapa pemimpin pilihan mereka.

Sangkakala juga berpendapat, dengan tidak membenarkan kempen sebegini, ianya akan menyusahkan ahli parti untuk mengenali calon calon yang berpotensi untuk diletakkan sebagai pemimpin parti dan dimana demokrasi dan transformasi parti yang dilaung laungkan?

Seramai 145 ribu ahli akan membuat pilihan dan nampaknya mereka seperti sibuta kehilangan tongkat yang teraba raba di dalam terang.

Tidak semua 145 ribu ahli mengenali calon calon yang layak untuk bertanding dan dengan menggunakan cara kempen di alam cyber, Sangkakala amat yakin para perwakilan dapat memilih calon yang tepat untuk menerajui kepimpinan UMNO Malaysia.

Perdana Menteri sendiri mengatakan bahawa kita perlu menguasai media sosial, tapi dalam masa sama UMNO sendiri menyekat penggunaan media sosial adakah ini berbaloi?

Fikir fikirkanlah, jangan sampai kita mengata pembangkang menghalang kebebasan media, dalam pada masa yang sama kita juga serupa.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone